Tuesday, August 26, 2014

CURFEW DI PERAIRAN PANTAI TIMUR SABAH BERJAYA MENAWAN PENCEROBOHAN BERSENJATA

Perdana Menteri Malaysia pada 7 Mac 2013 telah melancar ‘Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM)’  yang  meliputi  1,400 km dalam usaha menjamin keselamatan maritime di Pantai  Timur Sabah. Kawasan ESSCOM  meliputi  10 Daerah, 12 kawasan Parlimen , 30 Dewan Undangan Negeri dan 480,050 pengundi dan 1,661,106 orang penduduk yang terdiri daripada  pelbagai kaum dan etnik. Kawasan ini juga menjadi tempat mencari pendapatan bagi 16,323 orang nelayan.

Seterusnya, pada 25 Mac 2013, Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) di lancar untuk memudahkan pasukan keselamatan memberi tumpuan  dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan di kawasan Timur Sabah. Dalam  menjayakan usaha –usaha kerajaan mengatasi  ancaman keselamatan dalam kawasan ESSCOM,  perintah berkurung diisytiharkan untuk memudahkan pasukan keselamatan melaksanakan tindakan penguatkuasaan dengan lebih berkesan di kawasan Esscom. Perintah berkurung dikuatkuasakan daripada jam 06:00 petang hingga jam 06:00 pagi di perairan timur sabah.

Ada pihak yang menyoal terhadap kewajaran perintah berkurung dikuatkuasakan di Sabah. Adapula pihak yang mendakwa perintah berkurung menyusahkan orang ramai malah tidak dapat menghalang penyeludupan barang-barang haram?

Orang ramai perlu sedar bahawa tujuan perintah berkurung dikuatkuasakan bukanlah semata-mata untuk menawan malasah penyeludupan. Tetapi curfew dikuatkuasakan untuk pasukan keselamatan menumpukan perhatian kepada usaha menawan  pencerobohan  bersenjata api dalam meningkatkan tahap keselamatan orang awam dan negara.

Sejak curfew dikuatkuasakan (mulai  17 Julai 2014 sehingga sekarang (15.8.2014),  belum kesan  sebarang pencerobohan daripada pihak gerombolan pengganas di kawasan perairan Timur Sabah. Sejak curfew dikuatkuasakan,  ESSCOM telah menahan 46 nelayan berusia antara 19 dan 50 tahun serta 11 buah bot dalam lapan kes berasingan kerana didapati melanggar arahan curfew.Penyeludupan minyak diesel juga didapati amat berkurangan.


Curfew dilihat berkesan dalam mencapai matlamat curfew dikuatkuasakan. Ia itu mencegah kejadian pencerobohan bersenjata. Curfew tidak dapat  mengurangkan aktiviti keluar masuk pendatang tanpa izin malah penyeludupan barang-barang kegemaran publik seperti rokok, telor penyu dan sebagainya. 

No comments: