Wednesday, February 15, 2017

FDI ANTARA FAKTOR BANTU JANA PERTUMBUHAN EKONOMI 2017


Para pakar ekonomi berpendapat pelaburan langsung asing (FDI) sememangnya penting bagi pembangunan sesebuah negara. Dalam tempoh awal selepas Merdeka, Malaysia sebagai negara  pertanian mengharapkan dana atau modal untuk memajukan  pelbagai sektor ekonomi supaya negara mempelbagaikan ekonomi. Ini suapaya negara tidak banyak bergantung kepada komoditi, kerana faktor naik-turun harga dalam pasaran dunia, malah menjadikan  Malaysia sebuah  negara pembuatan  berteraskan teknologi  canggih serta berpendapatan tinggi.

Berhubung FDI dan keperluan ekonomi, keadaan kemudian berubah selepas beberapa dekad. Pada tahun  2014, kebanyakan FDI berasal dari Singapura, Jepun, Belanda, Amerika Syarikat (AS) dan Norway yang berjumlah sebanyak RM257.7 bilion atau 55.1 peratus daripada jumlah pelaburan dalam Malaysia.

Baru-baru ini kepimpinan negara mengalih perhatian kepada China, selepas ia kian berkembang sebagai kuasa ekonomi terbesar yang mampu menyaingi ekonomi AS.

Malah,  disebalik  kelembapan ekonomi dunia, ekonomi China  berkembang pada kadar 6.5 peratus setahun. China juga  meningkatkan  hubungan dagangan dengan  rakan dan jirannya, menerusi strategi ‘Go Abroad’ dan  inisiatif ‘Satu Jalur Satu Jalan’ menepati ‘Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China’.

Sehubungan ini, Malaysia berusaha meraih manfaat apabila menandatangani 14 memorandum dengan China membabitkan  nilai RM 144 bilion termasuk pelaburan di Wilayah Pembangunan Iskandar dan Wilayah Pembangunan Ekonomi Timur, manakala  Pengerusi  Eksekutif  Alibaba , usahawan internet terkemuka  dewasa ini, Jack Ma, dilantik  sebagai penasihat ekonomi digital kepada kerajaan dalam mengemudi  negara ke  arah ekonomi digital yang menjadi sasaran  Dasar Transformasi 2050(TN50).

Pada ketika ini, menurut laporan media, pelaburan asing di Wilayah Pembangunan  Iskandar  adalah melibatkan RM 100 bilion; di Kawasan Pembangunan Wilayah Timur  mencecah RM 110 bilion dan di kawasan pembangunan Koridor Utara (NCIA), RM 7.4 bilion. Pelaburan berkenaan dijangka menyediakan lebih 300,000 peluang pekerjaan sekaligus akan meningkatkan pendapatan kumpulan  40 peratus berpendapatan terendah (B40).

Bagi tempoh  2008-2016, Malaysia berjaya meraih  pelaburann terkumpul RM 79.92 bilion yang mewujudkan 103,000  peluang  kerja. Malaysia juga dilaporkan telah tandatangani perjanjian kontrak bernilai  RM55 bilion  untuk membina landasan kereta api terlaju, East Coast Railway Line (ECRL) yang dijangka akan mencetuskan pembangunan dikawasan  Timur Malaysia. China juga dilaporkan akan  membina pangkalan pengeluaran sel solar dan peralatan tenaga hijau yang merupakan  kilang tunggal terbesar sel solar di Asia Tenggara.

Malah,  laporan terbaru menunjukkan perdangangan Malaysia-China dijangka mampu berkembang hingga mencapai nilai 10.09 bilion daripada RM 1.48 5 trilion tahun lalu , peningkatan daripada RM1.463 bilion pada 2015. Malaysia dijangka menjadi   gerbang China ke ASEAN .

Hubungan baik Malaysia dengan China terbukti manfaat kepada rakyat Malaysia secara amnya dan pekebun kecil secara secara khususnya.  Lawatan Datuk Seri Najib Razak ke China  baru-baru  ini telah mendorong China bersetuju meningkatkan pembelian sawit dari Malaysia. Peningkatan pembelian  dikatakan telah meningkatkan harga  harga sawit  dalam pasaran dunia. Harga sawit pada 2015 adalah RM2,153.5 satu  tan dan meningkat ke pada paras tertinggi iaitu  RM 3,305 satu tan. China adalah  antara negara yang banyak impot minyak sawit daripada Malaysia, selain  India dan Kesatuan Eropah (EU). 

Memandangkan hampir 40 peratus  pengusaha sawit adalah pekebun kecil, maka peningkatan harga sawit dijangka aklan membantu meningkatkan pendaopatan kumpulan pekebun kecil dalam negara.  Malah industri  sawit adalah tonggak  sektor pertanian dan menyumbang 5.1 peratus  daripada Keluaran Dalam  Negara  Kasar  (KDNK) negara.  

Oleh itu, , FDI  boleh  membantu   merancakkan pertumbuhan ekonomi, usaha  terjemahkan  hasrat kerajaan kepada realiti iaitu membantu membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan  tinggi, sebahagian besarnya terletak pada bahu anggota perkhidmatan awam.
Anggota perkhidmatan awam, yang kini mencecah   1.4 juta orang,  selaku jentera dan  pelaksana dasar, kerajaan boleh membantu  merealisasikan matlamat negara meletakkan Malaysia dalam kalangan 20  negara paling berkompetitif di dunia, memastikan pertumbuhan KDNK pada kadar 5 peratus agar mencapai sasaran ekonomi negara bernilai RM 2 trillion dalam tempoh tujuh tahun akan datang.
Menyedari hakikat ini, Najib umumkan tahun  2017 sebagai ‘Tahun Penyampaian’  dan mengesa penjawat awam lebih  komited dalam menyampaikan perkhidmatan.
  



No comments: