Sunday, March 7, 2010

POPULARARITI NAJIB SEMAKIN MENINGKAT DI KALANGAN KAUM INDIA

Baru-baru Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Razak, selaku pengerusi BN umum BN sedang menimbang cadangan keahlian terus pihak individu,NGO atau parti politik yang menyokong perjuangan BN. Cadangan ini disambut baik oleh kebanyakan pihak, termasuk ahli-ahli komponen BN yang sedia ada yang berhasrat memulihkan sokongan rakyat yang padu kepada BN.

Sesungguhnya sejak Najib Tun Razak mengambil alih teraju kepimpinan negara, beliau kian menumpukan perhatian yang serious kepada usaha memulihkan sokongan kaum bukan Melayu kepada BN , terutamanya sokongan kaum India. Dengan pelancaran Gagasan 1 Malaysia,Najib menyeru rakyat mengubah minda supaya mengakui dan menerima kepelbagaian atau kemajmukan rakyat sebagai satu realiti dan cara hidup rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi, Najib menekankan kerajaan mempastikan tidak ada mana-mana kumpulan rakyat Malaysia beranggapan bahawa mereka telah tertinggal dalam menikmati kekayaan negara.

Dakwaan pembangkang bahawa kaum India telah tertinggal malah ‘marginalised’ oleh kerajaan BN yang dipimpin oleh UMNO selama 52 tahun sejak merdeka telah menimbulkan tanggapan bahawa BN kurang memberi tumpuan yang sewajarnya terhadap pembangunan masyarakat India. Malah, MIC yang dipertanggungjawabkan untuk mempertahan dan membela kepentingan kaum India turut didakwa gagal memenuhi hasrat dan keperluan hak –hak sah (legitimate rights) yang diperuntukkan kepada mereka, terutamanya mengenai perkar-perkara yang berkaitan dengan agama Hindu. Malah, BN yang dikuasai oleh UMNO di dakwa mengamalkan dasar ‘ ethnic cleansing’.

Dakwaan parti pembangkang tersebut itu adalah tidak benar samsekali. Namun, kempen yang dijalankan oleh parti pembangkang melalui media alternatif (media sosial) secara bertubi-tubi dalam mememesongkan pemikiran kaum India telah menimbulkan persepsi ,terutamanya dikalangan golongan muda, bahawa BN mememang tidak laku adil terhadap kaum India dan dengan itu pengundi India seharusnya menolak BN dalam pilihan raya umum ke 12 (PRU12).
Kesannya, rakyat Malaysia, malah seluruh dunia menyaksikan kejutan tsunami politik pada PRU12.BN hilang majority dua pertiga dalam parlimen.

Tetapi, landskap politik selepas PRU12 kian berubah. Najib yang mengambil alih teraju kepimpinan negara dan BN merancang strategi-strategi tertentu dalam memenagi hati dan minda keseluruhan rakyat Malaysia. Parti-parti komponen BN, terutamanya UMNO di minta mengamalkan dasar inclusive iaitu berjuang untuk semua kaum sambil mempertahankan kepentingan kaum masing-masing. Malah, keadilan sosial bagi semua kaum menjadi teras perjuangan BN.

Dengan perubahan minda yang dibawa oleh Najib Tun Razak dikalangan pemimpin-pemimpin politik dan diringi oleh pengumuman beberapa program pembangunan khas untuk meningkatkan kualiti hidup kaum India dalam bidang social dan ekonomi kaum India dengan ikhlas, maka perasaan marah yang ditimbulkan oleh parti –parti pembangkang di kalangan kaum India terhadap BN kian redah,malah tanda-tanda kaum India mendampingi BN kian kelihatan di seluruh negara, terutamanya di negeri-negeri yang di tadbir oleh Pakatan Rakyat.
Perubahan minda yang mendatangkan kemerosotan sokongan kaum India tehadap Pakatan Rakyat turut dirasai oleh ketua pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.Beliau mengaku bahawa akhir-akhir ini sokongan kaum India terhadap Pakatan Rakyat merosot!

Selain itu, kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Penang dan Kedah dalam memenuhi janji-janj PRU12 juga dikatakan menimbulkan tanggapan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat tidak boleh menyampai atau deliver malah tidak boleh dipercayai atau trusted, kerana semakin hari semakin pemimpin PKR keluar parti. Kegagalan Pakatan Rakyat untuk memenuhi janji-janji PRU12 kepada kaum India menimbulkan tanggapan bahawa Pakatan Rakyat lebih pandai retorik daripada bertindak menyelesai masalah-masalah kaum India .

Sehubungan ini, kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang di bawah kepimpinan saudara Lim Guan Eng didakwa lebih mementingkan kepentingan kaum China daripada kepentingan kaum India atau Melayu kerana beliau menganggap undi Cina sebagai undi simpanan tetap ( fix deposit dalam bank undi parti DAP (vote bank). Kerajaan Selangor juga didakwa tidak cekap mengurus pentadbiran kerajaan malah lebih sibuk mencari kesalahan kerajaan BN yang tadbir sebelumnya. Kerajaan Kedah juga didakwa kurang cekap dalam mengurus hal ehwal pembangunan kaum India.

Begitu juga, kaum India melihat perlantikan beberapa orang India sebagai ahli EXCO dalam kerajaan Pakatan Rakyat di lihat sebagai satu perlantikan kosmetik yang tidak berkuasa untuk membuat keputusan-keputusan penting dalam membantu kaum India.

Jadi, pada keseluruhannya , dasar keadilan sosial yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim dibawah kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat dilihat tidak dilaksankan secara adil malah dilihat Pakatan Rakyat, terutamnya DAP, lebih perkauman atau tidak laku adil kepada kaum India.

Dasar-dasar kerajaan BN semasa dibawah kepimpinan Najib dilihat lebih merapatkan kaum India kepada BN. Keseluruhan kaum India tanpa mengira perbezaan fahaman politik sambut baik dasar-dasar kerajaan yang diumumkan oleh Najib. Kaum India juga beranggapan bahawa Najib berniat baik dan ikhlas dalam membantu kaum India.

Sekiranya pemimpin-pemimpin kerajaan di semua sektor dan peringkat, baik pemimpin politik UMNO atau ketua jabatan kerajaan memahamai dan menterjemahkan Gagasan 1Malaysia dalam tindakan (walk the talk) seperti dilakukan oleh Najib Tun Razak dengan ikhlas, jujur dan komitmen, maka pengundi India sudah pasti memihak BN dan menolak Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke 13. YB Dato' Seri Utama Dr.Rais Yatim dilihat sebagai seorang menteri kabinet Najib yang benar-benar membawa Gagasan 1Malaysia kepada rakyat diseluruh pelusuk negara dari Perlis ke Johor dan ke Sabah dan Sarawak.

Dengan perubahan dalam landskap politik Malaysia iaitu landanya kemelut politik di kalangan pemimpin-pemimpin PKR di seluruh negara ia itu ramai pemimpin-pemimpin berpengaruh keluar PKR, sebahagian besar pengundi India dan Melayu menolak Lim Guan Eng (DAP) di Pulau Pinang, sebahagian besar pengundi India dan Melayu di Selangor menolak Pakatan Rakyat, perselisihan faham di kalangan tokoh-tokoh parti yang menyertai Pakatan Rakyat seperti konflik antara PAS-PKR-PAS, kekecewahan dan penolakan hubungan kerjasama antara bekas penyokong HINDRAF kepada kerajaan Pakatan Rakyat, kejadian cabar-mencabar antara pemimpin-pemimpin Parti Makkal Sakthi dan Human Rights Party ( yang dipimpin oleh bekas pemimpin kumpulan HINDRAF) dengan Pakatan Rakyat, seperti P.Uthayakumar (Human Rights Party) mencabar Prof. P.Ramasamy (DAP) supaya bertanding di kerusi Prai dan lain-lain perkembangan politik terbaru dengan jelas mengundang kemerosotan Pakatan Rakyat.

Justeru, Paktan Rakyat dijangka akan menghadapi masalah besar dalam mempertahankan kerusi-kerusi yang dimenangi dalam PRU12 dengan sokongan besar pengundi India,malah akan hilang beberapa kerusi yang dimenangi dengan sokongan pengundi Melayu. Perubahan yang drastik dalam pemikiran politik pengundi India pada ketika ini dijangka akan menghasilkan tsunami politik yang boleh memadamkan Pakatan Rakyat dalam senario politik Malaysia dalam PRU13.

Thursday, December 24, 2009

YAB Mohd.Najib Tun Razak Menyeru Rakyat Malaysia Menyuburkan Roh Maal Hijrah

Ketika berucap sempena sambutan Maal Hijrah 1431 di Putrajaya pada 11 Disember lalu, Perdana Menteri, YAB Dato` Sri Mohd. Najib Tun Razak, menyeru umat Islam di negara ini menghayati semangat Hijrah dengan mengukuhkan ukhwah di kalangan mereka.

Menurut Najib, semangat atau roh Hijrah adalah selaras dengan Gagasan 1Malaysia kerana ianya mementingkan semangat tabah hati dan perpaduan di kalangan umat manusia.

Perdana Menteri menyeru pemimpin politik dan kerajaan, malah anggota masyarakat menterjemahkan semangat Hijrah dalam melestarikan Gagasan 1Malaysia supaya hubungan dan perpaduan antara masyarakat Islam dan bukan Islam bertambah erat seperti hubungan yang terjalin dalam zaman pentadbiran Kerajaan Islam di Madinah .

Peristiwa Hijrah adalah dianggap sebagai batu asas dalam membentuk dan membina sebuah negara Islam yang masyarakatnya terdiri daripada penduduk yang mengamal agama dan budaya berbeza di Madinah ketika itu. Walaupun bersifat majmuk, namun masyarakatnya sudah pun mengamalkan pelbagai nilai sejagat yang wajar dijadikan contoh ikutan.

Banyak nilai-nilai sejagat yang terkandung dalam peristiwa Hijrah itu berjaya kita laksanakan dalam membina masyarakat yang bersatu padu. Ini termasuk dalam menjayakan gagasan 1Malaysia. Nilai-nilai murni sejagat yang dimajukan dalam Gagasan 1Malaysia adalah berkisar sekitar prinsip keadilan sosial, penerimaan dan pengakuan kewujudan perbezaan antara kaum dalam membina sebuah negara-bangsa yang bersatu padu.

Gagasan 1Malaysia menyeru rakyat lebih mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan indidividu atau sesuatu kaum tertentu supaya keseluruhan rakyat dan negara dapat menikmati kemajuan, kejayaan dan kesejahteraan hidup tanpa perasaan mereka tertinggal dalam arus perdana pembangunan negara.

Justeru, sempena menyambut hari Maal Hijrah 1431, Najib menyeru rakyat melangkah ke hadapan mempererat dan memperkukuh hubungan antara kaum tanpa mengira perbezaan fahaman politik demi kepentingan negara.

Sesungguhnya, kejayaan dan kemewahan yang dinikmati oleh rakyat Malaysia pada masa sekarang bukanlah datang dengan mudah, sebaliknya adalah hasil pengkorbanan dan kebijaksanaan pemimpin dan rakyat sebelumnya. Pendek kata, kemajuan dan kejayaan Malaysia yang kita saksikan pada hari ini adalah selari dengan semangat Hijrah yang tinggi , kesetiaan, tabah hati dan keazaman tinggi rakyat berbilang kaum sejak merdeka.

Kerajaan yang memerintah sejak merdeka 52 tahun lalu telah merancang dan melaksanakan pelbagai agenda pembangunan untuk mengubah negara ini daripada negara pertanian kepada negara industri berteraskan pertanian dalam bidang ekonomi.

Dengan pengalaman dan kejayaan tersebut, kita negara kita mula melangkah ke arah model ekonomi baru yang lebih fokus dan mementingkan kepada inovasi, daya cipta dan tambah-nilai supaya negara berubah daripada masyarakat yang berpendapatan pertengahan kepada masyarakat berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 dan seterusnya.

Kerajaan telah meningkatkan usaha untuk mengubah minda rakyat Malaysia supaya menghadapi cabaran-cabaran ekonomi kesan globalisai supaya Malaysia dapat mengekalkan kejayaan yang diperolehi malah mempertahankan relevansinya dalam dunia yang penuh mencabar dan kompetetif.

Rakyat harus sedar bahawa Malaysia telah mencipta kejayaan demi kejayaan dalam bidang ekonomi dan sosial sejak merdeka berbanding dengan lain-lain negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum, agama dan budaya.

Dunia masih menganggap Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang terunggul, malah dilihat sebagai sebuah negara yang maju, dinamik dan progresif dalam dunia.

Formula yang mendatangkan kejayaan Malaysia adalah perpaduan, kepercayaan dan saling hormat-menghormati, sikap kesederhanaan dan menerima perbezaan sebagai realiti hidup yang menjadi aset kejayaan keseluruhan rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, rakyat diseru terus menyuburkan semangat perpaduan dan persaudaraan antara kaum tanpa mengira perbezaan warna kulit, pangkat, keturunan dan agama seperti yang pernah diasaskan oleh masyarakat Madinah.

Perlembagaan Madinah yang terhasil dari peristiwa Maal Hijrah merupakan sebuah dokumen perlembagaan terulung dalam tamadun Islam, malah manusia, yang mengariskan tatasusila tingakah laku bernegara penduduk Bandar Madinah.

Ia telah membuktikan bahawa sebuah negara bangsa yang terdiri daripada penduduk berbilang keturunan, kepercayaan dan agama boleh hidup aman, damai, harmoni serta makmur. Demikianlah kita, melalui Perlembagaan Persekutuan yang dilahirkan pada tahun 1957 mempunyai banyak ciri-ciri persamaan dengan semangat Perlembagaan Madinah yang diasaskan oleh nabi Muhammad s.a.w..

Usaha kerajaan memperkenalkan Gagasan 1Malaysia boleh dianggap sebagai satu kesinambungan usaha menterjemahkan roh Maal Hijrah supaya rakyat Malaysia yang berbilang kaum,agama dan budaya dapat hidup aman, damai dan makmur sebagai satu keluarga besar dalam sebuah negara yang berdaulat.

Rakyat Malaysia harus mengambil iktibar dari pengalaman sejarah dan peristiwa Hijrah supaya hubungan antara pelbagai kaum di Malaysia dapat dipereratkan ke tahap yang lebih tinggi untuk menjamin kesejahteraan dan keadilan sosial untuk semua kaum.




PENJELASAN GAGASAN 1 MALAYSIA


Gagasan `1 Malaysia` adalah satu gagasan kesinambungan agenda pembangunan negara yang diperkenalkan oleh YAB Dato` Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri apabila beliau mengambil alih teraju pentadbiran negara.Ia berteraskan beberapa nilai–nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Gagasan ini adalah digagaskan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

ADAKAH GAGASAN 1 MALAYSIA MERUPAKAN SATU DASAR BARU KERAJAAN?

Gagasan 1 Malaysia bukanlah satu gagasan yang mendukung atau memajukan satu dasar baru. Sebaliknya, ia adalah satu gagasan pelengkap atau kesinambungan kepada pendekatan terdahulu yang diamal dan diterapkan untuk terus mengukuhkan perpaduan, kestabilan, keamanan dan kesejahteraan supaya terus meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kemajuan negara supaya dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.

Matlamat 1 Malaysia adalah untuk melahirkan sebuah negara bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang harus menganggap diri mereka sebagai satu keluarga besar dan sekaligus mencapai perpaduan yang jati antara berbilang kaum.

APAKAH INTIPATI UTAMA YANG TERKANDUNG DALAM GAGASAN 1 MALAYSIA?

Gagasan 1 Malaysia menekankan sikap penerimaan kelainan atau kepelbagaian yang wujud di kalangan rakyat sebagai satu realiti hidup rakyat Malaysia. Rakyat berbilang keturunan dan etnik di Malaysia perlu menerima keunikan kaum yang lain tetapi tetap mengutamakan kesetiaan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Malah, mereka perlu bersedia hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati nilai-nilai dan kepercayaan kaum yang lain.

APAKAH GAGASAN 1 MALAYSIA AKAN MELENYAPKAN HAK KEISTIMEWAAN KAUM BUMIPUTRA (MELAYU) DAN LEBIH MEMENTINGKAN KEPENTINGAN RAKYAT BUKAN MELAYU?

Tidak benar. Gagasan 1 Malaysia bukanlah merupakan satu usaha mengapuskan hak keistimewaan kaum bumiputra yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Gagasan 1 Malaysia adalah dimajukan berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara. Ini bermakna dasar-dasar kerajaan dan program-program pembangunan yang disediakan bagi meningkatkan kedudukan sosial dan ekonomi orang Melayu supaya setanding dengan lain-lain kaum akan terus disediakan berdasarkan peruntukan-peruntukan yang sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan.

Namun, lain-lain kaum dan etnik juga terus mendapat pembelaan dan bantuan selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang digubal berteraskan semangat kontrak sosial.Gagasan 1 Malaysia mendukung prinsip keadilan untuk semua kaum. Ini bermakna, nasib dan kepentingan semua kaum dibela dan mana-mana kaum atau kumpulan masyarakat pun tidak dipinggirkan.

Hakikatnya, Gagasan 1 Malaysia menegaskan bahawa tidak siapapun rakyat Malaysia perlu menganggap diri mereka sebagai rakyat kelas 2 atau dipinggirkan dalam arus pembangunan perdana negara ini. Malah setiap kaum, bumiputra ataupun bukan bumiputra, yang memerlukan bantuan untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup masing-masing akan dibantu oleh kerajaan.

APAKAH GAGASAN 1 MALAYSIA AKAN LENYAPKAN IDENTITI PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA?

Usaha melahirkan satu generasi rakyat 1 Malaysia bukanlah merupakan satu proses asimilasi yang mampu melenyapkan identiti kaum atau etnik seperti diamalkan di negara-negara lain. Sebaliknya, gagasan 1 Malaysia menghargai dan menghormati identiti dan keunikan kaum dan etnik masing-masing selaras dengan kerangka persetujuan yang telah dicapai dan dipersetujui dalam kontrak sosial oleh pelopor-pelopor kemerdekaan tanah air dan kemudiannya menyerlah dalam Perlembagaan Persekutuan.

Malah, gagasan 1 Malaysia memajukan konsep bahawa keunikan dan kelainan yang wujud di kalangan rakyat Malaysia sebagai satu aset yang patut dibanggakan oleh rakyat Malaysia kerana keunikan itu membantu dalam usaha meningkatkan pembangunan Negara kepada tahap yang lebih tinggi.

APAKAH NILAI-NILAI UTAMA YANG DIMAJUKAN OLEH GAGASAN 1 MALAYSIA?

Gagasan 1 Malaysia adalah pemangkin kepada kesinambungan sebuah negara bangsa yang mementingkan sikap kesamaan dan kekitaan (togetherness) di kalangan rakyat. Malah, rakyat perlu memahami dan menghayati nilai-nilai utama yang digolongkan dalam nilai teras 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

Sesungguhnya, semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah rakyat jati Malaysia di mana segala hasil pembangunan perlu dinikmati secara bersama. Rakyat Malaysia perlu menganggap Malaysia sebagai negara ibunda atau negara kita bersama, di mana semua kaum atau masyarakat dapat hidup aman dan sentosa.

APAKAH BENAR DAKWAAN GAGASAN 1 MALAYSIA ADALAH SAMA DENGAN KONSEP `MALAYSIA MALAYSIA` YANG DILAUNGKAN OLEH PARTI DAP DALAM TAHUN 60`AN?

Konsep `Malaysian Malaysia` yang dimajukan oleh parti PAP dari Singapura yang kemudiannya diperjuangkan oleh DAP dalam politik Malaysia bertujuan melenyapkan hak keistimewaan yang diperuntukkan untuk kaum bumiputra dalam Perlembagaan Persekutuan dan bermatlamatkan menegakkan hak samarata bagi semua kaum tanpa memperhitungkan atau mengetepikan peruntukan-peruntukan utama yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Konsep Malaysian Malaysia juga didapati bertentangan dengan semangat kontrak sosial yang merupakan asas dan tonggak kepada pemerintahan negara ini sejak merdeka.

Sebaliknya, Gagasan 1 Malaysia merupakan satu penerusan agenda melahirkan sebuah negara bangsa bersandarkan Perlembagaan Persekutuan. Malah, gagasan 1 Malaysia lebih memfokuskan kepada menyediakan peluang-peluang yang samarata, membantu kumpulan dan golongan rakyat yang masih tertinggal dalam arus perdana pembangunan negara, mendorong kumpulan yang lebih kaya membantu kumpulan dan golongan yang masih berkurangan dan memerlukan bantuan. Ini bermakna Gagasan 1 Malaysia lebih menterjemahkan semangat keadilan sosial kepada rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan budaya.

APAKAH BENAR DAKWAAN GAGASAN 1 MALAYSIA ADALAH SATU SLOGAN `LIP-SERVICE` ATAU STRATEGI POLITIK UNTUK MEMUJUK WARGA BUKAN MELAYU MEMIHAK BN?

Gagasan 1 Malaysia adalah satu proses penerusan pendekatan kerajaan BN bagi mengukuhkan perpaduan yang sedia terjalin di kalangan rakyat Malaysia. Perpaduan rakyat adalah matlamat utama dasar dan program kerajaan sejak merdeka. Mantan Perdana Menteri seperti YTM Tunku Abdul Rahman, Tun Razak,Tun Hussein Onn, Tun Mahathir Mohamed dan Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengasaskan dasar-dasar tertentu untuk mengukuh perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum dan keturunan. YAB Mohd.Najib Tun Razak yang mengambil alih teraju pentadbiran negara pada bulan April 2009 meneruskan tradisi menyatupadukan rakyat dengan pendekatan Gagasan 1 Malaysia.

Kerajaan BN yang dipimpin oleh PM, YAB Mohd.Najib Tun Razak amat komited terhadap merealisasikan gagasan 1 Malaysia sejak diumumkan. Dasar-dasar dan program-program pembangunan yang diumumkan oleh Najib selaku Perdana Menteri dengan jelas menunjukkan keiklasan beliau dalam menterjemahkan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Program-program pembangunan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat diberi perhatian dan keutamaan dalam pendekatan 1 Malaysia. Maka, kaum yang dianggap tertinggal dalam bidang ekonomi-sosial berbanding dengan kaum lain, kini diberi pertimbangan khusus dalam sektor sosio-ekonomi mereka. Hasrat ini jelas digariskan dalam Bajet 2010 yang dibentang oleh PM pada 23 Oktober 2009.

Pada masa yang sama, kerajaan telah memperkenalkan Petanda Utama Pencapaian atau Key Performance Indicator(KPI) untuk mengukur dan menilai prestasi perkhidmatan kerajaan malah menggerak dan mendorong sektor perkhidmatan awam meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatannya kepada rakyat. KPI bagi 6 Jabatan kerajaan juga telah ditetapkan baru-baru ini dalam merealisasikan gagasan 1 Malaysia.

Ini jelas menunjukkan bahawa gagasan 1 Malaysia bukan satu retorik politik semata-mata, malah kerajaan komited dan bersungguh-sungguh dalam menterjemahkan hasrat `1 Malaysia`.

Thursday, October 15, 2009

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KECIL BAGAN PINANG JELAS MENUNJUKKAN PENGUNDI INDIA TIDAK YAKIN DENGAN PAKATAN RAKYAT



Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan calon BN, Tan Sri Isa Bin Abdul Samad menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri N.31 Bagan Pinang , Negeri Sembilan dengan memperolehi 8013 undi berbanding dengan calon PAS, Zulkefly Mohamad Bin Omar yang memperolehi hanya 2578 undi. Tan Sri Isa dikatakan menang besar atau menakjubkan kerana memperolehi lebih besar majoriti iaitu 5435 undi berbanding dengan majoriti 2333 yang diperolehi oleh calon BN pada PRU12.

Pada PRU12, calon BN memperolehi 6430 undi .Manakala calon PAS mendapat 4097 undi.Ini jelas menunjukkan bahawa BN kini telah meningkatkan sokongannya sejumlah 1583 undi dan PAS pula mengalami kemerosotan 1519 undi. Calon BN ,Tan Sri Isa menguasai 75% sokongan pengundi Bagan Pinang berbanding dengan hanya 24 % yang dikuasai oleh calon PAS. Keputusan ini jelas menunjukkan BN masih gagah dalam mempertahankan kerusi N.31 Bagan Pinang, malah menyebabkan malapetaka kepada impian PAS untuk menguasai kerusi ini dan seterusnya bertapak di Negeri Sembilan.

Pelbagai sebab-menyebab digariskan oleh penganalisis politik bagi kemenangan besar calon BN. Namun, peningkatan sokongan pengundi India dan Cina kepada calon BN, Tan Sri Isa, adalah antara sebab utama yang menyebabkan kemenangan besar BN.Menurut perkiraan pekerja parti, sejumlah 1870 pengundi India keluar mengundin pada 11.10.09. Daripada jumlah itu, hampir 1387 pengundi India memilih BN atau 75 %. Peratusan sokongan pengundi India didapati melonjak 4 kali ganda daripada peratusan yang diperolehi pada PRU12.Semua Daerah Mengundi, kecuali Sua Betong, yang terletak hampir 80 % pengundi India dikuasai oleh PAS dalam PRU12. Tetapi, PAS kecundang dalam semua Daerah Mengundi yang mempunyai bilangan besar pengundi India dalam pilihan raya kecil ini.

Pengundi bukan Melayu, terutamanya pengundi India didapati menolak samasekali dakwaan –dakwaan yang dimajukan oleh Pakatan Rakyat atau PAS terhadap BN.Malah pengundi India jelas menunjukkan sikap tidak berkenan dengan dasar dan pendirian Pakatan Rakyat dalam menangani masalah-masalah dan isu-isu semasa yang dihadapi oleh kaum India sejak PRU12.

Isu Kampong Buah Pala (Pulau Pinang) yang dibangkitkan oleh petugas-petugas BN didapati lebih mempengaruhi pengundi India berbanding dengan isu ‘kepala lembu’, Isu ‘Kuhan’ dan Isu Kuil di Sek23 (Shah Alam, Selangor) . Kegagalan PAS , PKR dan DAP dalam mempertahankan kepentingan kaum India seperti diharapkan dan janjikan oleh PR dalam PRU 12 juga menimbulkan perasaan kecewa dan tidak yakin dikalangan sebahagian besar pengundi India Bagan Pinang terhadap calon PR atau PAS.

Sebaliknya, selain daripada populariti calon BN , Tan Sri Isa, dikalangan pengundi bukan Melayu, kempen BN yang berlandaskan konsep 1 Malaysia juga dikesan berjaya menguasai pemikiran dan jiwa sebahagian besar pengundi India di Bagan Pinang. Keiklasan, kesanggupan dan komitmen yang dipamirkan oleh YAB Mohd.Najib Tun Razak, Perdana Menteri, dalam membantu komuniti India didapati bukan sahaja kaum India yakin terhadap kepimpinan beliau malah mempengaruhi minda mereka memihak BN dalam pilihan raya kecil ini. Pengundi India percaya bahawa Najib bersungguh-sungguh dalam membantu kaum India dan bukan retorik politik.

Peningkatan sokongan kaum India kepada BN jelas menunjukkan bahawa pengundi India yang merajuk dengan BN kerana terguris hati akibat peristiwa roboh kuil menjelang PRU12 mula kembali menyokong BN. Sekiranya trend ini diteruskan maka negeri-negeri yang ditawan oleh PR dalam PRU 12 kerana mendapat sokongan pengundi India akan jatuh kepada BN dalam PRU13. BN didapati telah besedia menggasak PR untuk menebus imej yang terhakis dalam PRU12. Rakyat Malaysia menjangka fenomena ‘tsumani politik’ akan tercetus dalam PRU13 yang akan memadam kesan Pakatan Rakyat dalam landskap politik Malaysia.


Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan calon BN, Tan Sri Isa Bin Abdul Samad menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri N.31 Bagan Pinang , Negeri Sembilan dengan memperolehi 8013 undi berbanding dengan calon PAS, Zulkefly Mohamad Bin Omar yang memperolehi hanya 2578 undi. Tan Sri Isa dikatakan menang besar atau menakjubkan kerana memperolehi lebih besar majoriti iaitu 5435 undi berbanding dengan majoriti 2333 yang diperolehi oleh calon BN pada PRU12.

Pada PRU12, calon BN memperolehi 6430 undi .Manakala calon PAS mendapat 4097 undi.Ini jelas menunjukkan bahawa BN kini telah meningkatkan sokongannya sejumlah 1583 undi dan PAS pula mengalami kemerosotan 1519 undi. Calon BN ,Tan Sri Isa menguasai 75% sokongan pengundi Bagan Pinang berbanding dengan hanya 24 % yang dikuasai oleh calon PAS. Keputusan ini jelas menunjukkan BN masih gagah dalam mempertahankan kerusi N.31 Bagan Pinang, malah menyebabkan malapetaka kepada impian PAS untuk menguasai kerusi ini dan seterusnya bertapak di Negeri Sembilan.

Pelbagai sebab-menyebab digariskan oleh penganalisis politik bagi kemenangan besar calon BN. Namun, peningkatan sokongan pengundi India dan Cina kepada calon BN, Tan Sri Isa, adalah antara sebab utama yang menyebabkan kemenangan besar BN.Menurut perkiraan pekerja parti, sejumlah 1870 pengundi India keluar mengundin pada 11.10.09. Daripada jumlah itu, hampir 1387 pengundi India memilih BN atau 75 %.Peratusan sokongan pengundi India didapati melonjak 4 kali ganda daripada peratusan yang diperolehi pada PRU12.Semua Daerah Mengundi, kecuali Sua Betong, yang terletak hampir 80 % pengundi India dikuasai oleh PAS dalam PRU12. Tetapi, PAS kecundang dalam semua Daerah Mengundi yang mempunyai bilangan besar pengundi India dalam pilihan raya kecil ini.

Pengundi bukan Melayu, terutamanya pengundi India didapati menolak samasekali dakwaan –dakwaan yang dimajukan oleh Pakatan Rakyat atau PAS terhadap BN.Malah pengundi India jelas menunjukkan sikap tidak berkenan dengan dasar dan pendirian Pakatan Rakyat dalam menangani masalah-masalah dan isu-isu semasa yang dihadapi oleh kaum India sejak PRU12.

Isu Kampong Buah Pala (Pulau Pinang) yang dibangkitkan oleh petugas-petugas BN didapati lebih mempengaruhi pengundi India berbanding dengan isu ‘kepala lembu’, Isu ‘Kuhan’ dan Isu Kuil di Sek23 (Shah Alam, Selangor) . Kegagalan PAS , PKR dan DAP dalam mempertahankan kepentingan kaum India seperti diharapkan dan janjikan oleh PR dalam PRU 12 juga menimbulkan perasaan kecewa dan tidak yakin dikalangan sebahagian besar pengundi India Bagan Pinang terhadap calon PR atau PAS.

Sebaliknya, selain daripada populariti calon BN , Tan Sri Isa, dikalangan pengundi bukan Melayu, kempen BN yang berlandaskan konsep 1 Malaysia juga dikesan berjaya menguasai pemikiran dan jiwa sebahagian besar pengundi India di Bagan Pinang. Keiklasan, kesanggupan dan komitmen yang dipamirkan oleh YAB Mohd.Najib Tun Razak, Perdana Menteri, dalam membantu komuniti India didapati bukan sahaja kaum India yakin terhadap kepimpinan beliau malah mempengaruhi minda mereka memihak BN dalam pilihan raya kecil ini. Pengundi India percaya bahawa Najib bersungguh-sungguh dalam membantu kaum India dan bukan retorik politik.

Peningkatan sokongan kaum India kepada BN jelas menunjukkan bahawa pengundi India yang merajuk dengan BN kerana terguris hati akibat peristiwa roboh kuil menjelang PRU12 mula kembali menyokong BN. Sekiranya trend ini diteruskan maka negeri-negeri yang ditawan oleh PR dalam PRU 12 kerana mendapat sokongan pengundi India akan jatuh kepada BN dalam PRU13. BN didapati telah besedia menggasak PR untuk menebus imej yang terhakis dalam PRU12. Rakyat Malaysia menjangka fenomena ‘tsumani politik’ akan tercetus dalam PRU13 yang akan memadam kesan Pakatan Rakyat dalam landskap politik Malaysia.


Monday, September 7, 2009

PM menggesa warga Islam menjalin hubungan baik dengan warga bukan Islam

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Razak, menggesa warga Islam menjalinkan hubungan baik dengan kaum bukan Islam supaya perpaduan antara kaum dapat terjalin dan di kukuhkan dalam menjayakan konsep 1 Malaysia,malah mempastikan Malaysia dapat menghadapi cabaran-cabaran semasa yang melanda Malaysia kesan dasar terbukaan kerajaan.

Dalam membentuk negara bangsa Malaysia, seperti disarankan oleh konsep 1 Malaysia, semua kaum yang menganggap negara ini sebagai negara ibunda, perlu merakyatkan dan membudayakan amalan menerima perbezaan yang wujud antara pelbagai kaum sebagai amalan hidup rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia perlu menjadikan perbezaan, terutamanya perbezaan agama rakyat sebagai aset dan penggerak kepada pembangunan dan kemajuan Malaysia. Malah, menjadi model kepada negara-negara yang rakyatnya berbilang kaum dan agama.

Konsep 1Malaysia yang dimajukan oleh Perdana Menteri menegaskan penerapan nilai-nilai hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. Lebih-lebih lagi budaya menghormati kebebasan agama di kalangan rakyat Malaysia seperti terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Warga bukan Islam menghormati dan menghayati cara hidup warga Islam dan warga Islam pula menerima dan menghormati agama dan cara hidup warga bukan Islam harus diteruskan sebagai warisan negara ini demi kepentingan semua pihak.

Nila-nilai mengormati agama lain dituntut oleh semua agama yang di amal di Malaysia, lebih –lebih lagi agama Islam dan Hindu.Al-Quran yang menjadi panduan ,sumber kekuatan dan inspirasi kepada warga Islam dan Bagavad Gita kepada warga Hindu banyak menyentuh mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan nilai-nilai ‘kemanusaian’ yang harus menjadi pedoman rakyat Malaysia.

Sehubungan ini, Najib Tun Razak, Perdana Menteri baru-baru ini merujuk kepada Surah Al-Maidah, Ayat (8 ) yang membawa maksud “Wahai orang yang beriman,hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.Hendaklah kamu berlaku adil (kepada siapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa.Dan bertaqwa kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.

Manakala, Bagavad Gita pula menyeru penganut Hindu supaya menganggap setiap orang di dunia ini sebagai ahli keluarga dan tidak sekali-kali menyakiti hati orang lain. Bagavad Gita dalam ayat (6.32) menjelaskan bahawa nilai utama yang harus ada pada seorang penganut Hindu yang baik adalah “ One is considered the best yogi who regards every being like oneself, and who can feel the pain and pleasures of others as one’s own, O Arjuna.”

Dalam konteks ini, rakyat Malaysia yang berjaya mengurus perbezaan yang wujud antara kaum di masa lampau perlu bertekad meneruskan usaha tersebut supaya Malaysia terus dijamin keamanan, keharmonian dan kemakmuran. Sekiranya rakyat Malaysia kurang bijak dan gagal mengurus masalah pelbagaian, termasuk pelbagaian agama, maka ketidakstabilan akan melanda negara ini yang akan merugikan semua pihak.

Sehubungan ini rakyat Malaysia harus berwaspada terhadap agenda politik yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu dalam memecah belahkan perpaduan yang terjalin sekian lama di kalangan rakyat berbilang kaum dan etnik di Malaysia.

Insiden ‘kepala lembu’ di Shah Alam dilaporkan tercetus kerana kerajaan Pakatan Rakyat yang dibentuk mentadbir negeri Selangor selepas pilihan raya umum ke 12 (PRU12) membuat keputusan untuk memindah sebuah kuil Hindu dari Sek.19 ke Sek.23, Shah Alam sebagai memenuhi janji pilihanraya. Majoriti penduduk Sek.23 adalah terdiri daripada orang Melayu.

Sebelum PRU12, Kerajaan negeri yang ditadbir oleh BN , pernah membuat keputuasan untuk memindahkan kuil tersebut dari Sek.19 ke Sek.18 dengan persetujuan pihak-pihak yang berkaitan.

Jadi, pindaan kuil Hindu tersebut tanpa menghiraukan bantahan penduduk Melayu Sek. 23 dilihat sebagai satu keputusan politik yang menguris hati pendudk Melayu di Sek.23, Shah Alam. Ketidakpuasan hati terhadap keputusan kerajaan Pakatan Rakyat itu telah menimbulkan peristiwa perarakan ‘kepala Lembu’ yang tidak dijangkakan. Walaupun ‘kepala lembu’ itu dibawa untuk menzahirkan perasaan tidak puas hati pendudk sek.23 terhadap keputusan kerajaan PR, masyarakat Hindu turut terguris hati kerana media baru mengempar- gempurkan bahawa tindakan itu kononnya menghina agama Hindu kerana ‘lembu’ dianggap sebagai simbol suci dalam agama Hindu.

Namun, peristiwa ‘kepala lembu’ dan bantahan penduduk Sek.23 terhadap pemindaan kuil Hindu tersebut jelas menunjukkan bahawa kerajaan PR tidak berkebolehan dan mampu mengurus hal-hal yang berkaitan dengan perkara-perkara yang melibatkan sensitivi kaum. Malah, jelas terbukti bahawa BN lebih cekap dan bijak mengurus hal-hal yang berkaitan dengan pelbagi agama rakyat Malaysia sejak merdeka.

Peristiwa ‘kepala Lembu’ jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia perlu didedahkan dengan ilmu ‘cross-cultural communication’ supaya dapat mengelakkan insiden-insiden yang menjadi batu halang kepada perpaduan nasional dalam menjayakan konsep 1 Malaysia.

Thursday, August 27, 2009

SOKONGAN PAKATAN RAKYAT DI KALANGAN PENGUNDI MELAYU TERHAKIS

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.11 Permatang Pasir, Pulau Pinag telah selesai diadakan pada 25.8.2009 tanpa sebarang masalah yang melibatkan keamanan dan keselamatan Negara kecuali sedikit kekecohan dilaporkan berlaku pada hari penamaan calon.

Ahli Parlimen Kawasan Padang Serai N.Gopalakrishnan laporkan ditahan oleh polis kerana tidak menghiraukan amaran Polis supaya berundur dari menyampaikan ucapan yang berbentuk mengasut di perkarangan pusat penamaan calon.


Dalam PRK tersebut, calon PAS Mohamad Salleh (52) di isytihar menang kerana memperolehi 9618 undi berbanding dengan calon BN Mohd.Rohaizat Osman (38) yang memperolehi 5,067 undi. Undi rosak adalah 83. Peratus keluar undi adalah 73 peratus. Dengan ini, PAS mengekalkan kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti 4551 undi.

Namun,sekiranya kita meneliti keputusan PRK tersebut, ternyata sokongan politik terhadap parti PAS, yang menyertai gabungan Pakatan Rakyat, makin terhakis berbanding dengan sokongan yang diperolehi oleh PAS pada tahun 2008 atau Pilihan Raya Umum Ke 12 (PRU12). Majoriti undi bagi PAS telah jatuh dari 5,433 (2008) kepada 4551.

Menurut PAS, kemerosotan undi majoriti tersebut itu adalah disebabkan oleh kekurangan 10 % peratus pengundi keluar mengundi. Namun, sekiranya kita meneliti undi populariti calon PAS, jelas menunjukkan populariti PAS merosot dari 66.45 % pada PRU12 kepada 65.1% dalam PRK ini. Ini bermakna, PAS menghadapi kehakisan sokongan 1.3% dalam PRK ini.



Manakala, sokongan dan polulariti BN didapati meningkat, terutamanya dikalangan pengundi Melayu. Sokongan terhadap BN di catat meningkat di kebanyakan saluran-saluran yang mempunyai majoriti pengundi Melayu. Sebagai contoh, saluran Permatang Ara yang mempunyai 97% pengundi Melayu, mencatatkan peningkatan sokongan terhadap calon BN dari 40.6 % pada tahun 2008 kepada 43.3% dalam PRK ini. Ini bermakna peningkatan sokongan 2.6%.

Pada keseluruhannya, kebanyakan saluran yang mempunyai majoriti pengundi Melayu didapati mencatatkan peningkatan sokongan 3% kepada calon BN.

Keputusan PRK Manek Urai , Kelantan, baru-baru ini juga mencatatkan peningkatan sokongan hampir 7 % terhadap BN berbanding dengan sokongan yang di perolehi oleh BN dalam PRU12. Begitu juga, BN mencatat peningkatan yang signifikan dalam peratusan sokongan di kalangan pengundi Melayu dalam PRK Bukit Gantang,Perak, baru-baru ini.

Keputusan pilihan raya kecil di kawasan-kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu jelas menunjukkan pengundi Melayu kembali menyokong BN. Manakala, peratus pengundi Cina keluar mengundi merosot dalam PRK di Kuala Terengganu dan Permatang Pasir kerana diandaikan mereka menolak calon PAS.

Pada keseluruhannya, walaupun peratusan peningkatan sokongan terhadap BN dikalangan pengundi Melayu adalah kecil, tetapi ianya membayangkan berlakunya perubahan besar dalam sikap, sokongan dan pemikiran politik di kalangan pengundi Melayu.

Pada masa yang sama, sikap pengundi Cina terhadap PAS juga didapati berubah sejak PRU12,malah sokongan politik bagi calon PAS di kalangan pengundi Cina kian merosot .

Sejak PRU12, Pakatan Rakyat juga dikesan tidak mampu menembusi dan mengekal sokongan politik di kalangan pengundi Melayu yang diperolehi dalam PRU12.


Sesungguhnya, sokongan pengundi Melayu terhadap BN jelas kelihatan meningkat sejak YAB Dato’ Sri Mohd.Najib Tun Rzak mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan. Perubahan besar dalam persepsi terhadap BN di kalangan pengundi bukan Melayu juga dijangka berlaku apabila kaum bukan Melayu dapat memahami dan menghayati gagasan 1 Malaysia yang diumumkan oleh Najib baru-baru ini.http://anwaribrahimblog.com/2009/08/27/permatang-pasir-pr-menang-di-semua-saluran/

Sekiranya dasar-dasar kerajaan yang dianggap adil bagi semua kaum yang diumumkan oleh PM dibawah gagasan 1 Malaysia itu dilaksanakan dengan berkesan,maka sebahagian besar pengundi Melayu dan bukan Melayu akan kembali menyokong BN menjelang Pilihan Raya Umum Ke 13. Pakatan Rakyat kini menghadapi dilema dalam mengekalkan sokongan politik di kalangan pengundi Melayu dan bukan Melayu kerana perjuangan PR bukanlah bagi membela kepentingan rakyat seperti digempargemburkan dalam PRU12,malah bagi membela seorang individu tertentu.

Wednesday, August 12, 2009

PILIHAN RAYA KECIL PERMATANG PASIR: PELUANG BN MENANG CERAH


DUN N.11 Permatang Pasir

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos 2009 , awal Ramadan, dan penamaan calon pula 17 Ogos 2009. Pelbagai ramalan dan jangkaan dibuat tehadap jaguh dalam pilihan raya kecil DUN N.11 Permatang Pasir.

DUN Permatang Pasir merupakan salah satu DUN dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh di Negeri Pulau Pinang, yang dikuasai oleh PKR, DS Anwar Ibrahim. Kedudukan ini mendorong sesuatu pihak tertentu meramalkan PAS akan memenangi pilihan raya kecil ini. Malah, kehadiran bulan Ramadan bakal memberikan kemenangan kepada PAS dalam mempertahankan DUN Permatang Pasir.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan penyandangnya Dato’ Mohd. Hamdan Abdul Rahman, yang mewakili Parti PAS, meninggal dunia kerana sakit jantung pada 31 Julai 2009. Dato’ Mohd. Hamdan Abdul Rahman adalah wakil tunggal parti PAS dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Permatang Pasir adalah satu daripada tiga kerusi negeri dalam Parlimen Permatang Pauh yang diwakili Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dalam pilihan raya umum 2008, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi, menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi. Undi rosak yang dicatatkan adalah 227. Peratus keluar mengundi adalah 82.57%.

Pecahan Pengundi Mengikut Kaum

Jumlah pengundi berdaftar bagi kerusi N.11 Permatang Pasir adalah seramai 20,350 pengundi, termasuk 14,715 pengundi Melayu (72.31%), 5,278 pengundi Cina (25.94%), 327 pengundi India (1.61%) dan 28 pengundi lain-lain kaum (0.14%).

Dalam konteks cara hidup pengundi Permatang Pasir pula, sebahagian besar pengundinya tinggal dalam taman perumahan yang berbentuk sederhana, kampong dan setinggan. Sebahagian besar pengundi nya terdiri daripada golongan petani, pekedai runcit dan pekerja kilang yang berpendapatan pertengahan (middle-class) .

Pola Pengundian

Berhubung dengan pola pengundian, keputusan pilihan raya sejak 1986 jelas menunjukkan bahawa UMNO dan PAS mempunyai jumlah penyokong yang seimbang dalam DUN ini. PAS didapati mendahului BN (UMNO) dengan perbezaan undi yang kecil iaitu hanya dengan kadar 5 peratus sahaja sehingga PRU12. Namun, pada PRU12, PAS
mendahului BN kerana dilaporkan mendapat sokongan pengundi Cina.

Sokongan BN dan PAS seimbang

Sokongan PAS meningkat dalam PRU12 kerana, sambil sokongan pengundi Melayu didapati seimbang antara BN dan PAS, sebahagian besar pengundi Cina condong memihak parti pembangkang (PAS) kononnya untuk menunjukkan tanda protes terhadap BN.

Pengundi bukan Melayu, terutamanya pengundi Cina dilaporkan terpengaruh dengan dakwaan Penasihat PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim kononnya UMNO mendominasi parti-parti komponen dalam BN, termasuk MCA, MIC, GERAKAN dan UMNO hanya memperjuangkan hak dan kepentingan kaum Melayu sahaja. Dakwaan yang tidak berasas ini telah mempengaruhi sebahagian besar pengundi Cina, malah menyebabkan hampir 90 % pengundi Cina di DUN ini keluar mengundi calon PAS.

Strategi PAS menawan pengundi Cina

Selain itu, ada juga beberapa sebab dan strategi PAS yang menyebabkan pengundi CINA condong kepada PAS dalam PRU12. Antara sebab utama yang menyebabkan pengundi Cina menyokong parti PAS adalah strategi PAS bagi memikat hati pengundi Cina iaitu menggugurkan perjuangan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam. Malah, memperkenalkan slogan 'PAS untuk semua’. PAS didapati berkompromi kepentingan politik yang berteraskan Islam hanya untuk memancing undi bukan Melayu.

Selain itu, faktor komposisi pengundi Cina yang signifikan (27%) juga merupakan faktor utama yang menyebabkan kerusi DUN Permatang Pasir dimenangi oleh calon PAS dalam PRU12. Hampir 90 % pengundi Cina memihak calon PAS telah menyebabkan DUN Permatang Pasir dimenangi oleh PAS dengan majoriti 5,433 undi dalam PRU12.

DUN Permatang Pasir bukanlah merupakan kubu PAS seperti dilaporkan dalam media yang dipelopori oleh parti-parti pembangkang. Malah, DUN ini pernah dikuasai oleh BN (UMNO).
Pengundi Cina penentu keputusan

Namun, sejak tahun 1986, PAS didapati menyusup masuk (inroads) beransur-ansur dalam DUN ini bagi mendahului sokongan BN. Dengan ini, BN dan parti pembangkang masing-masing dikatakan mempunyai hampir 7,500 penyokong setia dalam DUN Permatang Pasir. Manakala, hampir 3,000 pengundi atau 15 % didapati mempunyai pendirian dan cita rasa politik yang tidak tetap, malah memilih calon berdasarkan isu semasa. Peratus pengundi setia tersebut jelas menunjukkan bahawa sokongan bagi PAS dan BN adalah lebih kurang seimbang, terutamanya di kalangan pengundi Melayu. Apa yang mampu menentukan keputusan dalam pilihan raya kecil ini adalah undi pengundi Cina.

Isu Utama

Akhir-akhir ini pengundi Cina dilaporkan melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap PAS kerana beberapa sebab . Antaranya:

• Kerajaan PAS di negeri Kedah meroboh pusat memelihara
khinzir di Alor Setar,Kedah;

• Wakil PAS dalam Kerajaan PR Selangor melarang
penjualan minuman keras, bir, di kedai-kedai runcit di
Shah Alam,Selangor;

• Ahli Parlimen PAS tidak menyokong Ketua Menteri Lim
Guan Eng dalam mengurus hal Kg.Buah Pala di Negeri
Pulau Pinang;

• Kerajaan PR Pulau Pinang tidak melayan, malah tidak
melantik ADUN tunggal PAS sebagai ahli EXCO kerajaan
negeri;.

• Kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah yang diketuai oleh
PAS menekan ADUN tunggal DAP yang hampir meletakkan
jawatannya di Kedah;

• Seorang pemimpin PAS, selaku EXCO Hal Ehwal Agama Islam, mengkritik secara terbuka terhadap seorang Ahli ECXO dari DAP, malah mendesak pemimpin DAP tersebut digugurkan dari barisan EXCO Selangor;

• Pemimpin-pemimpin PAS laku kurang adil dan tidak menunjuk semangat setia kawan sepasukan terhadap pemimpin-pemimpin DAP di Selangor, Kedah dan P.Pinang;

• Penyokong setia PKR kurang senang dengan ketrampilan kepimpinan PAS berbanding dengan ketokohan DS Anwar Ibrahim dari PKR;

• Pngundi DUN ini merasa calon PAS tidak mampu
membawa pembangunan dan kemajuan kepada DUN ini
dalam konteks meningkatkan pendapatan keseluruhan
penduduk DUN ini.


Isu-isu tersebut di atas dijangka akan mempengaruhi pengundi Cina di DUN Permatang Pasir supaya menolak calon PAS dalam pilihan raya kecil ini.

Politik Perkauman

Pada masa yang sama, parti-parti pembangkang, terutamanya DAP
sering membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan kekuatan ummah, kepentingan politik dan ekonomi kaum Melayu, Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan sebagainya secara terbuka. Parti PAS dilihat bersama dengan DAP dalam tuntutan yang tidak munasabah.

Perkara tersebut telah menimbulkan pengundi Melayu berkecil hati malah mendorong mereka menarik balik sokongan yang diberikan kepada PAS dalam PRU12. Ini jelas terbukti dalam pilihan raya kecil Manek Urai,Kelantan. Keputusan pilihan raya kecil Manek Urai jelas memaparkan kehakisan peratus sokongan Melayu terhadap calon PAS dan peningkatan sokongan pengundi Melayu terhadap calon BN.

Isu Teoh Beng Hock

Dalam pada itu, kematian Teoh Beng Hock di Selangor dijangka menjadi isu utama dalam kempen pilihan raya kecil ini bagi memikat hati pengundi Cina. Namun, sebahagian besar komuniti Cina didapati melahirkan perasaan puas hati terhadap usaha-usaha yang telah diambil oleh kerajaan kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak. Kerajaan sedang mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dalam mencari punca kematian supaya dapat menegakkan keadilan terhadap keluarga Teoh Beng Hock.

Kekuatan UMNO mantap

Memandangkan DUN N.11 Permatang Pasir terletak dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, yang dianggap kubu kuat parti PKR, malah bersempadan dengan kawasan DUN N.12 Penanti, yang juga merupakan kubu PAS, ada pihak yang berpendapat bahawa kedudukan geografikal kawasan ini akan menguntungkan PAS berbanding dengan BN. Tetapi, pada hakikatnya, sebahagian besar pengundi Melayu di DUN ini adalah penyokong UMNO sejak dulu lagi, dan mereka dilaporkan meninggalkan BN dalam PRU12 kerana timbul masalah dalaman dalam parti UMNO. Masalah dalaman yang berbangkit tempoh hari telahpun diselesaikan dan dengan itu penyokong UMNO dijangka akan kembali menyokong calon UMNO dalam pilihan raya kecil ini.

PR menghadapi masalah dalaman

Sebaliknya, Pakatan Rakyat pula kini dilaporkan menghadapi sindrom masalah dalaman antara rakan-rakan bersekutu, terutamanya antara DAP dan PAS di negeri-negeri yang ditadbir PR. Malah, rakyat pelbagai kaum, terutamanya kaum Melayu dan India melahirkan perasaan tidak puas hati dengan PR kerana PR gagal menunaikan janji-janji pilihan raya. PR lebih menumpukan perhatiannya dalam mencari kesalahan kerajaan BN daripada menunaikan janji-janji dan menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat seperti dijanjikan dalam PRU12 tanpa mengira kaum, agama dan etnik. Perkembangan terbaru dalam medan politik dan hubungan antara parti-parti yang menyertai PR ini dijangka akan mempengaruhi pengundi di DUN Permatang Pasir menolak calon PAS dan memilih calon BN.

BN mampu membela semua kaum

Sebahagian besar rakyat Malaysia kini sedar bahawa BN merupakan satu pakatan yang tulen antara parti politik yang mewakili pelbagai kaum dan etnik di Malaysia yang bermatlamat membela, mempertahankan dan memartabatkan bukan sahaja agama Islam malah hak keistimewaan orang Melayu sambil memelihara kepentingan-kepentingan sah kaum bukan Melayu, termasuk agama, bahasa, kebudayaan warga bukan Melayu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Kesungguhan dan komitmen BN dalam perkara ini terserlah dan diberi nafas baru dalam konsep 1 Malaysia, yang diumumkan oleh Najib Tun Razak apabila beliau mengambil alih kepimpinan negara dan BN.

BN mampu menyedia peluang pekerjaan

Selain itu, rakyat sedar bahawa hanya BN mampu menyediakan pelbagai peluang perniagaan dan pekerjaan. Menurut laporan kerajaan PR dalam sidang DUN Pulau Pinang pada 11.8.2009, sejak 6 bulan kebelakangan ini, hampir 2,082 orang kehilanagan kerja di Pulau Pinang (Jan-1107,Feb-566,Mac-654,April-453,Mei-355 dan Jun-54). Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan PR yang dipimpin oleh DAP tidak mampu menyediakan peluang pekerjaan bagi rakyat Pulau Pinang,malah tidak cekap mengurus ekonomi negeri.Ketidak cekapan PR dalam mentadbir negeri dijangka akan membeban rakyat dalam masa terdekat.

Tiada pendapatan yang mencukupi bagi orang Pulau Pinang akan menimbulkan masalah kurang kuasa membeli di kalangan rakyat. Maka, masalah ini dijangka akan merugikan pekedai-pekedai Cina yang mengharapkan pendapatan dari perniagaan kecil-kecilan di Permatang Pasir. Gejala terbaru ini dijangka akan menimbulkan kebimbangan di kalangan pengundi Cina bagi terus menyokong PAS dalam pilihan raya kecil nanti.

Sokongan BN meningkat

Berdasarkan perkembangan terbaru dalam medan politik di Malaysia sejak Najib mengambil alih teraju kepimpinan negara, terdengar desas-desus bahawa hampir 65% pengundi Melayu, 50% pengundi Cina dan 70 % pengundi India dijangka menyokong calon BN dalam pilihan raya kecil ini.Kedudukan inilah yang menyebabkan, malah mendorong Najib Tun Razak, selaku pengemudi BN, membuat kenyataan bahawa BN akan menunjukkan prestasi yang baik, malah mampu memenangi pilihan raya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos 2009.

Peluang BN menang cerah

Ada yang mengutarakan pendapat bahawa kehadiran bulan Ramadan akan memberi kemenangan kepada calon PAS. Sesungguhnya, bulan Ramadan bukan hanya akan memberi rahmat kepada PAS, malah seluruh umat Islam akan didatangkan rahmat dan kejayaan, termasuk calon BN.