Wednesday, March 26, 2014

ANALISA PILIHAN RAYA KECIL N25 KAJANG

Calon PKR, Dato Seri Dr.Wan Azizah mendapat 16,741 undi berbanding dengan 19,571 undi yang diperolehi oleh calon PKR dalam PRU13. Manakala, calon BN Datuk Paduka Chew Mei Fun mendapat 11,362 undi berbanding dengan 12,747 undi yang diperolehi oleh calon BN dalam PRU13. 

Jumlah keluar undi dalam PRK Kajang adalah 28,314 (72%) berbanding dengan 34,430 (88%) pada PRU12. Ini bermakna PKR hilang 2,830 undi sambil BN hilang 1385 undi.

Namun, BN meningkat 2.7 % peratus sokongan dalam PRK Kajang berbanding dengan keputusan PRU 13. Keputusan ini jelas menunjukkan Anwar Ibrahim bukan sahaja gagal dalam strategi ‘Kajang Move’ untuk memenuhi impian beliau menjadi Menteri Besar Selangor bahkan juga gagal meraih sokongan hebat daripada rakyat khususnya pengundi Cina dan India. 

Hampir 17 % pengundi tidak keluar mengundi dalam PRK Kajang juga jelas menunjukkan pengundi Kajang khususnya pengundi Cina menolak sikap Anwar Ibrahim mempermain-mainkan sistem demokrasi untuk kepentingan politik beliau. 

Malah hasrat DS Anwar Ibrahim mengeksploit sistem demokrasi yang amal diMalaysia untuk mengadakan pilihan raya kecil N25 Kajang juga didapati sia-sia sahaja. 

Lim Kit Siang, pemimpin utama DAP, yang bergaung BN akan hilang deposit juga tidak menjadi kenyataan. Malah, ramalan dan impian DS Anwar Ibrahim dan pakar-pakar strategi PKR yang meramalkan PKR akan memperolehi kemenangan besar dengan majoriti lebih 10,000 undi juga tidak menjadi kenyataan. 

Kesimpulannya, walaupun PKR menang dalam PRK Kajang yang berlangsung pada 23.3.2014, rakyat sudah bagi isyarat bahawa mereka tidak bersama Anwar Ibrahim dalam perjalanan beliau menuju Putrajaya!

Monday, March 3, 2014

KEBEBASAN AGAMA TERSERLAH DIMALAYSIA

PENGENALAN

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum,keturunan, etnik  iaitu  orang Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Iban, Murut, Bajau, Bidayuh, Penan, Kelabit, Kayan, Kenyah, Orang Asli dan kaum bumiputera yang lain.

Namun, Malaysia berjaya dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum malah mencapai kejayaan besar dalam membangunkan negara kerana kemajmukan itu dijadikan sebagai sumber kekuatan negara. Sejak negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kemajmukan itu menjadi batu asas kepada kemakmuran Malaysia.

Maka, rakyat Malaysia telah menerima kemajmukan (plurality)  sebagai asas atau platform malah menjamin  kebebasan agama kepada warga Malaysia agar rakyat berbilang kaum, teturunan dan adama dapat hidup aman damai.  Kebebasan agma juga didapati tercatit dengan jelasnya dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara yang menjadi teras pentadbiran kerajaan Malaysia.

1.APAKAH BENAR DAKWAAN BAHAWA TIDAK ADA KEBEBASAN AGAMA DI MALAYSIA.

Kebebasan agama didiabdikan dalam Perlembagaan Malaysia.  Namun, beberapa berkara terutmanya Perkara 3, Perkara 11, Perkara 121 dan Perkara 160 mencatit mengenai hal ehwal amalan dan kebebasan agama di Malaysia. Perkara-perkara tersebut hendaklah dirujuk secara serentak dalam memahami ruang kebebasan agama di Malaysia .

2. APAKAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA MENENTUKAN RUANG KEBEBASAN AGAMA KEPADA SEORANG RAKYAT MALAYSIA?                                 

Perlembagaan Persekutuan adalah Perjanjian Permuafakatan Rakyat Malaysia dalam usaha mencapai kemerdekaan dan membentuk sebuah negara yang berdaulat bersandarkan pada sistem kerajaan demokrasi berparlimen dan Raja Perlembagaan.
Memandangkan pendudukan Malaysia berbilang kaum dan agama maka hal-hal berkaitan dengan agama hendaklah diurus dengan bijaksana agar rakyat menikmati keharmonian, kesejahteraan dan keamanan.

 Mengikut census Jabatan Statistik tahun 2010, jumlah penduduk Malaysia adalah seramai 29.6 juta. Daripada jumlah ini, kaum Bumiputera adalah  seramai 65.1 %,  Cina seramai 26 %,  India seramai 7.7 % dan bakinya kaum-kaum lain. Daripada jumlah penduduk tersebut, komposisi   rakyat  beragama Islam adalah seramai 61.3 %, penganut agama Buddha seramai 19.8 %, penganut agama Kristian seramai 9 %, penganut  agama Hindu 6.3% dan 1.3 % penganut fahaman Confusius/Taoism dan lain-lain fahaman tradisi Cina. Jumlah penduduk Melayu beragama Islam adalah 55 %.

3.KENAPA  PERLU RUJUK PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN dan BUKAN DEKLARASI HAK ASASI 1948 DALAM BINCANG HAL-HAL BERKAITAN DENGAN  KEBEBASAN AGAMA SEORANG RAKYAT MALAYSIA?

Perlembagaan Persekutuan adalah merupakan satu perjanjian permuafakatan antara semua kaum di Malaysia yang digubal berdasarkan kepada prinsip-prinsip Common Law. Malah  merupakan undang-undang utama (Supreme law) bagi negara ini (Perkara 4(1).


Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Malaysia menyediakan  peruntukan-peruntukan berhubung dengan  kebebasan beragama dan hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan agama..

Perlembagaan Persekutuan juga merupakan  satu dokumen yang mendukung tatacara pemerintahan kerajaan Malaysia malah mengandungi beberap peruntukan yang bukan sahaja melindungi kebebasan agama bahkan juga  melarang perkembangan sesuatu agama dikalangan warga Islam.

4.APAKAH KEDUKAN AGAMA ISLAM DAN  LAIN-LAIN AGAMA BUKAN ISLAM DI MALAYSIA? KENAPAKAH AGAMA ISLAM LEBIH DIUTAMAKAN DI MALAYSIA?

Perlembagaan Persekutuan meletakkan agama Islam di tempat tertinggi (Perkara 3). Sementara itu, lain-lain agama seperti agama Kristian, Hindu dan lain lain juga di beri kebesan malah runag untuk dikembangkan dikalamngan rakyat Malaysia tidak termasuk umat Islam. Perlembagaan Persekutuan  mendukung  beberapa perkara penting berkaitan dengan kedudukan, amalan, perlaksaanan dan kemajuan Islam  yang  telah dipersetujui bersama oleh rakyat Malaysia. Antaranya adalah seperti berikut:

•  Agama Islam adalah agama Persekutuan ( Kedudukan paling istimewa - Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3-Bahagian 1).

•  Peruntukan kewangan kerajaan untuk kegiatan-kegiatan mengembangkan syiar Islam (Perkara 12- Bahagian 2)

•  Kebebasan beragama (Perkara 11-Ceraian 4).

Setiap orang warga Malaysia berhak menganut dan mengamalkan agama masing-masing. Namun, pekembangan apa-apa dokrin atau kepercayaan agama dikalangan penganut Islam adalah dilarang diMalaysia.

Dengan ini jelas bahawa sambil  agama Islam dimartabatkan sebagai teras dan asas pemerintahan negara ini, agama-gama lain juga boleh diamalkan dengan bebas berlandaskan peraturan-peraturan yang terkandung dalam  Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 11(1) dan 11(5) Perlembagaan  membenarkan setiap warga negara mengamal agama masing-masing.  Namun, Perkara ini tidak membenarkan sebarang aktiviti yang bertentangan dengan keamanan awam, kesihatan awam dan tingkahlaku moral awam. Sehubungan ini, Perkara 160  dalam Perlembagaan juga mentakrifkan orang Melayu sebagai orang Islam sejak dilahir.

Raja –Raja Melayu sebagai ketua Agama Islam di negaeri masing-masing iaitu 9 daripada 13 negeri dalam gagasan Malaysia. Manakala, Yang DiPertuan Agong menjadi ketua Agama di negeri-negeri lain yang tidak berRaja Melayu.

Perlembagaan Persekutuan juga meletakkan pengurusan hal-ehwal agama Islam dibawah pentadbiran kerajaan negeri dengan peraturan dan undang-undang negeri.

5. KENAPA HAL-HAL BERKAITAN DENGAN AGAMA ISLAM TIDAK BOLEH DIBICARA DALAM MAHKAMAH SIVIL MALAYSIA?

Perlembagaan Malaysia menetapkan dua sistem atau kuasa  badan kehakiman di Malaysia ( Pindaan Perlembagaan 1988-Perkara 121 (1)  iaiatu sistem mahkamah  sivil yang bersumberkan undang-undang sivil yang disediakan oleh Parlimen dan mahkamah syariah yang bersumberkan Al-Quran. Hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah dirujuk kepada Mahkamah Syariah.

Namun, negeri Sabah dikecualikan daripada syarat-syarat yang dikenakan berkaitan dengan agama  dalam Perlembagaan Malaysia . Sabah bermeteri satu penjanjian yang dikenali sebagai perjanjian 20 perkara semasa negeri Sabah menyertai Gagasan Malaysia pada tahun 1963.

Sabah mengakui Islam sebagai agama Persekutuan. Namun, tidak menentukan agama resmi bagi Borneo Utara. (while there was no objection to Islam being the national religion of Malaysia there should be no state religion in North Borneo, and the provisions relating to Islam in the present constitution of Malaya should not apply to North Borneo".

6. APAKAH BENAR  DAKWAAN BAHAWA RAKYAT MALAYSIA BUKAN ISLAM MENDERITA AKIBAT PENGANIYAAN DAN PENINDASAAN KERAJAAN?

TIDAK BENAR. Rakyat Malaysia, sama ada penganut Islam atau bukan Islam bebas mengamal agama masing-masing. Malah kerajaan menggalakkan rakyat hidup aman damai dengan amal kan agama masing-masing tanpa sebarang sekatan,halangan atau gangguan seperti pernah berlaku di Bosnia-Herzogovna, Serbia, Tunisia pada satu ketika.

Walaupun agama Islam adalah agama Persekutuan , Kerajaan menyediakan bantuan khas kewangan untuk mendirikan pusat-pusat ibadat agama bukan Islam di Malaysia.

Perlu idketahui bahawa Malaysia dicatitkan sebagai sebuah Negara yang penduduknya berbilang kaum memiliki banyak kuil-kuil Hindu  diluar India atau Tamil Nadu.

Kerajaan juga didapati istiharkan beberapa Hari Perayaan agama sebagai hari cuti umum resmi dalam bukan sahaja menghormati malah memberi ruang untuk rakyat pelbagai agama menyambut hari perayaan agama masing-masing dengan bebas seperti dihendaki oleh rukun agama masing-masing.

Antara cuti umum resmi adalah:

Hari Raya Puasa-Muslim
Hari Raya Haji-Muslim
Hari Maulidur Rasul-Muslim
Hari Wesak-B uddha
Hari Deepavali-Hindu
Hari Thaipusam –Hindu
Hari Krismas-Kristian
Hari Jumaat Agong-Kristian di Sabah & Sarawak)
Hari Perayaan Gawai Dayak Sabah

7.APAKAH KEBEBASAN AGAMA TERMASUK DALAM HAK ASASI MANUSIA?

Deklarasai Hak Asasi 1948 mengiktiraf kebebasan agama sebagai hak semula jadi seorang Individu. Malaysia pun mengakui kebebasan agama seseorang individu berdasarkan undang-undang yang sedia ada di Malaysia.

Kebebasan agama di Malaysia tidak boleh diukur dari perspektif Deklarasi Hak Asasi 1948 kerana Deklarasi Hak Asasi 1948 disediakan dengan  pemikiran Barat .

Namun, Malaysia mengambil kira semangat kebebasan yang dianjurkan oleh Deklarasai Hak Asasi 1948 dalam menyediakan Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia meletakkan syarat-syatat dan ruang kebebasan amalan agama dengan mengambil kira  reality hidup  masyarakat Malaysia yang  terdiri daraipada pelbagai kaum dan keturunan malah perbezaan agama.  

8.APAKAH BENAR MALAYSIA KINI DILANDA DENGAN HURU –HARA AGAMA atau RELIGIOUS TURMOIL,  AKIBAT KONTROVERSI PENGGUNAAN KALIMAH ‘ALLAH”?

Walau pun penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam versi Bahasa Melayu dalam Majalah Herald-The Catholic Weekly”  yang promosikan agama Kristian di Sabah telah menimbulkan kontroversi dikalangan segelintir rakyat  beragama Kristian dan Islam di Malaysia, sebahagian besar rakyat di Semenanjung dan di Sarawak dan Sabah masih hidup aman damai dan amalkan budaya hormat menghormati agama masing-masing seperti biasa. 

Umumnya, kontroversi tersebut tidak menimbul sebarang suasana huru-hara yang berbau agama seperti gempar gempurkan oleh setengah-tengah pihak.
                                                  
Kronologi timbulnya isu penggunaan kalimah Allah :

 31 Disember 2007
·         Pengarang akhbar Herald – The Catholic WeeklyPaderi Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa larangan menggunakan kalimah “Allah”. Bagaimanapun kerajaan menegaskan bahawa larangan penggunaan kalimah “Allah” masih kekal.

3 Januari 2008
·         Kabinet mengekalkan larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan akhbar masing-masing.

18 Oktober dan 1  November 2006
·         Sebelum ini Kabinet telah memutuskan keputusan yang sama dalam Mesyuarat Kabinet pada .

19 Mac 2008
·         Gereja Katolik telah memohon di Mahkamah Tinggi untuk melakukan semakan kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah “Allah”.


5 Mei 2008
·          Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) telah membuat keputusan membenarkan permohonan Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman (undang-undang) terhadap larangan menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly.


 7 Januari 2009
·          Kementerian Dalam Negeri meluluskan permit penerbitan Herald bagi  tempoh 1 Jan sehingga 31 Dis 2009, dengan syarat kalimah “Allah” tidak  digunakan di dalamnya dan perkataan “Terhad” mesti dicetak pada muka depan  majalah mingguan itu yang hanya boleh diedarkan kepada penganut Kristian serta di gereja sahaja.

 16 Feb 2009
Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan “Allah” dalam penerbitan gereja, dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.
31 Disember 2009
·          Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dihakimi oleh Hakim Datuk Lau Bee Lan telah membuat keputusan dengan membenarkan penerbitan majalah Herald – The Chatolic Weekly bagi menggunakan kalimah Allah.

 31 Disember 2009
·         Secara faktanya keputusan Penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 itu  adalah bertentangan dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan  Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 yang telah menyatakan bahawa lafaz atau kalimah “Allah” adalah kalimah suci KHUSUS bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam lain.


·         Larangan ini juga selari dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang  Islam) yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kalimah “Allah” hanya boleh digunakan bagi umat Islam.

 5 Januari 2010 
·         Kementerian Dalam Negeri memfailkan permohonan untuk penangguhan perintah mahkamah sebelum ini selepas mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan sehari sebelum itu. 

 6 Januari 2010 
 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini bagi membenarkan penggunaan kalimah “Allah” oleh majalah mingguan Katolik, Herald, berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Paderi Roman Katolik Malaysia berdasarkan kepada kepentingan negara.

 6 Januari 2010 hingga kini
Isu ini masih ditangguhkan dan pelbagai pihak yang berkepentingan mengeksploitkan isu ini untuk meraih sokongan politik parti masing-masing.


Namun, tinjauan di negeri Sabah dan Sarawak menunjukkan bahawa Gereja dan majlis-majlis keagamaan Kristian jarang menggunakan kalimah Allah dalam upaca ibadat .mereka. Orang awam di Sabah dan Sarawak tidak banyak ambil tahu tentang isu ini malah meneruskan kehidupan mereka seperti biasa tanpa menunjukkan sebagarang emosi akibat kenangkitan perkara tersebut.

Adalah didapati hanya parti=parti politik dan NGO-NGO tertentu sahaja sengaja memanjangkan polimik berdebatan isu kalaimah Allah untuk meraih sokongan politik dan kepentingan tertentu.   

9. APAKAH BENAR KERAJAAN BN MENYEKAT KEBEBASAN TUKAR AGAMA DI MALAYSIA?

Kerajaan Kelantan pada tahun 1993 dan Kerajaan Terengganu pada tahun 2003 telah mentakrifkan murtad sebagai satu kesalahan yang boleh membawa hukluman bunuh.Malah kerajaan Negeri Perak, Melaka, Sabah dan Pahang menjadikan murtad sebagai satu kesalahan jenayah.

Kerajaan Kelantan juga didapati larang Pertunjukkan Mak Yong atau wayang kulit di Kelantan yang kononnya berpengaruh agama Hindu.

Seorang warga Malaysia berugama Islam dibenarkan tukar agamanya dengan kelulusan daripada mahkamah Syariah berdasarkan undang-undang yang digariskan dalam Perlembangaan Malaysia dan Undang-Undang Negeri. Namun, pada tahun 1999, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Mahkamah Sekular atau Malaysia tidak memiliki bidang kuasa untuk mendengar aplikasi oleh seorang Muslim tukar agamanya.

Huraian dan perbincangan diatas jelas menunjukkan bahawa  kerajaan Persekutuan yang ditadbir oleh BN memberi ruang yang mencukupi untuk rakyat amal agama masing-masing dengan bebas malah amat prihatin dan bijaksana dalam mengurus perbezaan agama dikalangan rakyat. Namun, perlu diketahui bahawa pentadbiran hal-hal agama adalah dibawah pentadbiran kerajaan negeri  masing-masing yang mempunyai undang-undang  dan peraturan tersendiri yang berbeza –beza tetapi berpaksikan kepada  syariah agama Islam.

Saturday, March 1, 2014

HAK ASASI TERSERLAH DI MALAYSIA


Akhir-akhir ini  hal-hal mengenai  hak asasi manusia menarik perhatian dan hangat dibincangkan dikalangan rakyat, terutamanya golongan muda baik  kaum bumiputra maupun bukan bumiputra di Malaysia. Walaupun kerajaan kepimpinan Dato Seri Najib Tun Abdul Razak mengamalkan dasar yang menterlah  hak kesamarataan antara pelbagai kaum di Malaysia,  prinsip –prinsip hak asasi dan kesamarataan masih menjadi satu tema atau agenda politik untuk beberapa parti-parti  politik maupun badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia dalam meluaskan pengaruh mereka dikalangan rakyat terutamanya dikalangan bukan bumiputra.

1.APAKAH YANG DIKATAKAN DENGAN PRINSIP  ‘KESAMARATAAN’?

Prinsip kesamarataan adalah dicetukan oleh ahli-ahli falsafah politik dan sosial  seperti , Aristotle, Plato, Hobbes, Lock dan pemikir sosial semasa seperti Rawls dan Nozick. 1

Pada dasarnya, prinsip  ‘kesamarataan’ yang dianjurkan oleh tradisi Barat membawa pengertian manusia perlu diberi layanan sama rata. Prinsip ini kemudiannya dikaitkan dengan konsep hak asasi manusia yang dicipta oleh pemikir-pemikir politik negara Barat, khususnya pemikir politik Amerika Syarikat. Prinsip kesamarataan dijadiakan asas atau roh Perlembagaan  yang digubal bagi Kemerdekaan Amerika Syarikat (USA) pada tahun 1776.

Untuk memahami inti pati prinsip ‘kesamarataan’, rakyat Malaysia terlebih dahulu perlu  memahami latar dan dasar ‘hak asasi manusia’ kerana ianya saling dikaitkan dengan prinsip kesamarataan. Prinsip kesamarataan dan hak asasi manusia dilihat berpaksikan kepada pemikiran  modernisme. Aliran hak asasi manusia sebagai satu kerangka pemikiran  muncul dari latar sejarah yang kompleks dan tersendiri yang dialami oleh masyarakat Barat sekitar abad ke 16. Pemikiran modenisme pula adalah reaksi masyarakat menentang terhadap sistem budaya dan struktur berfikiran yang mengongkong kebebasan seseorang individu di negara Barat ketika institusi gereja yang mewakili sesuatu kelompok mempengaruhi pentadbiran sesebuah negara. Institusi gereja dianggap menghalang kebebasan seseorang individu.

Malah, tafsiran sempit dan peraturan-peraturan kenegaraan yang dikeluarkan oleh institusi gereja tentang realiti, hukum dan kebenaran dilihat mengekang perkembangan ilmu dan kreativiti manusia. Dengan itu,  masyarakat pada ketika itu digesa bebaskan diri daripada tradisi monopoli satu kelompok masyarakat, terutamanya  institusi agama,  dalam menentukan kebenaran sekaligus kebebasan.

Di sinilah bermulanya idea dan gerakan untuk rombak segala sistem kepercayaan dan struktur sosial yang dianuti dan diamalkan oleh tradisi supaya manusia dapat mempertingkatkan kebebasan dan kemajuanna. Aliran pembaharuan yang umumnya dikenali sebagai ‘modenisme’ lahir sebagai satu gerakan protes terhadap unsur kongkongan, monopoli dan manipulasi sesuatu kelompok, khususnya kumpulan agama, terhadap kebebasan dan hak-hak asasi individu dan masyarakat.

Kumpulan yang tertekan membangit merubah struktur masyarakat yang diasaskan oleh   tradisi dalam usaha memperjuangkan kebenaran. Mereka menuntut supaya asas-asas tradisi digantikan dengan konsep ‘sekularisme’ yang berteraskan  rasional  dan diterapkan dalam semua  dimensi kehidupan masyarakat.

Bagi pejuang pembaharuan, agama tidak lagi menjadi faktor penentu terhadap makna kebenaran dan dengan itu perlu digantikan dengan ‘sekularisme’ yang dianggap sebagai `agama’ yang harus disanjung tinggi. Gerakan pembaharuan ini dilihat telah berjaya rombak sistem tradisi masyarakat Barat dalam segenap aspek kehidupan mereka yang meliputi bidang pemerintahan, keilmuan, perundangan, seni, hiburan dan tatacara moral.

Aliran pembaharuan ini dilihat bertapak kukuh dalam masyarakat Barat malah di kalangan masyarakat Timur, lebih-lebih lagi apabila Deklarasi Hak Asasi Manusia diluluskan oleh United Nations pada tahun 1948. Pada asalnya, orang Barat membawa masuk fahaman ini menerusi sistem pendidikan yang ditubuhkan ditanah-tanah jajahan. Budaya pembaharuan ini juga berkembang dikalangan anak muda negara-negara Timur apabila mereka dihantar ke negara-negara Barat untuk menimpa ilmu dan melanjutkan pelajaran . 
Pada satu sudut, budaya pembaharuan  tersebut dilihat `menyuburkan  hak asasi individu’ dan menegakkan prinsip ‘kesamarataan’ untuk seluruh warga negara yang hidup dikongkong oleh satu sistem pemerinthan yang tidak mementingkan kebebasan  dan kebajikan  seseorang individu dan masyarakat.

2. APAKAH  SEMANGAT DAN NILAI HAK ASASI  TERPELIHATRA DALAM  PERLEMBGAAN MALAYSIA?

Prinsip kesamarataan  yang dibawa oleh aliran pembaharuan perlu di lihat dalam perspektif  sejarah pembinaan  sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, pelopor-pelopor kemerdekaan percaya bahawa prinsip kesamarataan tanpa nilai keadilan sosial tidak mampu memperkasakan kerukunan hidup  berbilang bangsa dan budaya yang sejahtera malah melahirkan sebuah negara bangsa yang bersatupadu. Dengan itu, ‘Perlembagaan Persekutuan ’digubal diambang kemerdekaan dengan memasukkan elemen –elemen asas prinsip kesamarataan  dan hak asasi manusia  bersandarkan sejarah dan pengalaman  negara ini.
Sehubungan ini, Perlembagaan Persekutuan yang digubal untuk mencapai kemerdekaan malah menjadi undang-undang tertinggi bagi negara ini telah menjadikan prinsip perpaduan berasaskan kepelbagaian sebagai tunjang pembentukan negara ini. 

Prinsip kesamarataan secara mutlak yang dimajukan dalam perlembagaan negara-negara Barat dianggap kurang mendatangkan perpaduan yang dicita-citakan dikalangan rakyat yang terdiri daripada berbilang bangsa,agama dan budaya.  

3.APAKAH PRINSIP HAK ASASI YANG MENEKANKAN PRINSIP ‘KESAMARATAN’  TERKANDUNG DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA?

Perlembagaan Persekutuan adalah disediakan oleh kebijaksanaan pemimpin-pemimpin pelbagai kaum yang mempelopori kemerdekaan, Kuasa Penjajah British dan Raja-Raja Melayu bersandarkan sejarah Tanah Melayu, tradisi masyarakat Melayu, pentadbiran , peraturan dan adat masyarakat Melayu yang wujud turun temurun.Malah psikologi masyarakat yang kompleks menjelang negara ini mencapai kemerdekaan telah banyak mempengaruhi proses penyediaan Perlembagaan Persekutuan.2

Namun, kerajaan Malaysia tidak abaikan prinsip kesamarataan dalam Perlembagaan Persekutuan malah dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan pusat didapati menjunjung peruntukan-peruntukan khusus yang terkandung dalam perlembagaan Persekutuan. Prinsip kesamarataan dilihat menyerlah dalam keseluruhan Perlembagaan Malaysia, terutamanya dalam  Perkara 8 dalam Perlembagaan.  
Perkara 8 dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang kecuali sebagaimana yang disebut  dengan nyatanya  dalam Perlembagaan Perasekutuan.
Perkara 8 (2)  jelas  melarang  sama sekali dasar diskriminasi terhadap seseorang warga Malaysia atas dasar agama,kaum,keturunan atau tempat kelahiran dan jantina.
Perkara 12 (1) pula  menegaskan tiada diskriminasi terhadap seseorang untuk mendapat pendidikan  berasaskan  kaum, keturunan, agama dan   tempat lahir.
Perkara 136 pula memuatkan peruntukan bahawa seseorang penjawat awam, tanpa mengira keturunan, agama dan tempat lahir, berhak  mendapat peluang yang saksama  dalam peningkatan kerjayanya  dalam sektor awam.
Perkara 159 (5) – Sesuatu undang-undang yang membuat sesuatu pindaan kepada  Perkara 10 (4), undang-undang yang diluluskan dibawahnya ,peruntukan Bahagian Tiga, Perkara 38, 63 (4) , 70, 71 (1) 72 (4) , 152, atau 153 atau kepada Fasal ini tidak boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis-Raja-Raja .  
Menurut Perkara 159 (5) dan 161 E pula , sebarang pindaan kepada hal-hal berkaitan dengan hak kewarganegaraan hendalah mendapat sokongan majoriti 2/3 di Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja. Malah , Perkara 150 (6A) menguatkan lagi syarat pindaan tersebut bahawa tiada boleh lakukan sebarang pindaan kepada hak kewarganegaraan dalam zaman dharurat dikuatkuasakan. 
Pakar-pakar perundangan berpendapat bahawa sebelum prinsip  kesamarataan didilaksanakan sepenuhnya dalam sesebuah negara, kerajaan  negera tersebut perlu  memperkenalkan  tindakan affirmative terlebih dahulu untuk terlaksana  keadilan dalam  bidang sosial-ekonomi kerana keadilan sosial dan ekonomi menjadi pra-syarat kepada pelaksanaan prinsip kesamarataan.  3

Peruntukan-Peruntukan Perlembagaan Persekutuan tersebut jelas menunjukan  bahawa setiap warga  Malaysia adalah sama rata di sisi undang-undang malah menolak sebarang bentuk diskriminasi terhadap sesuatu kaum kecuali pertimbangan istimewa kepada kaum bumiputra dalam bidang-bidang tertentu seperti diperuntukkan dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 153 (8A) menyatakan  ’Tanggungjawab Yang Di -Pertuan Agong untuk mengarah institusi Pengajian Tinggi Kerajaan (Universiti) untuk mengkhaskan kuota bagi pelajar-pelajar bumiputra’.

Namun, elemen dan ciri-ciri asas prinsip kesamarataan telah dimasukkan dalam Perlembagaan Pesekutuan yang melahirkan sebuah negara yang merdeka dan kerajaan berteraskan demokrasi Raja berperlembagaan.
Justeru itu, tidak perlu timbulkan  andaian-andaian kononnya wujud kumpulan masyarakat ‘kelas dua’ atau layanan “double-standard” yang menyebelahi dan menganiayai sesuatu kaum tertentu atau orang bawahan.  
Perlembagaan Persekutuan dan sistem politik ‘berkongsi kuasa’ antara kaum dilihat mendukung sistem tersendiri (built-in) yang mampu memelihara prinsip kesamarataan dan tidak berlaku  gejala diskriminasi  terhadap seseorang  warga Malaysia berasaskan kaum,agama, budaya, jantina dan tempat lahir.

4. APAKAH BENAR  DAKWAAN DASAR-DASAR KERAJAAN TIDAK MENCERMINKAN PRINSIP HAK ASAI DAN KESAMARATAAN DIMALAYSIA?

TIDAK BENAR. Dasar-dasar kerajaan adalah digubal berteraskan Perlembagaan Persekutuan. Penggubal Perlembagaan Persekutuan  pula didapati lebih memfokuskan kepada  tuntutan rakyat  bersandarkan realiti dan pengalaman sejarah negara ini berbanding dengan penerapan nilai-nilai dan ideologi pemikiran politik Barat yang dianggap tidak secocok dengan budaya dan rukun hidup masyarakat Malaysia.
Namun, beberapa elemen penting yang menjadi asas kepada prinsip kesamarataan yang dimajukan oleh pemikiran Barat dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan seterusnya diterapkan dalam dasar-dasar kerajaan. Malah, Malaysia lebih mementingkan   prinsip memelihara jati diri pelbagai kaum  dalam negara ini sambil mengambil kira  prinsip –prinsip  persaudaraan,kemanusiaan dan keadilan sosial yang bersifat sejagatan (universal).

Dalam konteks ini, Perlembagaan Persekutuan lebih  menjamin keadilan sosial  dalam beberapa bidang tertentu kepada kumpulan dan golongan masyarakat yang memerlukan pertolongan dan prihatinan kerajaan . Prinsip kesamarataan  diMalaysia  perlu ditafsir menurut kacamata dan paradigma keadilan sosial rakyat Malaysia dan bukan berdasarkan pengukuran acuan pemikiran politik negara Barat.

Beberapa Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan, terutamanya Perkara-Perkara berikut yang dimuatkan dalam Perlembagaan Persekutuan , sering  didakwa kononnya menghalang malah bertentangan dengan  prinsip kesamarataan. Malah perkara-perkara ini didakwa  tidak mencerminkan prinsip kesamarataan di kalangan rakyat Malaysia. Dakwaan ini adalah di lontarkan dalam konteks kefahaman prinsip kesamartaan dari perspektif acuan Barat.
Disebaliknya, Perkara-Perkara berikut telah   menjamin keadilan sosial kepada rakyat  dalam konteks politik, kesejahteraan dan keharmonian hidup rakyat berbilang kaum di Malaysia .
·       Artikel 89- Tanah rezeb orang Melayu
·       Perkara 153- Quota mengenai perkhidmatan , permit, dsb untuk orang Melayu
·       Perkara  161A- Kedudukan istimewa bumiputra Negeri-negeri Sabah dan Sarawak

5.APAKAH  PRINSIP HAK ASAI DAN  KESAMARATAAN  DI KALANGAN PELBAGAI KAUM TERBELA DI MALAYSIA?

Kerajaan Malaysia ingin melihat keadilan sosial dalam semua dimensi kehidupan rakyat Malaysia dan bukan hanya bertumpu semata-mata kepada prinsip kesamarataan.  Dalam konteks ini, kaum bumiputra didapati amat tertinggal dalam bidang ekonomi kerana dasar ’economic dualism’ yang diamal oleh penjajah British sebelum merdeka. Tekanan dan kesan dasar dual ekonomi yang menyebabkan kaum bumiputra mundur dalam bidang ekonomi dan sosial telah mendorong kerajaan campurtangan membantu mereka untuk mempertingkatkan taraf ekonomi sosial mereka seimbang dengan kaum bukan bumiputra. Statistik pendapatan purata bagi kaum Melayu pada tahun 1970 adalah  RM 172, Kaum Cina RM 394 dan kaum India pula  RM 304.4.  Angka ini jelas menunjukkan tidak seimbangan dalam pendapatan antara kaum di Malaysia.
Sehubungan ini, kerajaan menstrukturkan dasar-dasar ekonomi, sosial dan pendidikan yang umumnya dilabelkan sebagai ‘affirmative action’ untuk melaksana  keadilan sosial kepada rakyat Malaysia.Sesungguhnya, dasar ‘affirmative’ adalah digubal berasaskan peruntukan-peruntukan yang tersedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun kerajaan Malaysia menjalankan dasar afirmatif  iaitu satu bentuk dasar yang bertujuan memberi pertimbangan khas dan bantuan kepada kaum bumiputra kerana mereka ditafsirkan jauh tertinggal belakang dalam bidang ekonomi dan pendidikan berbanding dengan lain-lain kaum kerana  faktor sejarah dan pentadbiran penjajah British, kerajaan juga didapati tidak abaikan tanggungjawab untuk menunaikan tuntutan-tuntutan sah dan munasabah kaum bukan bumiputra.
Malah  peruntukan pertimbangan khas kepada kaum bumiputra adalah satu perkara yang  dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin kaum terdahulu dalam menyediakan Perlembagaan Persekutuan sebagai asas negara  mencapai kemerdekaan.

Ini bermakna, Perlembagaan Persekutuan membenarkan tindakan afirmatif demi menjamin, stabiliti, keharmonian  antara kaum dan pembangunan ekonomi.
Sehubungan ini, pakar-pakar perundangan berpendapat bahawa sebelum prinsip  kesamarataan didilaksanakan sepenuhnya dalam sesebuah negara, kerajaan  negera tersebut perlu  memperkenalkan  tindakan afirmatif  terlebih dahulu supaya terlaksana  keadilan dalam  bidang sosial-ekonomi kerana keadilan sosial dan ekonomi adalah pra-syarat kepada pelaksanaan prinsip kesamarataan.1[i] 

6.APAKAH BENAR KERAJAAN MENGHADKAN ‘KEBEBASAN’ SESEORANG INDIVIDU DI MALAYSIA?

TIDAK BENAR. Kerajaan Malaysia hanya mengesa rakyat berhati-hati dengan prinsip kebebasan  kerana kebebasan  mutlak boleh membawa kemudaratan kepada kesejahteraan dan keharmonian rukun hidup pelbagai kaum di Malaysia. 
Memandangkan negara ini pernah diancam oleh anasir-anasir subversif   yang mempunyai agenda politik untuk mengagalkan langkah-langkah mencapai  kemerdekaan dan seterusnya menggulingkan kerajaan yang berdaulat  berterasakan Perlembagaan Persekutuan dengan cara kekerasaan (1948-1960), maka  kerajaan  terpaksa memasukkan  Perkara –Perkara 149 -151 sebagai langkah membendung  berlakunya kemudaratan  kepada  keselamatan awam dan  Negara.
 
·   Artikel 149- undang-undang menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dsb.
·       Perkara 150-Perisytiharaan darurat ( Perintah darurat diistiharkan sekiranya percaya bahawa keselamatan, kehidupan ekonomi, ketenteraman awam  dalam Persekutuan terancam dan tergugat)
·  Perkara 151- Sekatan-sekatan terhadap tahanan pencegahan (menahan seseorang untuk mencegah kemudaratan).

Namun, Perkara –Perkara  tersebut dalam Perlembagaan didakwa  kononnya menghalang kebebasan dan hak asasi manusia. Rakyat perlu sedar bahawa matlamat Perkara-Perkara tersebut dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan adalah semata-mata untuk melindungi rakyat dan negara  daripada bencana subversif  supaya kerajaan dapat mengekalkan perpaduan dan keharmonian antara  kaum dalam Negara dan bukan untuk menidakkan prinsip  kebebesan  dan kesamarataan.

7.BAGAIMANA PRINSIP HAK ASASI MANUSIA  TERPELIHARA DI MALAYSIA?

Kebanyakan perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia  didapati memartabatkan nilai-nilai hak asasi manusia terutamanya unsur kebebasan. Malah kebanyakan ciri-ciri kemanusiaan yang tercatit dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia juga didapati terkandung dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ,1999 yang digubal oleh kerajaan Malaysia.

Sebagai contoh, Perkara  5 hingga  13  dalam Perlembagaan Malaysia  menjamin kebebasan dan hak asasi manusia malah Akta  dan perundangan yang  digubal oleh kerajaan Malaysia seperti  Criminal Procedure Code, Evidence Act, Courts of Judicature juga jelas mencerminkan dimensi hak asasi dan kesamarataan di Malaysia.

Selain itu,  prinsip kesamarataan dan keadilan sosial juga didapati amat menyerlah dalam Akta-Akta yang menjadi perundanagn di Malaysia . Antaranya:

·       EMPLOYMENT ACT
·       EMPLOYEES PROVIDENT FUND ACT
·       INDUSTRIAL RELATIONS ACT
·       TRADE UNIONS ACT
·       ABORIGINAL PEOPLES ACT
·       CHILD PROTECTION ACT
·       CONSUMER  PROTECTION ACT
·       DOMESTIC  VIOLENCE  ACT
·       EDUCATION  ACT
·       EMPLOYEES  SOCIAL SECURITY ACT
·       ENVIRONMENTAL  QUALITY  ACT
·       WORKERS MINIMUM STANDARADS OF HOUSING & AMENITIES ACT
·       OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH ACT

Namun, kerajaan berhemah dan berhati-hati dalam membenarkan rakyat mengamal  kebebasan tanpa batasan  atau  kebebasan mutlak (liberty)  seperti di amalkan di negara-negara  Barat.

8.APAKAH MALAYSIA MENGHORMATI PRINSIP HAK ASASI MANUSIA ?

YA. Malaysia boleh dianggap sebagai sebuah negara yang mendahului lain-lain negara yang melaungkan hak asasi manusia. Perlembagaan Malaysia didapati menyerlah dengan kebanyakan  nilai-nilai dan prinsip hak asasi manusia  yang termaktub dalam Universal Declaration Of Human Right, 1948 dan Internatioan Covenant on Economic, Social and Cultural Rights (1976).  Malah, ciri-ciri hak asasi manusia dan prinsip sama rata antara munusia  didapati jelas dimasukkan dalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) atau Human Rights Commission, Akta 1999, yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia.
Perkara 7  dalam Universal Declaration Of Human Right, 1948 yang menyebut ’all are equal before the law’  jelas papar dalam Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.Malah ciri-ciri utama hak asasi manusia dan kebebasan yang di laung-laungkan oleh negara  Barat seperti berikut didapati disemarakkan dalam Perlembagaan Persekutuan ,1957.

Laporan The Human Development Report 2000 yang diterbitkan oleh Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu menyenaraikan 7 ciri kebebasan seperti berikut: 5

i.    Freedom from discrimination by gender,race,ethnicity,national origin, or  
      religion.
ii.   Freedom from want to enjoy a decent standard of living
iii  .Freedom to develop and realize one’s human potential
 iv.  Freedom from fear of threats to personal security,from torture,arbitrary arrest,
      and other violent acts
v.  Freedom frominjustice and violations of the rule of law
vi. Freedom of thought and speech and to participate in decision-making and form
     associations
vii. Freedom for decent work without exploitation

Sehubungan ini, satu perbandingan Perlembagaan Persekutuan dengan ciri-ciri kebebasan tersebut  seperti berikut  jelas menunjukkan Malaysia lebih memenuhi tuntutan-tuntutan kebebasan dan hak asasi manusia yang ditentukan oleh badan-badan dunia.


CIRI-CIRI HAK ASASI MANUSIA/
KEBEBASAN
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN,1957
UNIVERSAL DECLARATION OF HUMAN RIGHTS,1948
KEBEBASAN DIRI
Perkara 5
Article 7- all are equal
KEBEBESAN  BERGERAK
Perkara 9
Article 13-freedom of movement
BERCAKAP
Perkara 10
Article 19- express  opinion
BERHIMPUN
Perkara 10
Article 20-peaceful assembly
MENUBUH PERSATUAN
Perkara 10
Article 22 & 27-social security
AGAMA
Perkara 3, 11
Article 18-right to religion
SAMA RATA
Perkara 8
Article 7- all are equal
PELAJARAN
Perkara 12,152
Article  23–right to work
MEMILIKI HARTA
Perkara 13
Article 17-own property
LAYAK MENYERTAI PILIHAN RAYA
Perkara 119
Article 21-takepart in government

Disebaliknya, negara-negara yang melaung-laungkan hak asasi manusia dan prinsip kesamarataan masih menghadapi masalah dan halangan dalam menunaikan prinsip-prinsip tersebut. Sebagai Contoh, sejarah Australia menunjukkan penghapusan salah satu kaum pribumi di Australia yang dikenali sebagai ‘Tasman Man’ .

Kerajaan Amerika dan  Europah  yang menjuarakan hak asai manusia menubuhkan North Atlantic Treaty 0rganization untuk menghadapi Perang Dingin  dalam menentang penyebaran pemikiran dan ideologi komunisma yang dianggap boleh mengancam ideologi kapitalisme dan cara hidup bebas yang menjadi pegangan kerajaan mereka.

Malah, Eropean Ecomic Community (EEC) yang kemudiannya dikenali sebagai  Eropean Union (EU) diasaskan untuk melindungi kepentingan ekonomi Negara-negara  yang menyertai dalam gagasan tersebut.
USA yang mencapai  kemerdekaan pada tahun 1776 menjadikan prinsip   kesamarataan antara manusia sebagai nadi utama Perlembagaan bertulis negaranya. USA melaungkan  bahawa  tiada  ada dasar bersifat perkauman dalam pentadbiran kerajaan USA. Namun, dari segi realitinya, kaum kulit hitam masih mengalami pelbagai diskriminasi  daripada kerajaan yang dikuasai oleh kulit putih. Perbezaan kaum masih menjadi faktor  untuk diskriminasi . Malah, baru-baru ini,  dalam satu laporan kepada Bangasa-Bangsa Bersatu yang disediakan oleh kerajaan pentadbiran Presiden Obama  mengaku bahawa rekod USA terhadap hak asasi manusia tidaklah sempurna malah  masih terdapat unsur-unsur  diskriminasi      terhadap kaum minoriti. Beliau dilaporkan menyatakan "Although we have made great strides, work remains to meet our goal of ensuring equality before the law for all".

Kenyataan tersebut  jelas mempaparkan  bahawa  walaupun USA mempunyai seorang Presiden daripada campuran kaum Afrika –Amerika , sebahagian besar rakyat Amerika kulit hitam dan Hispanic masih menghadapi masalah diskriminasi oleh  dasar dan amalan  yang tidak adil malah perkauman.

Begitu juga, USA dan lain-lain kuasa besar di dunia didapati berdiam diri melihat warga Palestin, termasukm kanak-kanak dibunuh dengan kejam oleh regim Israel. Pejuang-pejuang  hak asasi manusia dan kebebasan juga didapati  langsung tidak pedulikan apabila  sekumpulan masyarakat yang tidak berdaya  dizalimi  di Bosnia-Herzegovina  dan  Kosovo kerana  perbezaan kaum dan agama.

Kerajaan Malaysia amat peka terhadap tuntutan rakyat dalam hal hak asasai manusia. Apakah  kerajaan membantu memperluaskan kemudahan komunikasi internet melalui jalur lebar (broad band ) yang melahirkan sejumlah 16.9 juta pengguna internet  menjelang tahun 2009 akses kepada pelbagai maklumat tanpa saringan itu bukan menghormati hak asasi manusia di Malaysia?

9.APAKAH KERAJAAN KEPIMPINAN NAJIB TUN RAZAK MELAKSANAKAN PRINSIP KESAMARATAAN KAUM DI MALAYSIA?

Gagasan 1 Malaysia menekankan bahawa rakyat Malaysia baik bumiputra maupun bukan bumiputra akan terus mendapat perlindungan , pembelaan dan keadilan sosial seperti digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan  yang menjadi undang-undang tertinggi  Malaysia malah memandu  pengurusan kerajaan. Gasan 1 Malaysia  bukan menyamakan hak-hak antara  kaum  malah lebih menyemarakkan  prinsip keadilan sosial di kalangan rakyat malaysia.

Sehubungan ini, kerajaan kepimpinan YAB Dato Seri Mohd.Najib Tun Razak mengubal rancangan Malaysia ke `10, Model Ekonomi Baru, Program Transformasi Ekonomi bagi menterjemahkan cita-cita  Gagasan 1Malaysia.

Kerajaan bertekad melaksanakan pendekatan inclusiveness supaya setiap rakyat dapat menikmati kemakmuran hasil pembangunan negara.Pendekatan ini dijangka akan menjamin keadilan sosial kepada  golongan yang benar-benar memerlukan bantuan dan tidak akan ada sesiapa pun yang berasa terpinggir. Prinsip progresif dan pragmatism akan memandu dasar-dasar negara demi membela kepentingan rakyat sambil junjung dan menghormati peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Penduduk dikawasan pendalaman, sama ada dikampong,kampong baru atau ladang-ladang akan diberi tumpuan untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Jawatankuasa-jawatan kuasa Kabinet mengenai hal ehwal kaum India dan Bumiputra Sabah dan Sarawak  akan terus digerak   untuk mengenalpasti dan mengatasi masalah –masalah yang dihapai oleh kumpulan sasaran tersebut.  

Bagi penyertaan kaum bumiputra dalam sektor ekonomi pula kerajaan akan mengambil pendekatan baru berasaskan emat prinsip utama iaiatu mesra pasaran, berdasarkan keperluan, merit  dan ketelusan.

  • Antara dasar-dasar kerajaan yang progresif, pragmatik dan prihatin seperti berikut dijangka  membantu keadilan sosial terlaksana dalam bidan sosial dan ekonomi. Mengurangkan kadar kemiskinan daripada 5.7 % pada tahun  2004  kepada  2.3 % untuk Semenanjung dan daripada 23% kepada 16% bagi Sabah dan daripada 7.5% kepada 4.2% bagi Sarawak. Kadar kemiskinan bagi keseluruhan disasarkan turun kepada  2.8%  menjelang tahun 2013.

  •        Pendapatan puta bagi kaum Bumiputera’s telah meningakat  5.2%  iaitu daripada  RM2,711 pada tahun 2004 kepada RM3,156 dalam tahun 2007.

  •             Pendapatan purata bagi kaum Cina meningkat 3.0% iaitu daripada  RM4,437 kepada  RM4,853 . 
  •            Pendapatan purata kaum India  meningkat  3.2% iaitu daripada  RM3.456 kepada RM3,799
  •    Pendapatan purata masyarakat luar bandar juga didapati meningkat sebanyak 6.8% daripada  RM1,875 Kepada RM2,283.
  •        Dalam bidang sektor equiti pula, hak milik kaum  Bumiputera meningkat daripada 18.9 % kepada  19.4% dalam tahun  2006.Manakala  hak milik kaum bukan bumiputra meningkat daripada  40.6% in 2004 kepada  43.9% in 2006.
  •        Hak milik kaum bumiputra dijangka meningkat kepada  20% atau 25% menjelang tahun 2010,
  •        RMK 10 mensasarkan meningkatkan pendapatan isi keluarga daripada RM2,000 kepada  RM4,000 per month supaya dapat meningkatkan kadar peratus golongan yang menerima pendapatan tinggi dalam mengurangkan perbezaan antara kaum dan etnik (income divide).

Pendek kata, kerajaan  kepimpinan Najib Tun Razak sedang berusaha meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia tanpa mengira kaum melalui strategi meningkat pendapatan per kapita negara kasar  daripada  RM23,066 dalam tahun  2007 kepada RM 38,850 atau 12,140 dolar Amerika pada tahun 2015. Taraf serta kualiti hidup rakyat terutamanya golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah diberi tumpuan sambil menyediakan  peluang yang saksama dan melindungi golongan yang mudah terjejas.

9.APAKAH KESAN PROSES  GLOBALISASI KEPADA NILAI- JATI RAKYAT MALAYSIA?

Malaysia  tidak boleh dikecualikan dalam proses globalisasi yang melanda dunia pada hari ini. Proses globalisasi memungkinkan pengimpotan pelbagai ideologi dan prinsip dan cara hidup dari Barat kerana dunia kini adalah dunia tidak bersempadan budaya yang tidak se cocok malah bertentangan dengan ajaran agama rakyat Malaysia seperti  budaya hedonism, pornograpi, termasuk budaya homoseksual dan hubungan muhram dijangka masuk ke dalam negara kita bertopengkan prinsip kesamarataan dan hak asasi manusia.

Prinsip kesamarataan dan hak asasi manusia yang di laung-laungkan oleh setengah kumpulan masyarakat  bukanlah azimat yang mampu mengatasi semua kepincangan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia. Malah prinsip kesamarataan dan hak asasi manusia yang ambil sebulat-bulat dari pemikiran Barat tanpa mengambil kira realiti sosial-ekonomi dan jiwa rakyat  Malaysia dijangka akan mengoncangkan asas-asas pembentukan negara bangsa dan masyarakat Malaysia.John Rawl, seorang pemikir kebebasan abad 20 pernah menyarankan bahawa prinsip keadilan (principles of justice) lebih penting daripada kebebasan mutlak. 6

Sehubungan ini, prinsip kesamarataan yang berpaksikan kemanusiaan dan keadilan sosial  ada lah ideologi dan rukun hidup masyarakat Malaysia. Justeru itu, sebarang usaha untuk merobah struktur masyarakat yang terbina berteraskan Perlembagaan Malaysia yang berpaksikan kemanusiaan dan keadilan sosial akan mengancam keharmonian hidup dan keselamatan  masyarakat berbilang bangsa.  Prinsip kesamarataan dan hak asasi manusia adalah nilai-nilai normatif yang bukan mudah untuk dilaksanakan. Namun, kerajaan Malaysia berikhtiar melaksanakan prinsip-prinsip tersebut dalam  konteks realiti  sosial-politik-budaya masyarakat setempat  yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Namun, rakyat , terutamanya golongan muda yang lahir paska  zaman kemerdekaan perlu memahai,mentafsir dan menghayati intipati Perlembagaan Malaysia (Persekutuan Persekutuan) yang mendukung  prinsip kesamarataan dan hak asasi manusia daripada perspektif  sejarah , pemikiran sosial-politik pelbagai kaum, keperluan dan cita-cita nasional. Malah rakyat perlu memahami rational dasar afirmatif diperkenalkan di Malaysia untuk menjamin keseimbangan ekonomi antara kaum supaya keadilan sosial terlaksana. 7

Oleh itu , rakyat perlu elak pertikai peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan kerana  Perlembagaan Persekutuan telah membuktikan  melindungi dan membela hak-hak dan kepentingan semua kaum di Malaysia malah terus  menyuburkan bentuk kerajaan demokratik yang unggul  di Malaysia.


Malah usaha mencabar institusi pemerintahan berasaskan kepada Perlembagaan Malaysia adalah satu tindakan yang boleh memporakperandakan perpaduan dan harmoni masyarakat yang terbina sejak merdeka dan akan menjadi batu halang kepada rukun hidup  yang aman, sejahtera dan stabil   bagi generasi akan datang.






RUJUKAN:

1 .EMMETT BARCALAW, JUSTICE EQUALITY & RIGHTS, THOMSON WADSWORTH, CANADA , 2004,  M.S.56
2.HRM SULTAN AZLAN SHAH “ CONSTITUTIONAL MONARCHY,RULE OF LAW AND GOOD GOVERNANCE”,THOMSON,SWEET & MAXWELL ASIA, 2004, PG.38.
3. SHAD SALEEM FARUQI, “DOCUMENT OF DESTINY (THE CONSTITUTION OF THE FEDERATION OF MALAYSIA”, STSTAR PUBLICATIONS (MALAYSIA ) BERHAD, 2008, M.S. 273
4. ANAND SUDIR, INEQUALITY AND POVERTY IN MALAYSIA-MEASUAREMENT  AND DECOMPOSITION,OXFORD UNIVERSITY PRESS,1983,M.S.30
5.EMMETT BARCALAW,JUSTICE EQUALITY & RIGHTS, THOMSON WADSWORTH, CANADA , 2004,  M.S.102
6.RAWLS, JOHN. A THEORY OF JUSTICE. REV. ED. CAMBRIDGE, MASS.: HARVARD UNIVERSITY PRESS, 1999.
7. JUST FAALAND, JACK PARKINSON AND RAIS B.SANIMAN,” GROWTH AND ETNNIC INEQUALITY, MALAYSIA’S NEW ECONOMIC POLICY (NEB”), CHR.MICHELSEN INSTITUTE, BERGEN,NORWAY,1990