PM Malaysia DS Mohd. Najib Tun Abdul
Razak bentang usul khas di Parlimen hari ini (23.7.2014) mengutuk  tindakan  satu kumpulan yang tidak kenalpasti  menembak mati 298 penumpang penerbangan MH17
pada 17.7.2014 di Ukraine Timur. PM Najib anggap tindakan menembak MH17, sebuah kapal terbang sivil  itu sebagai satu tindakan tidak
perikemanusiaan, kejam dan tidak bertamadun.  Malah, PM Najib sifatkan tindakan tembak MH17  sebagai satu jenayah terhadap kemanusiaan dan
berjanji  Malaysia akan berusaha  untuk membawa pihak  yang bertanggungjawab menembak  mati 298  itu ke muka keadilan antarabangsa.
Pemimpin-pemimpin  parti pembangkang, terutamanya ketua
pembangkang  DS Anwar Ibrahim dan Setiauasaha Agong DAP ,YAB Lim Guan Eng, turut menyertai dalam bahasan  dan mengucap syabas kepada PM YAB Dato’  Seri Najib Tun Razak atas kecekapan dan kepintaran beliau dalam  mempengaruhi kumpulan pemisah di Ukrine Timur untuk
menyerah 2 kotak hitam dan jenazah malah menjamin akses kepada pasuakan
penyiasat  ke kawasan nahas MH17. Malah, pemimpin-pemimpin dunia juga turut mencurahkan ucapan syabas kepada PM Najib kerana berjaya meyakinkan kumpulan pemisah untuk bersetuju memenuhi harapan  rakyat Malaysia.
Pada masa yang sama, PM Najib menyeru rakyat Malaysia agar “bersatu
dalam kesedihan dan bersama-sama  menghadapi dugaan” mengurus  nahas MH17. 
PM Najib kini menerima kehormatan dan sanjungan dunia dan diiktiraf sebagai 'world leader' kerana kecekapan dan kehandalan kepimpinan beliau sungguh menyerlah dalam mengurus krisis nahas MH17. Malah akhbar antarabangsa khususnya New York Times memuji kepintaran PM Najib berunding terus dengan ketua pemisah Ukraine Timur untuk bersetuju dengan permintaan Malaysia.

No comments:
Post a Comment