Thursday, October 9, 2014

RATIONALISASI SUBSIDI BAHAN API MENJAMIN KEADILAN RAKYAT


Kenaikan harga  petrol dan diesel sebanyak 20 sen se liter pada 2 Oktober 2014 menjadi bahan perbincangan hangat dikalangan semua golongan masyarakat ,termasuk kumpulan warga yang mampu bayar harga yang lebih tinggi untuk membeli petrol dan diesel untuk   kenderaan mewah mereka. Tambahan lagi, ada pihak yang menggunakan media sosial untuk  menyebarkan pelbagai tuduhan dan tohmahan  terhadap kerajaan kononnya kerajaan menaikkan harga bahan api dengan tujuan  mengkayakan khazanah kerajaan tanpa mengira kenaikan harga bahan api ini akan menimbulkan masalah kenaikan berantai harga barang keperluan rakyat.
                                                               
Ada pihak yang mendakwa  kerajaan  menyusahkan rakyat dengan menarik balik subsidi untuk petrol dan diesel. Ada yang menyoal apakah kerajaan tidak prihatin terhadap rakyat, khususnya golongan pendapatan rendah , yang  menghadapai masalah  kenaikan harga barang?

Harga petrol RON 95  yang dijual di pam stesen minyak naik daripada RM 2.10 sen seliter kepada RM 2.30 sen  se liter.  Manakala diesel naik daripada RM 2.00 se liter kepada RM 2.20 seliter . Kenaikan harga bahan api ini iaitu tidak melebihi 10%, adalah dikatakan kesan  kerajaan  menarik balik subsidi 20 sen se liter untuk  minyak petrol RON95 dan disesel masing-masing. Namun, kerajaan masih sediakan  subsidi RM 0.28 sen seliter RON95 dan RM O.32 se liter diesel.

Sebelum 2 Oktober 2014,  harga petrol RON95 pasaran adalah RM 2.73 seliter,tetapi pengguna dapat beli  di stesen pam dengan harga RM2.10 kerana kerajaan menyediakan 63 sen sebagai subsidi petrol  RON95. Bagitu juga, harga diesel  di pasaran  adalah  2.80 se liter ,tetapi pengguna dapat beli dengan harga RM 1.80 kerana kerarajaan menyedia subsidi sebanyak 80 sen seliter.

Hasrat kerajaan menyediakan subsidi bahan api adalah untuk membantu  meringankan beban golongan pendapatan rendah  membeli bahan api tersebut. Tetapi,  persoalannya apakah   kumpulan  golongan pendapatan rendah  menikmati  kemudahan subsidi  bahan api dengan sepenuhnya seperti  di harapkan  oleh kerajaan? 

Untuk menjawap soalan ini, kita meninjau senario realiti  penggunaan petrol dan diesel di Malaysia.  Menurut kajian,  golongan pendapatan rendah menggunakan 150 liter petrol sebulan , golongan sederhana menggunakan 300 liter sebulan dan golongan pendapatan tinggi mengguna 600 liter sebulan. Berdasarkan harga seliter petrol RON95 dan disel di stesen pam pada tahun 2013 dan sebelum penarikan subsidi 20 sen selikter, golongan pendapatan rendah hanya menikmati  faedah  menjimat RM 94.50, golongan sederhana RM 189.00 dan Golongan pendapatan tinggi sebanyak RM 378.00 sebulan. Ini bermakna, penyediaan subsidi  secara pukal kurang mendatangkan munafaat kepada kumpulan sasar yang ditujukan malah dilihat lebih menguntungkan kumpulan yang berpendapatan tinggi. Subsidi untuk petrol dan diesel didapati menikmati oleh kumpulan yang bukan  merupakan kumpulan  sasar yang ditujukan. Sebahagian besar yang bukan sasar seperti  pendatang asing, pelancong, dan rakyat negara jiran turut menikmati kemudahan subsidi ini. Malah kegiatan penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel didapati meningkat kerana harga diesel di negara kita lebih murah daripada negara-negara lain disekitarnya.

Sehubungan ini, kerajaan perlu mengambil langkah-langkah yang wajar untuk mempastikan subsidi  kerajaan  lebih dinikmati oleh golongan yang wajar terima bantuan.  Salah satu langkah yang bijak menjamin kumpulan sasar menikmati dan elak slahguna subsidi adalah mengurangkan subsidi yang disediakan untuk bahan api dan salurkan penjimatan  daripada subsidi bahan api terus kepada golongan sasar secara langsung iaitu golongan pendapatan rendah rakyat Malaysia.  Sambil itu, penyediaan subsidi untuk barangan dan  perkhidmatan lain diteruskan seperti biasa agar harga barangan dan perkhidmatan asas itu kekal dalam paras harga berpatutan malah menambahkan  amaun  bantuan yang disediakan dan bilangan penerima  pelbagai bantuan rakyat.

Subsidi merupakan wang yang dibayar oleh kerajaan kepada perbadanan atau syarikat-syarikat tertentu yang membekal bahan-bahan keperluan asas harian rakyat bertujuan untuk menstabil atau menurunkan harga sesuatu barangan atau perkhidmatan  berbanding dengan harga pasaran barangan dan perkhidmatan tersebut agar rakyat, khususnya golongan pendapatan rendah mampu dibeli untuk kegunaan mereka.

Dalam konteks inilah kerajaan menyediakan  subsidi berbilion- billion ringgit untuk membantu meringkan beban rakyat. Pada tahun 2013,  sebanyak RM 46.6  bilion  dibelanjakan untuk meampung subsidi barangan dan perkhidmatan keperluan asas rakyat. RM 528 juta disediakan sebagai subsidi beras, RM 1.5 bilion sebagai subsidi minyak masak, RM 150 juta sebagai subsidi membantu rakyat membayar perkhidmatan elektrik,RM 321 juta sebagai subsidi untuk menyediakan insentif dan bantukan kepada golongan nelayan, RM 563 juta sebagai subsidi untuk insentif penanam padi dan 4.6 bilion sebagai bantuan BRIM.

Dalam pada itu, kita difahmkan  penggunaan minyak petrol dan diesel sebulan di Malaysia adalah sebanyak 2 bilion litres atau 24 bilion liters setahun. Kerajaan menyediakan  lebih RM 2 b ilion sebulan untuk bahan api termasuk petrol dan diesel. Ini bermakna hampir 24 bilion dibelanja untuk subsidi petrol dan diesel setahun.  Sekiranya   10 sen se liter dapat dijumatkan , kerajaan boleh menjimatkan RM2.4 bilion setahun dan RM 4.8 bilion setahun yang boleh dibelanjakan untuk melaksanakan pelbagai projek dan program ekonomi dan sosial dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Selain itu, hampir 40 % penduduk yang berada  dalam lingkungan kumpulan pendapatan rendah , yang benar-benar disasarkan sebagai kumpulan menikmati bantuan kerajaan , boleh menikmati faedah daripada penjimatan tersebut dengan memperolehi bantuan  kewangan secara langsung seperti bantuan BRIM.  Hampir 4.8 juta keluarga yang kini  menikmati bantuan BRIM  boleh dapat tambahan bantuan BRIM daripada penjimatan subsidi bahan api. 

Penjimatan daripada subsidi abahan api boleh di belanjakan untuk membina banyak lagi sekolah, klinik, hospital, jalan raya malah men yediakan insentif dan bantuan khas kepada golongan sasaran tertentu dalam usaha meningkatkan kualiti hidup mereka. Amaun BRIM boleh  tambah daripada RM 650 kepada amaun yang lebih besar kepada keluarga pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan. Strategi ini , iaitu strategi rasionalisasai dalam pengurusan dan pengagihan subsidi akan menjamin keadilan rakyat seperti dituntut oleh agama Islam dan lain-lain agama anutan rakyat Malaysia. Sekiranya kita selaku rakyat yang bertanggungjawap terhadap kepentingan rakyat dan negara memahami dan menghayati hasrat kerajaan merasionalisasi subsidi maka tidak akan terpengaruh dengan dakyah setengah pihak kononnya kerajaan menjerut leher rakyat dengan menarik balik subsidi. Rakyat perlu  berwaspada terhadap golongan yang sengaja naikkan harga barang dengan alasan kenaikan harga petrol dan disel sebanyak 20 sen se liter iaitu kurang daripada 10 % berbanding dengan harga lama.

Berhubung dengan isu mampu beli, tidak dapat dinafikan bahawa pendatan rakyat Malaysia meningkat berpulu kali ganda berbanding dengan tahun 80an atau 90an.Purata pendapatan isi rumah meningkat daripada RM4025 pada tahun 2009 kepada RM 5,919 pada tahun 2014. Pendatan menengah (median) pula meningkat daripada RM2830 (2009)  kepada RM 4,258 pada tahun 2014. Ini jelas menunjukkan pendapatan rakyat Malaysia meningkat purata lebih 10 % dan inflasinya dapat dikawal dalam lingkungan 3.3 % . Dengan peningkatan kadar pendapatan dan rendahnya inflasi, maka tidaklah keterlaluan sekiranya buat kesimpulan bahawa rakyat Malaysia, termasuk golongan pendapatan rendah,  masih mampu membeli petrol dan diesel untuk kegunaan  kenderaan masing-masing dengan kadar harga yang ditetapkan. 

Ada yang bersungut kenapa Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar minyak tidak menetapkan harga lebih rendah seperti lain-lain negara pengeluar minyak? Benar Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak. Malaysia mengeluarkan minyak jenis tapis ‘blend’ berkualiti tinggi yang dapat dipasarkan dengan harga yang lebih tinggi  berbanding dengan hasil petrol Malaysia yang berkualiti dan terhad itu digunakan  dalam Malaysia. Kajian menunjukkan  harga petrol di Malaysia lebih murah daripada beberapa negara pengeluar minyak. Malaysia menggunakan petrol yang diimpot daripada luar negara dan harganya sudah pasti bergantung kepada harga pasaran petrol di dunia. Namun, kejatuhan dan kenaikan harga petrol didunia tidak semestinya mengurang atau menaikan harga petrol di stesen-stesen pam di Malaysia  seperti  ramai menjangka. Kerajaan perlu mengawal harga minyak dengan pelbagai kaedah termasuk strategi subsidi agar petrol dan diesel mudah diperlohi dalam pasaran tempatan  dengan kadar harga yang berpatutan dan mampu beli.  


Rasionalisasi subsidi bahan api adalah disifatkan sebagai satu langkah bijak  untuk menjamin keadilan kepada sebahagian besar rakyat Malaysia,  malah untuk mempastikan golongan pendapatan rendah yang menjadi sasaran bantuan dan prihatinan kerajaan  betul-betul menikmati  bantuan daripada kerajaan secara langsung.  

No comments: