Wednesday, February 15, 2017

PELABURAN MEGA FOREST CITY JANA PERTUMBUHAN ‘EKONOMI HIJAU’


Baru-baru ini  projek Forest City yang dibangunkan dalam  kawasan Koridor Zon  Iskandar, Negeri Johor,  menarik perhatian dunia  malah  rakyat Malaysia. Forest City adalah  sebuah projek pembinaan sebuah bandar pintar atau sebuah bandar ‘eco-city futuristic’, yang dibangunkan diatas   empat buah pulau buatan tanah tambak daripada  laut  di kawasan Pembangunan Koridor Iskandar, Johor, berhampiran  Singapura. Projek ini dilaporkan meliputi kawasan seluas  3, 424 ekar yang dijangka akan dibangunkan dalam tempoh 20 tahun mulai sekarang melibatkan kos sejumlah RM 100 bilion. 
Projek ini merupakan satu pembangunan hartanah yang menyediakan pelbagai kemudahan setaraf dunia atau ‘world class’  termasuk pembinaan  sejumlah 700,000 unit perumahan serba moden , pejabat, pusat beli - belah raksasa, pusat hiburan, pusat  rekreasi, pusat latihan dan pendidikan, sekolah antarabangsa, hotel ,pusat kesihatan, hospital,  pusat convensyen , industri pembuatan  yang bertaraf dunia atau world  class malah pejabat imigiresen tersendiri.  Sehingga kini projek tersebut dilaporakan  telah menarik pelaburan  senamyak RM10 billion (S$3.2 billion) yang dilabur oleh  36 syarikat antarabangsa termasuk tujuh syarikat  terkemuka dan bertaraf antarabangsa  yang tersenarai dalam Fortune 500 seperti Huawei, Cisco, Accen­ture, Midea, China Construction Steel Structure Corporation, Deutsche Bank (Asia Pacific) and Bank of China (Malaysia). Penyertaan syarikat –syarikat tersebut  dijangka akan membantu meningkatkan ekonomi  dan  menjana peluang pekerjaan. Apabila projek  ini selesai pada tahun 2035, pelaburan luar negara sebanyak US 42 bilion (S 60 bilion) dijangka  akan dilaburkan dan  hampir  220,000 peluang pekerjaan disediakan. Projek ini bukan sahaja akan memajukan  sektor pelancongan yang akan membantu kemasukan wang asing malah akan meningkatkan  hasil kewangan negara.   

Projek Forest City  adalah usaha bersama Syarikat Country Garden Holdings  Co.Ltd,  sebuah  syarikat gergasi   pemaju hartanah pemilik Cina yang terdaftar dalam Bursa Saham Hongkong dan Syarikat Esplanade Danga 88 Sdn.Bhd, sebuah anak syarikat Kumpulan Prasarana Rakyat Johor(KPRJ), yang pernah memajukan projek  Country Garden  Pacific View (CGPV)di Danga Bay,Johor. Projek ini  juga bersifat bercampur-campur dan dijangka akan menyumbangkan cukai   sejumlah RM 66 bilion sebagai hasil kepada  negara dalam tempoh 20 tahun akan datang. Malah sektor perindustrian yang ditempatkan dalam kawasan Forest City  dijangka   akan menyumbang  RM1.98 trillion kepada  GDP  negara  dimana  sasaran  negara  mensasarkan  2 trillion menjelang tahun  2050.  Kawasa  Forest City juga diberi status bebas cukai oleh kerajaan Persekutuan.

Dalam pada itu, pemilihan syarikat asing untuk majukan hartanah dan tawaran kontrak membina projek raksasa yang menjadi ikon negara tidaklah asing bagi negara-negara maju malah negara Malaysia. Pada tahun 1982, kontrak  pembinaan pelbagai projek  termasuk pembinaan Jambatan Pulau Pinang yang terpanjang (13.5 kilometer)di Malaysia dan empat terpanjang di Asia  Tenggara di tawarkan kepada Syarikat daripada Korea Selatan iaitu  Hyundai Engineering & Construction atas kepakaran syarikat tersebut membina jambatan. Begitu juga kontrak pembinaan Menara Berkembar  Petronas di Kuala  Lumpur, yang merupakan  mercu tanda dan ikon Kuala Lumpur, ditawarkan kepada Syarikat Samsung C & T, Syrikat dari Korea Selatan. Syarikat-syarikat tersebut dipilih atas pengalaman, kepakaran dan kemampuan menyiapkan projek dengan jayanya.
Sehubungan ini, syarikat Greenland dipilih untuk membangun Forest City berasaskan rekod cemerlang syarikat tersebut membina ‘city pintar' di seluruh dunia. Syarikat tersebut  dilaporkan telah melabur  US$20 billion dalam sembilan buah negara, termasuk Malaysia, membina projek –projek canggih dan  teknologi terkehadapan,  termasuk menara mencakar langit  dan Resort waterfront  di beberapa bandar utama di dunia, termasuk projek Metropolis di Los Angeles, Menara perumahan mencakar langit di Docklands, Greenland Cengtre Sydney di Sydney, Atlantic Yards di New York, Condo dan Hotel di Toronto, Canada dan Resort Waterfront di Pattaya, Thailand.
Selain itu, pembangunan projek Forest City adalah selaras dengan dasar Khazanah Nasional, yang diumumkan pada tahun 2006 bagi tempoh 20 tahun. Khazanah Nasional mengharapkan jumlah pelaburan  sebanyak RM 383 bilion (S87 bilion). Jumlah pelaburan komited terkumpul bagi Iskandar Malaysia adalah RM 207.99 bilion termasuk pelaburan domestik RM RM 123.93 bilion (60 peratus) dan pelaburan asing daripada lima negara RM 84.05 bilion (40 peratus). Sehingga kini,  Iskandar Malaysia telah menarik pelaburan sejumlah RM 23.77 bilion dari Cina, RM 19.14 bilion dari Singapore, RM  7.06 bilion dari USA, RM 4.8 bilion dari Sepanyol,  RM 4.26 bilion dari Japan dan RM 22.04  bilion dari lain-lain negara.

Justeru, dakwaan kononya kerajaan Persekutuan telah menggadai kedaulatan negara malah akan  mengeluarkan sijil kerakyatan kepada 700,000 warga China yang bakal memiliki rumah kediaman dan business dalam kawasan Forest City bagi kepentingan politik tidak berasas malah tidak masuk akal. Malah tuduhan dan dakwaan  setengah pihak kononnya usaha PM Najib  membawa pelaburan dari negeri China ke Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan adalah tidak tepat, malah mengambarkan fikiran serabut kerana pelaburan dari negeri China ke Malaysia hanya 3.3 peratus daripada keseluruhan Pelaburan Langsung Asing (FDI). Disebaliknya, projek Forest City lebih mengambarkan sebagai  satu langkah bijak  dan strategik kepimpinan kerajaan semasa dalam membina sebuah  hab ekonomi membantu mengerak dan melestarikan pembangunan ekonomi berteraskan dasar ekonomi hijau serta menjana peluang pekerjaan  yang akan menfaatkan rakyat Malaysia secara amnya dan  rakyat Johor secara khususnya.  

No comments: