Perkara 53 (2) (a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor
1959 memberi kuasa kepada Baginda Sultan Selangor melantik seorang anggota
Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai Menteri Besar pada pandangan Baginda beliau mendapat keyakinan majoriti anggota DUN.Di bawah Perkara 55 (2) (a) pula, dinyatakan baginda
boleh menggunakan budi bicara dalam pelantikan seorang Menteri Besar.
Sehubungan ini, rakyat Selangor yang bosan dengan kemelut politik yang
ditimbulkan oleh PKR mengharapkan Baginda Sultan Selangor membuat pertimbangan
dan keputusan yang bijak terhadap pelantikan seorang MB agar tidak ada pihak
yang menyalahgunakan konsep majoriti dalam
sistem demokrasi untuk mencapai agenda politik seorang individu.
Monday, August 18, 2014
Sunday, August 17, 2014
PENDAPATAN RAKYAT MALAYSIA SEMAKIN MENINGKAT!
Menurut Penyiasatan
Pendapatan Isi Rumah (PPIR) tahun 2012, pendapatan isi rumah bulanan negara telah
meningkat kepada RM5,000. Pendapatan isi
rumah bandar telah meningkat kepada RM5,742.Manakala pendapatan isi rumah luar
bandar kepada RM3,080. Pendapatan isi rumah bulanan bumiputera meningkat kepada
RM4,457 sebulan manakala Cina kepada RM 6,366 dan dan India RM5,233. Walupun jurang
(Pekali Gini) pendapatan antara kaum didapati bertambah baik, jurang pendapatan
dikalangan kaum India mencerminkan kurangseimbang. Apakah rich getting richer,
poor remain poor? Fikir-fikirkanlah!
PAS LEBIH MEMENTINGKAN POLITIK DARIPADA KEADIALAN RAKYAT?
PAS buat keputusan untuk bersama PKR atas dasar ‘Tahaluf
Siyasi’ walaupun PKR laku tidak adil
kepada TS Khalid. Saya difahamkan ‘Thaluf Siyasi’ dalam konteks politik Islam
adalah kerjasama dengan mana-mana pihak yang tidak menentang harakah Islam. Dalam
konteks ini, PAS yakin DAP, selaku sebuah ahli dalam Pakatan Pembangkang, tidak menentang syariah
Islam dikuatkuasakan di Malaysia? Apakah Rakyat Malaysia sudah lupa DAP mati-matian
menentang perundangan Hudud dilaksanakan
di MalaysiA? Sokongan PAS untuk Pakatan Pembangkang dalam hal gugur TS Khalid sebagai Menteri Besar
Selangor jelas menunjukkan PAS cuba memasarkan partinya untuk mendahului kepentingan politik
semata-mata sambil membelakangkan ideologi Islam yang menjadi asas perjuangan
parti PAS sejak didaftar sebagai parti Islam
pada tahun 1955.
Monday, August 4, 2014
MENGURAI JARINGAN PENIPUAN TERANCANG OLEH KUASA BESAR TERHADAP RAKYAT PALESTIN
Nyawa penduduk Gaza kini di hujung tanduk kerana saban hari dihujani
dengan peluru berpandu dan letusan bom daripada Israel. Saban hari, bangunan, sekolah, hospital, masjid dan tempat awam seperti pusat beli-belah menjadi sasaran bedilan regim
Israel. Malah, kem pelarian yang diurus tadbir oleh Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) yang menjadi tempat perlindungan bagi 240,000 orang
pelarian Palestin juga tidak lepas dari serangan bom regim Zionis.
Serangan
Israel ke atas Gaza yang tercetus pada 8 Julai 2014 dijangka tidak akan berakhir dalam masa yang terdekat malah akan berterusan
sehingga satu masa yang tidak dapat diramalkan. Kenyataan
Perdana Menteri Israel Benjamin Nethanyahu bukan sahaja membayangkan bahawa
Israel tidak akan berhenti serangan mereka terhadap Gaza malah akan berterusan,
kononnya untuk menyelamatkan rakyat
Israel dari serangan Gaza. Israel
mendakwa HAMAS telah pasukan bersenjata,
Briged Al-Qassam, untuk menceroboh wilayah Israel dan membunuh rakyat Israel. Pemimpin-pemimpin
Israel cuba menanam dalam pemikiran warga dunia bahawa sasaran tentera Israel
bukanlah orang awam tetapi sasaran sebenar adalah tentera Israel termasuk pemimpin-pemimpin utama HAMAS yang melancar
serangan terhadap Israel daripada sarang-sarang pengganas yang mereka membina
bawah tanah dengan tujuan membunuh orang
Israel.
Menurut
laporan media, sejak bermulanya serangan Israel ke atas Gaza, jumlah rakyat
Palestin yang terkorban adalah lebih 1270 orang sementara 7,100 orang cedera. Rakyat Israel yang terkorban adalah lebih kurang 50 orang. Hampir 75 % mangsa Palestin adalah terdiri daripada orang
awam dan dalam pada itu hampir 85 % adalah kanak-kanak dan wanita yang tidak
berdosa. Disebaliknya sebahagian besar rakyat Israel yang terkorban adalah
tentera rejim Israel.
Dunia menyaksikan perang antara Palestin dan
Israel sejak tertubuhnya negara Israel
oleh Zionis pada tahun 1948. Berpuluh –puluh trajedi menimpa rakyat Rakyat Palestin dalam mempertahan wilayah
mereka yang dianggap kepunyaan
sah mereka.
Sehubungan ini, rakyat Malaysia perlu sedar terhadap
asal usul pergolakan politik di Palestin malah peranan yang dimainkan oleh
kuasa besar dalam membenarkan Zionis menubuhkan sebuah negara untuk mewakili mereka
di dunia. Rakyat Malaysia juga perlu berhati-hati dengan
siaran media asing dan tidak mudah dipengaruhi oleh propaganda perangsaraf media pro- Israel.
Media Barat dilihat cuba menimbulkan persepsi bahawa Palestin selaku sebuah negara
yang penduduknya beragama Islam menyediakan
pengganas atau militant untuk menceroboh
wilayah Israel yang diasaskan oleh Zionis.
Tidak
dapat dinafikan bahawa Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pernah melancar
serangan terhadap Israel dalam usaha mengambil balik wilayah mereka yang ditakluki
oleh pihak Zionis. Rakyat Palestin
percaya kaum Zionis telah merampas negara ibunda atau negara nenek moyang mereka
untuk menjadikan sebuah negara Zionis.
Bagaimanakah
kaum Zionis, satu kaum yang rata-rata diusir keluar oleh negara-negara yang mereka
duduki, termasuk hampir 6 juta kaum Yahudi
yang dibunuh beramai-ramai dalam peristiwa Holocaust oleh pemerintah Nazi
German, pimpinan Hitler, berjaya menubuhkan sebuah negara untuk mewakili mereka
di dunia?
Wilayah
Palestine pada asalnya adalah hak milik sebuah
Empayar Khilafah Uthmaniayah (Ottoman), sebuah Empayar Islam, sehingga perang
Dunia Pertama. Apabila tamatnya Perang Dunia 1, Empayar Islam Khilafah Uthmaniyyah
terjatuh ke tangan kuasa barat secara
amnya dan Empayar British secara
khususnya. Tentera British mengalahkan tentera Empayar Khilafah Uthmaniyyah dan
menubuhkan ‘pentadbiran tentera British’ di seluruh wilayah yang ditakluki daripada Empayar Khilafah Uthmaniyyah.
Tamatnya
Perang Dunia Pertama, Liga Negara-Negara (League Of Nations) ditubuhkan untuk mengurus
kesan Perang Dunia Pertama. Liga Negara-Negara atau League Of Nations di pertanggungjawabkan
mengurus pentadbiran wilayah ‘Palestin’ yang ketika itu sebagai ‘Mandatory Palestine’ pada tahun 1920.
Sistem ‘Mandate’’ adalah satu sistem pengagihan kuasa kepada kuasa-kuasa besar untuk
mengurus wilayah-wilayah yang dimenangi dalam Perang Dunia Pertama. Sistem ini
adalah hasil persidangan ‘Versailles Treaty’ pada tahun 1919.
Dengan
pengenalan sistem Mandate, negara-negara Islam Khalifah Uthmania jatuh ke
tangan kuasa-kuasa Barat. Wilayah Palestin diletak dibawah pentadbiran tentera
Britain. Kuasa-kuasa Barat yang dipertanggungjawapkan
negara mandate adalah dipertanggungjawabkan untuk mengalih kuasa tadbir negara kepada
rakyat yang menduduki wilayah berkenaan dengan
adil agar kerajaan baru dibentuk dengan sempadan-sempadan
tertentu.
Namun,
apabila tamatnya Perang Dunia Kedua, Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nations
(UN) ditubuhkan pada tahun 1945 menggantikan League Of Nations’. UN menubuhkan Jawatankuasa Khas Palestin (
(UNSCOP) yang dianggotai oleh 11 negara pada bulan Mei tahun 1947 untuk
mengkaji dan mengemukakan laporan mengenai masalah Palestin. UNSCOP bertemu
komuniti Yahudi, termasuk pelarian Yahudi di Eropah yang pindah-randah dan terletak di
kem-kem palarian. Komuniti Arab Palestin pula pada asalnya tidak ditemui kerana
mereka tidak terima penubuhan UNSCOP. Namun, UNSCOP dilaporkan kemudian hari menemui
komuniti Arab Palestin di Lubnan.
UNSCOP
mengemukakan laporan kepada UN pada 31 Ogos 1947. UNSCOP mencadang pentadbiran Britain
di Palestin tamat dan tentera Britain berundur dari wilayah Palestin pada tahun
1948. Berhubung dengan masalah Palestin, UNSCOP mengemukakan dua laporan iaitu (i)
Laporan minoriti dan (ii) Laporan majoriti. Laporan minoriti mensyor penubuhan dua wilayah masing-masing untuk kaum Arab dan kaum Yahudi dan letak Jerusalam sebagai Ibu Kota.
Manakala, laporan majoriti pula mensyor penubuhan dua negeri berasingan. Pada
29 November 1947 , UN lulus Resolusi 181 iaitu menerima laporan majoriti
dengan 33 menyokong dan 13 tidak
menyokong dan 10 tidak hadir. Komun iti Yahudi menerima keputusan UN tersebut
manakala komuniti Arab Palestin menolak keputusan UN tersebut untuk menubuh dua
negeri berasingan.
Namun, David Ben-Gurion, Pemimpin Persatuan Zionis SeDunia, yang diasaskan pada
tahun 1946, isytihar secara tersendiri
penubuhan negara Israel di Wilayah Palestin pada 14 Mei 1948 tanpa runding
dengan rakyat tempatan yang majoritinya masyarakat Arab Islam.
Adalah dilaporkan kemudian hari bahawa seorang
paderi bernama John Stanley Graul, pemimpin American Christian Zionist, seorang pejuang hak kaum Zionis sedunia, yang berlayar dalam kapal laut ‘SS Exodus’ yang membawa lebih 4515 orang pelarian yahudi secara
haram ke HAIFA dan
sampai Haifa pada 20 Mac 1947 ,
merupakan seorang utama yang mempengaruhi UNSCOP untuk bersetuju mensyor resolusi
‘Partition Resolution
of November 1947’ , penubuhan sebuah negara khas Israel
untuk kaum Yahudi Zionis.
PBB
didapati berdiam diri melihat rakyat
Palestin kehilangan tanah asal mereka
kepada kaum Yahudi Zionis malah mempedulikan pandangan dan seruan negara-negara
Arab. Keputusan UN tersebut telah mengundang konflik dan peperangan menentang penubuhan
Israel oleh Palestin dan pertikaian mengenai sempadan antara Israel dan
Palestin berterusan dalam tahun-tahun berikutnya.
Dunia pernah menyaksikan penjajah British pernah
membahagikan India kepada dua negara yang
berasingan iaitu ‘Pakistan’ dan ‘India’ dimana wilayah Kashmir masih
menjadi pertikaian antara India dan Pakistan. Persoalannya apakah rakyat Palestin terpedaya oleh
kuasa –kuasa besar dalam memenuhi cita-cita kaum Zionis?.
Sejak
tertubuhnya negara Israel dengan kerjasama kuasa British dan Perancis, Israel
bersama Britain dan Perancis pada tahun 1956 menyerang Mesir, apabila Mesir membuat
keputusan untuk memilik negarakan Terusan Suez.
Pejuang
Palestin yang menyertai Palestinian Liberation Organization (PLO) gunakan Lubnon sebagai pusat untuk menyerang Israel
apabila PLO diusir keluar dari Jordan.
Malangnya, PLO menghadapi kesulitan kerana Lubnan turut bergelora dengan perang saudara pada tahun
1975-1990. Israel mengambil kesempatan menyerang Lubnan pada tahun 1978 dan
pada tahun 1982. Ketika itu, lahirnya kumpulan pejuang Hizbullah yang menyerang
Israel dan berjaya mengusir tentera Israel dari wilayah Lubnan. Akhirnya Israel
bersedia runding dengan Lubnan untuk berdamai pada tahun 2006.Israel
tidak jemu melancar serangan ganas dan tidak perikemanusiaan terhadap Palestin
khususnya terhadap pelarian Palestin.
Tragedi ‘Shabra’ dan ‘Syatila’ merupakan
kepentasan kebinatangan manusia yang tidak berhati perut dimana antara 2000-3,000
orang Palestin yang menetap dalam kem pelarian terbunuh oleh serangan Zionis di Beirut,Lubnan
pada 15 September 1982. Tragedi pembinasaan kemanusiaan menyayat hati rakyat di seluruh dunia merentasi sempadan.
Pada
tahun 1967, Negara-negara Arab seperti Mesir , Syria dan Jordan menyerang
Israel dibawah pimpinan Mesir, Jamal
Abdul Nasser. Peperangan ini
dikenali sebagai “6 day War” atau Perang
Enam Hari kerana perang itu berlangsung selama enam hari dan Israel berjaya mengalahkan
negara-negara Arab tersebut malah menakluki
Gaza dan Semenanjung Sinai daripada Mesir
, Tebing Barat dan Jerusalem Timur daripada Jordan dan Golan Heights daripada Syria.
Pada
tahun 1972, Anwar Sadat, President Egypt yang mengganti Jamal Abdul Nasser, menyerang
Israel . Israel hampir kalah. Tentera Israel dilumpuhkan oleh tentera Arab.
Kekalahan teruk tentera Arab ditangan Israel pada tahun 1967 dibalas dengan
kemenangan besar pihak tentera Arab pada tahun 1972.
Namun
perjanjian damai, Camp David, yang diusahakan oleh Amerika berlangsung dan Anwar
Sadat menandatangani ‘penjanjian perdamaian’ dengan Israel. Dengan perjanjian
ini, Mesir mula menjauhkan diri daripada perjuangan PLO. Pada hakikatnya, Mesir
adalah penyokong dan perintis penubuhan
PLO semasa pentadbiran Presiden Nasser.
Walaupun PLO melancar serangan berkali-kali
terhadap Israel, matlamat PLO tidak tercapai kerana sokongan daripada
negara-negara Arab untuk PLO didapati semakin merosot. Dengan itu, Yasser
Arafat tidak ada pilihan selain mengiktiraf kewujudan Israel sebagai sebuah
negara Zionis pada tahun 1993.
Sejak
tahun 2006, Pihak Berkuasa National Palestin mentadbir wilayah Palestin. Namun,
perselisihan faham antara HAMAS dan FATAH menjejaskan perjuangan terhadap matlamat asal mereka iaitu
membebas Palestin daripada genggaman Zionis.
Sementara
itu, HAMAS ditubuhkan pada tahun 1987 untuk menentang Zionis dengan bersenjata.
Arafat, pemimpin PLO meninggal dunia
pada tahun 2004. HAMAS menyertai pilihan raya parlimen Palestin pada tahun
2006. HAMAS mengaut bilangan besar kerusi parlimen dan Haniyeh dilantik sebagai
Perdana Menteri.
Dengan itu, Pentadbiran Palestin dibahagi kepada dua kumpulan pejuang Palestin iaitu
kumpulan PLO mentadbir Tebing Barat dan Kumpulan HAMAS mentadbir wilayah Gaza. Kumpulan
FATAH dilihat sebagai kumpulan yang berjuang berpaksikan kepada perbincangan
dan diplomasi manakala kumpulan HAMAS
dianggap sebagai kumpulan militan Islam yang
menentang keras Zionis dengan senjata.
HAMAS bantu menawan Tebing Barat,Gaza dan Sinai
daripada kuasa Israel.
Sementara
itu, pengasas HAMAS, As-Syahid Sheik Ahmad Yassin, dibunuh oleh Zionis dan Ismail Haniyeh, seorang kelahiran kem pelarian
Palestin, mengambil alih kepimpinan HAMAS.
Pada tahun 2011 Perjanjian damai antara HAMAS dan Fatah
dimeterikan dan semangat pejuang Palestin
dijangka meningkat untuk menyerang Israel Zionis. Dalam latarbelakang
inilah tercetusnya serangan Israel terhadap Gaza. Persoalannya apakah Gaza
mampu menahan serangan Israel Zionis yang bertubi-tubi? Apakah negara-negara
Arab akan membantu Gaza dalam mencapai impian Palestin?
Secara
umumnya , isu Israel-Palestin adalah
mengenai pengiktirafan penub uhan negara Israel dan Palestin. Emmett Barcalow, seorang
pemikir politik, dalam bukunya “Justice, Equality & Rights” menyimpulkan punca isu konflik seperti berikut: “Plastinians
plat bombs in public places in Israel to kill and injure as many people as
possible in order to force Israel to change its policies, most importantly by
agreeing to the creation of a Palestinian state on land once owned by
Palestinians Arabs before the creation of Israel in 1948. By the same token,
Israeli security forces assassinate Palestinian leaders believed to be
responsible for attacks on Israel.( However, most Israelis consider these
leaders to be legitimate military targets rather than civilians).
Apakah
pemimpin-pemimpin HAMAS dan FATAH akan
lebih mementingkan keselamatan dan keamanan rakyat Palestin daripada
kepentingan politik masing-masing? Apakah pejuang Palestin sanggup mengubah
strategi mereka dalam mencapai impian mereka untuk membentuk sebuah negara
Palestin yang aman damai dan rakyatnya tidak lagi bimbang terhadap nyawa mereka?
Sehubung
dengan ini, Dato Fuad Tan S ri Hassan, seorang pemimpin masyarakat dan politik yang harapkan keadilan kepada rakyat Palestin berpendapat bahawa “sudah sampai masanya pemimpin Palestin
memikirkan semula strategi baru bagi menyelamatkan bangsa mereka”.
Saturday, July 26, 2014
BUDAYA NEPOTISME MENJADI AMALAN DS ANWAR IBRAHIM?
DS Anwar Ibrahim cuba sedaya upaya untuk mahkotakan isteri beliau yang dianggap setia dengan beliau
sebagai Manteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. Pada satu
ketika , Anwar pernah memuji dan mengagong-agongkan keckapan Khalid Ibarhim
sebagai seorang pentadbir yang handal, cekap dan efisien dalam mengurus
kerajaan Selangor. Kenapa tiba-tiba Anwar tukar pendirian untuk ganti Khalid
dengan isteri beliau Dr.Wan Azizah Wan Ismail? Apakah isteri beliau dilihat
lebih cekap urus pentadbiran kerajaan Selangor? Apakah Wan Aziah dijadikan MB
Selangor untuk elak Azmin Ali, seorang rakan karib tetapi bercita-cita tinggi untuk berkuasa ? Apakah ini satu penyelesaian untuk menghentikan pecahan,konflik dalam dan kemerosotan sokongan rakyat kepada PKR di Selangor? Apapun
jawabannya, apa yang jelas adalah DS Anwar Ibrahim dilihat amalkan budaya
nepotisme untuk mempertahankan kuasa politik
beliau kerana akhir-akhir ini populariti
beliau didapati merosot. Pihak PAS yang berkerjasama dengan Anwar dalam memenangi pilihan raya umum 13
juga dapati sanggup menentang keputusan Anwar untuk lantik isteri beliau sebagai MB
Selangor.
Rakyat masih ingat pada satu ketika penyokong-penyokong setia dalam UMNO pernah
menuduh Dr. Mahathir Mohamad, selaku Perdana Menteri mengamal nepotism dan cronyism
dalam pentadbiran kerajaan wal hal bapa
dan adik beradik DS Anwar yang banyak mendapat
keuntugan besar dan kaya raya semasa DS Anwar
menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Persoalannya apakah
DS Anwar cuba mengulangi amalan budaya nepotisme dengan melantik isteri sebagai MB
Selangor? Apakah rakyat tidak sedar Anwar kini menjadi n ahli Parlimen Permatang Pauh
dan anak perempuan beliau ahli parlimen
Pantai Dalam dan isteri beliau ahli DUN Kajang? Tidaklah keterlalauan sekiranya menyimpulkan bahawa DS Anwar cuba amalkan budaya nepotisme dalam mengejar cita-cita tinggi untuk mengkuasai kuasa politik !
Wednesday, July 23, 2014
“Bersatu Dalam Kesedihan Dan Bersama-Sama Menghadapi Dugaan”
PM Malaysia DS Mohd. Najib Tun Abdul
Razak bentang usul khas di Parlimen hari ini (23.7.2014) mengutuk tindakan satu kumpulan yang tidak kenalpasti menembak mati 298 penumpang penerbangan MH17
pada 17.7.2014 di Ukraine Timur. PM Najib anggap tindakan menembak MH17, sebuah kapal terbang sivil itu sebagai satu tindakan tidak
perikemanusiaan, kejam dan tidak bertamadun. Malah, PM Najib sifatkan tindakan tembak MH17 sebagai satu jenayah terhadap kemanusiaan dan
berjanji Malaysia akan berusaha untuk membawa pihak yang bertanggungjawab menembak mati 298 itu ke muka keadilan antarabangsa.
Pemimpin-pemimpin parti pembangkang, terutamanya ketua
pembangkang DS Anwar Ibrahim dan Setiauasaha Agong DAP ,YAB Lim Guan Eng, turut menyertai dalam bahasan dan mengucap syabas kepada PM YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak atas kecekapan dan kepintaran beliau dalam mempengaruhi kumpulan pemisah di Ukrine Timur untuk
menyerah 2 kotak hitam dan jenazah malah menjamin akses kepada pasuakan
penyiasat ke kawasan nahas MH17. Malah, pemimpin-pemimpin dunia juga turut mencurahkan ucapan syabas kepada PM Najib kerana berjaya meyakinkan kumpulan pemisah untuk bersetuju memenuhi harapan rakyat Malaysia.
Pada masa yang sama, PM Najib menyeru rakyat Malaysia agar “bersatu
dalam kesedihan dan bersama-sama menghadapi dugaan” mengurus nahas MH17.
PM Najib kini menerima kehormatan dan sanjungan dunia dan diiktiraf sebagai 'world leader' kerana kecekapan dan kehandalan kepimpinan beliau sungguh menyerlah dalam mengurus krisis nahas MH17. Malah akhbar antarabangsa khususnya New York Times memuji kepintaran PM Najib berunding terus dengan ketua pemisah Ukraine Timur untuk bersetuju dengan permintaan Malaysia.
PM Najib kini menerima kehormatan dan sanjungan dunia dan diiktiraf sebagai 'world leader' kerana kecekapan dan kehandalan kepimpinan beliau sungguh menyerlah dalam mengurus krisis nahas MH17. Malah akhbar antarabangsa khususnya New York Times memuji kepintaran PM Najib berunding terus dengan ketua pemisah Ukraine Timur untuk bersetuju dengan permintaan Malaysia.
Bottom of Form
Saturday, July 19, 2014
A TRAGIC YEAR FOR MALAYSIA
The Ukranian authorities believe
that MAS 17, Malaysian commercial aircraft which was ferrying 283 passengers
and 15 crew , was reported crashed in strife –torn east Ukraine, killing all
298 people on board.
Nevertheless, Malaysian Prime
Minister Mohd.Najib Tun Abdul Razak vows
to find out the truth about what caused Malaysian national carrier, MAS 17 airplane to crash in Ukraine. If the
plane had been shot down, then the perpetrators must face the condemnation and bring to justice without fail,
The world leders must support all initiatives for an
international inquiry. Meanwhile, Malaysians must believe that the MAS MH17
was flying in a route which was declared safe by the International Civil
Aviation Organization (ICAO). The
International Air Transportation Association(IATA) has also declared that the
route MH17 traversing was not subject to restrictions. It was even reported that the aircraft communications
addressing & reporting system (ACARS)
the aircrafts transponders were working
and transmitting as normal. So , the technical aspects of the MAS 17 aircraft has no way caused the crash and it is totally ruled out. US claims MH17 was shot down.
Earlier,
the Ukranian foreign minister, Klimkin, has
acknowledged that two Ukranian planes-
Antonov -26 and SU-25- were shot down from the Russian territory, a couple of days before the MH17 tragic crash.
The shooting down of civilian aircraft
is extremely rare. Records shows that in 1988, an Iran Air Plane was shot down
which killed 290 people.in year 1983, The Soviet fighter jets downed a South
Korean Boeing 747 which killed 269 in the sky.
Malaysians has not recovered from tragic and shocking news of MAS flight MH 370 from Kuala Lumpur to Beijing, ferrying 239 people on board, disappeared on March 8 2014 . Despite a massive
multinational aerial & under water search to find the
MH370, the missing of the MAS aircraft MH370
remain a mystery till today.
Subscribe to:
Posts (Atom)
