Wednesday, April 23, 2014

GST: SATU PENJELASAN RINGKAS



a.  Cukai Barang dan Perkhidmatan atau GST (Goods & Service Tax)   adalah cukai kepenggunaan barang dan Perkhidmatan.

b.    GST diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa membentangkan  Bajet 2014 pada 25 Oktober 2013.

c.     GST akan dikuatkuasakan pada 1 April 2015.

2.    ADAKAH GST ITU SATU  CUKAI BARU YANG AKAN MEMBEBANKAN  RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH?

a. TIDAK. GST adalah cukai menggantikan cukai Jualan Dan   Perkhidmatan (SST) yang sedia ada sejak tahun 1972 dan 1975.
b.     Rakyat Malaysia telah bayar cukai SST yang merangkumi cukai Jualan (Sales)  pada kadar 5-10%  dan cukai Perkhidmatan (Service)  pada   kadar 6%   tanpa disedari sejak beberapa tahun lepas.
c.    Cukai Jualan dilaksanakan pada tahun  1972 dan cukai Perkhidmaan   pada tahun 1975.  
d.  Jumlah Cukai SST yang pengguna bayar selama ini adalah  16%.
e.  GST telah menetapkan kadar 6% sebagai cukai untuk keseluruhan Jualan dan Perkhidmatan.

f.        GST (6%) akan  menggantikan sistem cukai SST (16%).


3.    KENAPA SST PERLU DIGANTI DENGAN GST?

GST diperkenalkan untuk menangani kelemahan dan keburukkan yang terdapat dalam sistem SST:

a. Sistem SST dikesan banyak membebankan rakyat malah membuka ruang untuk pihak yang tidak bertanggungjawap mengambil kesempatan mengutip cukai yang tidak diserahkan kepada kerajaan.

b.     SST dikesan merugikan pengguna dan kerajaan.  

c.     Kelemahan SST:

                                                               i.      Cukai seperingkat dan berganda.
                                                             ii.      Cukai bertindih.
                                                            iii.      Cukai bertingkat.
                                                          iv.      SST mudah berlaku ketirisan.
                                                            v.      SST mudah berlaku pemindahan harga.
                                                          vi.      SST memberi ruang peniaga mengelakkan cukai.

d.     Kelebihan GST:

GST dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan sistem SST malah  mengurangkan  kebebanan  rakyat.

                                                               i.      Cukai berperingkat.
                                                             ii.   GST Mengurangkan kadar harga barang dalam pasaran.
                              iii.  Pengguna perlu bayar cukai dalam beberapa tahap.
                                                          iv.      GST Lebih komprehensif, telus, efisyen, mesra perniagan.
                                                            v.      Tahap pematuhan cukai meningkat.
                                                          vi.      GST mudah ditadbir oleh Agensi Pemungut Cukai.
                                             vii.      Peniaga boleh mengurus sendiri cukai yang perlu dikutip dan diserah kepada Kerajaan.
                                                       viii.      GST mampu menjana dan meningkatkan kutipan cukai.
                                                           ix.      Punca cukai menjadi lebih stabil.

4.    ADAKAH SEMUA BARANG DAN PERKHIDMATAN DIKENAKAN CUKAI GST?
                                     
a.  Rakyat perlu sedar bahawa apabila GST dilaksanakan, SST yang dilaksanakan sejak tahun 1972 dan 1975 akan  dimansuhkan . ini bermakna pengguna  hanya  perlu bayar cukai pada kadar 6 % bagi barangan dan perkhidmatan tertentu  mengikut kadar penggunaannya dibawah sistem GST. Perubhan sistem ini  dijangka akan mengurangkan harga barang dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam pasaran.

b.  Tidak semua barang dan perkhidmatan dikenakan GST. Beberapa barang makanan utama dan kemudahan asas seperti beras ,ayam, ikan daging, sayur-sayuran,gula,tepung dan minyak masak dalah bebas daripada cukai GST.

c.  Jual beli dan penyewaan hartanah pertanian dan rumah kediaman dan perkhidmatan sdeperti perkhidmatan kesihatan dan pendidikan swasta serta pengangkutan awam adalah dikecualaikan daripada GST.
  
5.    BAGAIMANAKAH GST BEROPERASI?

a.   GST dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan bercukai termasuk yang diimpot.
b.     GST dipungut oleh peniaga yang berdaftar dengan GST.
c.     GST yang dipungut oleh peniaga akan diremitkan kepada Kerajaan dalam tempoh yang ditetapkan.
d.     Peniaga boleh menuntut semula cukai input perniagaan.
  
6.    APAKAH DIA CUKAI INPUT?

a.   GST yang dikenakan ke atas pembelian barang dan perkhidmatan yang digunakan dalam aktiviti perniagaan. (contohnya: GST yang dibayar kerana membeli peralatan dapur dan dapur).

7.    APAKAH DIA CUKAI OUTPUT?

a. GST yang dicaj atau dipungut ke atas penjualan barang dan perkhidmatan.

8.    APAKAH DIA KREDIT CUKAI INPUT?

a.     Cukai input yang boleh dituntut oleh peniaga yang berdaftar dengan GST.
  
9.    SIAPAKAH DIA YANG BOLEH MEMUNGUT GST?

a.     Peniaga atau mereka yang berdaftar dengan Unit GST.
b.  Peniga yang membuat jualan tah unan pembekalan barang dan perkhidmatan bernilai RM500,000 dan atas.

10. ADAKAH SEMUA PERNIAGAAN PERLU DIDAFTARKAN?

a. Perniagaan yang mempunyai nilai jualan tahunan barang atau perkhidmatan bercukai yang melebihi nilai ambang (threshold) RM500,000 dikehendaki mendaftar secara mandatori.

b.     Perniagaan yang tidak mencapai nilai ambang RM500,000 masih boleh mendaftar secara sukarela.

11. APAKAH DIA PEMBEKALAN STANDARD?

a.  Barang dan perkhidmatan yang dikenakan GST pada kadar yang ditetapkan. Seperti yang dicadangkan ialah 6%.

12. APAKAH DIA PEMBEKALAN SIFAR?

a.  Barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan GST di peringkat output atau input.


b.   CONTOH2 BARANG DIKENAKAN CUKAI 5% DALAM SISTEM SST (barang makanan):















14. CONTOH2 BEKALAN KADAR GST STANDARD





15. CONTOH2 BEKALAN KADAR GST SIFAR:




16. CONTOH2 BEKALAN DIKECUALIKAN GST:




                                                                                         
17. BAGAIMANAKAH CUKAI JUALAN BERFUNGSI?





a.     Tidak benar.
b.     Rakyat pada ketika ini telah pun membayar cukat SST – cukai jualan (5%-10%) dan cukai perkhidmatan (6%).
c.     GST akan dilaksanakan sebagai menggantikan cukai SST (cukai jualan dan cukai perkhidmatan) dengan hanya satu kadar iaitu  6% sahaja.
d.     GST tidak akan dikenakan atas makanan asas seperti beras, tepung, minyak masak, sayur-sayuran, ikan, daging, ayam, gula, barang2 & perkhidmatan yang diekspot.
e.     GST dikecualikan ke atas perkhidmatan kesihatan, pendidikan, bayaran tol, pengangkutan darat dan laut.

19. ADAKAH BENAR INDIVIDU BERPENDAPATAN KURANG RM3,000 DAN TIDAK MEMBAYAR CUKAI PENDAPATAN AKAN MEMBAYAR  CUKAI DI BAWAH GST?

a.     Sebenarnya mereka telah pun membayar cukai SST ke atas pembelian barang dan perkhidmatan di bawah system cukai SST sekarang.
b.     Di bawah GST mereka hanya akan membayar GST ke atas barang dan perkhidmatan yang dikenakan cukai GST sahaja.

20. APAKAH KESAN GST KPD RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH?

a.     Kadar GST telah ditetapkan 6% berbanding SST (cukai jualan 5% - 10% dan cukai perkhidmatan 6%)
b.     Bahan makanan asas, air dikenakan pada kadar sifar.
c.     Tiada GST dikenakan ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan.
d.     Pengangkutan awam, pendidikan, perkhidmatan kesihatan, sewaan harta awam, bayaran tol, perkhidmatan kewangan dikecualikan GST.
e.     Batas hasil jualan melebihi RM500,000 setahun, sebenarnya akan mengecualikan perniagaan kecil dari berdaftar dengann GST.

           
21. ADAKAH GST AKAN MENAIKAN KADAR INFLASI?

a.     Berdasarkan satu kajian oleh Kementerian Kewangan berkaitan kesan perlaksanaan GST melibatkan 729 jenis barang dan perkhidmatan dari 95 industri menunjukkan pada kadar GST 6% Petunjuk Harga Pengguna diunjurkan menurun sebanyak 0.10%.
b.     Kajian ini menunjukkan GST tidak akan memberi kesan yang ketara yang boleh menyebabkan kadar inflasi akan meningkat secara mendadak.
c.     Ini bermakna, GST dijangka tidak akan memberi kesan kepada harga barang dalam pasaran pengguna.


22. BENARKAH GST AKAN MENAIKKAN HARGA BARANG ?

a.   Turun naik harga barang makanan adalah dipengaruhi dan banyak bergantung dengan permintaan dan penawaran.

b.   Dengan perlaksanaan GST barang-barang keperluan  di dapur seperti beras, bawang, ikan bilis, garam, gula, minyak masak, sayuran, daging, ayam dijangka tidak akan mengalami kenaikan yang ketara atau mungkin akan jadi lebih murah disebabkan barang-barang ini termasuk di dalam kumpulan barang-barang yang tidak akan dikenakan GST.
c.   Orang ramai perlu lebih bijak dan berhemah apabila berbelanja


23. ADAKAH BENAR MALAYSIA PERLU TERLEBIH DAHULU MENCAPAI STATUS NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI SEBELUM MELAKSANAKAN GST?

Tidak perlu. Negara-negara yang masih dalam proses membangunpun sudah gunakan sistem GST . Sejumlah 160 negara menggunakan GST di seluruh dunia.




a.   160 NEGARA YANG TELAH MELAKSANAKAN GST/VAT:




1.      ASEAN                       - 7 NEGARA
2.      ASIA                           - 19 NEGARA
3.      EROPAH                    -53 NEGARA
4.      OCEANIA                 -7 NEGARA
5.      AFRIKA                      -44 NEGARA
6.      SOUTH AFRIKA         -11 NEGARA
7.      CARIBBEAN,AMERIKA TENGAH
DAN UTARA             -19 NEGARA


       SEPERTI YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN SINGAPURA?

b.     Berdasarkan rekod percukaian yang dilaksanakan Negara ini, kadar SST hanya naik sekali sejak dilaksanakan pada 1972, sementara Cukai Perkhidmatan tidak pernah naik sejak dilaksanakann pada tahun 1975.



a. Negara memerlukan peruntukan kewangan yang besar untuk     mentadbir negara.
b.      Antara punca pendapatan Negara adalah melalui kutipan cukai.
c.  GST adalah satu sistem cukai yang terbaik pernah dan sedang   digunakan di 160 buah Negara di seluruh dunia.
d.   Perlaksanaan GST di Negara ini dijangka akan menyumbang dalam meningkatkan pendapatan Negara melalui cukai sebanyak 15%.
e.   Bajet Mengurus Negara meningkat setiap tahun, justeru Negara perlu meningkatkan pendapatan samada melalui kutipan cukai atau pelaburan.

26. APAKAH FAKTOR PENINGKATAN BELANJAWAN

a. Pertambahan jumlah penduduk setiap tahun menyebabkan   peningkatan perbelanjaan penyediaan prasarana di seluruh Negara.

b.     Peningkatan perbelanjaan mengurus disebabkan emolumen anggota perkhidmatan awam.

c.     Peningkatan jumlah pesara dan pencen pesara-pesara perkhidmatan awam.

d.     Peningkatan perbelanjaan Subsidi dan Insentif Kerajaan.

e.  Peningkatan perbelanjaan mengurus asset-aset kerajaan seperti Bangunan-bangunan Kerajaan, Hospital, sekolah, jalan raya.

f.        Peningkatan perbelanjaan pembangunan.














27. APAKAH RAKYAT PERLU M,EMBAYAR LEBIH CUKAI SEKIRANYA GST DIPERKENALKAN?

·         Rakyat tidak dikenakan cukai yang tidak munasabah. Rakyat hanya perlu bayar cukai untuk barang yang di beli dan  perkhidmatan yang diperolehi tertentu sahaja kerana GST adalah cukai penggunaan.

·         Malah GST dijangka akan kurangkan harga barang dan perkhidmatan dalam pasaran kerana pengilang boleh metuntut kembali cukai GST yang telah dibayar daripada kerajaan untuk barang-barang (input) yang digunakan dalam  menyediakan barang-barang.

KESIMPULAN

·    GST akan membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dalam mengurangkan beban bayar cukai jualan dan perkhidmatan kerana cukai yang dikenakan pada kadar 15% dimansuhkan  dan digantikan dengar cukai GST  pada kadar 6 %.  

·     Pengguna hanya bayar cukai jualan dan perkhidmatan pada kadar 6% bagai barang-barang tertentu sahaja dan untuk membeli barang dan perkhidmatan yang digunakan sahaja.

·  Pada umumnya hampir  85 % barang-barang  keperluan asas telah dikecualikan  cukai dalam sistem GST. Ini bermakna, rakyat golongan pendapatan rendah tidak dibebankan dengan cukai  berlebih-lebihhan .

·  Malah GST ringankan beban pengguna  dalam membayar cukai bagi  membeli  barang-barang  dan perkhidmatan-perkhidmatan  tertentu.

·     Pada masa yang sama GST membantu kerajaan mengutip hasil dana untuk menanggung perbelanjaan mengurus Negara yang kian meningkat dan untuk melaksanakan dengan berkesan  projek dan program  pembangunan  sosial dan  ekonomi  untuk mensejahterakan rakyat.