Sunday, June 1, 2014

PRK TELOK INTAN: SATU ANALISA RINGKAS

ANALISA RINGKAS PRK TELOK INTAN PADA 31.5.2014
·      

  •             Jumlah keluar mengundi  merosot dari 82 % (PRU13) kepada 66.7% (PRK)-merosot 15.3 %.

  •       Sokongan politik kepada DAP  merosot . BN dapat menembusi kawasan yang dianggap kubu DAP.

  •      Sokongan  kepada DAP sebanyak  27,399 undi (PRU13) merost  kepada 19,919 (PRK).

  •       DAP kehilangan sokongan  7480 yang diperolehi dalam PRU13 

  •         Sokongan BN meningkat: Daripada 20,086 (PRK13) kepada 20,157 (PRK)

  •         Sokongan  Pengundi Cina untuk DAP  merosot daripada 85% (PRU13) kepada 70% (PRK)-Sokongan DAP merosot kelihatan dalam kebanyakan PDM majoriti Cina.

  •         Sokongan Melayu untuk BN merosot daripada 75% kepada 70% (PRK) . Peratusan Pengundi Melayu keluar merosot.

  •         Sokongan Pengundi India  untuk BN meningkat daripada 45 % (PRU13) kepada 70% (PRK)-BN menang dalam  semua PDM yang majoriti pengundi India.

  •          DAP  gagal membuktikan kononnya DAP sebuah parti  mewakili  pelbagai kaum .

  •         Pengundi Cina tidak bersedia bersama DAP dalam menerima konsep DAP parti untuk semua kaum.

  •         Pengundi India kembali sokong BN kerana percaya BN boleh deliver berbanding dengan DAP yang hanya retorik dan guna  sentiment kaum untuk meraih sokongan politik.

  •     DAP hanya dapat kekalkan sokongan tradisi parti tersebut iaitu lebihkurang 19,000 undi. DAP memperolehi 18,486 undi dalam PRU12 semasa hampir 70 % pengundi India menyoikong pembangkang kesan kebangkitan HINDRAF.
  •         Jumlah Kerusi BN di Parlimen bertambah daripada 133 kepada 134.

  •         Jumlah Kerusi DAP di Parlimen kurang daripada 38 kepada 37.


No comments: