Kita kini dilaporkan ada pihak yang cuba  menghasut rakyat Sabah dan Sarawak keluar
daripada Persekutuan Malaysia malah mengadakan referendum untuk mengetahui sama
ada rakyat Sabah dan Sarawak ingin keluar daripada Persekutuan Malaysia.  Adalah wajar kita  mengimbas  kembali sejarah pembentukan Malaysia sebelum
membincang hal-hal  yang berkaitan dengan
isu ini. 
Menurut Perkara
1(2) dalam Perlembagaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak  adalah merupakan negeri-negeri  yang sah dalam Persekutuan dan dengan itu
tidak boleh keluar dari Persekutuan . Malah 
langkah memisah Sabah daripada Malaysia adalah bertentangan  dengan 
Perkara 7 dalam senarai 
Perjanjian 20  perkara yang
menjadi asas pembentukan Malaysia.
Kumpulan yang
mendakwa bahawa  Semenanjung Malaysia
(Malaya) telah menakluki Sabah dan Sarawak 
perlu megimbas kembali 
senario  geo-politik paska Perang
Dunia kedua dan  perkembangan politik
seterusnya yang    mendorong  rakyat 
Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) ,Sabah dan Sarawak bersetuju
untuk   bersama  -sama 
membentuk  Malaysia berteraskan
konsep federalisme.
Tamatnya Perang
Dunia Kedua, Empayar British yang menguasai Singapura, Brunei , Borneo Utara
dan Sarawak bercadang untuk lakukan sesuatu 
dalam  menentukan hala tuju masa
depan negeri-negeri tersebut. Pegawai-Pegawai British yang pernah berkhidmat di
Sabah dan Sarawak mengeluarkan kenyataan bahawa keunduran kuasa British dari
rantau ini  akan mendedahkan Sabah dan
Sarawak kepada ancaman dari Cina, Indonesia dan Filipina malah akan menjadi
mangsa kepada ideologi komunisme yang sebar luas  ketika itu. Seorang pentadbir British pernah
menyatakan bahawa “If the British moved
out, it was likely that both North Borneo and Sarawak would not survive as
viable states on their own and the political vacuum would inevitably invite
intervention for these neighbouring powers”.
Dengan
laterbelakang geo-politik inilah Tunku Abdul Rahman pada  27 Mei 1961, selaku Perdana Menteri
Persekutuan Tanah Melayu ,membayangkan bahawa ada kemungkinan  besar Persekutuan Tanah Melayu,  Singapura, Brunei , Borneo Utara dan
Sarawak  akan bersatu dalam satu Gagasan
yang lebih besar untuk menjamin keselamatan dan pembangunan ekonomi  rantau ini.
Pihak British, yang
menjajah negeri-negeri  seperti Singapura
, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak sambut baik 
 ide Tunku dan seterusnya  bersetuju menubuhkan  Suruhanjaya Cobbold pada 16.1.1962 , yang
diketuai oleh bekas Gabenor Bank England, Lord Cobbold, untuk  mengkaji 
pendapat awam  rakyat Sabah dan
Sarawak  mengenai sama ada  rakyat di kedua-dua negeri tersebut bersetuju
atau tidak untuk  bersama Persekutuan
Tanah Melayu menubuhkan Malaysia.  
Suruhanjaya Cobbold dilaporkan bertemu  hampir 4,000 orang rakyat Sabah dan Sarawak
secara langsung dan menerima   2,200
surat dan memorandum  daripada
parti-parti politik, ahli-ahli mesyuarat kerajaan dan undangan,
pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin-pemimpin  kaum, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan
sekerja dan orang ramai .  Hasil kajian
menunjukkan hampir  80% penduduk Sabah
dan Sarawak  bersetuju dan menyokong  cadangan untuk bersama  Persekutuan Tanah Melayu menubuh Malaysia. 
Namun, pemimpin-pemimpin yang mewakili  rakyat Sabah dan Sarawak mencadang agar Kerajaan Persekutuan Malaysia  yang bakal ditubuhkan  perlu mengambil kira  hak dan kepentingan-kepentingan rakyat Sabah
dan Sarawak, terutamanya kaum pribumi Sabah dan Sarawak  dalam merangka Perlembagaan yang akan menjadi
asas dan teras pembentukan Malaysia. 
Maka dengan itu,  Suruhanjaya Cobbold
yang dipertanggungjawabkan oleh British terhadap  pembentukan Malaysia engesyorkan  agar 
Perlembagaan Persekjutuan Tanah Melayu yang disediakan pada tahun 1957
dijadikan sebagai asas bagi membentuk Perlembagaan Malaysia   dengan beberapa pindaan dan memasukkan
beberapa perkara yang melibatkan kepentingan 
rakyat negeri Sabah dan Sarawak.                                                   
.
Cadangan Suruhanjaya Cobbold diatas diterima baik oleh pemimpin-pemimpin yang mewakili rakyat Sabah dan Sarawak dan dengan itu mereka bersetuju menyediakan satu laporan khas yang mengandungi beberapa tuntutan untuk dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia agar kepen tingan rakyat Sabah dan Sarawak terjamin. Beberapa kumpulan yang mewakili rakyat Sabah dan Sarawak , termasuk parti-parti politik seperti USNO, UNKO United Party, Demokratik Parti dan United Pasok Momogun Organisation telah menyediakan beberapa memorandam dan sebahagian besar tuntutannya berkisar kepada hal-hal kebebasan ugama, Bahasa, migrasi dan lain-lain kepentingan khas kaum pribumi Sabah dan Sarawak.
Cadangan Suruhanjaya Cobbold diatas diterima baik oleh pemimpin-pemimpin yang mewakili rakyat Sabah dan Sarawak dan dengan itu mereka bersetuju menyediakan satu laporan khas yang mengandungi beberapa tuntutan untuk dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia agar kepen tingan rakyat Sabah dan Sarawak terjamin. Beberapa kumpulan yang mewakili rakyat Sabah dan Sarawak , termasuk parti-parti politik seperti USNO, UNKO United Party, Demokratik Parti dan United Pasok Momogun Organisation telah menyediakan beberapa memorandam dan sebahagian besar tuntutannya berkisar kepada hal-hal kebebasan ugama, Bahasa, migrasi dan lain-lain kepentingan khas kaum pribumi Sabah dan Sarawak.
Sehubungan ini, Sabah menyediakan  20 usul dan 
Sarawak pula menyediakan  18 usul
untuk dipertimbangkan oleh satu Jawatankuasa antara Kerajaan atau  Inter
Governmental Committee atau Lansdowne
Committee,1963 ( IGC) yang ditubuh khas untuk mengkaji usul-usul
daripada  negeri Sabah dan Sarawk.  Usul –usul tersebut dengan jelas menyatakan
rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju 
bersama  dengan Persekutuan Tanah
Melayu dalam membentuk  sebuah
negara  yang dirujuk sebagai ‘Malaysia’.
Usul-usul rakyat Sabah dan Sarawak kini dirujuk sebagai Tuntutan 20 Perkara
bagi Sabah dan 18 Perkara bagi Sarawak. Dengan penerimaan dan persetujuan
tuntutan rakyat Sabah dan Sarawak, maka terbentuklah Persekutuan  Malaysia  pada 16 
September 1963. 
Perlu ditegaskan bahawa Malaysia ditubuhkan
berdasarkan kepada sistem pentadbiran federalism. Umumnya, ‘Federalisme’
membawa maksud  beberapa negeri bergabung
dibawah sebuah kerajaan pusat. Federalisme membawa pengertian bahawa beberapa
negeri yang berautonomi bersatu dibawah sebuah kerajaan pusat dan kuasa
pentadbiranya berdasarkan kepada  satu
Perlembagaan.  Jadi, Malaysia ditubuhkan
sebagai sebuah negera yang bertunjangkan prinsip federalisme dimana
ahli-ahlinya dapat mengekalkan  jati
diri, identiti dan autonomi  kerajaan
negeri masing-masing.  
Sebahagian besar
perkara-perkara  yang terkandung
dalam  perjanjian 20 perkara telahpun
dimasukkan atau diterapkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan sebahagian nya
sedang dilaksanakan  oleh kerajaan
Persekutuan dengan kerjasama Kerajaan Negeri masing-masing mengikut
kemampuannya.  Hak dan
kuasa Negeri Sabah dan Sarawak juga didapati 
dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan agar menjadi asas pentadbiran
kerajaan Persekutuan Malaysia.
Salah satu tuntutan
yang penting yang menjadi asas untuk rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju
membentuk Malaysia adalah tuntutan menjamin hak istimewa kaum pribumi Sabah dan
Sarawak. Tuntutan penting ini 
didapati  termaktub dalam Perkara
153 (1) Perlembagaan Persekutuan. 
Perkara 153(1) menyebut “Menjadi tanggung jawab Yang di-Pertuan Agong
untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana
Negeri Sabah dan Sarawak”. Dengan ini jelas bahawa hak kaum pribumi Sabah dan
Sarawak terjamin dalam Perlembagaan. Pada masa yang sama, lain-lain
tuntutan dan harapan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai hak dan kuasa negeri
pula dimasukkan dalam beberapa Perkara, Bahagian dan Jadual dalam Perlembagaan
Persekutuan Malaysia.
Perkara 110 dan Jadual
10 Perlembagaan Persekutuan membenarkan 
negeri  Sabah dan Sarawak kutip
hasil  untuk negeri . Perkara 112 B, 112
C,112 D ,Jadual  10, PT.V  meletakkan Sabah dan Sarawak dalam  satu kedudukan istimewa  dalam konteks dasar  fiscal 
(kewangan) . Sabah dan Sarawak, tidak seperti lain-lain negeri dalam
Persekutuan Malaysia,  dibenarkan  kutip 
hasil untuk khazanah negeri masing-masing  seperti hasi 
Impot and excise duty  atas
prodak  petroleum, hasil  hutan dan kayu balak dan  hasil daripada pelabuhan  dan beberapa prodak sumber asli.  Pada  keseluruhannya,
 Perlembagaan Persekutuan Malaysia
didapati tidak abaikan tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh rakyat Sabah dan
Sarawak semasa Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963. 
Dalam pada itu, rakyat Sarawak
didapati amat puas hati dengan pelaksanaan tuntutan –tuntutan mereka. Disebaliknya,
terdapat beberapa kumpulan di Sabah melontarkan pelbagai dakwaan bahawa
kerajaan pusat abaikan 20 perkara yang dikemukakan oleh rakyat Sabah sebagai syarat
untuk   bersama Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia.
Apabila kita meneliti Perlembagaan Persekutuan, didapati roh dan semangat 20
Perkara  menyerlah dalam pelbagai
Perkara, Bahagian dan Jadual dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Tuntutan
20 Perkara rakyat Sabah adalah seperti berikut: 
PERJANJIAN
DUA PULUH (20) PERKARA : 
Perkara 1:  Agama
Tiada bantahan
terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia.
Perkara 2: Bahasa
Bahasa Melayu harus
dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan.
Perkara 3: Perlembagaan
Perlembagaan
Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk Perlembagaan Malaysia,
Perkara 4: Ketua
Persekutuan
Ketua (Yang Di Pertua
Negara) Borneo Utara tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan.
Perkara 5: Nama Persekutuan
"Malaysia" 
Perkara 6: Imigresen
Kawalan ke atas
penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak di
bawah kuasa kerajaan Persekutuan tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya
juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri.
Perkara 7: Hak Menarik Diri
Hak untuk memisah atau menarik diri dari
Persekutuan seharusnya tidak ada.
Perkara 8: Borneonisasi
Proses untuk melantik
orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam negeri Borneo Utara seharusnya
diwujudkan secepat mungkin.
Perkara 9: Pegawai-pegawai British
Segala usaha harus
dibuat untuk menggalakkan pegawai-pegawai Birtish untuk meneruskan perkhidmatan
mereka dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti dengan
orang  tempatan yang berkelayakan.
Perkara 10: Kewarganegaraan
Tertakluk kepada
pindaan berikut, Perenggan 148(k) cadangan dalam Laporan Cobbold seharusnya
menentukan hak kewarganegaraan penduduk Borneo Utara di dalam
Persekutuan :
Perkara 11: Cukai dan kewangan
Borneo Utara
seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan, dan cukai
sendiri.
Perkara 12: Kedudukan khas bangsa asli/bumiputera Borneo Utara
Pada prinsipnya bangsa
asli Borneo Utara seharusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang diberikan
kepada bangsa Melayu di Malaya,
Perkara 13: Kerajaan Negeri
Ketua Menteri harus
dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan. Borneo Utara seharusnya
mempunyai suatu sistem kementerian yang sesuai.
Perkara 14: Jangkamasa Peralihan
Sepatutnya tujuh tahun
dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti diberikan kepada Kerajaan Borneo
Utara mengikut perlembagaan dan tidak dipengaruhi oleh kerajaan persekutuan.
Perkara 15: Pelajaran
Sistem pelajaran
Borneo Utara yang wujud sekarang harus diteruskan dan dengan itu ia harus
diletakkan di bawah kawalan kerajaan negeri.
Perkara 16: Perlindungan kepada Perlembagaan
Tidak ada sebarang
pindaan, perubahan atau pembatalan dapat dilakukan oleh Kerajaan Pusat kepada
perlindungan-perlindungan yang diberikan khas kepada Borneo Utara tanpa
persetujuan kerajaan Borneo Utara. .
Perkara 17: Perwakilan dalam Parlimen Persekutuan
Ini sepatutnya bukan
hanya bergantung kepada jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga kepada
keluasan dan keupayaannya.
Perkara 18: Nama Ketua
Negeri
Perkara 19: Nama Negeri
Sabah.
Perkara 20: Tanah, hutan, kerajaan tempatan dan lain-lain
Perkara dalam
Perlembagaan Persekutuan mengenai kuasa Majlis Tanah Persekutuan tidak harus
melibatkan Borneo Utara. Seperti itu juga, Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan
tidak harus melibatkan Borneo Utara.
Sejak terbentuknya
Malaysia, khususnya sejak Rancangan Malaysia ke dua dilancarkan pada tahun
1971, banyak program pembangunan telah dijalankan untuk meningkatkan kualiti
hidup Rakyat  Sabah dan Sarawak.Tidak
dapat dinafikan bahawa dalam masa lima puluh satu tahun yang lepas,  kualiti hidup rakyat Sabah dan Sarawak
berjaya  dipertingkatkan ke tahap yang
hampir sama dengan kualiti hidup rakyat di Semenanjung. Walaupun kedudukan
demografi dan geografi Sabah dan Sarawak yang unik serta   rakyatnya tinggal bertabur berselerak di
kawasan pendalaman menjadi satu cabaran kepada kerajaan dalam merancang pelan
pembangunan, program-program pembangunan yang dilaksanakan dapat mengurangkan
kadar  kemiskinan Sabah dan Sarawak.
Kadar kemiskinan Sabah dapat diturunkan 
daripada 70 % pada tahun 1970 kepada 
paras  16 % pada tahun 2007 dan ke
paras  8 .1 % pada tahun 2013. Kadar
pengganguran pula dapat  diturunkan
kepada  kadar 5.2 % (2013).
Dalam konteks
pembangunan ekonominya,  KDNK atau GDP
Sabah telah meningkat daripada RM 602 
juta pada awal tertubuhnya Malaysia (1967) kepada RM 44.4 bilion pada
tahun 2013  iaitu peningkatan hampir 74
kali ganda. Pendapatan Per Kapita Sabah telah meningkat daripada RM 1,770 pada
tahun 1970 kepada RM 19,,010 (2013). Jumlah rakyat yang berkerja juga telah
meningkat dari 38,000 ribu pada tahun 1970 kepada 1.5 juta pada tahun 2013.
Menurut kajian Bah.
Analisa Cukai, Bah.Pengurusan Belanjawan, Kementerian Kewangan Malaysia,
kerajaan pusat memberi peruntukan besar kepada negeri Sabah (RM 4.376 bilion)
berbanding dengan negeri-negeri lain. Anggaran pembangunan  Sabah bagi tahun 2014   adalah RM 1200.3 juta. Daripada jumlah ini,
kerajaan negeri sedia RM 838.43 juta (69.8 %) dan kerajaan pusat pula menyedia
RM361.87 juta (30.2 %) .  Sumbangan
kerajaan pusat secara langsung kepada 
jabatan –jabatan kerajaan persekutuan di Sabah pula didapati  mencecah RM 1,047 juta bagi  tahun 2013. 
Kerajaan pusat juga di kesan 
memperuntukkan RM 2.049 bilion dalam bajet 2014 untuk menjalankan
program pembangunan dan kesejahteraan rakyat 
Sabah dan Sarawak. Aliran 
peruntukan sejumlah besar seperti 
ini kepada Sabah dijangka akan berterusan termasuk bayaran tunai sebanyak
5%  daripada nilai petroleum yang
dijumpai dalam negeri seperti termaktub dalam Perjanjian Akta Kemajuan Petroleum
1974. 
Berhubung dengan
pembangunan sosial pula, Sabah diperuntukkan kuasa dan hak-hak tersendiri dalam
Perlembagaan Persekutuan untuk membela dan melindungi kepentian rakyat Sabah
terutamanya dalam memelihara adat resam, budaya 
dan agama masyarakat Sabah. Sabah juga dibenarkan teruskan dengan
mahkamah, undang-undang pribumi malah Mahkamah Persekutuan (Sivil)  yang berasingan daripada Mahkamah Persekutuan
Malaya di Pusat. Perlantikan Ketua Hakim bagi Negeri Sabah dan Sarawak juga
disyaratkan perlu dirunding dengan Ketua Menteri negeri masing-masing.  
Dengan demikian,
rakyat Sabah tidak harus terpengaruh dengan slogan-sogan dan desakan –desakan
yang mengesa Sabah keluar dari Persekutuan Malaysia atau terpengaruh dengan
suara sumbang untuk adakan referendum. Dakyah mengesa  Sabah memisah daripada  Persekutuan Malaysia adalah satu tuntutan bertentangan
dengan Perlembagaan Malaysia dan Perjanjian 20 Perkara yang dipersetujui
bersama untuk membentuk Malaysia.  
Rakyat Sabah perlu
diingatkan agar jangan menggadai keselamatan, kemakmuran, kesejahteraan dan
kualiti  hidup yang dinikmati sejak
terbentuknya  Malaysia  untuk memenuhi agenda politik seseorang
individu atau kumpulan yang lebih mementingkan kepentingan politik diri
daripada kepentingan keseluruhan rakyat Sabah. Majoriti rakyat Sabah dan
Sarawak  dengan nyatanya  menzahirkan rasa amat puas hati dan bershukur
kerana dapat menganggotai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963  kerana Sabah dan Sarawak kini dilimpah dengan
pembangunan dan kemajuan yang amat memperangsangkan.
 

No comments:
Post a Comment