Thursday, February 24, 2011

TRANSFORMASI PENDEKATAN SUBSIDI & IMPAK KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA

Kenaikan harga barangan utama dalam pasaran pada masa sekarang adalah satu fenomena dunia dan bukan disebabkan oleh kegagagalan kerajaan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengawal seperti didakwa oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Negara-negara yang mengamal ekonomi bebas seperti Malaysia tidak dapat elak dari fenomena duni tersebut. Malah, negara-negara maju di dunia, seperti Singapura, Australia, UK, USA, Jepun, Eropah dan lain-lain negara, didapati lebih tertekan dengan fenomena ini daripada Malaysia. Malaysia boleh dikatakan berjaya menetapkan harga barang-barang keperluan harian dalam kadar yang munasabah atau berpatutan dengan bantuan subsidi daripada kerajaan.


1. Pada tahun 2010, kerajaan kepimpinan Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Razak , telah membelanjakan RM 10.32 bilion sebagai subsidi untuk mempastikan rakyat mampu membeli barang-barang keperluan asas seperti gula,tepung gandum, minyak masak, beras ST15, petrol RON 95, disel dan LPG gas seperti berikut:

Harga barang keperluan asas yang mendapat subsidi kerajaan:

1. Harga GULA dalam pasaran = RM 2.10 Se kilo


Harga Gula sebelum subsidi = RM 2.40 Sekilo

Subsidi kerajaan = RM 789 juta

2. Harga TEPUNG GANDUM dalam pasaran= RM 1.35 Sekilo

Harga Tepung Gandum sebelum subsidi =RM 1.80 Sekilo

Subsidi Kerajaan = RM 89 Juta

3.Harga MINYAK MASAK dalam pasaran=2.50

Harga Minyak Masak sebelum subsidi = 3.50

Subsidi Kerajaan = 813 Juta

4. Harga BERAS ST15 dalam pasaran= RM 18.00


Harga beras ST 15 sebelum subsidi = RM 24.00

Subsidi Kerajaan 486 juta

5. Harga PETROL RON 95 dalam pasaran= RM 1.90 Se liter

Harga Petrol RON 95 sebelum subsidi = RM 2.33 Seliter

Subsidi Kerajaan 3.13 bilion

6.Subsidi kerajaan untuk Diesel = RM 3.59 bilion

7. Harga LPG Gas dalam pasaran = RM 26.60
Harga LPG Gas sebelum subsidi = RM 53.62

Subsidi Kerajaan= 1.43 bilion
JUMLAH = RM10.32 bilion

Rakyat kini dapat membeli barangan keperluan asas dengan harga yang berpatutan atau lebih rendah daripada harga sebenar barangan tersebut dalam pasaran bebas. Subsidi kerajaan telah mengurangkan harga barangan tersebut supaya golongan pendapatan rendah mampu membeli barangan tersebut untuk kegunaan harian.

Walaupun kerajaan sedar bahawa pendekatan subsidi akan mengurangkan kadar pertumbuhan ekonomi dalam satu sistem ekonomi bebas seperti Malaysia, kerajaan terus menyediakan subsidi untuk barangan tertentu yang disifatkan sebagai pendekatan rationalisasai subsidi
untuk barangan keperluan asas supaya kumpulan dan golongan pendapatan rendah mampu membeli untuk menyara hidup. Pendekatan ini juga dianggap sebagai satu transformasi dalam pengurusan subsidi mengambil kira kepentingan rakyat dan pertumbuhan ekonomi negara.

Sebelum rakyat terpengaruh dengan dakwaan pihak –pihak tidak bertanggungjawab terhadap kenaikan harga barang-barang keperluan, marilah kita sama-sama melihat mekanisme penetapan harga barangan dalam pasaran bebas dan baik buruknya subsidi kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

2. Bagaimanakah harga barangan di tetapkan dalam ekonomi bebas?

· Secara umumnya, harga barangan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara yang mengamalkan ekonomi bebas adalah ditetapkan berteraskan pada mekanisme faktor Permintaan dan Penawaran.(Rujuk carta Model Permintaan dan Penawaran )

· Kedudukan ekonomi yang terbaik (perfect situation) adalah apabila Permintaan (Demand) bersilang dengan Penawaran (Supply) ataupun Demand intersects with Supply.

· Sekiranya harga barangan di berikan subsidi oleh kerajaan, pengeluar barangan keperluan tidak akan kerja kuat untuk menambahkan kuantititi pengeluaran, tidak akan mengenalkan inovasi , tidak berpeluang untuk kreativiti, kurang kompetitif, tidak akan memperkenalkan teknologi baru.

· Malah, pengeluar baru tidak akan didorong menyertai pasaran supaya mempertingkatkan kadar pembangunan ekonomi.

· Subsidi yang beleluasa akan merencatkan mekanisme pasaran (market mechanism). Malah subsidi akan melambatkan pembangunan ekonomi negara. (economic growth) .

3. Sekiranya wujudkan pasaran bebas tanpa subsidi, pasaran dijangka akan diperluaskan kerana ramai pemain ekonomi atau pengeluar akan memasuki pasaran untuk mengeluar barang-barang keperluan rakyat. Ini akan meningkatkan penawaran dan peningkatan penawaran pula akan mengurangkan harga barangan dalam pasaran. Peningkatan pengeluaran akan mengurangkan harga barang yang dikeluarkan . Harga rendah barangan pula akan membantu barangan tersebut diekspot ke luar negara. Dengan itu, harga barangan dapat dikurangkan secara otomatik.

4. Sekiranya harga pasaran dapat dikurangkan, maka barangan keluaran negara boleh di pasarkan dalam pasaran antarabangsa.Peningkatan pengeluaran juga akan membuka peluang pekerjaan. Kedudukan ekonomi ini akan membantu meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kemiskinan dikalangan rakyat. Pelaburan akan bertambah.Sumber kewangan untuk negara meningkat (tax). Suasana sedemikian akan mempercepatkan ( triggers off ) pembangunan ekonomi negara.

KELEMAHAN PENINGKATAN SUBSIDI SECARA BERTERUSAN

· Tidak akan wujud peningkatan ekonomi (No economic growth)
· Tidak akan wujud peluang pekerjaan baru (No new employment opportunities)
· Kurang hasil negara (less revenue)
· Kekurangan hasil Negara akan menimbulkan kekurangan sumber kewangan untuk membiayai program –program pembangunan sosial seperti pendidikan, kesihatan dan sebagainya malah KEMAMPUAN KERAJAAN TERUS MENYEDIAKAN SUBSIDI.

IMPAK KEPADA EKONOMI NEGARA

· Hutang negara meningkat
· Kerajaan tidak dapat menyediakan perkhidmatan dengan cekap dan berkesan kepada
rakyat
· Suasana ekonomi lembab akan menimbulkan huruhara dalam negara
· Masalah sosial akan berleluasa akibat kurang pendapatan dan pekerjaan.
· Rakyat akan kehilangan kesejahteraan hidup (happiness) sekiranya peluang pekerjaan terhad (Contoh : France, Greece, Portugal, Ireland)

5. Memandangkan keburukan faktor subsidi kepada pertumbuhan ekonomi, rakyat di negara-negara maju masing –masing sanggup membayar harga yang ditetapkan oleh faktor permintaan dan penawaran untuk membeli barangan dan perkhidmatan agar ekonomi negara mereka bertumbuh dengan segar.

6. Harga barangan dijangka terus naik dalam pasaran dunia dalam pada masa yang terdekat kerana dunia dilanda dengan pelbagai masalah seperti cuaca buruk, pergolakan politik di negara -negara Dunia Arab, tuntutan kenaikan gaji oleh pekerja, pertambahan permintaan dan kurangan pengeluaran sektor pertanian. Maka indeks CPI dijanga juga dijangka naik dan ini akan menyebabkan kenaikan barangan di semua negara termasuk Malaysia.

Justeru itu, rakyat Malaysia perlu sedar terhadap keburukan subsidi kepada pertumbuhan ekonomi dan tidak mudah terpedaya dengan dakwaan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawan untuk menghabiskan dana kerajaan untuk menyediakan subsidi .

Wednesday, February 23, 2011

PELAN 100 HARI PAKATAN PEMBANGKANG TIDAK REALISTIK

Pelan 100 hari yang diumumkan oleh Pakatan Pembangkang baru-baru ini didapati bukan sahaja tidak realistik malah membayangkan hala tuju masa depan parti tersebut. Sepuluh perkara yang akan dilaksanakan dalam jangka masa 100 hari seandainya Pakatan Pembangkang menguasai Putrajaya juga menimbulkan pelbagai persoalan, kekeliruan dan keraguan dikalangan rakyat terhadap hala tuju pakatan pembangkang dalam membangunkan negara serta meningkatkan pendapatan rakyat pada masa depan.

Menyedari hakikat bahawa hampir 55 % pengundi di Malaysia adalah terdiri daripada kumpulan pendapatan rendah dan pertengahan, maka Anwar Ibrahim berjanji akan melaksanakan 10 perubahan dalam 100 hari sebagai hook atau ‘umpan’ untuk memikat perhatian dan pemikiran para pengundi daripada golongan tersebut.

Namun, Anwar Ibrahim didapati tidak sedar bahawa sebahagian besar rakyat yang menyokong beliau dalam PRU12 kini merasa kecewa dengan Pakatan Pembangkang kerana janji-janji beliau dan Pakatan Pembangkang yang dibuat menjelang PRU12 masih belum ditunaikan malah diabaikan sehingga hari ini. Rakyat menganggap janji-janji Pakatan Pembangkang adalah hanya janji-janji kosong.

Rakyat juga masih ingat janji-janji yang yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin DAP dalam PRU`12. Antara janji-janji utama yang menggoda pemikiran rakyat memihak DAP,PAS DAN PKR dalam PRU12 adalah seperti berikut:

· Anwar Ibrahim berjanji penduduk Kampong Buah Pala (KBP) boleh terus menetap dalam kampong tersebut sekiranya Pakatan Pembangkang memenangi PRU12 dan membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang.

· Anwar Ibrahim janji akan selesai isu Kampong Buah Pala dalam masa 2 minggu kerana Lim Guan Eng dan Karpal Singh akan membantu menyelesai masalah KBP sekiranya menang dalam PRU12?

· Lim Guan Eng pula berjanji kerajaan akan menyediakan bantuan RM 1000 kepada semua warga emas yang mencecah umur 60 tahun.

· PKR di Selangor pula berjanji akan menyediakan bekalan air percuma, menyediakan hadiah RM 1000 untuk pelajar-pelajar cemerlang dan hadiah khas RM 2000 untuk pelajar-pelajar yang berjaya memasuki universiti, bantuan kewangan kepada ibu mengandung untuk mengurus perbelanjaan hospital, bantuan khas RM 2500 untuk kematian, bantuan kebajikan RM 100 kepada keluarga miskin dan pelbagai macam lain-lain janji manis.

Kesannya, sebahagian besar pengundi di Pulau Pinang, malah pengundi di negeri Perak, Selangor,Wilayah Persekutuan yang termakan dengan janji-janji Anwar Ibrahim mengundi calon-calon yang melawan calon BN. Peralihan sokongan sebahagian pengundi yang terpengaruh dengan janji-janji manis Pakatan Pembangkang telah menyebabkan Pakatan Pembangkang memenangi PRU12 dan membentuk kerajaan negeri beberapa negeri termasuk P.Pinang, Selangor dan Kedah.

Apa kah janji-janji Pakatan Pembangkang dilaksanakan selepas PRU12?

Dalam masa 3 minggu sejurus PRU12, Kampong Buah Pala dirobohkan. Warga emas di Pulau Pinang dan Selangor kecewa kerana bantuan kewangan yang dijanjikan kepada mereka tidak dilaksanakan. Malah, lain-lain janji juga tidak ditunaikan.

Dengan itu, rakyat kini melihat janji-janji Pakatan Pembangkang sebagai satu pembohongan besar malah rakyat menganggap mereka telah diperdayakan oleh pakatan pembangkang dengan janji-janji kosong untuk meraih undi mereka bagi memenangi PRU12.

Namun, rakyat kini dilontarkan semula dengan janji-janji baru iaitu Pakatan Pembangkang akan melaksanakan 10 perkara dalam 100 hari andainya mereka menguasai Putrajaya dalam PRU13.

Sekiranya kita meneliti keseluruhan pelan 100 hari Pakatan Pembangkang yang dijanjikan dalam Buku Jingga, kita akan menyedari beberapa kelemahan dalam konteks perancangan dan pelaksanaan program tersebut. Antara kelemahan yang nyata ialah walaupun pelan 100 hari itu dijangka akan menelan peruntukan yang besar, mungkin berpuluh-puluh billion ringgit, luar kemampuan ekonomi Malaysia pada ketika ini, pelan tersebut tidak menunjukkan kepada rakyat dengan jelasnya dari manakah datangnya sumber kewangan bagi kerajaan menangunng pembiyaan pelaksanaan program perubahan dalam 100 hari.

Pakar-pakar ekonomi yang meneliti program 100 hari yang dijanjikan oleh Pakatan Pembangkang pula mengulas bahawa Malaysia perlu mencatat pertumbuhan ekonomi dua angka atau lebih daripada 30 % sebagai asas sebelum melaksanakan pelan 100 hari. Sekiranya Pakatan Pembangkang meneruskan pelan 100 hari sebelum mencatat pertumbuhan ekonomi dua angka, maka kerajaan akan menghadapi krisis kewangan yang teruk dalam masa 3 tahun daripada tarikh mulanya pelaksanaan program 100 hari.

Sehubungan dengan bajet untuk melaksanakan program 100 hari pula, Anwar Ibrahim mendakwa beliau akan menjimatkan subsidi RM 19 bilion yang disediakan oleh kerajaan BN kepada penjana bebas atau Syarikat IPP. Kerajaan menyediakan subsidi kepada IPP agar IPP menyediakan gas untuk menjana kuasa letrik bagi kepentingan rakyat dan sektor swasta.

Antara persoalan yang mungkin timbul sekiranya kerajaan menarik balik subsidi kepada IPP, mengambil alih aset konsesi lebuh raya, membatalkan Felda Plantations, menaikkan royalti minyak 20% adalah seperti berikut:
  • Apakah rakyat akan mendapat bekalan letrik dengan kadar yang berpatutan tanpa sebarang gangguan sekiranya subsidi kepada syarikat IPP ditarik balik?
  • Apakah sektor industri akan dibekalkan dengan kuasa letrik dengan kadar yang berpatutan agar mereka terus beroperasi di Malaysia?
  • Apakah Malaysia mampu mencatat pertumbuhan ekonomi dua angka dalam persekitaran kekangan ekonomi yang melanda kini di peringkat global?
  • Apakah kemelesetan dan pertumbuhan ekonomi yang lembap diperingkat angtarabangsa kini akan mendorong Malaysia mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi kepada kadar dua angka?
  • Apakah pelabur-pelabur asing akan terus yakin terhadap stabiliti politik sekiranya kerajaan membatalkan kontrak-kontrak yang dipersetujui terdahulu dalam pertengahan jalan?
  • Apakah pelabur asing akan membawa masuk FDI untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia sekiranya mereka tidak pasti terhadap stabiliti politik Malaysia?

Apakah impak jangka panjang kepada ekonomi negara oleh perbelanjaan besar untuk melaksanalan 10 perkara dalam 100 hari?

Sesungguhnya, Pelan 100 hari tidak menjawab persoalan-persoalan pokok tersebut yang berkaitan dengan pengurusan ekonomi negara. Anwar Ibrahim hanya menggariskan pelan 100 hari untuk menghabiskan pendapatan negara tetapi tidak mencadangakan strategi untuk menambah hasil atau pendapatan negara supaya kerajaannya mampu menanggung perbelanjaan bagi melaksanakan program 100 hari .

Anwar Ibrahim tidak mampu mencadangkan pelan untuk meningkatkan hasil pendapatan negara kerana beliau tidak mahir dalam hal-hal pengurusan ekonomi negara. Beliau selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap menteri kewangan pada satu ketika dulu gagal mengurus kewangan negara sehingga Malaysia hampir bankrupt. Sebaliknya, beliau lebih cekap membelanja hasil pendapatan negara daripada menambah sumber kewangan negara. Peristiwa Tun Dr.Mahathir Mohamad, selaku perdana Menteri, menyelamatkan Malaysia daripada krisis kewangan dengan jelas membuktikan kegagalan Anwar Ibrahim mengurus kewangan negara pada satu ketika dulu.

Jadi, berdasarkan pengalaman pahit yang ditimpa dibawah pentadbiran kewangan negara oleh Anwar Ibrahim pada masa-masa lalu dan huraian pelbagai persoalan yang boleh mendatangkan impak buruk kepada ekonomi negara, maka tidaklah keterlaluan sekiranya membuat kesimpulan bahawa janji 100 hari oleh Pakatan Pembangkang adalah disifatkan sebagai satu program khayalan, tidak mengambarkan realiti , malah boleh dikategorikan sebagai satu pembohongan besar untuk sekali lagi memperdayakan pengundi bagi memenangi PRU13.

Penganalisis kempen politik pula mensifatkan Pelan 100 hari sebagai satu strategi Pakatan Pembangkang bagi mempengaruhi golongan pengundi yang terdiri daripada pendapatan rendah dan sederhana yang mampu menentukan keputusan PRU13 kerana kumpulan ini merupakan hampir 54 % daripada jumlah warga pengundi di Malaysia.

Pada masa yang sama, para penganalisis politik-ekonomi pula melahirkan pendapat bahawa Pelan 100 hari adalah lebih mencondong kepada pelan 'nasionalisation" atau hak milikkan indusri –industri yang dikendalikan oleh sektor swasta. Pelan 100 hari ini dilihat sebagai satu agenda politik yang memajukan pemahaman populis semata-mata untuk memenagi pilihan raya tetapi kurang mampu mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi negara malah pendapatan dan kesejahteraan keseluruahan rakyat Malaysia bagi menghadapi cabaran-cabaran di masa depan.

Persoalannya, apakah Pakatan Pembangkang lebih mementingkan merebut kuasa politik berbanding dengan pertumbuhan ekonomi negara yang mampu menjamin kesejahteraan yang berterusan kepada keseluruhan rakyat Malaysia. Sekiranya Pelan 100 yang diumumkan oleh pakatan rakyat dilaksanakan maka ianya tidak akan menyelamatkan negara malah akan menhancurkan asas-asas pertumbuhan ekonomi yang terbina sejak merdeka dalam sekelip mata.

Menurut Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, parti Pakatan Pembangkang hanya mementingkan kuasa politik dan bukan kebajikan rakyat ataupun “ opposition only want to seize power and are not interested in serving the people”. Rakyat harus berfikiran terbuka dalam membuat analisis terhadap Pelan 100 hari Pakatan Pembangkang. Rakyat harus menyokong pihak yang mahir memberi pertimbangan yang sama penting kepada perkara mengurus
pertumbuhan ekonomi dan pengagihan kekayaan Negara.

Pada hemat saya, Najib Tun Razak lebih mementingkan ketanggungjawapan dalam mengurus ekonomi negara dalam menjamin keadilan sosial berbanding dengan melaksanakan pelan dan program ekonomi yang hanya mendatangkan populariti kepada beliau dan kerajaan kepimpinan beliau.

Masa depan Malaysia dan generasi akan datang adalah terletak ditangan rakyat. Rakyat kini bijak dan berkuasa menentukan masa depan mereka dan negara.

Sunday, February 20, 2011

KENAIKAN HARGA BARANGAN ADALAH FENOMENA GLOBAL.

Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi 7.2 % bagi tahun 2010 dan pencapaian ini adalah mencecah sasaran yang ditetapkan. Kejayaan ini adalah jelas membuktikan kebijaksanaan Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengurus ekonomi negara selaku perdana menteri dan menteri kewangan Malaysia. Ramai penganalisis politik dan ekonomi berpendapat bahawa kejayaan yang dicapai oleh Malaysia dalam bidang ekonomi dan pentadbiran kerajaan baru-baru ini adalah disebabkan oleh faktor latarbelakang pendidikan dan pengalaman politik Najib Tun Razak.

Najib Tun Razak adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Beliau mengikuti pendidikan tinggi dalam bidang ekonomi industri di universiti Nottingham, England dan menjawat pelbagai jawatan termasuk Menteri Besar, Timbalan Menteri , Menteri Kabinet, Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan semasa beliau masih muda lagi. Jadi, latarbelakang ekonomi dan pengalaman politik yang luas mengurus masyarakat majmuk membolehkan beliau memudikan negara ke arah kejayaan yang lebih cemerlang sambil menangani cabaran-cabaran global.

Apabila beliau mengambil alih teraju pentadbiran negara, beliau terpaksa menghadapi dua cabaran utama iaitu cabaran ekonomi dan masalah hubungan antara kaum . Dalam sektor ekonomi, Malaysia di ambang kecundangan akibat kemalapan dan kelesuan ekonomi di persada dunia. Dalam sektor sosial -politik pula, sentimen perkauman bertunas dan menular dikalangan masyarakat berbilang kaum akibat kegiatan politik yang bersandarkan perkauman.
Sekiranya kerajaan lekeh dan kurang bijak dan cekap mengurus pentadbiran negara, maka kedua-dua cabaran tersebut mampu memudaratkan malah menghancurkan kejayaan ekonomi dan perpaduan kaum yang terbina sejak merdeka.

Lantaran, sejurus mengambil alih tanggngjawab perdana menteri, Najib Tun Razak terus memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahululan, Pencapaian Diutamakan. Gagasan ini mendukung Pelan Transformasi yang meliputi sektor ekonomi dan sosial-politik untuk menyegarkan semula kecemerlangan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi malah menjamin kesejahteraan untuk semua kaum dan lapisan masyarakat.

Sambil Gagasan 1 Malaysia dapat mengeratkan hubungan antara kaum, Pelan Transformasi Kerajaan dan Ekonomi pula digiatkan untuk menggerakkan negara kearah mencapai matlamat negara maju menjelang 2020 yang menjamin pendapatan tinggi negara dan rakyatnya. Pelan transformasi kini sudah mula berhasil dan rakyat dijangka akan dapat menikmati penghasilan usaha dan ikhtiar Najib Tun Razak.
Rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dan etnik, wilayah dan golongan , sudah pasti akan menikmati hasil pembangunan negara secara lebih adil sekiranya segala perancangan ekonomi dan sosial yang digariskan oleh Najib Tun Razak dapat di laksanakan secara berterusan di masa-masa akan datang.

Walaupun kerajaan kepimpinan Najib Tun Razak mencapai kejayaan besar dalam bidang ekonomi dan sosial, ada pihak yang tidak adil dan melontarkan dakwaan bahawa kerajaan tidak mengawal kenaikan harga barangan.

Sehubungan ini, rakyat perlu menyedari bahawa kenaikan harga barangan ketika ini adalah satu fenomena global.
Secara umumnya, harga barangan adalah ditentukan oleh faktor permintaan (demand) dan penawaran (supply). Apabila permintaan terhadap sesuatu barangan meningkat maka harga barangan tersebut itu akan turut meningkat. Pada masa yang sama, apabila penawaran (supply) barangan tertentu berkurangan dalam pasaran, maka harga barangan tersebut itu akan turut naik dalam pasaran. Lebih-lebih lagi, sekiranya kos pengeluaran barangan meningkat akibat peningkatan dalam kos pengeluaran kerana peningkatan dalam kos pengeluaran yang melibatkan faktor sumber manusia, gaji, kos memperohi barangan asal, maka kenaikan harga barangan tidak dapat dielakkan dalam pasaran bebas.
Jadi, kesimpulannya, harga barangan adalah ditentukan oleh faktor manufacturing cost, market places, competition, market condition dan quality of products.

Faktor-faktor yang digariskan tersebut didapati memberi impak kepada kenaikan harga barangan dalam pasaran pada ketika ini. Kita menyaksikan harga barangan di Malaysia kian naik kerana harga barangan dalam pasaran dunia didapati kian naik kerana permintaan kian meningkat.
Faktor-faktor yang menyumbangkan kepada peningkatan permintaan dalam pasaran dunia hari ini adalah kerana beberapa faktor dan antaranya adalah faktor peningatan jumlah penduduk, peningkatan dalam kadar kemampuan kuasa membeli bilangan besar penduduk (India dan Cina) yang disebabkan oleh terjatuhnya regim komunis, kekurangan bekalan komoditi pertanian akibat cuaca buruk dan bencana alam.
Justeru, peningkatan permintaan dan kekurangan bekalan barangan asas dalam pasaran dunia dikatakan telah menyebabkan kenaikan harga barangan dalam pasaran dunia.

Bencana alam yang melanda dunia hari ini seperti cuaca buruk di Eropah, banjir di Cina dan Asia, kekurangan hasil pertanian akibat perubahan iklim dan pergolakan politik yang tidak tertentu yang menjejaskan stabiliti politik beberapa negara pengeluar hasil bumi telah menyebabkan kekurangan bekalan barangan dalam pasaran dunia. Faktor ini dilihat sebagai faktor utama menyebabkan peningkatan dalam permintaan. Apabila permintaan meningkat terhadap sesuatu barangan tertentu, terutamanya barangan keperluan asas, maka peningkatan harga barangan juga akan meningkat.

Sehubungan ini, Malaysia sebagai sebuah negara yang banyak bergantung kepada impot barang-barang makanan dan barangan keperluan asas, seperti gula, tepung gandum, beras, minyak masak dan lain-lain, tidak dapat mengelak fenomena kenaikan harga barangan dalam negeri. Harga barangan diMalaysia banyak dipengaruhi oleh impak luaran. Sektor pertanian dilaorkan telah menguncup dari 53.7 % pada tahun 1970 kepada kurang daripada 25 % dewasa ini. Manakala, sektor perkhidmatan meningkat daripada 32 % kepada 49.5 % dan sektor industri pula meningkat daripada 14.3 % kepada lebih 25 %. Kemajuan dan pembangunan sektor bukan pertanian ini jelas menunjukkan Malaysia banyak bergantung kepada impot barangan keperluan asas termasuk barangan makanan.

Namun, kerajaan Malaysia, yang prihatin terhadap kebajikan rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah, telah menyediakan peruntukan subsidi bagi mempastikan rakyat dapat bekalan barang-barang keperluan asas dengan harga yang mampu beli seperti gula, tepung gandum, minyak masak, Gas, Petrol, diesel dan beras.
Kerajaan telah membelanja RM 10.32 bilion sebagai subsidi untuk barangan keperluan asas bagi tahun 2010.

Subsidi RM 10.32 bilion yang dibelanjakan 0leh kerajaan adalah termasuk subsidi RM 789 juta untuk gula, RM 89 juta untuk tepung gandum, RM 813 juta untuk minyak masak, RM 486 juta untuk beras, RM 3.13 bilion untuk petrol (RON 95), RM 3.5 bilion untuk diesel, RM 1.43 bilion untuk LPG gas.Ini bermakna, kerajaan menanggung kos 30 sen bagi setiap kilo gula, 45 sen setiap kilo tepung gandum, RM 1.00 bagi setiap kilo minyak masak, RM 4.00 setiap bag beras berat 6 kilo, 43 sen setiap liter petrol RON 95, RM 27.02 sen bagi setong LPG gas.

Walaupun kerajaan sedar bahawa penyediaan subsidi untuk barangan akan membantutkan pertumbuhan ekonomi yang segar dalam satu sistem ekonomi bebas, pentadbiran kerajaan Najib Tun Razak didorong menggunakan pendekatan subsidi dengan bijak dan berhemah agar kesejahteraan rakyat terjamin. Dengan itu, tidaklah keterlaluan sekiranya membuat kesimpulan bahawa kerajaan kepimpinan Najib Tun Razak bijak mengurus pertumbuhan ekonomi negara, malah bijak dan cekap mengurus pengagihan pendapatan negara dengan adil dalam menjamin kesejahteraan rakyat untuk hari ini dan masa depan.

Saturday, February 12, 2011

PROGRAM 100 HARI PAKATAN PEMBANGKANG TIDAK MASUK AKAL ORANG WARAS



Sejak mengambil alih pentadbiran negara pada 3 April 2009, Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Razak telah mengambil beberapa usaha untuk mentranformasi pentadbiran negara serta minda rakyat supaya kualiti hidup rakyat dapat dipertingkatkan kepada tahap yang lebih baik serta negara mencapai status negara maju menjelang 2010.

Dato’ Seri Mohd.Najib Najib Tun Razak umumkan pendekatan transformasi untuk memperkasakan ekonomi negara dalam menempa sebuah zaman baru berteraskan empat tonggak utama seperti berikut:

(i) Gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,
(ii) Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Ke 10 (2011-2015),
(iii) Program Tranformasi Kerajaan atau Government Transformation Plan (GTP) dan
(iv) Program Tranformasi Ekonomi atau Economic Transformation Plan (ETP).

Bajet 2010 (RM 191.5 bilion) dan Bajet 2011 (RM 212 bilion) diperuntukkan untuk mentransformasikan kerajaan dan bidang ekonomi agar hasil negara dapat di nikmati oleh seluruh rakyat secara adil dan saksama.

Sektor pembangunan ekonomi dan sosial yang meliputi pendidikan, latihan, perumahan, kesihatan dan kebajikan rakyat turut mendapat peruntukan besar dalam Bajet yang disediakan oleh kerajaan kepimpinan Najib Tun Razak.

Pengenalan Bidang Keberhasilan Utama Negara ( National Key Results Area (NKRA) yang berasaskan pendekatan kesan Aatau impak (outcome) dan penggunaan Penunjuk Utama Prestasi (Key Performance Indicators (KPI) secara komprehensif telah diperkenalkan.
Enam bidang NKRA atau bidang keutamaan rakyat adalah seperti berikut:


NKRA & SASARAN ( KPI)

1. Mengurangkan kadar jenayah.

i. Pengurangan kadar jenayah 5 % secara keseluruhan dan 20 % jenayah jalanan pada penghujung 2010.

2. Mencegah amalan rasuah.

i. Sasaran diperingkat nasional untuk meningkatkan skor CPI daripada 4.5 kepada 4.9 menjelang 2012.

3.Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

i. Meningkatkan kadar kanak-kanak Malaysia yang terdiri daripada peringkat umur 4+ dan 5+ dapat akses pendidikan pra-sekolah daripada 60% kepada 80% menjelang 2012.
ii. Hampir 30,000 tenaga pengajar pra-sekolah akan dilantih dalam tempoh masa tiga tahun untuk menyapaikan pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak pra-sekolah.

iii. Sebanyak 100 buah sekolah terdiri daripada sekolah bestari, kluster,trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi men jelang 2012.

4.Meningkatkan kualiti hidup rakyat berpendapatan rendah.

i. Mencapai matlamat miskin tegar sifar menjelang tahun 2010 (Rekod menunjukkan terdapat 45,000 ketua isi rumah miskin tegar di seluruh negara).

ii. Mengurangkan kemiskinan daripada kadar 3.6 % kepada 2.8 % .
iii. Bantuan kebajikan untuk rakayat yang didaftar dibayar pada 1 haribulan setiap bulan.
iv.Menambah jumlah usahawan dikalangan wanita 4,000 orang menjelang 2012.

5. Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman.

1. Membina jalan baru sepanjang 7,000 km untuk kemudahan penduduk desa.

ii. Memastikan akses kepada air bersih dan akses kepda bekalan elektrik 24 jam.
iii.Liputan rangkaian jalan luar bandar di semenanjung akan dipertingkatkan bagi memastikan kesemua rakyat tinggal paling jauh pun, 5km dari kemudahan jalan berturap.

IV. Meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90 % di sabah dan sarawak pada penghujung tahun 2012 supaya kemudahan air dapat dinikmati oleh 60,000 buah rumah.

V. Meningkatkan liputan bekalan elektrik di sarawak dan sabah kepada 95% pada akhir tahun 2012 yang akan dinikmati oleh 80,000 buah rumah.

VI. kerajaan juga menyasarkan untuk memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000 rumah orang asli di semenanjung pada akhir tahun 2012.

VII. Kerajaan akan membina dan membaik pulih sejumlah 50.

6.Menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

i. Meningkatkan peratusan penggunaan sistem pengangkutan awam daripada 16% kepada 25 % di Lembah Kelang.

ii. Segenap lapisan rakyat akan mendapat pembelaan yang sewajarnya, tidak seorang pun akan tertinggal (no one will be left behind)

Selain itu, Najib Tun Razak juga memperkenalkan 19 initiatif untuk mempertingkatkan ekonomi negara yang boleh mendatangkan hasil kepada negara untuk menjalankan projek dan program pembangunan yang akan membantu mempertingkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia, semua kaum dan etnik, malah men yediakan rakyat menghadapi cacaran-cabaran ekonomi dan sosial yang kian melanda negara akibat proses globalisasi.

cemas Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkan yang terdesak melihat kemerosotan sokongan rakyat terhadap beliau dan parti pakatan pembangkang kerana pengumuman program transformasi kerajaan Najib Tun Razak , mengumumkan program 100 hari sebagai satu taktik untuk mengelirukan rakyat.

Program 100 hari Anwar Ibrahim adalah merupakan satu pembohongan besar yang diutarakan hanya untuk memancing undi semata-mata.

Anwar Ibrahim tidak menyenaraikan bagaimana hasil untuk negara akan diperolehi untuk menanggung perbelanjaan negara. Beliau lebih menghairah belanja wang negara. Beliau memang tidak mahir mengurus pentadbiran kewangan negera kerana beliau hampir-hampir menjadikan negara bangkrap dan rakyat derita pada tahun 1997 apabila beliau menjawat jawatan menteri kewangan. Beliau lebih minat dan mencadang menaikkan kadar faedah untuk pinjaman sebagai satu penyelesaian masalah kewangan negara. Jikalau kadar faedah dinaikkan rakyat akan menderita.

Oleh itu, beliau tidak mampu melaksanakan program 100 hari tersebut kerana ia akan memufliskan negara dan rakyat akan menderita pada masa depan.

Anwar Ibrahim umum bahawa sekiranya Pakatan Pembangkang berkuasa maka mereka akan mereformasikan insititusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM, untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kerajaan mengambil alih alih aset lebuhraya supaya tol dihapuskan,merombak struktur subsidi negara, menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru, menjadikan air sebagai hak rakyat, menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat, membatalkan Felda Plantations dan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda,menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20% dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

Program Transformasi kerajaan pentadbiran Najib Tun Razak dilihat lebih menyeluruh meliputi semua bidang, termasuk ekonomi, sosial, agama,pendidikan, pengangkutan awam, keselamatan awam rakyat dan keselesaan hidup rakyat Malaysia malah menjangkau Program 100 hari . Program Transformasi Najib Tun Razak tidak terbatas kepada progarm yang diumumkan oleh Anwar Ibrahim malah lebih luas dan mendatangkan manfaat kepada semua kaum dan semua golongan masyarakat.

Program 100 hari Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang adalah satu lagi pembohongan yang boleh merugikan rakyat pada masa akan datang. Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang mungkir dalam menunaikan janji-janji yang dibuat semasa pilihan raya umum tahun 2008.
Negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Pembangkang kini tenggelam dalam kemelut kerana tidak mahir urus pentadbiran kerajaan negeri termasuk majlis-majlis perbandaran. Rakyat menghadapi pelbagai tekanan dan masalah dan saban hari bersunggut terhadap peningkatan penyelewengan, salahguna kuasa dan rasuah yang meleluasa dilakukan oleh ahli-ahli Pakatan Rakyat yang terpilih dalam PRU12.

Pentadbiran kerajaan bukanlah macam tukar baju malah perlu perancangan yang teliti mengambilkira kedudukan hasil negara.

Rakyat perlu sedar terhadap masa depan mereka dan anak-anak mereka tidak boleh diserahkan kepada orang-orang yang tidak bertanggungjawab malah sentiasa membohong untuk merasmpas kuasa politik.

Malaysia diambang status negara maju. Oleh itu, rakyat perlu percaya kepada kerajaan yang berpengalaman mentadbir kewangan negara dengan cekap supaya negara mencapai status negara maju dan rakyat hidup sejahtera,aman dan damai. Rakyat Malaysia tidak seharusnya mengadai masa depan generasi kita dengan percaya janji-janji manis orang -orang yang mensasasarkan kuasa politik semata-mata .