LID di Pulau Legenda Langkawi telah selesai dianjurkan.Keseluruhan perbincangan LID adalah memfokuskan kepada agenda membasmi kemiskinan. Negara-negara rakan persidangan LID secara amnya dan negara-negara Afrika secara khususnya kagum dengan kejayaan Malaysia.Namun, saya terdengar bisikan bahawa LID kali ini kurang ...hebat...kerana penyertaan daripada luar negara adalah didapati semakin berkurangan.Ada yang menyatakan LID adalah semata-mata satu exercise PR dan tidak lebih daripada itu!
Ketua negara dan Pemimpin kerajaan yang menghadiri LID melahirkan pendapat bahawa mereka ingin berkongsi pengalaman Malaysia dalam usaha membasmi kemiskinan .Saya merasa bangga kerana menjadi warga sebuah negara yang menjadi role model pembangunan kepada kebanyakan negara-negara yang sedang membangun.
Namun, kerajaan tidak harus merasa complacent atau puas hati dengan kejayaan menurun angka statistik kadar kemiskinan daripada 50% kepada hampir 5% . Kejayaan ini bukanlah datang mengolek atau tersendiri. Tidaklah keterlaluan sekiranya buat rumusan bahawa faktor kemuafakatan dan stabiliti politik yang terlahir dikalangan rakyat berbilang kaum sejak Merdeka merupakan kunci utama kejayaan tersebut.
Usaha membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum,etnik, agama dan wilayah perlu diteruskan dan dipertingkatkan pada masa-masa akan datang. Masyarakat di pinggir bandar, setingan, kampung, ladang-ladang perlu terus diberi bantuan dan sokongan kerajaan supaya kumpulan tersebut dapat melepaskan diri daripada putaran kemiskinan. Bilangan besar rakyat Malaysia masih tertinggal atau tidak menikmati kesan kemajuan yang dicapai sehingga sekarang.
Dalam pada itu, usaha meneruskan perjuangan membasmi kemiskinan dikalangan masyarakat majmuk memerlukan pemimpin dan pelaksana pelan pembangunan yang berkaliber dan berinovatif kerana persekitan dunia kini sudah berubah berbanding dengan lima puluh tahun yang dahulu. Malah, kita sudah menjadi warga era globalisasi yang mencabar. Pemimpin dan pelaksana program pembangunan yang jumud pemikiran sudah tentu tidak dapat membantu menjayakan matlamat Malaysia menjadi model negara yang progresif dengan acuan tersendiri.
Dalam hubungan ini, saya amat bersetuju dengan pendapt yang diutarakan oleh YM Dr. Raja Nazrin Shah, Raja Muda Perak, bahawa pada dewasa ini Malaysia memerlukan pemimpin dan kerajaan yang mampu memfokuskan kepada perkara-perkara seperti 'civil society' dan 'social justice'. Masyarakat yang berakhlak,beradab, berjiwa bebas bersuara pendapat dan pemikiran, dan membenci rasuah serta mengamal budaya urus tadbir yang terbaik (good governance) harus menjadi tunjang Masyarakat Malaysia di masa-masa akan datang.
Justeru, perlu diingatkan bahawa slogan atau tagline 'Malaysia..truly Asia' tidak harus menjadi selling point atau kaedah tarikan dalam puiblisiti dan pemasaran imej Malaysia di luar, malah harus menjadi kenyataan atau realiti. Barulah Malaysia boleh dianggap sebagai 'role model 'dalam erti kata yang sebenar. Kotakan apa yang dikatakan harus menjadi budaya para pemimpin kerajaan di masa-masa akan datang!
Apa pandangan saudara? What you say?
Wednesday, August 8, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)