Meskipun MIC kini berusia 71 tahun, ianya masih kuat, gagah dan perkasa
memperjuang hak-hak legitimasi kaum India. Sejak ditubuhkann pada tahun 1946,
MIC telah menyaksikan 9 presiden
parti dan kerajaan kepimpinan enam perdana
menteri. Antara yang memimpin MIC
adalah pengasas MIC John A.Thivy (1946-47),
Sardar Budh Singh(1947-50), K. Ramanathan ( 1950-51), K.L.Devasar (1951-1955), V.T.Sambanthan (1955-1973), V. Manickavasagam (1973-79), S.Samy Vellu (1979-2010), G.Palanivel (2010-15)
dan kini Dr.S.Subramaniam. Manakala, perdana menteri pula termasuk YTM Tunku
Abdul Rahman Alhaj, Abdul Razak, Hussein
Onn, Mahathir Mohamad, Abdullah
Ahmad Badawi dan kini Mohd. Najib Tun Abdul Razak.
MIC telah melalui perjalanan
politik yang berliku-lliku, menempuh pelbagai cabaran , rintangan, dan kekalutan, termasuk kemelut kepimpinan yang hampir melumpuhkan MIC. Malah pada satu ketika, Dr. Ismail Abdul Rahman , Timbalan Perdana
menteri, pernah menyifatkan MIC “hidup segan mati tak mau”.
Namun, MIC kembali pulih
meneruskan perjuanganya selepas menyelesai
kemelut yang dihadapi setiap kali dengan bijak dan cara tersendiri. MIC yang ditubuhkan pada tahun 1946, membuat keputusan untuk
meyertai Perikatan, parti gabungan UMNO dan MCA, pada tahun 1954. Perikatan bukan sahaja menjamin
kemenangan calon-calon MIC malah
bersetuju berkonngsi kuasa mentadbir negara ini. Keputusan MIC menyertai
Perikatan atau Gabungan parti UMNO dan
MCA pada ketika itu, dilihat sebagai satu langkah yang bijak, strategik malah berpandangan jauh
kepimpinan MIC.
MIC teruskan perjuanganya melalui
wadah politik berkongsi kuasa dengan UMNO-MCA . V.T Sambanthan yang bertanding dan menang di kawasan Parlimen
Kinta Utara, mewakili Perikatan, dilantik sebagai menteri tunggal Kaum India dalam
kabinet pertama yang ditubuhkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman. Walaupun Sambanthan mewakili suara kaum India dalam Kabinet,
beliau didakwa kurang berkesan menuntut hak-hak legitimasi kaum India kerana beliau banyak menghabiskan
masa dalam penubuhan koperasi Kebangsaan
Pemodalan Tanah Berhad (NFLCS) bagi menangani masalah pekerja ladang. Dengan
itu, Sambantan yang menyandang jawatan Presiden MIC selama 18 tahun undur
bagi V.Manickavasagam mengambil alih kepimpinan parti
pada 30 Jun 1973.
V.Manickavasagam, selaku presiden
MIC, menubuhkan koperasi NESA, malah menghasilkan ‘Pelan Tindakan Blue Print MIC’ untuk
membantu kaum India menceburi
dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.
Perdana menteri ketika itu, Abdul Razak,
dilaporkan masukan beberapa syor MIC dalam Rancangan Malaysia Kedua.
Namun, program NESA tergendala
separuh jalan kerana Manickavasagam meninggal dunia secara terkejut pada tahun
1979. Dengan itu, syor-syor Blue Print MIC juga
didapati kurang ditekan
dalam racangan kerajaan.
Walaupun MIC bergelora
kerana rebutan kuasa antara pemimpinn-pemimpin tertentu
dan perpaduan dalam parti berkecai, S.Samy Vellu yang dilantik sebagai presiden MIC pada tahun 1981
terus melancar beberapa program
pembangunan, seperti Maika Holdings,
Koperasi Pekerja Jaya Berhad, Maju Institute of Education & Development dan Kolej Tafe. Maika Holdings yang
dilancar dengan modal lebih RM 100 juta pada tahun 1985 adalah hasil dana
yang di kutip dari 66,000 pencarum,
kebanyakannya ahli MIC.
Medan politik kaum India juga tidak terlepas daripada kemunculan pelbagai
parti serpihan seperti parti ‘Malaysia
Democratic Indian Congress (DMIP)
pada tahun 1985, Parti Indian
Progressive Front (IPF) pada tahun 1991, parti ‘Malaysia
Indian Democratic United Party’ pada tahun
2007. Namun, kemunculan parti serpihan
tersebut didapati tidak mampu mengoncang kekuatan MIC, malah MIC dicatatkan menang 100 peratus dalam pilihan raya
umum pada tahun 1999,1995 dan
2004.
Namun, kaum India yang
terpengaruh dengan dakwaan HINDRAF, kononya dasar –dasar yang diamalkan oleh
kerajaan sejak tahun 1981 adalah tidak adil
malah kaum India dipinggirkan dalam arus perdana, telah
mendorong pengundi India menolak
MIC sekaligus BN dalam pilihan raya tahun 2008 (PRU12).
Namun, suasana politik kini berubah. Kaum India, terutamanya golongan
muda yang menyokong pihak pembangkang pada masa lalu kini beransur-ansur kembali memihak
MIC keraa mereka percaya dan yakin kerajaan
kepimpinan Najib lebih prihatin
dan ikhlas dalam membangunkan sosio-ekonomi kaum India. Malah Najib lancer Malaysian Indian Blue Print untuk
meningkatkan kualiti hidup kaum India
dalam jangka masa 10 tahun. Peralihan sokongan kaum India kepada MIC dijangka akan
mengagalkan agenda pihak
Pakatan Harapan mengusai putrajaya dalam PRU14.
No comments:
Post a Comment