Pembentangan
Bajet 2018 yang mesra rakyat oleh Mohd.Najib Tun
Abdul Razak selaku menteri
kewangan yang jelas mengurangkan defisit fiskal didapati bukan sahaja dapat sokongan
rakyat pelbagai kaum dan para penganalisis ekonomi dan politik di Malaysia
malah perhatian para pelabur asing
termasuk agensi-agensi penarafan
kewagan antara bangsa dan Tabung Kewangan Antarabangsa atau Bank Dunia.
Agensi –agensi penarafan seperti Standard & Poor's, Fitch
Ratings dan Moody's Investors Service masing-masing mengeluarkan kenyataaan
bahawa kedudukan kewangan Malaysia kini lebih stabil malah menakjubkan. Sebagai contoh, Standard &
Poor's meletakkan penarafan kredit Malaysia pada A- .Manakala Moody's
memberikan penarafan A3 untuk hutang kerajaan Malaysia dan Fitch Ratings pula memberi A-.
Pujian
agensi-agensi penarafan terhadap pengurusan ekonomi negara meningkatkan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia untuk terus
melabur malah menimbulkan persepsi positif terhadap masa depan ekonomi Malaysia yang turut
menyebabkan nilai ringgit semakin meningkat berbanding dengan mata wang
dolar US.Pengurusan ekonomi dan kewangan
yang cekap malah pertumbuhan ekspot dan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga dikatakan menyumbang kepada peningkatan beransur-ansur nilai mata wang ringgit sejak awal tahun ini.
Selain itu, pelancaran Dasar Digital Malaysia (MDP) untuk mendepani Revolusi
Industri 4.0 , iaitu jaringan perdagangan rentas sempadan di peringkat global juga
meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang terawal mewujudkan Zon Perdagangan Bebas
Digital, selain China.
Menurut Laporan Keadaan Ekonomi Islamik Global 2016/2017, Malaysia
mendapat tempat pertama dalam Petunjuk Ekonomi Global Islam daripada 73 negara seluruh dunia.
Dalam hal ini, Malaysia juga jauh mengatasi negara-negara Islam, seperti
Emiriyah Arab Bersatu dan lain-lain.
Memandangkan ekonomi Malaysia terus kukuh malah
kian berkembang maju, kewangan negara terus kukuh dan stabil walaupun harga minyak dan
komoditi jatuh terjunam, pendapatan negara didapati bertambah dan stabil kesan pelaksanaan dasar fiskal yang progresif
termasuk GST. Dengan ini, Malaysia dijangka
akan muncul dalam kelompok 20 negara kuasa ekonomi dunia menjelang 2050.
Pihak
agensi kewangan antarabangsa bukan sahaja mengakui kemampuan dan kecemerlangan urus
tadbir negara Malaysia, malah yakin GDP negara akan
terus berkembang dan tumbuh pada kadar 5.1 peratus, kadar yang lebih baik
daripada kadar 4.5 peratus yang di diramal sebelumnya. Pelabur asing didapati
mula membawa masuk dana berbilion-bilion ringgit ke Malaysia. Rizab antarabangsa
pula meningkat pada paras AS$98 bilion berbanding AS$94.6 bilion
yang dicatatkan akhir 2016.
Initiatif-initiatif
kerajaan sejak tahun 2010 dibawah Pelan
Transformasi Ekonomi Negara, termasuk dasar dan polisi Bank Negara Malaysia (BNM) yang banyak membantu mengawal kadar inflasi, peningkatan
pendapatan isi keluarga, peningkatan peluang pekerjaan serta pelaksanakan
pelbagai inisiatif ekonomi dan
sosial dalam mempertingkatkan
kualiti hidup rakyat di jangka akan terus
melestarikan tumbuhan ekonomi dan
kesejahteraan rakyat.
Memandangkan Pilihan Raya Umum Ke 14 dijangka akan di adakan pada masa yang terdekat, maka rakyat yang berdaftar sebagai
pengundi wajarlah berfikir dan membuat pemilihan secara rasional bersandarkan
fakta dan statistik. Prestasi ekonomi harus menjadi kayu ukuran yang utama dalam menilai baik-buruknya kerajaan dan
bukan persepsi yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu dalam media sosial. Rakyat
perlu elak membuat keputusan politik bersandarkan
persepsi dan emosi. Keputusan politik
yang dibuat bersandarkan persepsi terbukti mengundang negara terjurumus
dalam kancah krisis politik yang akan bukan sahaja menjahanamkan stabiliti politik malah akan mencacatkan proses pembangunan masa depan generasai
muda terutamanya pelan membina sebuah
negara Malaysia yang maju, bersatupadu, inklusif
dan berintegriti malah berpendapatan tinggi bersandarkan wawasan Tansformasi Nasional (TN50).
No comments:
Post a Comment