Wednesday, November 28, 2012

NAJIB DIJANGKA MENANG BESAR DALAM PRU13

Pilihan Raya Umum Yang Ke 13 (PRU13) dijangka akan diadakan pada bila-bila masa. Malah, masing-masing parti , BN dan Pakatan Pembangkang, sudahpun siap sedia dengan senarai calon-calon yang bakal bertanding dalam PRU13 yang dianggap sebagai ibu pada segala pilihan raya.


Ada lah pengetahuan umum bahawa kemerosotan sokongan pengundi India terhadap BN telah menyebabkan BN kehilangan 2/3 majoriti dalam Parlimen. BN hanya mampu memenangi 140 kerusi daripada jumlah 222 dalam PRU12 walaupun memenangi 199 kerusi pada PRU11.

Disebaliknya, parti-parti pembangkang memenagi 82 kerusi parlimen malah berjaya menawan 4 buah negeri dalam PRU12. Namun, akhir-akhir ini jumlah ahli pakatan pembangkang dalam Parlimen telah berkurangan daripada 82 kerusi kepada 75 kerusi kerana tujuh orang ahli parti pembangkang telah keluar dari parti masing-masing dan mengambil tempat bebas dalam parlimen.

Penganalisaan pola pengundi dalam PRU12 jelas menunjukkan parti pembangkang memenangi 82 kerusi parlimen berbanding dengan 29 kerusi pada PRU11. Hampir 63 kerusi parlimen daripada jumlah ini adalah kerusi Parlimen yang mempunyai komposisi pengundi India antara 10 hingga 20 % .

Dalam pada itu, kajian mengenai persepsi kaum India terhadap BN ketika PRU12 jelas menunjukkan bahawa sebahagian besar pengundi India, tanpa mengira berbezaan ideologi politik, telah menolak BN kerana kurang puas hati terhadap BN mengurus beberapa isu, termasuk isu agama kaum India.Beberapa kejadian seperti perhimpunan HINDRAF 2007, insiden roboh kuil Hindu di Kg Jawa, Selangor beberapa hari sebelum Kaum Hindu menyambut Hari Deepavali, telah menguris hati sebahagian besar pengundi India terhadap kerajaan BN.

Namun, persepsi pengundi India kini ketara berubah sesudah PRU12. Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak yang mengambil alih kepimpinan kerajaan BN pada 3 April 2009 telah lakukan banyak perubahan dalam konteks pengurusan berbezaan antara kaum. Malah pendekatan menangani isu-isu yang berkaitan dengan kaum, agama dan hal-hal yang perikepentingan sah pelbagai kaum mendapat sokongan dan sanjungan rakyat Malaysia terutmanaya kaum India.

PM Najib didapati menjelajah seluruh pelusuk negara, termasuk bandar, pinggir bandar, kampong, ladang, kampong baru, rumah panjang dsb. untuk melihat dengan mata sendiri secara langsung taraf hidup rakyat sambil mendengar rintihan mereka.

Dalam konteks ini, PM Najib telah melawat Batu Caves untuk bersama kaum Hindu yang menyambut Hari Thaipusam. Kerajaan BN kepimpinan beliau juga telah menganjurkan Program-program Resmi Menyambut Hari Deepavali di Kapar, Selangor, di Ladang Siliau , Negeri Sembilan dan baru-baru ini Ladang Infoternak Sungei Siput,Perak.

Komuniti India juga didapati amat tersentuh hati apabila PM Najib meluluskan peruntukan yang besar bagi menjamin kaum India turut menikmati kesejahteraan malah bersama menikmati kekayaan negara. Antara peruntukan yang besar yang diluluskan oleh PM Najib adalah 1. RM 180 juta untuk pembangunan usahawan kaum India. 2. RM 3.2 juta untuk membaiki dan membina kuil-kuil Hindu, 3. RM 440 juta untuk pembangunan Sekolah Tamil, 4. RM 200 juta untuk program latihan kemahiran belia India, 5. RM 35 juta untuk program TEKUN membantu kaum India, 6 . Kelulusan membina 6 SRJK(T) baru di seluruh negara, 7. Program ’MyDaftar’ untuk membantu orang yang menghadapi masalah memperolehi dokumen sijil kerakyataan dan surat benaran dan lain-lain dokumen resmi. Sehingga kini sejumlah 6590 orang diluluskan permohonan kewarganegaraan, 8. RM 68 juta untuk pembangunan hampir 2000 NGO, menambah peluang kemasukan kursus Matrikulasi bagi pelajar-pelajar India dari 500 kepada 1500.

Malah, Bajet 2013 juga terus memberi perhatian kepada pembangunan kaum India dengan memperuntukan M 50 juta untuk melatih dan memperkasakan 3,200 pelajar miskin dari ladang-ladang dalam pelbagai bidang kemahiran, peruntukkan RM 50 juta untuk memperkasakan pengusaha India melalaui program TEKUN dan RM 100 juta untuk pembangunan Sekolah Tamil .

Pendekatan Najib mendampingi rakyat didapati mendapat sambutan daripada kaum India malah mengubah persepsi mereka terhadap kerajaan BN. Adalah tidak keterlalauan sekiranya katakan bahawa prihatinan dan kesungguhan PM Najib dalam usaha meningkatkan taraf hidup kaum India telah menawan hati dan minda kaum India kembali menyokong BN yang dipimpin oleh Najib.

Disebaliknya, perasaan tidak puas hati terhadap pakatan pembangkang kian meningkat dikalangan komuniti India kerana janji-janji manis yang ditaburkan kepada mereka masih belum ditepati dan kini hanya tinggal angan Mat Jenin. Keyakinan kaum India terhadap pimpinan parti-parti yang bergabung dalam pakatan pembangkang juga didapati semakin goyah kerana kepentingan mereka tidak langsung terbela di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Pembangkang berbanding dengan negeri-negeri yang ditadbir oleh BN.

Memandangkan sokongan pengundi India terhadap kerajaan kepimpinan Najib kian meningkat, Pengundi Cina dan golongan muda juga didapati tertarik dengan pelan transformasi ekonomi dan politik, akaun twitter Najib telah mencecah 1 juta orang, maka adalah mustahil bagi pakatan pembangkang menawan 105 kerusi parlimen dalam PRU13 seperti di dakwa oleh kumpulan strategis pakatan pembangkang.

Kaum India amat yakin PM Najib akan membela kepentingan sah mereka pada masa-masa akan datang. Malah, kaum India kini berpegang kepada konsep NAMBIKEI yang saban hari diucap oleh PM Najib. Perubahan dalam pemikiran dan sentimen malah persepsi dikalangan pengundi India terhadap BN dijangka akan mengembalikan sokongan pengundi India dalam 63 kawasan parlimen diseluruh Malaysia. Sekiranya memenangi 63 kerusi Parlimen yang terletaknya pengundi India antara 10-20 % dalam PRU13, maka BN berpeluang memenangi tidak kurang daripada 156 kerusi dalam PRU13. Apakah kemenangan ini akan menimbulkan ’tsunami politik’ dalam mengagalkan impian Pakatan Pembangkang menguasai Putrajaya dalam PRU13?.