Friday, March 30, 2012

RASUAH DIMALAYSIA SEMAKIN KURANG

NKRA 2: MENCEGAH AMALAN RASUAH


1. APAKAH BENAR AMALAN RASUAH BERLELUASA DI MALAYSIA SEPERTI DIDAKWA OLEH PIHAK-PIHAK YANG TERTENTU DI MALAYSIA?


· Sesungguhnya dakwaan amalan rasuah tinggi di Malaysia adalah tidak berasas malah satu persepsi yang ditabur oleh setengah-tengah pihak untuk mencapai agenda politik tersendiri mereka. Rakyat pula dirusuk dengan dakwaan kononya rasuah meleluasa di Malaysia oleh media sosial yang tidak bertanggungjawab berasaskan laporan yang disediakan oleh agensi-agensi yang berpengakalan diluar Negara.


· Namun, menyedari kebimbangan rakyat terhadap isu rasuah, maka mencegah amalan rasuah telah menjadi salah satu NKRA utama kerajaan kepimpinan YAB Dato Seri Najib Tun Razak. Malah kerajaan bersasarkan meningkat skor CPI daripada 4.5 pada tahun 2009 kepada 4.9 menjelang 2012 sebagai KPI NKRA membanteras rasuah.

2. APAKAH TINDAKAN KERAJAAN DALAM MENCEGAH RASUAH DIMALAYSIA?


· Kerajaan kepimpinan Najib menjanjikan pentadbiran kerajan yang bersih tanpa amalan rasuah di kalangan sektor awam. Janji ini bukanlah merupakan retorik kosong bahkan menjadi tumpuan dalam Program Transformasi Kerajaan.


· Dalam konteks ini, Kerajaan telah menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) atau MCCC pada tahun 1 Januari 2009 .

· Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

· Sebelum SPRM ditubuhkan, beberapa initiatif telah diambil oleh pemimpin-pemimpin
kerajaan terdahulu untuk mencegah rasuah di Malaysia. Antaranya :

· Akta Biro Siasan Negara 1973
· Akta Badan Pencegah Rasuah 1982
· Akta Pencegahan Rasuah 1997
· Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2008
· Institut integritI nasional ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti menerap
nilai integriti dalam sanubari setiap individu penjawat awam dan rakyat Malaysia secara umumnya supaya rasuah dapat dicegah malah dihapus di Malaysia.
· SPRM adalah dibentuk berdasarkan model yang terdapat di Hong Kong
(Independent Comission Against Corruption) dan New South Wales,
Australia (Independent Commission Against Corruption).

· Disampaing itu initiative-initiatif berikut juga dilaksanakan untuk meningkatkan
Akauntabiliti, Ketelusan dan Keberkesanan peranan SPRM:


· Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah
· Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah
· Jawatankuasa Aduan
· Panel Penilaian Operasi
· Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah
· Agensi PEMUDAH ditubuhkan dan agensi ini telah berusaha untuk permudahkan pelbagai proses dan prosedur dengan agensi-agensi kerajaan agar ruang untuk rasuah dikalangan penjawat awam dapat dielakkan.


· Pengenalan Penggubalan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 Malaysia telah banyak menggalakkan pemberi maklumat untuk tampil ke hadapan bagi mengemukakan laporan tindakan salah laku dengan memberikan perlindungan terhadap identiti mereka selain juga kekebalan daripada liabiliti jenayah atau sivil dan perlindungan terhadap sebarang bentuk tindakan memudaratkan yang diambil terhadap mereka.


· Pangkalan data dalam talian MACC “Namakan-dan-Malukan” (http://www.sprm.gov.my) diwujudkan dan mengandungi nama, gambar, nombor kad pengenalan, serta butir-butir kes pesalah-pesalah yang telah disabitkan dengan salah laku rasuah di mana 743 pesalah telah disenaraikan mengatasi sasaran 84 pesalah pada akhir tahun lepas.


· Laman Sesawang MyProcurement pertama dilancarkan mencerminkan komitmen kerajaan dengan berjaya menyenaraikan lebih 5,157 kontrak Kerajaan dan tender yang diiklankan atau diberikan, tarikh dan nilai kontrak selain juga pemenang tender.


· Peningkatan hampir sekali ganda pada peratusan orang ramai yang berpendapat bahawa usaha Kerajaan memerangi rasuah adalah berkesan daripada hanya 28 peratus pada tahun 2009 kepada 48 peratus pada tahun 2010 dan 60% pada tahun 2011.


· Kerenah birokrasi dikurangkan ataupun dihapuskan sejak 3 tahun kebelakangan ini kerana beberapa perubahan dan menambahbaik peraturan dan prosedur dilaksanakan.
· Contoh: Tempoh masa dipendekkan apabila berurusan di jabatan-jabatan dan agensi kerajaan: Permohonan Paspot Malaysia dapat diselesaikan dalam tempoh 2 jam.
· Pendaftaran hartanah dilakukan dalam tempoh 2 hari.
· MyID di perkenalkan untuk rakyat Malaysia agar mereka urus dengan pelbagai agensi kerajaan dengan mudah,cepat dan selesa.
· Sebanyak 1,277 perkhidmatan on-line disediakan untuk memudahkan urusan dengan agensi-agensi kerajaan: Antaranya adalah Perkhidmatan pembaharuan cukai Jalan, Lesen memandu dan pembayaran saman.
· Sejumlah 14 buah Mahkamah khas Rasuah untuk bicara kes-kes rasuah telah ditubuhkan dan 249 kes telah dibicarakan sejak ditubuhkan
· Ahli Jemaah Menteri diwajib mengisytiharkan harta kepada SPRM.


3. APAKAH ITU YANG DISEBUT SEBAGAI INDEKS RASUAH (CPI)?


· Istilah CPI adalah rujuk kepada ‘Indeks Persepsi Rasuah (CPI) iaitu petunjuk persepsi terhadap kadar rasuah dalam sesebuah negara. Persepsi pula merupakan satu tanggapan responden kajian yang terlibat dalam kajian CPI dan bukan merupakan persepsi rakyat terhadap statistik kadar kes rasuah dalam sesebuah Negara.

· Persepsi rasuah diukur dengan mata antara 10 hingga 1.

· Indeks CPI pula diperolehi daripada 13 kajian pendapat yang dijalankan dikalangan ahli-ahli perniagaan atau penilaian prestasi oleh satu kumpulan penganalisis. CPI disediakan oleh maklumat kajian daripada 10 institusi bebas seperti berikut:


1. African Development Bank
2. Asian Developmen Bank
3. Bertelsmann Foundation
4. Economist Intelligence Unit
5. Freedom House
6. Global Insight
7. International Institute for ManagementDevelopment
8. Political and Economic Risk Consultanc
9. World Economic Forum
10. World Bank


· Oleh itu, adalah jelas bahawa CPI didapati kurang mencerminkan pendapat atau persepsi sebenar rakyat mengenai rasuah dalam negara yang terlibat dalam kajian.


· Skala 10 menunjukkan tidak ada gelaja rasuah dalam negara, manakala skala 1 pula menunjukkan rasuah amat meluas dalam negara tersebut.

· Tetapi, pada hakikatnya Indeks CPI yang dikeluarkan oleh badan NGO yang berpangkalan di luar negara adalah berasaskan kepada kajian yang dijalankan di kalangan beberapa badan-badan bukan kerajaan di sesebuah negara.

· Sebahagian besar negara yang dijalankan kajian CPI, hampir 50 % daripada 183 negara, mendapat mata kurang daripada 5.

· Indeks CPI Malaysia yang dikeluarkan oleh Tranparancy International dan Transparency Malaysia (TI-M), sebuah badan NGO bagi tahun 2011 adalah 4.3.

· Mata CPI yang diperolehi oleh Malaysia bagi tahun 2011 adalah kurang 0.1 mata berbanding dengan skor CPI yang diperolehi bagi tahun 2010 (4.4)

· Namun, Malaysia duduk dalam tangga ketiga terbaik dikalangan Negara-Negara ASEAN.

4 . ADAKAH BENAR DAKWAAN PARTI PEMBANGKANG BAHAWA SKOR CPI MALAYSIA MERUDUM PADA TAHUN 2010 DAN 2011?


· Walaupun skor CPI Malaysia dilihat merosot 0.1 antara tahun 2010 dan 2011, skor ini tidak menunjukkan usaha yang dijalankan oleh kerajaan tidak berjaya membanters rasuah. Penuruan skor ini jelas kelihatan dipengaruhi oleh laporan-laporan media yang di hebohkan oleh beberapa kes kononya disifatkan sebagai ‘rasuah besar’ oleh pihak pembangkang.

· Beberapa kes-besar didapati masih dalam siasatan dan dakwaan di mahkamah maka SPRM, yang baru ditubuhkan , perlu mengambil masa untuk menyelesai kes-kes tersebut agar hasilnya dapat dicerminkan dalam CPI pada masa akan datang.

· Perlu ditegaskan bahawa skor CPI Malysia adalah adalah termasuk negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Pembangkang seperti Negeri Selangor,Pulau Pinang dan Kelantan.

· Ada kemungkinan skor CPI Malaysia merosot 0.1 mata mungkin kerana ada laporan media yang mengatakan rasuah berleluasa di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Pembangkang.

· Namun, skor persepsi rakyat dan pelabur asing terhadap usaha kerajaan membanteras rasuah didapati menambah baik pada tahun-tahun kebelakangan ini.


5. APAKAH ADA UKURAN UNTUK MENUNJUKKAN PERSEPSI RAKYAT TERHADAP AMALAN RASUAH SELAIN DARIPADA CPI?


· Satu lagi ukuran yang digunakan untuk menunjukkan persepsi rakyat terhadap amalan rasuah dalam negara adalah Corruption Barometer (CB). Corruption Barometer Malaysia bagi tahun 2011 adalah 45 %. Ini bermakna 45 % rakyat Malaysia berpuashati dengan tindakan kerajaan memerangi rasuah.

· Manakala, Malaysia memperolehi mata 2.99 untuk keberkesanaan Agensi Penguatkuasaan kerajaan di mana mata 1 menunjukkan tiada rasuah dan 5 pula menunjukkan rasuah.

· Laporan Asean Business Outlook bagi tahun 2011 menunjukkan hanya 35 % pelabur yang masih tidak puas hati terhadap tindakan kerajaan Malaysia memerangi rasuah berbanding dengan 63 % pada tahun 2010.

· Ini jelas membuktikan usaha –usaha kerajaan dalam memerangi rasuah telah mendatangkan kejayaan yang amat memperangsangkan dalam masa 3 tahun yang lepas.


6. APAKAH INITIATIF-INITIATIF YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN NAJIB TUN RAZAK TIDAK BERJAYA MEMBANTERAS RASUAH ?


· Kesungguhan kerajaan dalam melaksanakan beberapa initiatif NKRA telah berjaya mengurangkan persepsi dan kepercayaan rakyat terhadap kesungguhan kerajaan membanters amalan rasuah dikalangan sektor awam.

· Walaupun TI-M melapor skor CPI Malaysia menurun daripada 4.5 (2009) kepada 4.4 pada tahun 2010 dan 4.3 pada tahun 2011, initiatif-initiatif kerajaan yang sedang dilaksanakan dijangka akan meningkatkan skor CPI kepada 4.9 menjelang tahun 2012 seperti disasarkan dalam NKRA.

· Warga pelabur dan sebahagian besar rakyat didapati berpuashati dengan tindakan kerajaan mengurangkan amalan rasuah di kalangan penjawat awam. Sebahagian besar pelabur asing merasa ‘comfortable’ dengan tindakan kerajaan memerangi rasuah oleh kerajaan kepimpinan Najib Tun Razak.Malah FDI telah meningkat kepada 33.2 bilion pada tahun 2011.

· Walaupun banyak perubahan berlaku dalam langkah-langkah kerajaan membaneras rasuah, pihak yang tidak bertanggungjawab masih menabur fitnah bahawa amalan rasuah berleluasa di Malaysia untuk mencapai agenda politik mereka.


7. APAKAH SPRM HANYA SIASAT PESALAH RASUAH YANG TERDIRI DARIPADA ORANG/PENJAWAT AWAM BERPANGKAT RENDAH/TIDAK BERPENGARUH POLITIK / ATAU IKAN BILIS?

· Akhir-akhir ini, kerajaan didapati menyiasat dan mendakwa penjawat yang yang terdiri daripada pangkat rendah sehingga berpangkat tinggi, termasuk Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah , Pengarah, Anggota Polis yang berpangat Tinggi , Ahli Politik , termasuk Ahli Exco, bekas Menteri malah orang perseorangan yang bertaraf ‘Tun’.


· Dakwaan bahawa SPRM siasat dan tangkap orang yang berpangat rendah dan orang persendirian yang tidak berpengaruh atau pemimpin politik yang berpengaruh adalah satu dakwaan yang tidak berasas malah satu usaha mengelirukan rakyat untuk menjejaskan imej kerajaan dikalangan rakyat.


8. APAKAH KERAJAAN AKAN MENGAMBIL TINDAKAN YANG LEBIH TEGAS DAN TERBUKA UNTUK MEMBANTERAS GEJALA RASUAH DIMALAYSIA?


· Kerajaan yang dipimpin oleh YAB Dato Seri Najib Tun Razak amat berkomited dalam hal membanteras rasuah di Malaysia. Malah menjadikan Membanteras Rasuah sebagai salah satu NKRA dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP).

· Namun, kejayaan usaha membanteras rasuah adalah tanggungjawab bersama kerajaan , civil society termasuk parti-pembangkang atau badan-badan bukan kerajaan, sektor swasta dan rakyat.

· Menurut Pengarah Dasar & Penyelidikan TI, Robin Hodess, “ Tiga pertiga negara-negara yang dikaji indeks persepsi didapati memperolehi CPI 5.00 mata”. Jadi, Malaysia bukanlah merupakan satu-satu negara didunia yang memperolehi CPI kurang daripada 5 mata. Malah, kebelakangan ini Amerika Syarikat yang menjadi ‘idola’ kepada parti-parti pembangkang juga didapati merost CPI negaranya .

· Sesungguhnya, kerajaan sedar dan percaya bahawa rasuah boleh dibanters dengan berkesan melalui menerapkan nilai –nilai intergriti dikalangan penjawat awam, ahli politik dan rakyat. Pengalaman daripada negara-negara maju dan berpendapatan tinggi membuktikan bahawa peningkatan pendapatan negara dan rakyat boleh membantu mengurangkan gejala rasuah di negara masing-masing.

· Sehubungan ini, usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 dijangka akan membantu kerajaan membanters gejala rasuah di Malaysia.

NKRA BERJAYA MEMENUHI HARAPAN & ASPIRASI RAKYAT


Program Tranformasi Kerajaan (GTP) dan Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri NajibTun Razak pada April 2009, terbukti menghasilkan kejayaan yang pantas dan besar dalam masa tiga tahun pelaksanaan.Program Transformasi yang dilaksanakan oleh Kerajaan melalui pendekatan NKRA memberikan impak yang positif terhadap jutaan rakyat merentasi kumpulan dan golongan masyarakat Malaysia.



1. APAKAH YANG SERING DISEBUT OLEH PERDANA MENTERI SEBAGAI NKRA?



Istilah NKRA adalah ringkasan Perkataan National Key Result Area ataupun Bidang Berhasilan Utama Negara. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, kumpulan dan golongan masyarakat mengharapkan kerajaan mengambil daya usaha malah memberi tumpuan menyelesai dengan segera beberapa perkara yang menjadi kebimbangan rakyat.

RAKYAT mengharapkan kerajaan menambah baik perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan dalam bidang sosial dan ekonomi malah melakukan perubahan dalam kaedah pengurusan jentera kerajaan agar keselamatan, kesejahteraan dan keselesaan hidup rakyat dapat terjamin.

Menyedari kebimbangan dan harapan rakyat itu, maka YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak umumkan NKRA atau Bidang Keberhasilan Utama Negara sebagai satu pendekatan untuk melaksanakan perubahan yang sewajarnya agar harapan rakyat dapat dipenuhi dengan segera malah mempastikan pembangunan dan kemajuan negara terus meningkat pada masa akan datang dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.



Secara umumnya, harapan rakyat terhadap kerajaan telah dikenalpasti dan dijadikan sebagai NKRA atau Bidang Berhasilan Utama Negara.

KPI (Key Performance Indicator) juga ditetapkan sebagai kayu ukuran untuk mengukur Keberkesanan pencapaian NKRA yang dilaksanakan oleh kerajaan.

2. APAKAH ENAM BIDANG NKRA YANG DITETAPKAN OLEH KERAJAAN? ADAKAH NKRA BAGI MEMBANTU RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH DIFIKIRKAN OLEH KERAJAAN?



ENAM BIDANG NKRA YANG DITENTUNTUKAN OLEH KERAJAAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

NKRA 1 : MENGURANGKAN KADAR JENAYAH


NKRA 2: MEMBANTERAS RASUAH


NKRA 3: MELUASKAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI DAN
BERKEMAMPUAN


NKRA 4: MEMPERTINGKATKAN TARAF KEHIDUPAN ISI RUMAH

BERPENDAPATAN RENDAH

NKRA 5: MEMPERTINGKATKAN INFRASTRUKTUR ASAS LUAR BANDAR


NKRA 6: MEMPERTINGKATKAN KEMUDAHANPENGANGKUTAN AWAM,

KHUSUSNYA DI LEMBAH KELANG

Akhir-akhir ini, memandangkan golongan berpendapatan rendah mengharapkan kerajaan membantu meringankan kebebanan mereka, maka membantu meringkan kebebanan golongan berpendapatan rendah juga dijadikan sebagai NKRA yang ke tujuh.

NKRA 7: MERINGANKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT



3. APAKAH KETUJUH-TUJUH NKRA ITU BERJAYA MEMBAWA KEBAIKAN KEPADA SEMUA KUMPULAN DAN GOLONGAN MASYARAKAT MALAYSIA?



Secara umumnya, rakyat mengharapkan kerajaan menghapuskan gejala rasuah yang dilaporkan semakin meningkat, mengurangkan kadar jenayah agara rakyat merasa selamat , meningkatkan peluang pendidikan kepada semua lapisan dan golongan masarakat, meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatn rendah dibandar dan diluar Bandar, menambah baik kemudahan infrastruktur di luar bandar dan meningkatkan kemudahan pengangkutan awam di Lembah Kelang. Baru-baru ini golongan berpendapatan rendah juga mengharapkan kerajaan membantu mereka meringankan kebebanan menghadapi masalah kenaikan harga barang-barang keperluan asas.




Sesungguhnya, semua harapan rakyat tersebut itu dijadikan sebagai sasaran NKRA agar rakyat dapat hidup dengan selesa, sejahtera dan selamat pada masa akan datang.

4.APAKAH NKRA ITU SATU RETORIK POLITIK UNTUK MENGALIH PERHATIAN RAKYAT?



Jentera kerajaan kepimpinan Najib Tun Razak didapati bersungguh-sungguh dalam melaksanakan initiatif-initiaf NKRA dengan bajet yang mencukupi agar sasaran yang ditetapkan dalam NKRA itu dapat tercapai dalam masa yang ditetapkan. Pertujnjuk-pertunjuk hasil pelaksanaan NKRA jelas menunjukkan kualiti hidup rakyat dipertingkatkan di seluruh Malaysia malah rakyat meras selamat, sejahtera dan maklmur .

NKRA 1: MENGURANGKAN KADAR JENAYAH



1. APAKAH NKRA MENGURANGKAN KADAR JENAYAH BENAR-BENAR MENGURANGKAN KADAR JENAYAH DI SELURUH MALAYSIA?



Pengurangan 5 % kadar jenayah indeks pada tahun 2010 dan 2011 adalah sasaran atau KPI NKRA tersebut. Manakala, kadar jenayah jalanan turun 20 % pada tahun 2010 dan 40% pada tahun 2011.

Sesungguhnya, kerajaan telah berjaya mencapai KPI tersebut sekaligus mengurangkan kadar jenayah di seluruh negara.

Statistik terbaru menunjukkan kadar jenayah Indeks telah turun 24.5 % sejak NKRA diperkenalkan (Dari jumlah 176,124 kes pada tahun 2009 kepada 132,925 kes pada tahun 2011).

Kadar jenayah Jalanan pula turun 40.6 % ( Dari jumlah 32,728 kes pada tahun 2009 kepada 19,456 kes pada 2011). Pencapaian ini adalah melebihi sasaran yang ditetapkan. Jadi, keseluruhan Indeks Jenayah telah dikurangkan 10% secara amnya dan jenayah perjalanan telah dikujrangkan 40.1 % sejak NKRA tersebut dilaksanakan.

Menurut World Justice Project’s (WJP) Rule of Law Index 2011:



· Malaysia diletakkan sebagai salah sebuah negara yang paling selamat dalam dunia.

· Malaysia menduduki dalam tangga yang teratas sekali dalam tangga keselamatan dikalangan 19 buah negara yang berpendapatan pertengahan atas. Kedudukan ini adalah bersama dengan negara France dan Belgium)

· Malaysia mencapai tempat ke 12 dalam tangga keselamatan malah mendahului Amerika Syarikat (USA) yang mencapai tempat ke 13 dan United Kingdom(UK) mencapai tempat ke 14 dalam tangga keselamatan.



Manakala menurut Global Peace Index(GPI) 2011:



· Malaysia diletakkan sebagai sebuah negara yang paling selamat dalam in South –East Asia.

· Malaysia mencapai tangga ke 4 dalam tangga keselamatan dikalangan negara-negara Asia-Pacific Region.

· Malaysia mencapai status negara selamat yang ke 19 dalam dunia.


2. APAKAH INITITATIF DAN LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN UNTUK KURANGKAN KADAR JENAYAH DI MALAYSIA DALAM MASA 3 TAHUN KEBELAKANGAN INI?



· Kesemua 753 Balai Polis diberikan ranking buat pertama kalinya berdasarkan prestasi dan perkhidmatan yang disediakan kepada rakyat.

· 14,222 pegawai dan 7,402 anggota polis yang bertugas di pejabat sebagai anggota sokongan diatur semula kedudukannya untuk menjalankan tugas rondaan untuk menjamin keselamatan orang awam.

· Kakitangan Gerak Am (PGA) ditugaskan semula dengan sokongan tentera dan RELA untuk membanteras jenayah.

· Lebih daripada 14,000 anggota Polis bersama-sama dengan 3,000 anggota RELA dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) , ditugaskan semula (redeployed) di 50 kawasan yang sering berlaku kejadian jenayah atau “hot spots”.

· Peningkatan rondaan oleh agensi-agensi penguatkuasaan keselamatan awam termasuk skim rondaan sukarela (SRSs) untuk mencegah jenayah dalam kawasan tumpuan telah berjaya mengurangkan kadar jenayah seperti disasarkan.

· Sejumlah 5,538 anggota dilantik sebagai PVR ( 3931 RELA dan 1607 Ahli JPAM).

· Skim Rondaan Sukarela(SRS) telah meliputi 4902 anggota Rukun Tetangga.

· 2,412 Skim Rondaan Suka Rela di laksanakan di seluruh negara yang dianggotai oleh 112,300 ahli.

· Sebanyak 496 unit kamera litar tertutup (CCTV) dipasang diseluruh negara bagi membantu mengurangkan kadar jenayah.

· 445,684 orang awam daftar sebagai Rakan Cop diseluruh negara sebagai mata dan telinga pihak Polis.

KESIMPULANNYA :

· Kadar jenayah telah menurun 10 % pada keseluruhannya dan kadar jenayah jalanan yang merangkumi ragut dan rompakan tanpa senjata juga a turun 41 % sejak 2009 sehingga bulan oktober 2011.

· Menerusi initiatif NKRA Kurangkan Kadar Jenayah, persekitan kita menjadi LEBIH SELAMAT, malah masyarakat Bandar dan luar Bandar merasa lebih selamat untuk keluar bersiar-siar dari rumah.

· Tidak dapat dinafikan bahawa pelaksanaan NKRA untuk mengurangkan jenayah telah membantu meningkatkan kepuasan rakyat terhadap Institusi Polis dalam mengurus keselamatan awam di Malaysia.

· Laporan yang dikeluarkan oleh badan-badan antarabangsa yang melapor terhadap keselamatan Malaysia telah meningkat keyakinan pelabur asing dan pelancong untuk melabur dan melawat Malaysia dalam masa 3 tahun kebelakangan ini.

SAMBUNG…….NKRA MEMBANTERAS RASUAH