Friday, November 24, 2017

HARAPAN MENJATUHKAN LDP, PARTI BERUSIA 62 TAHUN, TERKECAI

Meskin pun Shinze Abe didakwa  oleh pihak pembangkang kononnya Abe salah guna kuasa malah amal dasar kronisme dalam pentadbirannya,  keputusan pilihan raya umum yang terlangsung pada 22 Oktober 2017,  jelas menunjukkan sebahagian  besar  rakyat  Jepun bersama parti Parti Demokratik Liberal atau Liberal Democratic Party (LDP), parti yang dipimpin  Abe sejak tahun 2012.  

Sebelum tarikh pilihan raya umum di umumkan, beberapa parti  politik baru serpihan   ditubuhkan untuk menjadi parti alternatif kepada LDP, terutamanya parti Kibo No To  ( ‘The Party of Hope’ ) atau Parti Harapan  yang  dipimpin oleh bekas Gabenor  Bandar Tokyo, Yuriko Koike. Yuriko adalah bekas ahli kabinet LDP  yang disebut-sebut  sebagai Perdana Menteri  menunggu sekiranya LDP gagal menguasai majoriti dalam parlimen. Parti LDP dilaporkan menang 284 kerusi daripada 332 kerusi yang bertanding.  Manakala, parti pembangkang utama iaiaitu Parti Harapan hanya memenangi 50 kerusi sambil  parti Constitutional Democratic Party  (CDPJ) kepimpinan Yukio Edano, menang 55 kerusi. Memandangkan jumlah kerusi parlimen Jepun adalah 465, Kemenangan 284 kerusi oleh Abe adalah lebih daripada 233 kerusi yang memerlukan untuk membentuk kerajaan. Harapan pihak pembangkang untuk jatuhkan kerajaan Abe  hanya tinggal impian kerana sebahagian rakyat Jepun menolak dakwaan dan tohmahan  pihak pembangkang  terhadap kepimpinan Abe sebagai tidak berasas malah hanya merupakan retorik politik bermotif politik.

Sehubungan dengan peranan dan kuasa pengundi muda dalam menentukan pilihan raya umum  Jepun, media sosial melaporkan  bahawa   golongan muda akan  memberi impak kepada  keputusan pilihan raya Jepun kerana  umur kelayakan pengundi  di Jepun telah diturunkan daripada 20 tahun kepada 18 tahun pada kali pertama dalam sejarah pilihn raya Jepun. Ada yang meramal penurunan had umur  pengundi membantu parti-parti alternatif yang ingin menjatuhkan LDP. Namun,  keputusan pilihan raya umum  menunjukkan pola pengundian yang  disebaliknya. LDP dapat sokongan hebat daripada semua kumpulan dan golongan pengundi meliputi kumpulan pengundi tua, muda dan wanita  dalam menjamin kemenangan yang gemilang.
Meskipun pelbagai faktor yang  disenarikan yang menyebabkan kemenangan LDP dan kekalahan teruk parti pembangkang, antara faktor utama yang menyebabkan LDP menang besar adalah rekod cemerlang LDP mengurus ekonomi negera dan lebih-lebih lagi kebijaksanaan Abe mengurus dasar luar Negara. Selain itu,  faktor perpecahan di kalangan parti Democratic Party, parti utama  pembangkang, yang  menyebabkan  ahli-ahlinya menyertai   parti serpihan seperti Constitutional Democratic Party dan The Party Of Hope,  sebagai parti alternatif menentang LDP. Malah rakyat tidak dapat menerima dakwaan pembangkang kononya  parti pembangkang akan naikkan kadar  cukai GST  sekiranya menang dalam pilihan raya.

Namun, rakyat Jepun didapati  lebih mementingkan dan utamakan kepentingan negara dan masa depan warga Jepun daripada politik retorik  yang berpaksikan emosi dan persepsi. Memandangkan suasana politik global kini  semakin mencabar dan tidak stabil,  malah Korea Utara kian mengancam  keselamatan  dan ekonomi Jepun, ekonomi Jepun  disaingi oleh kuasa baru ekonomi dunia, maka  timbul  keperluan dan kewajipan bagi rakyat  Jepun membuat keputusan bijak  untuk bersama LDP, parti yang memerintah Jepun secara hampir berterusan sejak penubuhannya pada tahun 1955.  Rakyat Jepun  yakin LDP  mampu   malah terbukti  membela kepentingan negara dan rakyat Jepun. Dengan itu, Harapan parti-parti pembangkang, terutamanya parti Kibo No To  ( The Party of Hope ) atau Harapan untuk menjatuhkan LDP  kepimpinan Abe  dalam PRU 2017 Jepun  terkecai.


Sehubungan ini,  rakyat Malaysia secara amnya dan pengundi, terutamanya pengundi muda dan  baru, boleh  mengambil iktibar daripada keputusan pilihan raya umum Jepun tahun 2017. Pola pemikiran rakyat  Jepun  jelas menunjukkan mereka memihak parti LDP yang dianggap boleh menjamin masa depan yang cemerlang  bagi rakyat Jepun. Rakyat Jepun menolak parti-parti politik serpihan, yang dianggap kurang berpengalaman dalam mengurus negara tetapi  lebih ghairah retorik politik  untuk memancing  undi. 

ELAK BUAT KEPUTUSAN POLITIK BERSANDARKAN EMOSI

Pembentangan Bajet 2018  yang  mesra rakyat oleh Mohd.Najib  Tun  Abdul Razak selaku  menteri kewangan yang jelas mengurangkan defisit fiskal didapati bukan sahaja dapat sokongan rakyat pelbagai kaum dan para penganalisis ekonomi dan politik di  Malaysia  malah perhatian para pelabur asing  termasuk  agensi-agensi penarafan kewagan antara bangsa dan Tabung Kewangan Antarabangsa  atau  Bank Dunia.
Agensi –agensi  penarafan seperti Standard & Poor's, Fitch Ratings dan Moody's Investors Service masing-masing mengeluarkan kenyataaan bahawa kedudukan kewangan Malaysia kini lebih stabil malah  menakjubkan. Sebagai contoh, Standard & Poor's  meletakkan penarafan kredit Malaysia pada A- .Manakala Moody's memberikan penarafan A3 untuk hutang kerajaan Malaysia dan Fitch Ratings pula memberi A-.  

Pujian agensi-agensi penarafan terhadap pengurusan ekonomi negara meningkatkan  keyakinan  pelabur asing terhadap Malaysia untuk terus melabur malah menimbulkan persepsi positif terhadap masa depan ekonomi  Malaysia  yang turut  menyebabkan nilai ringgit semakin meningkat berbanding dengan mata wang dolar US.Pengurusan ekonomi dan kewangan yang cekap  malah pertumbuhan ekspot dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga dikatakan menyumbang kepada peningkatan beransur-ansur  nilai mata wang ringgit sejak awal tahun ini. 

Dalam pada itu, Malaysia bukan sebuah  negara gagal  seperti didakwa oleh setengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Disebalikanya, sebuah  negara berdaya saing ekonomi malah menduduki tangga ke 25 daripada  137 negara dalam Laporan  Daya  Saing Global.  Malaysia kian meningkat kedudukannya malah  mendahului kebanyakan negara-negara ASEAN, termasuk   Brunei Darussalam (46),  Thailand  (32) Indonesia  (36) Vietnam (55) Filipina  (56),  Laos (98) dan Kemboja (94).   Malah , Malaysia dilaporkan mendahului ekonomi  beberapa  negara  seperti  Republik Korea (26), China (27), Iceland (28), Estonia (29) dan Arab Saudi (30).

Selain itu, pelancaran  Dasar  Digital Malaysia (MDP) untuk mendepani Revolusi Industri 4.0 , iaitu jaringan perdagangan rentas sempadan di peringkat global juga meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang terawal mewujudkan Zon Perdagangan Bebas Digital, selain China.
Menurut Laporan Keadaan Ekonomi Islamik Global 2016/2017, Malaysia mendapat tempat pertama dalam Petunjuk Ekonomi  Global Islam daripada 73 negara seluruh dunia. Dalam hal ini, Malaysia juga jauh mengatasi negara-negara Islam,  seperti  Emiriyah Arab Bersatu dan lain-lain.
Memandangkan ekonomi Malaysia terus kukuh malah   kian berkembang  maju, kewangan negara terus  kukuh dan stabil walaupun harga minyak dan komoditi jatuh terjunam, pendapatan negara didapati bertambah dan  stabil  kesan pelaksanaan dasar fiskal yang progresif termasuk GST.  Dengan ini, Malaysia dijangka akan muncul dalam kelompok 20   negara kuasa ekonomi dunia menjelang 2050.
Pihak agensi kewangan antarabangsa bukan sahaja  mengakui kemampuan dan kecemerlangan urus tadbir  negara  Malaysia, malah yakin GDP  negara akan  terus berkembang dan tumbuh pada kadar 5.1 peratus, kadar yang  lebih baik  daripada kadar 4.5 peratus yang di diramal sebelumnya. Pelabur asing didapati mula membawa masuk dana berbilion-bilion ringgit ke Malaysia. Rizab  antarabangsa pula meningkat pada   paras AS$98 bilion berbanding AS$94.6 bilion yang dicatatkan akhir 2016. 
Initiatif-initiatif kerajaan sejak tahun 2010  dibawah Pelan Transformasi Ekonomi Negara, termasuk dasar dan polisi Bank  Negara Malaysia (BNM) yang banyak  membantu  mengawal kadar inflasi, peningkatan pendapatan  isi keluarga,  peningkatan peluang pekerjaan serta  pelaksanakan  pelbagai inisiatif  ekonomi dan sosial  dalam mempertingkatkan kualiti  hidup rakyat di jangka  akan terus  melestarikan tumbuhan ekonomi dan  kesejahteraan rakyat.   
Memandangkan  Pilihan Raya Umum Ke 14  dijangka akan di adakan pada masa yang  terdekat, maka rakyat yang berdaftar sebagai pengundi wajarlah berfikir dan membuat pemilihan secara rasional  bersandarkan  fakta  dan statistik.  Prestasi ekonomi harus menjadi kayu  ukuran  yang  utama dalam menilai baik-buruknya kerajaan dan bukan persepsi yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu dalam media sosial. Rakyat perlu elak membuat keputusan  politik bersandarkan persepsi dan emosi.  Keputusan  politik  yang dibuat bersandarkan persepsi terbukti  mengundang negara  terjurumus  dalam  kancah krisis politik yang  akan bukan sahaja menjahanamkan  stabiliti politik malah akan  mencacatkan proses pembangunan masa depan generasai muda  terutamanya pelan membina sebuah negara Malaysia yang  maju, bersatupadu,  inklusif  dan berintegriti malah berpendapatan tinggi  bersandarkan wawasan Tansformasi  Nasional (TN50).


KAUM INDIA MENGAKUI BAJET 2018 MAMPU MEMPERKASA EKONOMI MEREKA


Pada keseluruhanya,  kaum India  rasa  gembira dengan Bajet 2018 kerana pelbagai initiative diumumkan dalam Bajet 2018 yang kebanyakannya mencerminkan aspirasi mereka. Malah sebahagian besar inititif  atur bagi menjamin  hala tuju pembangunan kaum India pada masa akan datang.  Kaum India merentasi fahaman politik mengakui bahawa Bajet 2018 mampu memperkasa ekonomi mereka. Malah Bajet 2018 jelas terbukti  kerajaan kepimpinan Najib semakin komited  melaksanakan  program pembangunan bagi memperkasakan  ekonomi kaum India bagi jangka waktu pendek dan panjang.

Antara  initiatif  utama yang baru dan amat  menarik perhatian malah melegakan hati sebahagian besar  kaum India  adalah  pengagihan khas sejumlah RM 1.5 bilion unit tambahan  Amanah  Saham 1 Malaysia  kepada kaum India.  Selain itu, seperti Bajet tahun 2017, sejumlah  RM 50 juta  diperuntukkan  melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)  untuk program pembangunan sosio ekonomi masyarakat India.  
Peruntukan  lebih RM 230 juta  melalui Unit Pembangunan Sosio Ekonomi Masyarakat India ( SEDIC)   dan RM 50 juta melalui TEKUN dalam Bajet 2017   telah terbukti meningkatkan  pendatapan isi keluarga kumpulan B40 masyarakat India.  Sebagai contoh, pendapatan isi rumah kaum India dilaporkan  telah meningkat  daripada RM 3,456 pada tahun 1999 kepada RM 6,246  menjelang  tahun 2017.
Apabila  Pelan Tindakan Pembangunan Kaum India atau Blue  Print (MIB)  dilancarkan, Najib  berjanji akan  menyediakan peruntukan lebih RM 1 bilion  untuk  mengatur  hala tuju masa depan 1.7 juta orang India di negara ini, pihak pembangkang mengkritik malah mendakwa MIB adalah satu gimmik politik untuk memancing undi menjelang PRU14.  Disebaliknya, Najib   menepati janji beliau  dengan  mengkhaskan  peruntukan  lebih daripada RM 1 bilion  dalam Bajet 2018 untuk pembangunan kaum India. Ini jelas menunjukkan  bahawa janji Najib  bukan retorik kosong bermotif politik atau vetti pechu tetapi realiti dan pasti  di laksanakan.
Bajet 2018 dijangka akan membantu menjayakan Pelan Tindakan Pembangunan Kaum India (MIB). MIB  mensasarkan   695,030 orang India,  yang dikenalpasti  berada  dalam kategori B40, iaitu 40% isi rumah terbawah dengan pendapatan bulanan  sehingga RM3,855  diseluruh negara.  Daripada jumlah tersebut, 139,010 keluarga menetap di 38 daerah di 9 negeri dengan pendapatan kurang dariapda RM2,537 sebulan. Dengan itu, initiatif-initiatif Bajet 2018 dijangka  akan membantu meningkatkan kualiti hidup kumpulan B40 kaum India secara khususnya.
Bajet 2018 juga dilihat memenuhi harapan dan aspirasi kaum India secara amnya dan ibu bapa secara khususnya  dalam bidang pendidikan anak-anak mereka. Bajet 2018 menetapkan bahawa  kerajaan akan mempastikan  pengambilan  kaum India ke institusi pengajian tinggi  dan perkhidmatan awam  pada kadar sekurang-kurangnya  sebanyak 7  peratus  pada masa akan datang. Initiatif ini  benar-benar  menyeronokkan hati  warga  kaum India yang terdiri daripada pelbagai kumpulan dan golongan merentasi kumpulan dan golongan malah fahaman politik yang berbeza-beza dikalangan   masyarakat India.  

Dalam pada itu, meningkat equiti kaum India  merupakan satu-satunya  impian masyarakat India sejak Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun 1974.  Impian itu hampir  menjadi kenyataan apabila Bajet 2018 memperuntukkan initiative  pengagihan khas unit Tabung Amanah 1Malaysia  berjumlah  RM 1.5 bilion kepada kaum India. Inititif ini   dijangka akan membantu kaum India meningkatkan equiti mereka dalam menikmati kekayaan negara bersama-sama kaum lain.

Berhubungan dengan  peruntukan khas bagi menambahbaikan dan penyelengaraan Sekolah Tamil, RM 50 juta disediakan dalam Bajet   2018 Initiatif ini merupakan satu inisiatif yang berterusan sejak Bajet 2014 dan ianya  jelas menunjukkan  Najib terus  fokus dan prihatin   terhadap infrastruktur  malah  masa depan  sekolah Tamil di negara ini. 


Meskipun pihak pembangkang  mendakwa kononya  BN kurang mengambil kira terhadap  kepentingan kaum India, malah kaum India dipinggirkan,  disebaliknya  dasar inklusif dan initiatif  sosio ekonomi  yang di laksanakan  oleh Najib, terutamanya peruntukan-peruntukan khas yang disediakan dalam Bajet tahunan kerajaan sejak beliau mengambil alih pentadbiran kerajaan, jelas menunjukkan beliau terus beriltizam untuk   memperkasa ekonomi kaum India. Bajet 2018 jelas terbukti Najib menyelami denyutan hati  rakyat Malaysia secara amnya  dan masyarakat  India secara khususnya. Kaum India kini  lebih  yakin bahawa masa depan mereka akan lebih cemerlang  dan gemilang atau ‘Naalai Namathey’  dibawah pentadbiran kerajaan BN kepimpinan Najib.