Sunday, January 1, 2017

BLUE PRINT DIUMUMKAN OLEH KERAJAAN KEPIMPINAN NAJIB UNTUK MEREKAYASA SOSIO-EKONOMI KAUM INDIA


Baru-baru ini  MIC telah menganjurkan satu sessi pemerahan  otak, yang disertai oleh pelbagai pihak yang berkepentingan kaum India  merentasi  perbezaan  ideologi   politik kepartian,  untuk mengumpul   idea-idea sebagai asas untuk merangka Pelan Tindakan Pembangunan atau ‘Blue-Print" untuk  meningkatkan taraf hidup kaum  India khususnya kumpulan B40. Blue Print ini dijangka akan menjadi input dalam proses  merekayasa sosio-ekonomi kaum India   selaras dengan Pelan Transformasi Nasional 20150 (TN50).

Apakah yang dimaksud dengan kumpulan B40? Jika rakyat Malaysia ditunjuk  dalam   bentuk piramid, akan  terdapat tiga kategori utama berdasarkan kepada julat pendapatan isi rumah  iaitu kumpulan T20, iaitu 20 peratus penduduk teratas (Top), kumpulan M40 iaitu 40 peratus penduduk  di tengah (Middle) dan kumpulan B40 iaitu 40 peratus  penduduk terbawah (Bottom) dalam piramid penduduk. Menurut Laporan  Ekonomi 2015/2016,  B40 adalah ditakrifkan sebagai kumpulan isi  rumah yang berpendapatan bulanan sehingga RM3,855. Manakala, kumpulann M40 adalah kumpulann isi rumah yang berpendapatan antara  RM3,860 dan RM8,319. Kumpulan T20  pula  adalah kumpulan  isi rumah 20  peratus teratas yang mempunyai purata pendapatan bulanan RM14,305. Menurut kajian terbaru, terdapat  2.7 juta isi rumah di Malaysia yang  boleh dikategorikan sebagai kumpulan B40. Dengan mengenalpasti kumpulan tersebut, kerajaan telah gubal Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) agar pendapatan b40 digandakan menjelang 2020 supaya usaha mencapai  matlamat status ‘negara maju’ dapat tercapai. Secara umumnya, ETP yang dilancarkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak telah banyak  membantu usaha   meningkatkan pendapatan rakyat secara amnya dan kumpulan B40 secara khususnya.

Pelbagai program  telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu 
meningkatkan pendapatan B40. Antaranya adalah  Program Pembasmian
Kemiskinan Bandar (PPKB). Program ini telah bukan sahaja  membantu
usaha mengurangkan insiden kemiskinan negara daripada 3.8% pada 
tahun 2009 kepada 2.0% pada tahun 2015 bahkan  juga meningkatkan 
meningkatkan purata pendapatan isi rumah B40  daripada RM1,440 pada
tahun 2009 kepada RM3,050  pada tahun 2015. Selain itu, kerajaan juga
menggalakkan kumpulan B40 menyertai dalam projek-projek
keusahawanan bagi membolehkan mereka  menjana  pendapatan untuk
menampung  kos sara hidup yang kian meningkat. Institusi-institusi 
 seperti  TEKUN, Amanah  Ikhtiar juga  ditubuhkan untuk  membantu
 menggerakkan sektor keusahawanan dikalangan kumpulan pendapatan
rendah atau B40.






Dalam hubungan ini, kerajaan kepimpinan YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak  telah  umum dan melaksanakan pelbagai  program untuk membaiki kualiti hidup kaum India yang umumnya didakwa telah tertinggal malah dipinggirkan  daripada menyertai arus perdana pembangunan negara yang  kian  membangun secara dinamik  sejak merdeka. Kaum India , hampir 80 peratus, pada asalnya tinggal diladang-ladang yang dikuasai oleh pihak pemilik asing. Namun, sejak negara melangkah kearah industrilisasi, kebanyakan ladang-ladang telah menukar menjadi kawasan perumahan dan perindustrian. Pekerja ladang yang menetap diladang-ladang getah terpaksa berpindah ke bandar-bandar berhampiran. Pekerja ladang yang mampu membeli rumah  ditaman perumahan membeli rumah dan menetap dibandar. Tetapi ,  sebahagian besarnya daripada mereka  terpaksa menetap di pinggir bandar dengan kekurangan pelbagai kemudahan kehidupan moden. Paradigma perubahan dalam pendekatan dan strategi ekonomi negara serta pemindaan komuniti India secara mendadak tersebut dikatakan telah menimbulkan sebahagian besar komuniti India  terus menetap terperangkap  dalam kategori pendapatan rendah yang dikategorikan  sebagai  B40.

Menurut kajian MySkills Foundation, hampir 80 peratus daripada keseluruhan kaum India berada dalam kategori berpendapatan bawah RM3,000 sebulan. Hampir 10 peratus daripada mereka  adalah penganggur  dan hampir  21  peratus didapati alkakolik . Menurut laporan polis pada tahun 2013 pula, hampir 70 peratus ahli kongsi gelap adalah terdiri daripada belia India dan mereka pula didapati terlibat dalam hampir 53 peratus kes jenayah daripada jumlah jenayah berat  yang direkodkan. Gejala sosial tersebut  sering dikaitkan dengan kadar kemiskinan dikalangan kaum India yang terdiri daripada  kumpulan B40. Akhir-akhir ini, kajian menunjukkan sejumlah 227,600 isi rumah India  masih terperangkap dalam kategori B40  dengan pendapatan isi rumah bulanan kurang daripada RM3,860.  Persoalanya, apakah pendapatan isi  rumah  B40 daripada kaum India dapat dipertingkatkan pada masa hadapan  agar  mereka dapat keluar  daripada kepompong  kemiskinan dalam usaha menangani gejala sosial tersebut? 

Menurut laporan Kementerian Kewangan Malaysia,  pendapatan perkapita rakyat  Malaysia pada tahun 2014 sudah mencecah US$10,500 (RM33,630) dan dijangka akan mencecah US$15,690  menjelang 2020 iaitu mengatasi  sasaran  Dasar Wawasan 2020. Sehubungan ini, apakah ‘Blue Print’ yang sedang digubal oleh pihak MIC dewasa ini akan  membantu kerajaan malah membimbing kaum India secara umumnya dan  kumpulan  B40 secara khususnya untuk meningkatkan  pendapatan isi  rumah mereka  agar mereka dapat menikmati kualiti hidup seperti yang dinikmati  oleh  lain-lain kaum? 

Apapun, pada pendapat saya,  MIC perlu memantapkan   jentera komunikasi parti dalam menyampaikan penjelasan  mengenai  pelan tindakan  ‘blue print’ yang bakal  dilaksanakan  kepada anggota masyarakat di akar umbi dalam menjamin kaum India   bukan sahaja memahami, menerima dan menyertai  dalam pelan tindakan ‘blue print’ tersebut malah proses rekayasa sosial-ekonomi  kaum India  dapat dilaksanakan  dengan jayanya. Sekiranya komuniti India secara amnya dan Gen-Y secara khususnya memahami niat  dan matlamat ‘Blue-print’ yang bakal dilancarkan nanti , sudah pasti mereka akan  menolak politik pihak tertentu yang bersandarkann kepada retorik semata-mata dan mengalih sokongan mereka kepada MIC sekaligus BN yang bersungguh-sungguh dalam membantu membaiki malah meningkat kualiti hidup kaum India pada masa depan.  


No comments: