Wednesday, March 30, 2011

LARANGAN JUAL MINUMAN KERAS DAN BIG SWEEP


Apakah rakyat Sarawak tahu sandiwara politik pihak pakatan pembangkang? Pakatan Pembangkang pandai mengkaburi mata warga bukan Islam dengan adengan-adengan politik mereka untuk mencapai agenda politik mereka?

Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah membuat undang-undang untuk melarang penjualan minuman keras di Selangor pada 2010. Kerajaan Pakatan Pembangkang Negeri Selangor yang dipimpin oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah melaksanakan peraturan baru melarang penjualan minuman keras di pasaraya dan kedai serbaneka sekitar Sek.17 Shah Alam,Selangor termasuk kedai-kedai 7Eleven.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, semua pasaraya dan kedai serbaneka akan diberikan keutamaan terhadap larangan tersebut. Datuk Bandar Shah Alam pula berkata sebanyak 17 pasaraya dan kedai serbaneka yang terletak di Seksyen 1 hingga 24,Shah Alam akan terlibat dalam larangan ini.

Arahan melarang penjualan minuman keras di Shah Alam , Selangor adalah diputuskan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor,Datuk Dr.Hasan Ali yang mewakili PAS dan disokong oleh ahli-ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

Seterusnya, pegawai penguatkuasa Majlis Berbandaran Subang Jaya , Selangor merampas minuman keras daripada kedai-kedai yang terletak di Seksyen 8, Shah Alam. Dr.Hassan Ali menegaskan, PAS bertanggungjawab melaksanakan peraturan ini untuk memelihara dan melindungi akhlak penduduk beragama Islam selepas Pakatan Pembangkang (PR) mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Selangor pada tahun 2008.

Begitu juga, Kerajaan negeri Kelantan dibawah kepimpinan PAS telah melarang penjualan loteri Big Sweep yang menjadi gemaran kaum Cina di Kelantan. Datuk Takiyuddin Hassan, Pengerusi J/Kuasa MMK bagi Kerajaan Tempatan,kebudayaan, Seni dan Pelancongan, membuat pengumuman bahawa kerajaan negeri tidak akan tarik balik larangan ini.

Tindakan kerajaan PAS Kelantan jelas menujukkan kerajaan negeri yang dikuasai oleh PAS tidak menghirau tentang budaya dan amalan masyarakat bukan Islam malah tidak mengambil kira perkara-perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai hak –hak kaum bukan Islam. Pengerusi DAP ,Karpal Singh, dan MCA yang mewakili sebahagian besar kaum Cina di Malaysia membantah tindakan PAS Negeri Kelantan.

Peraturan melarang penjualan minuman keras dan larangan penjualan Big Sweep telah menimbulkan kemarahan dikalangan orang ramai terutamanya warga bukan bukan Islam di Selangor dan Kelantan. Warga bukan Islam melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap larangan penjualan minuman keras dan penjualan tiket loteri malah bimbang terhadap masa depan mereka dibawah kerajaan negeri Selangor dan Kelantan yang dipimpin oleh Pakatan Pembangkang (PKR,DAP,PAS). PKR dan PAS jelas campur tangan malah mencabuli kebebasan dan amalan budaya warga bukan Islam. Peniaga-peniaga kaum Tiongwa juga melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap larangan tersebut kerana ianya menjejas perniagaan mereka.

Apakah rakyat di Sarawak, terutamanya penduduk yang beragama Kristian ingin melihat Pakatan Pembangkang yang terdiri daripada PKR,DAP dan PAS memperkenalkan peraturan-peraturan seperti tersebut di Sarawak?

No comments: