Saturday, February 12, 2011

PROGRAM 100 HARI PAKATAN PEMBANGKANG TIDAK MASUK AKAL ORANG WARAS



Sejak mengambil alih pentadbiran negara pada 3 April 2009, Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Razak telah mengambil beberapa usaha untuk mentranformasi pentadbiran negara serta minda rakyat supaya kualiti hidup rakyat dapat dipertingkatkan kepada tahap yang lebih baik serta negara mencapai status negara maju menjelang 2010.

Dato’ Seri Mohd.Najib Najib Tun Razak umumkan pendekatan transformasi untuk memperkasakan ekonomi negara dalam menempa sebuah zaman baru berteraskan empat tonggak utama seperti berikut:

(i) Gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,
(ii) Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Ke 10 (2011-2015),
(iii) Program Tranformasi Kerajaan atau Government Transformation Plan (GTP) dan
(iv) Program Tranformasi Ekonomi atau Economic Transformation Plan (ETP).

Bajet 2010 (RM 191.5 bilion) dan Bajet 2011 (RM 212 bilion) diperuntukkan untuk mentransformasikan kerajaan dan bidang ekonomi agar hasil negara dapat di nikmati oleh seluruh rakyat secara adil dan saksama.

Sektor pembangunan ekonomi dan sosial yang meliputi pendidikan, latihan, perumahan, kesihatan dan kebajikan rakyat turut mendapat peruntukan besar dalam Bajet yang disediakan oleh kerajaan kepimpinan Najib Tun Razak.

Pengenalan Bidang Keberhasilan Utama Negara ( National Key Results Area (NKRA) yang berasaskan pendekatan kesan Aatau impak (outcome) dan penggunaan Penunjuk Utama Prestasi (Key Performance Indicators (KPI) secara komprehensif telah diperkenalkan.
Enam bidang NKRA atau bidang keutamaan rakyat adalah seperti berikut:


NKRA & SASARAN ( KPI)

1. Mengurangkan kadar jenayah.

i. Pengurangan kadar jenayah 5 % secara keseluruhan dan 20 % jenayah jalanan pada penghujung 2010.

2. Mencegah amalan rasuah.

i. Sasaran diperingkat nasional untuk meningkatkan skor CPI daripada 4.5 kepada 4.9 menjelang 2012.

3.Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

i. Meningkatkan kadar kanak-kanak Malaysia yang terdiri daripada peringkat umur 4+ dan 5+ dapat akses pendidikan pra-sekolah daripada 60% kepada 80% menjelang 2012.
ii. Hampir 30,000 tenaga pengajar pra-sekolah akan dilantih dalam tempoh masa tiga tahun untuk menyapaikan pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak pra-sekolah.

iii. Sebanyak 100 buah sekolah terdiri daripada sekolah bestari, kluster,trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi men jelang 2012.

4.Meningkatkan kualiti hidup rakyat berpendapatan rendah.

i. Mencapai matlamat miskin tegar sifar menjelang tahun 2010 (Rekod menunjukkan terdapat 45,000 ketua isi rumah miskin tegar di seluruh negara).

ii. Mengurangkan kemiskinan daripada kadar 3.6 % kepada 2.8 % .
iii. Bantuan kebajikan untuk rakayat yang didaftar dibayar pada 1 haribulan setiap bulan.
iv.Menambah jumlah usahawan dikalangan wanita 4,000 orang menjelang 2012.

5. Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman.

1. Membina jalan baru sepanjang 7,000 km untuk kemudahan penduduk desa.

ii. Memastikan akses kepada air bersih dan akses kepda bekalan elektrik 24 jam.
iii.Liputan rangkaian jalan luar bandar di semenanjung akan dipertingkatkan bagi memastikan kesemua rakyat tinggal paling jauh pun, 5km dari kemudahan jalan berturap.

IV. Meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90 % di sabah dan sarawak pada penghujung tahun 2012 supaya kemudahan air dapat dinikmati oleh 60,000 buah rumah.

V. Meningkatkan liputan bekalan elektrik di sarawak dan sabah kepada 95% pada akhir tahun 2012 yang akan dinikmati oleh 80,000 buah rumah.

VI. kerajaan juga menyasarkan untuk memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000 rumah orang asli di semenanjung pada akhir tahun 2012.

VII. Kerajaan akan membina dan membaik pulih sejumlah 50.

6.Menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

i. Meningkatkan peratusan penggunaan sistem pengangkutan awam daripada 16% kepada 25 % di Lembah Kelang.

ii. Segenap lapisan rakyat akan mendapat pembelaan yang sewajarnya, tidak seorang pun akan tertinggal (no one will be left behind)

Selain itu, Najib Tun Razak juga memperkenalkan 19 initiatif untuk mempertingkatkan ekonomi negara yang boleh mendatangkan hasil kepada negara untuk menjalankan projek dan program pembangunan yang akan membantu mempertingkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia, semua kaum dan etnik, malah men yediakan rakyat menghadapi cacaran-cabaran ekonomi dan sosial yang kian melanda negara akibat proses globalisasi.

cemas Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkan yang terdesak melihat kemerosotan sokongan rakyat terhadap beliau dan parti pakatan pembangkang kerana pengumuman program transformasi kerajaan Najib Tun Razak , mengumumkan program 100 hari sebagai satu taktik untuk mengelirukan rakyat.

Program 100 hari Anwar Ibrahim adalah merupakan satu pembohongan besar yang diutarakan hanya untuk memancing undi semata-mata.

Anwar Ibrahim tidak menyenaraikan bagaimana hasil untuk negara akan diperolehi untuk menanggung perbelanjaan negara. Beliau lebih menghairah belanja wang negara. Beliau memang tidak mahir mengurus pentadbiran kewangan negera kerana beliau hampir-hampir menjadikan negara bangkrap dan rakyat derita pada tahun 1997 apabila beliau menjawat jawatan menteri kewangan. Beliau lebih minat dan mencadang menaikkan kadar faedah untuk pinjaman sebagai satu penyelesaian masalah kewangan negara. Jikalau kadar faedah dinaikkan rakyat akan menderita.

Oleh itu, beliau tidak mampu melaksanakan program 100 hari tersebut kerana ia akan memufliskan negara dan rakyat akan menderita pada masa depan.

Anwar Ibrahim umum bahawa sekiranya Pakatan Pembangkang berkuasa maka mereka akan mereformasikan insititusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM, untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kerajaan mengambil alih alih aset lebuhraya supaya tol dihapuskan,merombak struktur subsidi negara, menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru, menjadikan air sebagai hak rakyat, menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat, membatalkan Felda Plantations dan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda,menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20% dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

Program Transformasi kerajaan pentadbiran Najib Tun Razak dilihat lebih menyeluruh meliputi semua bidang, termasuk ekonomi, sosial, agama,pendidikan, pengangkutan awam, keselamatan awam rakyat dan keselesaan hidup rakyat Malaysia malah menjangkau Program 100 hari . Program Transformasi Najib Tun Razak tidak terbatas kepada progarm yang diumumkan oleh Anwar Ibrahim malah lebih luas dan mendatangkan manfaat kepada semua kaum dan semua golongan masyarakat.

Program 100 hari Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang adalah satu lagi pembohongan yang boleh merugikan rakyat pada masa akan datang. Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang mungkir dalam menunaikan janji-janji yang dibuat semasa pilihan raya umum tahun 2008.
Negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Pembangkang kini tenggelam dalam kemelut kerana tidak mahir urus pentadbiran kerajaan negeri termasuk majlis-majlis perbandaran. Rakyat menghadapi pelbagai tekanan dan masalah dan saban hari bersunggut terhadap peningkatan penyelewengan, salahguna kuasa dan rasuah yang meleluasa dilakukan oleh ahli-ahli Pakatan Rakyat yang terpilih dalam PRU12.

Pentadbiran kerajaan bukanlah macam tukar baju malah perlu perancangan yang teliti mengambilkira kedudukan hasil negara.

Rakyat perlu sedar terhadap masa depan mereka dan anak-anak mereka tidak boleh diserahkan kepada orang-orang yang tidak bertanggungjawab malah sentiasa membohong untuk merasmpas kuasa politik.

Malaysia diambang status negara maju. Oleh itu, rakyat perlu percaya kepada kerajaan yang berpengalaman mentadbir kewangan negara dengan cekap supaya negara mencapai status negara maju dan rakyat hidup sejahtera,aman dan damai. Rakyat Malaysia tidak seharusnya mengadai masa depan generasi kita dengan percaya janji-janji manis orang -orang yang mensasasarkan kuasa politik semata-mata .

No comments: