Wednesday, July 25, 2007

Debate Perdana

Baru-baru ini saya dapat peluang menonton Debate Perdana anjuran RTM dalam channel1 yang membincang mengenai Dasar Ekonomi Baru dalam menjana Bangsa Malaysia.Saya amat setuju dengan tajuk perbincangan tersebut kerana dasar DEB masih menjadi bahan perbincangan rakyat Malaysia,khususnya dikalangan warga bukan Melayu.Malah, perbincangan perjanjian perdagangan diantara Malaysia dan Amerika ditangguhkan kerana Trade Uninion dan Persatauan Perdagangan Amerika kurang puashati terhadap pelaksanaan dasar DEB di Malaysia.

Amerika mungkin kurang faham terhadap matlamat DEB. Tetapi, saya terkejut ahli-ahli panel yang mewakili kerajaan, termasuk moderator debate, kurang faham dan menghayati matlamat DEB. Saya sanggup menyatakan demikian kerana Menteri Besar Selangor (UMNO) yang menjadi ahli panel masih asyik menonjolkan DEB sebagai projek kerajaan yang disediakan seolah-olah hanya untuk membantu kaum Melayu sahaja atau pun DEB as a UMNO project for Malays.

Namun, ahli panel daripada Parti PAS bersemangat mempertahankan bahawa DEB adalah satu dasar kerajaan yang diperkenalkan untuk mempertingkatkan ekonomi rakyat Malaysia atau semua kaum.Malah, ahli panel PAS terus memberi hujah-hujah yang bernas dalam bukan sahaja menonjolkan kepentingan DEB dalam menjana Bangsa Malaysia malah kelemahan-kelemahan yang perlu diatasi dalam mempastikan kejayaan dasar DEB.

Alas! moderator tidak beri laluan dan masa yang munasabah kepada ahli Panel PAS tersebut untuk mendebatkan hujah-hujah yang saya merasa bernas dan pandangan yang berlainan dalam membantu kita menilai diri atau 'muhasabah' .

Saya dukacita kerana hujah-hujah moderator juga turut menggambarkan seolah-oleh DEB itu adalah hak kaum Melayu.

Sekiranya, RTM hendakkan pandangan daripada satu perspektif sahaja iaitu perspektif kerajaan, jangan susah payah menjemput ahli-ahli panel daripada bukan parti UMNO.

Saya sokong matlamat DEB . Saya percaya pemikir dan penggubal Matlamat dan strategi Dasar DEB dapat di kategorikan sebagai 'first class' tetapi pelaksana dan kaedah pelaksanaan hanya layak digolongkan dalam kategori '3rd class mentaliti'.

Kesimpulannya, Debate Perdana yang kononnya bertema menjana Bangsa Malaysia gagal membincang isu-isu utama yang masih menjadi tidak kepuasan pelbagai lapisan masyarakat Malaysia.

Apa kata anda ? What you say?

Monday, July 23, 2007

Pilihan Raya Ke 12

Baru-baru ini Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) melaporkan bahawa seramai 22,433 pengundi pemegang kad pengenalan lama yang masih belum memiliki MyKad akan digugurkan dalam senarai pengundi .Ini bermakna mereka tidak akan dibenarkan mengundi dalam PR yang ke 12 yang akan di adakan tidak lama lagi, mungkin selepas bulan September 2007.



Namun, TPM , Najib Tun Razak, memutuskan bahawa keputusan EC tidak dapat dilaksanakan kerana kerajaan belum sedia dalam konteks infrastrukturnya, seperti membeli mesin-mesin canggih, untuk melaksanakan kaedah baru dalam pengurusan pengundian. Dengan kenyataan TPM tersebut , Pengerusi EC, Abdul Rashid Rahman, tiba-tiba membalikkan keputusan EC dan menjelaskan bahawa EC hanya mencadang menyingkir 22,433 dari senarai pengundi diatas sebab-sebab timbulnya masalah pengesahan terhadap status kewarganegaraan pengundi tersebut.



Apa yang memeranjatkan saya adalah apa kah pengundi yang begitu ramai itu dibenarkan mengundi dalam PR yang lepas? Apakah mereka itu terdiri daripada pengundi bukan warga negara Malaysia? Apakah 22,433 pengundi tersebut itu terdiri daripada warga bukan Melayu?



Ini jelas menonjolkan sindrom 'something wrong somewhere'' atau sesuatu yang tidak kena. EC perlu berhati-hati dan pasti terhadap apa sahaja keputusannya berkaitan dengan PR kerana ia berkaitan dengan hak asasi seorang rakyat Malaysia. EC jangan mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Lembaga Beras Negara (LPN) baru-baru ini.

LPN mengeluarkan kenyataan bahawa harga beras akan naik tidak lama lagi. Kadar kenaikkan pun telah dinyatakan. Kenyataan LPN tersebut bukan sahaja mengejutkan seluruh rakyat Malaysia bahkan Menteri Pertanian, Muhyiddin Yassin, Menteri yang bertanggungjawab terhadap bekalan beras di negara ini. Malah, PM, Pak Lah pun turut terkejut dengan kenyataan tersebut dan terus melahirkan perasaan dukacita terhadap kenyataan dan tindakan LPN.Beras merupakan makanan asas rakyat Malaysia.



Dengan itu, Muhyiddin Yassin, dengan segera mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan amat prihatin terhadap perkara ini dan membuat keputusan bahawa harga beras akan terus kekal dengan harga kadar lama dan tidak akan dinaikkan.Syabas kerajaan yang perhatin terhadap keperluan rakyat.

Peristiwa tersebut dan beberapa episod sebelum ini dengan jelas menonjolkan bahawa tidak ada penyelarasan di antara pemimpin politik dan jentera kerajaan dalam membuat dasar-dasar kerajaan.



Pak Lah menyeru institusi kerajaan meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan ke tahap yang lebih baik atau terunggul. Tetapi dari segi realitinya ,apakah seruan tersebut itu diterima baikdan dilaksanakan oleh warga pentadbiran kerajaan?



Sehubungan ini, ada yang berpendapat bahawa kejadian-kejadian kebelakangan ini menunjukkan bahawa masalah tidak seragaman dalam membuat dasar pentadbiran kerajaan kian menular dalam institusi pentadbiran kerajaan. Apa kah ini disebabkan oleh dasar keterbukaan Pak Lah?



Apa saudara setuju? Apa pendapat saudara?

Saturday, July 21, 2007

Kolokium Kemerdekaan

Saya sempat hadir Kolokium Kemerdekaan Malaysia Ke-50 bertajuk "Cabaran Masa Depan" di Pusat Aktiviti Kebudayaan,Universiti Islam Antara Bangsa Malaysia pada hari ini, 21.7.07.

Apabila saya meneliti ucapan dan pandangan yang dikemukakan oleh para ahli panel kolokium tersebut yang kebanyakannya terdiri daripada ahli-ahli UMNO ataupun penyokong BN , didapati keseluruhan ucapannya masih memfokuskan kepada isu kuasa politik 'kaum Melayu' , malah seorang penceramah membuat kesimpulan bahawa kaum Melayu telah dan akan terus 'bertindak' sekiranya mereka merasa kuasa politik mereka tergugat.

Saya tidak hairan dengan kenyataan tersebut kerana ahli-ahli politik di Malaysia masih menggunakan isu kauman sebagai platform dalam perjuangan politik mereka.Namun, seorang pensyarah popular yang terdiri daripada kaum Cina meluahkan fikiran beliau bahawa kaum Melayu di Malaysia tidak perlu bimbang terhadap masa hadapan mereka. Kuasa politik kaum Melayu tidak tergugat kerana 2/3 daripada ahli-ahli Parlimen di Malaysia , Institusi yang menggubal perundangan, adalah terdiri daripada kaum Melayu! Sesungguhnya, itulah kebenaran dan realiti politik Malaysia. Kaum Melayu tidak perlu bimbang terhadap masa hadapan mereka,malah hanya perlu mengurangkan polemik politik berdasarkan agama diantara sesama mereka supaya negara ini terus selamat dan maju.

Dalam pada itu, saya merasa dukacita dan kecewa sedikit kerana kebanyakan ahli panelnya adalah terdiri daripada orang Melayu yang pro UMNO dan MIC. Apa salahnya menjemput ahli panel daripada pelbagai parti politik, termasuk parti MCA,Gerakan,PAS dan DAP, supaya kita dapat satu 'overview ' yang menyeluruh terhadap landskap politik masa hadapan , yang bersesuaian dengan tema kolokium tersebut.

Saya juga amat kecewa apabila melihat tahap kematangan pemikiran para generasi muda secara amnya dan pelajar-pelajar Universiti zaman ini secara khususnya dalam konteks politik di Malaysia. Saya terkejut apabila melihat pelajar-pelajar yang saya temui kurang mengetahui , malah kurang menghayati perjuangan politik yang berunsurkan masyarakat majmuk,malah lebih memfokuskan kepada perkara-perkara hiburan.Trend ini amat membimbangkan kerana mereka adalah pelapis pemimpin negara ini di masa hadapan.

Justeru itu, saya percaya seruan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang supaya generasi muda menghayati kemerdekaan adalah amat sesuai dalam konteks zaman ini. Saya berharap seruan tersebut harus ditujukan kepada bilangan besar ahli-ahli politik di Malaysia termasuk parti pemerintah dan pembangkang kerana mereka juga didapati sudah lupa sejarah kemerdekaan negara yang tercinta ini.

Friday, July 20, 2007

Malaysia Model Negara Islam

Malaysia telahpun diakui sebagai model negara Islam oleh pelbagai pihak luar, termasuk negara dan pemimpin-pemimpin Islam .Tetapi kita di Malaysia masih bertengkar dan berpolemik antara kita sama ada Malaysia Negara Islam atau tidak. Malaysia bukan sahaja negara Islam bahkan menjadi negara model untuk menjadi negara Islam yang mengamal dasar multi-cultural dan multi -agama atau 'religious pluralism' yang berjaya di dunia. Kita harus berbangga dengan kejayaan ini. Sudah tentu kita amat bertuah menjadi rakyat Malaysia yang menjadi model kepada negara luar.Saya difahamkan Malaysia kini dirujuk oleh negara-negara Islam sebagai negara model dalam pengurusan hal ehwal pentadbiran kewangan Islam, malah menjadi hab kepada pengeluaran prodak Islam. Apakah kita masih enggan menerima realiti bahawa Malaysia sudahpun diiktiraf sebagai sebuah negara Islam ? Apakah kita sengaja menolak realiti kerana alasan politik?

Apa pendapat saudara? what you say?