Ketua Polis Negara, selaku ketua sebuah badan penguatkuasa undang-undang negara, bersedia  akur keputusan Mahkamah Sivil dalam menegakkan
keadilan berhubung dengan kes  penjagaan
anak. Dwi sistem dalam perundangan diwujudkan pada tahun 1988, banyak kes-kes menimbulkan polemik terhadap pelaksanaan keadilan dalam Malaysia, Namun, kesanggupan Polis laksanakan keputusan mahkamah sivil telah menamatkan isu penangguhan keadilan dalam kes penjagaan anak
yang timbul diantara dua pihak ibu bapa yang beza agama?  
Pada tahun 1988, Perkara  121 Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan
memasukkan perenggan 1A. Perenggan 1A kepada Perkara 121 menyatakan mahkamah
sivil tidak mempunyai kuasa terhadap perkara-perkara yang terjatuh di bawah
bidang kuasa mahkamah syariah. 
Mahkamah Syariah membuat keputusan berdasarkan
jurisprudensnya sendiri yang berpaksikan kepada sumber-sumber hukum Islam
manakala hakim Mahkamah Sivil pula tidak terlatih di dalam hukum Islam. 
Dengan
itu jelas dari sisi perundangannya , Mahkamah Sivil  tidak berkuasa  membatalkan keputusan Mahkamah Syariah yang
dibuat mengikut hukum Islam itu. Ini bermakna, Mahkamah sivil pula tidak boleh mengenepikan,
menolak ataupun tidak menghiraukan apa-apa perintah yang dikeluarkan oleh
mahkamah syariah. 
Kedudukan dwi sistem ini 
menimbulkan keputusan berbeza-beza 
terhadap isu-isu dan tuntutan-tuntutan custodial atau penjagaan anak yang melibatkan agama ibu bapa
yang berbeza-beza. 
Namun, dwisistem perundangan yang unik diamalkan diMalaysia ini  seharusnya menjadi kekuatan dan tunjang
kecemerlangan pentadbiran “keadilan”  di
Malaysia dan bukan menjadi  kontroversi  atau konflik antara pihak-pihak tertentu. Malaysia berjaya dalam melaksanakan dwi sistem iaitu sistem  sivil dan syariah dengan bijaksana. 
 

No comments:
Post a Comment