Saturday, July 26, 2014

BUDAYA NEPOTISME MENJADI AMALAN DS ANWAR IBRAHIM?

DS  Anwar Ibrahim cuba sedaya upaya untuk  mahkotakan isteri  beliau yang dianggap setia dengan beliau sebagai Manteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. Pada satu ketika , Anwar pernah memuji dan mengagong-agongkan keckapan Khalid Ibarhim sebagai seorang pentadbir yang handal, cekap dan efisien dalam mengurus kerajaan Selangor. Kenapa tiba-tiba Anwar tukar pendirian untuk ganti Khalid dengan isteri beliau Dr.Wan Azizah Wan Ismail? Apakah isteri beliau dilihat lebih cekap urus pentadbiran kerajaan Selangor? Apakah Wan Aziah dijadikan MB Selangor untuk elak  Azmin Ali, seorang  rakan karib tetapi  bercita-cita tinggi untuk berkuasa ? Apakah  ini satu penyelesaian untuk menghentikan  pecahan,konflik dalam  dan kemerosotan sokongan  rakyat kepada PKR di Selangor? Apapun jawabannya, apa yang jelas adalah DS Anwar Ibrahim dilihat amalkan budaya nepotisme untuk mempertahankan kuasa  politik beliau kerana akhir-akhir ini  populariti beliau didapati merosot. Pihak PAS yang berkerjasama dengan  Anwar dalam memenangi pilihan raya umum 13 juga dapati sanggup menentang keputusan  Anwar  untuk lantik isteri beliau sebagai MB Selangor. 

Rakyat masih ingat pada satu ketika  penyokong-penyokong setia dalam UMNO pernah menuduh Dr. Mahathir Mohamad, selaku Perdana Menteri mengamal nepotism dan cronyism  dalam pentadbiran kerajaan wal hal bapa dan adik beradik DS Anwar  yang banyak mendapat keuntugan besar  dan kaya raya semasa DS Anwar  menjadi  Timbalan Perdana Menteri.

Persoalannya apakah DS Anwar cuba mengulangi amalan budaya nepotisme dengan melantik isteri sebagai MB Selangor?  Apakah rakyat  tidak sedar Anwar  kini menjadi n ahli Parlimen Permatang Pauh dan anak perempuan beliau  ahli parlimen Pantai Dalam dan isteri beliau ahli DUN Kajang? Tidaklah keterlalauan sekiranya menyimpulkan bahawa DS Anwar cuba amalkan budaya nepotisme  dalam mengejar  cita-cita tinggi untuk  mengkuasai kuasa politik !

No comments: