Monday, July 23, 2007

Pilihan Raya Ke 12

Baru-baru ini Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) melaporkan bahawa seramai 22,433 pengundi pemegang kad pengenalan lama yang masih belum memiliki MyKad akan digugurkan dalam senarai pengundi .Ini bermakna mereka tidak akan dibenarkan mengundi dalam PR yang ke 12 yang akan di adakan tidak lama lagi, mungkin selepas bulan September 2007.



Namun, TPM , Najib Tun Razak, memutuskan bahawa keputusan EC tidak dapat dilaksanakan kerana kerajaan belum sedia dalam konteks infrastrukturnya, seperti membeli mesin-mesin canggih, untuk melaksanakan kaedah baru dalam pengurusan pengundian. Dengan kenyataan TPM tersebut , Pengerusi EC, Abdul Rashid Rahman, tiba-tiba membalikkan keputusan EC dan menjelaskan bahawa EC hanya mencadang menyingkir 22,433 dari senarai pengundi diatas sebab-sebab timbulnya masalah pengesahan terhadap status kewarganegaraan pengundi tersebut.



Apa yang memeranjatkan saya adalah apa kah pengundi yang begitu ramai itu dibenarkan mengundi dalam PR yang lepas? Apakah mereka itu terdiri daripada pengundi bukan warga negara Malaysia? Apakah 22,433 pengundi tersebut itu terdiri daripada warga bukan Melayu?



Ini jelas menonjolkan sindrom 'something wrong somewhere'' atau sesuatu yang tidak kena. EC perlu berhati-hati dan pasti terhadap apa sahaja keputusannya berkaitan dengan PR kerana ia berkaitan dengan hak asasi seorang rakyat Malaysia. EC jangan mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Lembaga Beras Negara (LPN) baru-baru ini.

LPN mengeluarkan kenyataan bahawa harga beras akan naik tidak lama lagi. Kadar kenaikkan pun telah dinyatakan. Kenyataan LPN tersebut bukan sahaja mengejutkan seluruh rakyat Malaysia bahkan Menteri Pertanian, Muhyiddin Yassin, Menteri yang bertanggungjawab terhadap bekalan beras di negara ini. Malah, PM, Pak Lah pun turut terkejut dengan kenyataan tersebut dan terus melahirkan perasaan dukacita terhadap kenyataan dan tindakan LPN.Beras merupakan makanan asas rakyat Malaysia.



Dengan itu, Muhyiddin Yassin, dengan segera mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan amat prihatin terhadap perkara ini dan membuat keputusan bahawa harga beras akan terus kekal dengan harga kadar lama dan tidak akan dinaikkan.Syabas kerajaan yang perhatin terhadap keperluan rakyat.

Peristiwa tersebut dan beberapa episod sebelum ini dengan jelas menonjolkan bahawa tidak ada penyelarasan di antara pemimpin politik dan jentera kerajaan dalam membuat dasar-dasar kerajaan.



Pak Lah menyeru institusi kerajaan meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan ke tahap yang lebih baik atau terunggul. Tetapi dari segi realitinya ,apakah seruan tersebut itu diterima baikdan dilaksanakan oleh warga pentadbiran kerajaan?



Sehubungan ini, ada yang berpendapat bahawa kejadian-kejadian kebelakangan ini menunjukkan bahawa masalah tidak seragaman dalam membuat dasar pentadbiran kerajaan kian menular dalam institusi pentadbiran kerajaan. Apa kah ini disebabkan oleh dasar keterbukaan Pak Lah?



Apa saudara setuju? Apa pendapat saudara?

No comments: