Thursday, October 7, 2010

INDEKS PEMBANGUNAN SARAWAK MENAKJUBKAN

Program pembangunan ekonomi dan sosial yang dilaksanakan di Sarawak telah menghasilkan pembangunan yang mendadak dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Pendapatan kerajaan negeri dilaporkan telah mencecah RM 3.726 billion dalam tahun 2009. Kadar pembangunan GDP Sarawak adalah 9.7% , kadar yang paling tinggi di Malaysia. Sarawak dilaporkan negeri ke-3 terbaik dari segi pembangunan di Malaysia berbanding dengan lain-lain negeri.

Namun, kumpulan masyarakat yang tinggal di luar Bandar khususnya di kawasan pendalaman (rumah panjang) masih memerlukan bantuan daripada kerajaan untuk membantu mereka keluar daripada lingkaran kemiskinan. Malah masyarakat luar bandar, terutamanya penduduk yang tinggal di tebing-tebing sungai masih berharapkan kerajaan menyediakan kemudahan air bersih, jalan raya, perumahan dan elektrik supaya mengurangkan jurang perbezaan kadar kualiti hidup antara masyarakat bandar dan luar bandar malah antara kawasan.

Sehubungan ini, kerajaan Persekutuan dan negeri Sarawak telah merangka dan melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan pendapatan di kalangan 2.5 juta penduduk luar bandar Sarawak, terutamanya dikalangan golongan yang dikenalpasti sebagai kumpulan miskin tegar. Malah kerajaan Persekutuan telah melaksanakan Program ‘Income Raising Programme’ dengan peruntukan RM115.64 juta (RMK9) untuk meningkatkan pendapatan bulanan kumpulan tersasar di Sarawak dan Sabah.
Kerajaan juga telah memperuntukkan sejumlah RM37.79 juta untuk melaksanakan program latihan kemahiran melalui “Skill and Career Training Programme” bagi golongan sasar, terutamanya daripada kumpulan miskin tegar. Tambah lagi, peruntukan sejumlah RM682.44 juta juga dilaporkan telah dikhaskan melalui “Housing Aid Programme” untuk membina 24,221 unit rumah di Sarawak dan Sabah dalam jangka masa 2 tahun (2010- 2012 ) .

Kerajaann dibawah konsep Projek Lonjakan Mega yang bertersakan konsep ‘agropolitan’ telah melaksanakan strategi pembangunan tanah berintegrasi untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi di kawasan yang dikenalpasti sebagai kawasan yang didiamin oleh kumpulan miskin tegar.

Hasil pelaksanaan program ekonomi dan sosial, kerajaan telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan daripada 42.4 % dalam tahun 1976 kepada 17.1 % pada tahun 1990 dan 7.2 % pada tahun 2000.

Walaupun kerajaan Sarawak menghadapi cabaran besar dalam mengatasi kadar kemiskinan di luar bandar kerana faktor geografi, iaitu hampir 5,000 rumah panjang terletak berjauhan antara jarak 30-50 batu dengan penduduk tidak melebihi 100 keluarga, kerajaan negeri didapati berjaya mengimbangkan pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar, terutamnya mengurangkan kadar kemiskinan dikalangan penduduk bandar dan luar bandar.

Dengan strategi dan peruntukan yang besar yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri Sarawak untuk pembangunan luar bandar, kadar kemiskinan telah dikurangkan daripada 64.4 % pada tahun 1976, 37.3 % pada tahun 1984 dan 29 % pada thaun 1987 dan lebih kurang 7 % pada masa sekarang. Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud , dilaporkan menyalurkan hampir 40 % peruntukan badjet negeri untuk pembangunan sektor luar bandar berbanding 18.7 % untuk pembangunan sektor bandar .

Kerajaan negeri juga didapati menjalankan pelbagai program untuk mendidik penduduk luar bandar dalam konteks kesihatan, penyediaaan makanan dan peraturan kesihatan atau sanitation. Program ‘ Sejahtera Task Force (STF) yang meliputi 3 agensi kerajaan, iaitu jabatan pertanian, kesihatan dan pendidikan , telah berusaha mengatasi masalah kemiskinan dan kekurangan zat makanan di kalangan pendudukan yang tinggal di tebing sungei di Sarawak. Projek ‘Applied Food & Nutrition Project (AFNP)’ juga dijalankan untuk menyedarkan kumpulan masyarakat di luar bandar terhadap penyediaan makanan yang berzat dan peraturan kesihatan baik .


Penduduk luar bandar terutamanya komuniti Dayak, didapati banyak mencapai kemajuan sejak tahun 1960’an. Menurut laporan suara Dayak Baru, sebelum tahun 1960’ an komuniti Dayak menjalankan aktIviti –aktiviti ekonomi tersendiri (self-sustain) untuk menyara hidup. Aktivitinya bertumpukan kepada menanam padi, memburu, menangkap ikan, mengumpul makanan di hutan.


Seterusnya, mereka melibatkan diri dalam menghasil getah asli untuk mendapat wang tunai(cash).Mulai tahun 1970’an, mereka terlibat dalam aktiviti pertanian berbentuk kebun kecil dalam menghasil kopi, pepper dengan bantuan Jabatan pertanian. Mulai tahun 1980’an, didapati SALCRA dan LCDA ditubuhkan oleh kerajaan negeri untuk membangunkan tanah NCR supaya mendatangkan hasil ekonomi yang berpatutan dalam mengubah kualiti hidup rakyat di luar bandar, termasuk kaum Dayak.

Pembangunan dan perubahan besar dalam landskap sosial dan ekonomi masyarakat luar bandar Sarawak, terutamanya kaum Dayak, jelas menunjukkan kejayaan besar strategi dan program pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama dan bantuan kerajaan Persekutuan.

Namun, masyarakat luar bandar, termasuk kaum Dayak, perlu diberi tumpuan dan bantuan supaya mereka terus dapat merasai hasil pembangunan pesat yang negara dan negeri Sarawak mencapai sejak merdeka. Kerajaan kepimpinan Najib Tun Razak akan diharap akan terus membela kumpulan rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik tanpa mengira kaum dan etnik untuk keluar daripada cengkaman kemiskinan.

Sementara itu, Rancangan Malaysia Ke 10( RMK10) pula menggariskan beberapa strategi dan program untuk membangunkan masyarakat luar bandar di seluruh negara, termasuk Negeri Sarawak dan Sabah. Antaranya:

. Kerajaan akan membina 6312 km jalan baru di Semenanjung , 2540 km di Sabah dan 2819 km di Sarawak yang akan memberi faedah kepada 3.3 juta penduduk. Kerajaan berharap agar sistem perhubungan dalam seluruh kawasan negeri Sarawak dapat diwujudkan sepenuhnya menjelang akhir Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

· Kerajaan juga sedang mempertimbangkan kaedah untuk memberi hak milik tanah kepada masyarakat Orang Asli dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak untuk membolehkan mereka membuat pertanian secara bersepadu.
· Bekalan elektrik disediakan di Sabah 80% dan Sarawak 72.6% (2010). Kemudahan elektrik di kawasan luar bandar akan diperluaskan untuk meliputi penyambungan bekalannya ke 6,000 buah rumah di Semenanjung Malaysia, 59,000 di Sabah dan 76,000 di Sarawak. Kemudahan elektrik akan dilaksanakan ke hampir 100% ke kawasan luar Bandar di Semenanjung dan 99% Sabah dan Sarawak.

· Bekalan Air disediakan di Sabah 62% dan di Sarawak 64% (2010). Air bersih akan disalurkan ke hamper 99% untuk penduduk diluar Bandar di Semenanjung, 98% di Sabah dan 95 % di Sarawak.

· Golongan terpinggir yang tinggal di kawasan pendalaman, terutamanya yang mendiami di rumah panjang di Sabah dan Sarawak, serta orang asli dan pekerja di estet di Semenanjung Malaysia akan diberi tumpuan.

· Memperbaiki kualiti hidup pekerja ladang dan displaced estate workers. Sambungan bekalan air ke 182 estet yang mempunyai keluasan 1,000 ekar atau kurang dan terletak tidak melebihi 5 kilometer daripada paip utama akan dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM109 juta.
· Penduduk yang tinggal di kawasan kampung baru Cina akan juga diberi bantuan. Kini, terdapat 280,000 isi rumah yang tinggal di kawasan kampung baru Cina. Untuk membantu mereka membuat pembayaran premium tanah bagi perlanjutan tempoh pajakan, pinjaman mudah akan disalurkan melalui Bank Simpanan Nasional. Untuk ini, sebagai permulaan dana pembiayaan sebanyak 100 juta ringgit akan disediakan.

· Nisbah guru siswazah di sekolah rendah ditingkatkan daripada 28 peratus kepada 60 peratus. Program pensiswazahan guru akan dipergiatkan. Bagi memperhebat kualiti guru prasekolah pula, syarat kelayakan pelantikan guru prasekolah akan ditingkatkan kepada Diploma dan Sarjana Muda.


· Pembinaan 8 hospital, termasuk hospital-hospital pakar, 197 buah klinik dan juga tambahan 50 klinik 1Malaysia yang akan disiapkan dalam tempoh separuh pertama Rancangan ini.

· Pendapatan perkapita melonjak kepada RM38845.00 menjelang tahun 2015.

· Tumpuan akan diberi untuk memperbaiki kualiti hidup pekerja ladang.

· Penduduk yang tinggal di kawasan kampung baru Cina juga akan diberi bantuan. Kini, terdapat 280, 000 isi rumah yang tinggal di kawasan Kampung Baru Cina.

· RM150 juta akan diguna untuk melatih 20000 pelajar yang tercicir. RM80 juta disediakan untuk pekerja-pekerja yang kehilangan pekerjaan tanpa pampasan. RM 500 juta untuk tujuan pinjaman kepada pekerja dan mereka yang sudah tamat pelajaran menjalani latihan dan peningkatan kemahiran.

· Kadar penembusan jalur lebar meningkat kepada 32% (2009). Jalur lebar akan diperluasakan sehingga 75% menjelang 2015. RM 2.7 billion untuk membina jalan dan landasan kereta api untuk menuju ke pelabuhan dan lapangan terbang.

· Kadar pengangguran pada paras 3.6% (2010).

· RM6.37 million untuk membina 197 klinik baru .

· RM2.4 billion untuk menaiktaraf balai-balai polis, perumahan dan memperbaiki karier anggota polis.

· Sejumlah 7800 unit rumah murah akan dibina untuk mereka yang menerima gaji kurang daripada RM 2500 sebulan.


· Kerajaan telah menyediakan peruntukan 20 juta ringgit kepada usahawan kecil kaum India yang merupakan tambahan kepada peruntukan sedia ada 15 juta ringgit dariapada RM 200 juta ringgit yang diperuntukkan kepada Tabung Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).

· Peluang yang saksama kepada semua rakyat untuk sertai dalam pertumbuhan ekonomi.

· Pendapatan Negara Kasar Per kapaita dianggarkan meningkat kepada RM 26,420 pada tahun 2010.

· Akses pendidikan prasekolah (umur 4-5 tahun) diperluaskan 67.6% (2009).

· Kerajaan berkomited untuk meningkatkan punca pendapatan isi rumah 40% terendah tanpa mengira kaum,latarbelakang atau lokasi melalaui program bina pendapatan dan bina upaya kumpulan kurang bernasib baik.

· Sasaran untuk meningkatkan pendapatan isi rumah RM 1440 (2009) kepada RM 2300 (2015) sebulan.

· Kerajaan memperuntukkan 15 % daripada jumlah saham yang diterbitkan oleh PNB bagi kaum India untuk membantu meningkatkan ekuiti mereka dalam sektor ekonomi negara dalam menikmati kekayaan negara.

· Klinik 1 Malaysia di bina di kawasan Bandar seperti klinik desa di luar Bandar.

· Sejumlah 1.6 bilion ringgit disediakan bagi pembinaan 80 buah sekolah baru serta 1,100 buah blok tambahan dan 347 projek gantian sekolah, termasuk pembinaan Sekolah Kebangsaan Rendah dan Menengah, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil serta Sekolah Mubaligh (mission school).

Selain itu, kerajaan negeri Sarawak juga didapati melancarkan projek pembangunan SCORE atau The Sarawak Corridor of Renewable Energy, yang menumpukan kepada pembangunan industri oleh pelabur dalam negeri dan luar negara. Projek ini dijangka akan membuka pelbagai peluang ekonomi, perdagangan dan pekerjaan kepada rakyat Sarawak dalam meningkatkan pendapatan mereka menjelang tahun 2020.

Kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan air bersih, elektrik , jalan raya , perumahan yang selesa dan pembangunan industri yang dijangka akan disediakan dalam masa tempoh 10 tahun akan datang, diharapkan akan mendorong rakyat Malaysia khususnya masyarakat yang tinggal di luar bandar Sarawak terus mengecapi pembangunan dan kualiti hidup yang menakjubkan.

Sesungguhnya, kesungguhan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dalam melaksanakan program pembangunan berteraskan Gagasan 1 Malaysia dijangka akan mendatangkan keseronokan dan kegembiraan kepada rakyat Malaysia secara umumnya dan kepada sebahagian besar penduduk luar bandar Sarawak dalam masa yang singkat kerana mereka akan merasai kesenangan hidup akibat penyediaan kemudahan asas yang dimenanti-nantikan sejak mencapai kemerdekaan (Pembentukan Malaysia).

Dengan itu, jelas bahawa dakwaan pihak-pihak tertentu bahawa kerajaan negeri Sarawak di bawah kepimpinan BN tidak cekap mentadbir negeri malah menyeleweng , rasuah dan salah guna kuasa adalah tidak berasas malah satu retorik untuk mengelirukan rakyat untuk mencapai agenda politik tersendiri.

3 comments:

shaf said...

Alhamdulillah..bnyak sumber sy dpt dri post saudara..klu tidak keberatan..boleh ke saya tahu,dimana saudara daptkan semua mklumat ni(negeri sarawak shj)sy ingin membuat rujukan untk tugasan sy..terima kasih.

Unknown said...

Terimak kasih info ini. Saya juga berminat untuk mengetahui sumber rujukan berhubung data2 yg saudara peroleh. Kalau tidak keberatan, saudara boleh pm di facebook saya. Terima kasih.

Unknown said...

Maaf,bukan di facebook tapi menerusi emel saya, emyzul@oum.edu.my

Terima kasih