Sunday, January 19, 2014

KEBEBASAN AGAMA TERJAMIN DIMALAYSIA



Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan, agama kebudayaan dan bahasa, malah pelbagai pemikiran politik terkenal sebagai satu kumpulan masyarakat yang amat toleran sejak merdeka. Malah diasuh menghormati adat resam, agama, kebudayaan dan pendirian politik antara mereka dalam institusi keluarga dan masyarakat masing-masing. Namun, kini, saban hari mereka disajikan dengan pelbagai  posting dalam media sosial yang meniupkan semangat benci pemimpin politik dan agama  lain . Trend ini kini sudah sampai ke satu tahap yang boleh menimbulkan impak yang amat bahaya kepada keharmoniaan dan perpaduan rakyat Malaysia. Dalam usaha mempertahankan perpaduan rakyat, kumpulan yang menyebar semangat kebencian tanpa menyedari asal usul pembentukan Perlembagaan Persekutuan , perlu didedahkan dengan semangat dan matlamat  Perkara 3 (1), Perkara 11(1) dan Perkara 11(4) yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutua atau Malaysia. Ketiga-tiga Perkara ini hendaklah dibaca dan terjemah secara bersekali dalam pelaksanaannya. Perkara 3(1) Islam sebagai agama Persekutuan sambil agama-agama lain boleh di amalkan dengan bebas dan aman. Perkara 11( 1)-setiap orang berhak menganut dan mengamal agamanya dengan bebas.Perkara 11(4) Hak untuk mengembangkan agama,selain Islam, adalah tertakluk kepada undang-undang negeri dan Persekutuan boleh digubal bagi mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dikalangan umat Islam. Rakyat perlu sedar bahawa masing-masing negeri di Malaysia ada gubal undang-undang negeri berhubung dengan agama terutamanya mengenai pengembangan ugama dikalangan umat Islam. Sebagai contoh, Negeri Selangor telah gubal undang-undang negeri seperti : Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di kalangan bukan Islam)  Selangor 1988,  yang melarang  penggunaan 26 perkara dikalangan warga bukan Islam. 

No comments: