Monday, April 2, 2012

KEJAYAAN PROGRAM MENINGKAT AKSES PENDIDIKAN & PENCAPAIAN PELAJAR

Program Tranformasi Kerajaan (GTP), yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri NajibTun Razak pada April 2009, terbukti menghasilkan kejayaan yang pantas dan besar yang tidak pernah berlaku sebelum ini, sekali gus memberikan impak yang positif terhadap jutaan rakyat.


PROGRAM MEMPERTINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR


Kerajaan umumkan NKRA Pendidikan dan seterusnya mengambil beberapa langkah dan tindakan yang progresif untuk transformasi pendidikan nasional untuk menyediakan rakyat Malaysia menghadapi cabaran global dengan lebih berjaya dan berkesan. Antara kejayaan NKRA Pendidiakan adalah seperti berikut:


*Sistem ranking komprehensif pertama diperkenalkan bagi menjejaki prestasi setiap sekolah menengah dan rendah untuk memastikan pembangunan sekolah yang berkualiti dalam sistem tersebut.


* Lebih 700,000 kanak-kanak dalam kumpulan umur 4+ dan 5+ tahun mampu memasuki prasekolah dalam tempoh setahun iaitu peningkatan seramai 54,569 kanak-kanak prasekolah sejak tahun 2009.


* Sebanyak 14 sekolah menengah dan enam sekolah rendah mewujudkan senarai Sekolah Berprestasi Tinggi Malaysia yang julung-julung kalinya.


· Berjaya meningkatkan kadar penyertaan prasekolah kepada 72.42 % iaitu melebihi sasaran 72 % yang ditetapkan untuk tahun 2010.


· Kadar literasi murid juga telah meningkat daripada 64 % kepada 85 %.


· Kadar numerasi meningkat daripada 73 %%. kepada 91%.


· Kementerian Pelajaran telah mengumumkan senarai 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2010.


· Bagi tahun 2011 pula, sebanyak 23 buah sekolah lagi telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.


· SK Ulu Lubai, sebuah sekolah di kawasan pedalaman Sarawak, mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun ini.


· Dasar 1Murid 1Sukan: Akal yang sihat terletak pada badan yang sihat


· Menggunakan khidmat kepakaran guru penutur jati bahasa Inggeris yang ditempatkan di Institut Pendidikan Guru


· Memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang memberi penekanan kepada pemupukan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


· Program transformasi pendidikan teknik dan vokasional diumumkan.


· Program pensiswazahan guru yang mensasarkan bilangan guru siswazah sebanyak 60 % di sekolah rendah dan 90 % di sekolah menengah menjelang tahun 2015.


· Perkhidmatan perguruan adalah diperuntukkan dengan lima (5) kaedah kenaikan pangkat.


· 403 sekolah rendah , termasuk 300 Sekolah Kebangsaan, 51 SRJK(T) dan 46 SRJK (C) disediakan Bayaran Insentif Tawaran Baru bernilai 15 juta kepada pengetua, guru besar dan warga sekolah yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing.






No comments: