Sunday, March 13, 2011

KUALITI HIDUP RAKYAT BUMI KENYALANG SARAWAK SEMAKIN MENINGKAT


Pada tahun 2006,kerajaan negeri Sarawak berjanji dalam Manifestonya bahawa kerajaan BN akan memodenkan sektor industri pertanian dan meningkatkan kualiti hidup rakyat bandar dan luar Bandar Sarawak.

Hasilnya, pada tahun 2010, Sarawak mencatatkan pertumbuhan dalam sektor industry pertanian sebanyak 5.2 %,manakala Malaysia mencatatkan hanya 3.4%. Pendapatan per kapita pula meningkat daripada RM690 pada tahun 1963 kepada RM33,912 pada tahun 2009.Ini bermakna,pencapaian Sarawak mengatasi kadar pencapaian keseluruhan Malaysia.

Kerajaan Sarawak melaksanakan program pembangunan yang menyeluruh memfokuskan kepada usaha-usaha yang mampu menjadikan negeri Sarawak sebagai sebuah negeri yang aman, membangun dan makmur. Matlamat pembangunan yang diditetapkan dalam tahun 2006 telah berhasil dalam memakmurkan rakyat dan negeri Sarawak malah usaha ini akan diteruskan dalam tahun 2011.

Walau pun krisis kewangan yang melanda terus mengancam dunia, Sarawak dapat menyaksikan pembangunan ekonomi yang memperangsangkan dalam tahun 2010.GDP berkembang 5.4 % dan pelaburan awam meningkat 18.9 %.

Ekonomi Sarawak dijangka mengekal pada kadar yang sama malah melebihi 5.4 % dalam tahun ini. Negeri Sarawak menyaksikan pembangunan yang pesat kerana kebijaksanaan pentadbiran kerajaan melaksanaan dasar-dasar ekonomi yang inovatif yang mampu menarik pelabur-pelabur asing untuk melabur dalam projek-projek Mega di Sarawak.

Menurut Ketua Menteri Sarawak, YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Kerajaan Negeri Sarawak telah berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kualiti hidup yang lebih baik kepada semua kaum dan etnik di Sarawak supaya mereka menikmati kemakmuran negara dengan adil sejak Sarawak menyertai dalam Gagasan Malaysia.

Dengan pencapaian yang memperangsangkan dalam bidang sosial dan ekonomi yang dihasilkan oleh pentadbiran kerajaan BN,kerajaan Sarawak berhasrat untuk meneruskan agenda pembangunan dalam mengubah struktur ekonomi Sarawak kepada ekonomi yang berteraskan modal dan pengetahuan (knowledge). Pendekatan ini dijangka membantu rakyat Sarawak, terutamanya penduduk di luar bandar, dapat menikmati hasil pembangunan yang dirasai oleh penduduk di Bandar.

Program ekonomi dan sosial yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan Persekutuan juga didapati telah membantu menghasilkan prestasi hebat dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat Sarawak.

Dalam usaha mempastikan Sarawak terus membangun dan maju, Kerajaan Sarawak telah melancarkan initiatif ‘Sarawak Corridor of Renewable Energy’(SCORE)yang dijangka membantu Sarawak mencapai status Negeri Maju menjelang tahun 2020, bersama-sama dengan matlamat perdana Wawasan 2020.

Projek SCORE yang dilancarkan tempoh hari untuk menjamin pembangunan ekonomi berterusan meliputi projek-projek menjana kuasa (hydropower)yang dijangka membantu menggerak dan memudahkan pembangunan industri-industri baru, meluaskan peluang pendidikan dan penyelidikan serta meningkatkan pembangunan prasarana.

Malah, sektor perumahan dan komersial juga akan diberi tumpuan dalam mempertingkatkan pendapatan dan keselesaan Kehidupan rakyat Sarawak.

Sementara itu, peluang pekerjaan dan latihan kemahiran untuk anak-anak muda juga telah dipertingkatkan dalam menjamin kemakmuran Rakyat Sarawak. Pelaksanaan initiatif –initiatif tersebut telah menghasilkan kejayaan yang besar dalam meningkatkan pendapatan negeri atau GDP, yang sekaligus memakmurkan negeri dan meningkatkan pendapatan per kapita rakyat Sarawak.

SUMBANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN KEPADA KEMAJUAN NEGERI DAN RAKYAT SARAWAK

Sejak tertubuhnya Malaysia, kerajaan Persekutuan telah banyak membantu kerajaan negeri dalam usaha membangunkan negeri Sarawak dan meningkatkan kualiti hidup rakyat Sarawak yang terdiri daraipada pelbagai keturunan.

Kerajaan Persekutuan memperuntukkan peruntukan yang agak besar dalam bajet Persekutuan untuk pembangunan Sarawak terutmanya pembangunan luar Bandar.Sebagai contoh RM3.8 billion diperuntukan dalam bajet 2011 untuk projek-projek pembangunan diSarawak.

Dengan strategi dan peruntukan kerajaan Persekutuan, negeri Sarawak telah Berjaya mengurangkan kadar kemiskinan daripada 64.4 % pada tahun 1976 kepada 37.3 % pada tahun 1984, 29 % pada thaun 1987 dan lebih kurang 7 % pada masa sekarang.

Malah kerajaan Persekutuan melaksanakan pelbagai program untuk mempastikan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Bandar dan luar Bandar dipertingkatkan.Antaranya:

· Program ‘Income Raising Programme’ dengan peruntukan RM115.64 juta (RMK9) untuk meningkatkan pendapatan bulanan kumpulan miskin tegar di Sarawak dan Sabah.

· Peruntukkan sejumlah RM37.79 juta disediakan untuk melaksanakan program latihan kemahiran dibawah Skill and Career Training Programme” bagi golongan miskin tegar.

· Peruntukan sejumlah RM682.44 juta dikhaskan dibawah Housing Aid Programme” untuk membina 24,221 unit rumah di Sarawak dan Sabah dalam jangka masa 2 tahun (2010- 2012 ).

· Pelbagai kemudahan yang disediakan dalam sektor pendidikan telah berjaya meningkatkan kadar kenal huruf (literacy rate) Sarawak daripada 30 % pada awal tahun 60’an kepada 85% pada tahun 2010.

· Projek pembangunan berteraskan konsep ‘agropolitan’ sebagai projek lonjakan mega dilancarkan sebagai strategi pembangunan tanah berintegrasi untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi di kawasan yang dikenalpasti sebagai kawasan yang didiamin oleh kumpulan miskin tegar.

· Peruntukan sejumlah RM 93 juta disediakan untuk projek Koridor Sarawak, SCORE,dalam bajet 2011.SCORE dibangunkan dalam wilayah tengah Sarawak — merangkumi kawasan Bintulu, Kapit, Sibu, Mukah dan Sarikei. Kawasan ini meliputi 57 peratus negeri sarawak, dan merupakan antara koridor pembangunan yang terbesar di dalam negara. SCORE menumpukan kepada pembangunan industri oleh pelabur dalam negeri dan luar Negara.

Projek Koridor Sarawak memfokuskan kepada 10 jenis industri seperti Industri berasaskan-petroleum dan gas; aluminium; keluli; kaca; minyak sawit; pembalakan; kejuruteraan marin; ternakan; serta perikanan dan akuakultur.

Industri yang bertapak di Koridor Sarawak dijangka akan mendatangkan impak ekonomi besar kepada Sarawak. Industri-industri ini juga aan menjadi asas untuk membangunkan industri-industri hilir dan sokongan yang lain. Projek ini juga dijangka akan membuka pelbagai peluang ekonomi, perdagangan dan pekerjaan kepada rakyat Sarawak dalam meningkatkan pendapatan mereka menjelang tahun 2020.

Sebanyak 1.6 juta peluang pekerjaan yang bernilai-tinggi, termasuk lebih 830,000 pekerjaan dijangka akan diwujudkan di seluruh negeri dan dalam industri-industri yang dilancar dalam kawasan ini.

Pembangunan industri yang bersifat ‘environment friendly’ dan penyediaan kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan air bersih, elektrik , jalan raya , perumahan dan peluang pekerjaan dalam masa tempoh 10 tahun akan datang, diharapkan akan mendorong rakyat Sarawak terus mengecapi kualiti hidup yang menakjubkan menjelang tahun 2020.

Dalam konteks sektor sosial pula, Kerajaan negeri didapati lebih menumpukan perhatian dalam sektor pendidikan dan kesihatan. Pelbagai projek dan program disediakan untuk membina institusi-institusi pelajaran dan pendidikan, termasuk kolej dan universiti.

Dalam sektor kesihatan pula, pelbagai projek dan program telah dijalankan untuk mendidik penduduk luar bandar mengenai kepentingan kesihatan , penyediaaan makanan dan peraturan kesihatan atau sanitation. Sebagai contoh, Program ‘Sejahtera Task Force (STF) yang meliputi 3 agensi kerajaan, iaitu jabatan pertanian, kesihatan dan pendidikan, telah berusaha mengatasi masalah kemiskinan dan kekurangan zat makanan di kalangan pendudukan yang tinggal di tebing sungei di Sarawak.

Projek ‘Applied Food & Nutrition Project (AFNP)’ juga dijalankan untuk menyedarkan kumpulan masyarakat di luar bandar terhadap penyediaan makanan yang berzat dan peraturan kesihatan baik .

PEMBANGUNAN KUALITI HIDUP MASYARAKAT DAYAK

Kumpulan masyarakat Dayak umumnya menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi berbentuk sara hidup seperti menanam padi, memburu, menangkap ikan, mengumpul makanan di hutan untuk menyara hidup kini melibatkan diri dalam aktiviti pertanian berbentuk kebun kecil dalam menghasil kopi, pepper dengan bantuan Jabatan pertanian.

Mulai tahun 1980’an, SALCRA dan LCDA yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri untuk membangunkan tanah NCR telah membantu menjadikan tanah untuk mendatangkan hasil ekonomi yang berpatutan dalam usaha mengubah kualiti hidup rakyat di luar Bandar secara amnya dan kaum Dayak secara khususnya.

Projek dan program pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan negeri di luar bandar sejak tahun 1963 telah banyak membantu penduduk luar bandar terutamanya komuniti Dayak mencapai pembangunan dan kemajuan yang mengagumkan.

MASA DEPAN YANG CEMERLANG BAGI RAKYAT BUMI KENYALANG

Walaupun prestasi keseluruhan ekonomi negeri Sarawak mengagumkan,kawasan pendalaman dan kumpulan masyarakat yang tinggal di luar bandar seperti di rumah panjang masih memerlukan bantuan maka kerajaan negeri terus menyediakan bantuan dan pertimbangan khas dalam rancangan-rancangan pembangunan kerajaan supaya mereka dapat keluar daripada lingkaran kemiskinan yang diwarisi daripada zaman penjajahan dinasti Rajah James Brooke.

Pelbagai kemudahan infrastruktur termasuk bekalan air bersih, jalan raya, elektrik dan perumahan akan disediakan untuk mengurangkan jurang perbezaan tahap kualiti hidup antara masyarakat bandar dan luar bandar malah antara kawasan di Sarawak.

Sehubungan ini, kerajaan Persekutuan dan Negeri Sarawak merangka dan melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk mengurangkan kadar kemiskinan dalam proses meningkatkan pendapatan di kalangan 2.5 juta penduduk luar bandar Sarawak, terutamanya dikalangan golongan yang dikenalpasti sebagai kumpulan miskin tegar.

Pelbagai projek,program pembangunan disediakan dalam Rancangan Malaysia Ke 10(RMK10) untuk membantu mempercepatkan pembangunan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat rakyat Sarawak, terutamnya penduduk luar Bandar. Antaranya:

  • Kerajaan akan membina 2,819 km di Sarawak yang akan memberi faedah kepada 3.3 juta penduduk. Kerajaan berharap agar sistem perhubungan dalam seluruh kawasan negeri Sarawak dapat diwujudkan sepenuhnya menjelang akhir Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

· Kerajaan juga sedang mempertimbangkan kaedah untuk memberi hak milik tanah kepada masyarakat Orang Asli dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak untuk membolehkan mereka membuat pertanian secara bersepadu.

· Kemudahan bekalan elektrik yang disediakan di Sarawak adalah 72.6% pada ketika ini (2010) dan akan diperluaskan kepada 99 % dalam tempoh RMK10.Kemudahan elektrik di kawasan luar bandar akan diperluaskan kepada 76,000 buah rumah di Sarawak.

· Pada tahun 2010 , bekalan air disediakan di Sarawak adalah 64% . Air bersih akan disalurkan ke hampir 99% untuk penduduk diluar bandar di Sarawak dalam tempoh RMK10.

· Peruntukan tambahan disediakan untuk meningkatkan kemudahan dan infrastruktur sekolah-sekolah di luar Bandar Sarawak.

· Peruntukan RM 25 juta disediakan untuk menggalakan rakyat Sarawak menyertai dalam projek pertanian bersepadu secara besar-besaran di Batang Ai dan Tanjung Manis untuk menghasilkan prodak yang berkualiti.

· Peruntukan sebanyak RM 135 disediakan untuk membina prasarana asas bagi menggalakkan petani Sarawak menyertai dalam projek-projek pertanian yang tinggi nilainya seperti swiftlet nests, aquaculture, seaweeds, ornamental fish, herbs dan spices.

· Sarawak dijangka mendapat peruntukan besar daripada jumlah peruntukan RM 400 juta yang disediakan untuk program Literacy dan Numeracy atau kenal huruf dan kemahiran mengira diseluruh negeri.

· Golongan terpinggir yang tinggal di kawasan pedalaman, terutamanya yang mendiami di rumah panjang di Sarawak akan diberi tumpuan dalam meningkatkan kualiti hidup mereka.

· Pelajar yang tercicir atau tidak bejaya melanjutkan pendidikan akan dilatih dengan peruntukan RM 150 juta yang disediakan untuk melatih 20,000 pelajar dalam Bajet 2011.

· Peruntukan RM 500 juta disediakan untuk menyediakan pinjaman kepada pekerja dan pelajar-pelajar yang terpaksa tamat pekerjaan dan pendidikan supaya dapat dilatih dan meningkatkan kemahiran.

· Nisbah guru siswazah di sekolah rendah ditingkatkan daripada 28 peratus kepada 60 peratus. Program pensiswazahan guru akan dipergiatkan. Bagi memperhebat kualiti guru prasekolah pula, syarat kelayakan pelantikan guru prasekolah akan ditingkatkan kepada Diploma dan Sarjana Muda.

· RM 637 juta disediakan untuk pembinaan 8 hospital, termasuk hospital-hospital pakar, 197 buah klinik, 156 klinik di luar bandar, 41 klinik kesihatan komuniti dan tambahan 50 klinik 1Malaysia DI SELURUH Malaysia termasuk Sarawak yang akan disiapkan dalam tempoh separuh pertama Rancangan RMK10.

· Pendapatan per kapita rakyat Malaysia dijangka melonjak kepada RM38,845.00 termasuk rakyat Malaysia menjelang tahun 2015.

· Memasti dan meluaskan penembusan jalur lebar 75 % menjelang tahun 2015.

· Peruntukan RM80 million disediakan untuk pekerja-pekerja yang kehilangan pekerjaan tanpa pampasan. RM 500 million untuk tujuan pinjaman kepada pekerja dan mereka yang sudah tamat pelajaran menjalani latihan dan peningkatan kemahiran.

· Kadar penembusan jalur lebar meningkat kepada 32% (2009). Jalur lebar akan diperluasakan sehingga 75% menjelang 2015.

· RM 2.7 billion untuk membina jalan dan landasan kereta api untuk menuju ke pelabuhan dan lapangan terbang.

· Peruntukan RM6.37 juta dikhaskan untuk membina 197 klinik baru di seluruh Malaysia termasuk Sarawak.

· RM2.4 billion untuk menaiktaraf balai-balai polis, perumahan dan memperbaiki karier anggota polis dalam menjamin keselamatan awam.

· Sejumlah 7,800 unit rumah murah akan dibina untuk mereka yang menerima gaji kurang daripada RM 2,500 sebulan.

· Peluang yang saksama kepada semua rakyat untuk sertai dalam pertumbuhan ekonomi.

· Akses pendidikan prasekolah (umur 4-5 tahun) diperluaskan 67.6% (2009).

· Kerajaan berkomited untuk meningkatkan punca pendapatan isi rumah 40% terendah tanpa mengira kaum,latarbelakang atau lokasi melalaui program bina pendapatan dan bina upaya kumpulan kurang bernasib baik.

· Sasaran untuk meningkatkan pendapatan isi rumah RM 1,440 (2009) kepada RM 2,300 (2015) sebulan.

· Klinik 1 Malaysia di bina di kawasan Bandar seperti klinik desa di luar Bandar.

· Sejumlah 1.6 bilion ringgit disediakan bagi pembinaan 80 buah sekolah baru serta 1,100 buah blok tambahan dan 347 projek gantian sekolah.

Sesungguhnya, Barisan Nasional yang mentadbir negeri Sarawak sejak merdeka telah berjaya menukar struktur ekonomi negeri Sarawak daripada ekonomi orientasi ekspot komoditi (perlombongan, pertanian dan kehutanan) kepada ekonomi pembuatan berteraskan industri teknologi berat (manufacturing and high-tech industries).

Sebagai contoh, pada tahun 1963 dan 1973, sektor komoditi utama seperti pertanian,kehutanan dan perlombongan menyumbang hampir 36 % kepada GDP Sarawak. Manakala, sejak tahun 1972, sektor perlombongan dan pembuatan pula menyumbang besar kepada GDP Sarawak. Kesannya, GDP Sarawak pada tahun 2005 meningkat daripada RM 9.9 bilion (1991) kepada RM 22.2 bilion. Per Kapita GDP Sarawak turut meningkat daripada RM 7,467 pada tahun 1990 kepada RM 21,260 pada tahun 2005.

Dengan itu, sektor industri pembuatan dan teknologi berat akan terus mainkan peranan penting dan genting dalam mengubah struktur ekonomi Sarawak di masa depan supaya kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Sarawak dapat terus terjamin dalam masa-masa akan datang.

PENDEKATAN BARU KEPIMPINAN NAJIB

Memandangkan Kerajaan kepimpinan Najib Tun Razak bertekad untuk membela kumpulan rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik tanpa mengira kaum dan etnik agar mereka dapat keluar daripada cengkaman dan lingkaran kemiskinan, masyarakat luar Bandar di Sarawak, termasuk kaum Dayak, akan terus diberi perhatian dan tumpuan, supaya mereka juga bersama-sama merasai hasil pembangunan pesat negara pada masa depan.

Kesungguhan, keikhlasan dan komitmen YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri dalam melaksanakan program pembangunan berteraskan Gagasan 1 Malaysia dijangka akan mendatangkan keseronokan dan kegembiraan kepada sebahagian besar rakyat Sarawak terutamanya penduduk di luar Bandar.

Kesungguhan, keikhlasan dan komitmen YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri dalam melaksanakan program pembangunan berteraskan Gagasan 1 Malaysia dijangka akan mendatangkan keseronokan dan kegembiraan kepada sebahagian besar rakyat Sarawak terutamanya penduduk di luar Bandar.

Walaupun negeri Sarawak mempunyai penduduk berjumlah 2.6 juta yang bertabur di seluruh negeri termasuk dalam 5,000 penempatan di luar bandar yang terletak dalam jarak yang agak jauh antara satu sama lain, kerajaan negeri berjanji akan terus melibatgandakan segala usaha dan tenaganya untuk membangunkan negeri Sarawak ,terutamnya penduduk diluar bandar sekiranya rakyat terus memberi sokongan yang padu kepada kerajaan supaya kerajaan dapat meneruskan agenda pembangunan yang telah ditetapkan oleh kepimpinan kerajaan BN ia itu mejadikan Sarawak sebagai sebuah negeri yang ‘berpendapatan tinggi’ dalam menjamin masa depan cemerlang bagi rakyat Sarawak.RAKYAT SARAWAK SAMBUT BAIK AGENDA PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI.





No comments: