Wednesday, February 15, 2017

TRANSFORMASI YANG TERLAKSANA OLEH DR.SUBRAMNIAM DALAM SEKTOR KESIHATAN DIKAGUMI


Persidangan Tahunan ‘World Economic Forum (WEF) 2017 telah berlangsung di Davos, Switzerland pada 17 hingga 20 Januari 2017. WEF adalah satu-satunya pentas antarabangsa yang mengumpulkan sebahagian besar pemimpin politik, peneraju industri, ahli akademik, aktivis sosial, seniman popular, pemimpin muda yang kian mentransformasikan dunia. Hampir 30 ketua kerajaan termasuk Presiden negeri Cina, Timbalan Presiden US, perdana menteri negara-negara Eropah termasuk Perdana Menteri United Kingdom. Malaysia diwakili oleh Dato Seri Mustapha Mohamad, Dato Seri Madius Tangau , Dato Seri Dr. S. Subramaniam dan beberapa orang peneraju industri dan sektor perbankan. Hampir 3000 perwakilan dari seluruh dunia hadir untuk berkongsi pendapat dan pengalaman masing-masing yang dijangka akan mencetuskan transformasi dunia.   

Sehubungan ini,  Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia dijemput khas menghadiri WEF kali ini dan ini dilihat sebagai satu penghargaan dan pengiktirafan bukan sahaja kepada  beliau, selaku anggota jemaah menteri kerajaan, bahkan kepada negara Malaysia. Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dijemput khas daripada Malaysia atas kejayaan beliau ‘merakyatkan perkhidmatan kesihatan’ di kalangan rakyat. WEF didapati terharu malah kagum dengan inisiatif Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dalam meningkatkan akses rakyat kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti di Malaysia berpandukan pendekatan ‘Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS)’.

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dijemput untuk berkongsi pandangan dan pengalaman beliau dalam usaha mendekatkan perkhidmatan kesihatan kepada hati rakyat Malaysia malah menjadikan penjagaan kesihatan bukan lagi semata-mata tanggungjawab pihak kerajaan tetapi tanggungjawab bersama rakyat. Pendek kata, beliau ‘mentransformasikan’ perkhidmatan Kesihatan dengan mengambil pelbagai inisiatif dan kaedah yang inovatif, kreatif dan transformatif.
Strategy Blue Ocean atau Strategi Lautan Biru yang diilhamkan oleh Profesor W. Chan Kim dan Profesor Renee Mauborgne telah menarik perhatian peneraju pelbagai industri malah ketua–ketua kerajaan dalam ‘mentransformasikan cara pemikiran dan kaedah penyampaian perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat dan kerajaan. Malah YAB Dato Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang tertarik dengan Strategi Lautan Biru (SLB)tersebut telah menggesa  agar agensi-agensi kerajaan menerap dan mengamalkan strategi tersebut dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, nilai tinggi dengan kos rendah atau mampu rakyat. Kini, hampir 80 kementerian dan agensi berkolaborasi dalam merangka dan melaksanakan inisiatif-inisiatif SLB yang kreatif dan bersifat transformatif kepada negara. Dengan adaptasi SLB, agensi-agensi kerajaan disaran membantu masyarakat dengan memberi tumpuan kepada tiga ciri utama NBOS iaitu: low cost; high impact and rapid execution.  

Akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dengan kos yang rendah dijangka akan menjamin keadilan sosial dan pembangunan sosial dan ekonomi. Malah jaringan kerjasama bersinergi yang diwujudkan dalam pelbagai sektor diharapkan akan meningkatkan lagi outcome dan impak penyampaian perkhidmatan dalam usaha mensejahterakan rakyat.

Sehubungan ini, Kementerian Kesihatan telah bekerjasama dengan lain-lain kementerian dalam melaksanakan pelbagai inisiatif baru berteraskan komuniti yang dikenali sebagai ‘Komuniti Sihat, Perkasa Negara’ atau KOSPEN iaitu memperkasakan komuniti, ke arah meningkatkan kekuatan negara sekaligus menerapkan gaya hidup yang sihat di kalangan rakyat. Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) adalah satu inisiatif pemerkasaan komuniti dalam mencegah dan mengawal penyakit tidak berjangkit di negara ini. Menurut laporan media, lebih 5,900 lokaliti KOSPEN telah dibentuk, 35,000 sukarelawan dilatih dan 380,000 dewasa telah disaring. Malah, inisiatif ini adalah merupakan satu inisiatif bersifat revolutionary yang pertama kali diperkenalkan dunia  dalam sektor penjagaan kesihatan. Dengan ini, rakyat Malaysia berpeluang  menikmati gaya hidup yang sihat di tempat kerja, maklumat-maklumat terkini mengenai kesihatan disebar luas agar mencetuskan  perubahan  dalam  tingkah laku rakyat ke arah menikmati gaya hidup yang sihat.

Inisiatif yang diambil oleh Kementerian Kesihatan dalam memastikan rakyat mampu akses kepada kemudahan penjagaan kesihatan yang berkualiti, selamat, perubatan yang berkesan melalui menambah baik sistem peraturan dan perolehan perubatan secara adil dan transparen telah mendapat sanjungan daripada rakyat Malaysia malah menarik perhatian pihak luar. Antara  inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan adalah program ‘Health For Malaysia (HFM)’. Program ini merupakan program kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan melalui aktiviti pemeriksaan kesihatan secara bercuma khusus kepada masyarakat luar Bandar. Selain daripada pegawai-pegawai perubatan berdaftar, penglibatan  pelajar-pelajar perubatan pergigian dan sains kesihatan dari universiti berserta pensyarah sebagai mentor digunakan untuk menyampai perkhidmatan kepada masyarakat. Usaha kerjasama universiti dan Kementerian Kesihatan iaitu satu usaha kolaborasi dan sinergi, dalam memberi sumbangan bakti kepada masyarakat luar Bandar dalam menyediakan perkhidmatan bercorak penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap ,sesuai dan berkesan kepada masyarakat kurang mampu di badar dan di luar badar dijangka akan mempertingkatkan kemahiran soft skill pelajar-pelajar yang terlibat. Malah membantu mencapai sepenuhnya potensi rakyat dalam kesihatan, menghargai kesihatan sebagai aset yang paling berharga dan mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka. Usaha seperti ini telah meletakkan Malaysia, di antara negara teratas dalam ranking menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan terbaik di dunia.


Agensi–agensi antarabangsa memuji pencapaian Malaysia malah melaporkan Malaysia mampu menghadapi cabaran-cabaran global dalam bidang ekonomi dan kewangan bagi mencapai status negara maju. Sehubungan ini, rakyat Malaysia turut merasa bangga melihat  Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam melakar Malaysia di peta dunia sebagai sebuah negara yang boleh dicontohi dalam usaha menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang mudah akses, berkualiti dan kos yang rendah.

No comments: