Sunday, May 9, 2010

PILIHAN RAYA KECIL P. 212 SIBU MENGHADAPI PERTANDINGAN TIGA PENJURU

Pilihan Raya Kecil P. 212 Sibu menghadapi pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional, Robert Lau (SUPP), calon Pakatan Rakyat,Wong Ho Leng (DAP ) dan Narawi Haron (Bebas). Jumlah daftar pengundi yang layak mengundi bagi kerusi parlimen Sibu adalah seramai 54,695 pengundi .Mereka terdiri daripada 36,389 ( 66.7%) pengundi Cina, 12,050 (22.1%) pengundi Iban dan 5,740 (10.5%) pengundi Melayu. Peratusan pengundi ini jelas menunjukkan majoriti pengundi di sini adalah pengundi Cina. Faktor ini mungkin menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) meletakkan seorang calon keturunan Cina sebagai calon untuk menawan kerusi parlimen Sibu.

Kawasan parlimen Sibu adalah merupakan sebuah kubu Barisan Nasional (BN) sejak lima penggal yang lepas.Pengundi Sibu juga dikatakan amat berpuas hati dengan perkhidmatan Datuk Robert Lau yang bersungguh-sungguh dalam membawa pembangunan kepada kawasan parlimen Sibu. Datukl Robert Lau memang merancang untuk menjalankan pelbagai projek dan program untuk membangunakan bandar Sibu malah meningkatkan lagi kualiti hidup masyarakat berbilang keturunan dan etnik di kawasan parlimen Sibu. Pelaksanaan program dan projek pembangunan yang dirancang oleh Datuk Robert Lau memerlukan peruntukan besar yang hanya mampu disediakan oleh Kerajaan Persekutuan.

Namun, Datuk Robert Lau yang mewakili BN dan memegang jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan dalam kerajaan Persekutuan telah meninggal dunia tiba-tiba dan segala perancangan pembangunan Sibu oleh Datuk Rober Lau Sibu perlu ditanggung oleh bakal wakil Rakyat yang akan dipilih dalam PRK pada 16 Mei 2010 nanti.

Sehubungan ini, pengundi Sibu perlu bijak dalam membuat keputusan memilih calon dalam PRK nanti kerana wakil rakyat yang dipilih nanti perlu meneruskan segala perancangan pembangunan yang ditinggalkan oleh mendiang Datul Robert Lau. Sekiranya tidak, maka penduduk Sibu lah akan mengalami kerugian dalam konteks pembangunan.

Persoalannya siapakah yang lebih mampu untuk melaksanakan projek-projek dan program pembangunan yang dirancang oleh mendiang Datuk Robert Lau? Siapakah mampu mendapat bantuan dan peruntukan berjuta-juta ringgit daripada kerajaan negeri dan persekutuan untuk menjalankan projek-projek pembangunan di kawasan Sibu? Pengundi P.212 Sibu perlu mengambilkira dua persoalan tersebut sebelum membuat keputusan pada hari mengundi pada 16 Mei 2010.

Tinjauan dikalangan pengundi Sibu menunjukkan bahawa mereka inginkan segala program dan perancangan pembangunan yang diusahakan oleh Datuk Robert Lau diteruskan. Mereka juga kelihatan tidak mudah dipengaruhi oleh sentimen perkauman Cina yang dibawa oleh DAP dan slogan-slogan politik yang didendangkan oleh pihak Pakatan Rakyat terutamanya PKR dan DAP.

Pemimpin DAP mengutarakan slogan 'A Greater Malaysia'. Manakala, DAP mengutarakan dua slogan iaitu, Saudara Lim Kit Siang mengutarakan slogan ' Save Malaysia ' dan anaknya Lim Guan Eng mengutarakan slogan ' Middle Malaysia'. Pengundi Sibu dicurahkan dengan pelbagai slogan -slogan politik oleh Pakatan Rakyat yang disertai oleh 3 parti iaitu DAP,PKR dan PAS.

Manakala, BN yang terdiri daripada 14 buah parti didapati bersatu dalam mengutarakan hanya satu slogan sahaja iaitu ' 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Dalam konteks ini, pengundi Sibu yang majoritinya pengundi Cina kurang memberi perhatian kepada slogan-slogan politik yang dimajukan oleh PR ataupun BN. Mereka lebih mementingkan cara hidup mereka di Bandar Sibu. Mereka dilihat kurang ambil tahu atau kisah tentang perkembangan dan pergolakan politik di semenanjung. Pengundi Sibu yang tetap bersama BN bagi lima penggal yang lepas juga kelihatan masih kuat sokongannya terhadap BN. Pengundi Sibu kelihatan tidak dipengaruhi dengan slogan-slogan atau dakwaan -dakwaan politik yang diajukan oleh PR,malah kelihatan tidak tergoyah kepercayaan mereka terhadap kemampuan BN membawa pembangunan kepada Bandar dan penduduk Sibu.

Pengundi Sibu juga didapati bersama BN semasa gelombang tsumani politik menukar corak landskap politik di semenanjung Malaysia pada Pilihan Raya Umum Ke 12 tahun 2008.

Dalam pada itu, satu persoalan yang mungkin menjadi tanda tanya kepada pengundi Sibu adalah kenapa DAP yang berkali-kali gagal memenangi Pulau Pinang dengan sokongan majoriti pengundi Cina di situ tidak menunaikan janji-janji kepada pengundi bukan Cina yang banyak membantu DAP memenangi dan membentuk kerajaan negeri menguasai Pulau Pinang apabila pengundi India memihak parti PKR,DAP dan PAS dalam PRU 12. Namun, DAP yang menjaguhkan slogan-slogan seperti 'Greater Malaysia dan Keadilan Untuk Semua' menepikan kepentingan masyarakat bukan Cina di Pulau Pinang.
Kerajaan Pakatan Rakyat Nnegeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP tidak melantik seorang bukan Cina sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang? Janji-janji Anwar Ibrahim selaku Pemimpin PR kepada penduduk India Kampong Buah Pala tidak ditunaikan oleh Lim Guan Eng selaku ketua Menteri Pulau Pinang mewakili DAP.Malah penduduk Kampong Buah Pala diusir dengan kejam daripada kampong halamnya di bawah pentadbiran DAP!

Memandangkan pergolakan politik semasa di Bumi Kenyalang Sarawak, terutamnya di kawasan Sibu, ramai penganalisis politik menjangka BN akan menjuarai PRK Sibu dengan majoriti lebih kurang 2,000 undi pada 16 Mei 2010.

Tuesday, May 4, 2010

KEPUTUSAN PRK HULU SELANGOR MENCORAKKAN HALA TUJU BARU BN

Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor merupakan satu pertandingan untuk menguji sama ada rakyat bersama YAB Dato' Seri Najib Tun Razak -BN menerima Gagasan 1Malaysdia ataupun bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim –PR menolak Gagasan 1Malaysia. Rakyat berbilang kaum membuat keputusan dalam PRK Hulu Selangor bahawa mereka menyokong PM Najib sekaligus Gagasan 1Malaysia dan menolak parti Pakatan Rakyat kepimpinan Anwar Ibrahim.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen PO94 Hulu Selangor adalah PRK yang ke 10 selepas pilihan raya umum ke 12 (PRU12) yang diadakan pada 8 Mac 2008. Sebelum PRK parlimen Hulu Selangor, BN dan PR telah bertarung dalam 9 PRK termasuk PRK Parlimen P.44 Permatang Pauh, Parlimen P.36 Kuala Terangganu, Parlimen P.59 Bukit Gantang, Dewan Undangan Negeri (DUN) N.25 Bukit Selambau, DUN N.29 Batang Air, DUN N.12 Penanti, DUN N.41 Manek Urai, DUN N.11 Permatang Pasir, DUN N.31 Bagan Pinang .Dlam 10 PRK tersebut, BN hanya menang 2 PRK iaitu DUN N.29 Batang Air di negeri Sabah dan DUN N.31 Bagan Pinang di Negeri Sembilan. Kemenangan PRK P094 parlimen Hulu Selangor adalah kemenangan yang ketiga bagi BN dalam siri PRK sejak PRU12.

Calon BN, P.Kamalanathan (MIC) mendapat
24,997 undi, manakala calon PR, Zaid Ibrahim (PKR) mendapat 23,272 undi. BN menang dengan majoriti 1725 undi. Calon PKR menang kerusi ini dengan majoriti 198 undi dalam PRU12.

Keputusan pilihan raya kecil (PRK) parlimen yang berlangsung pada 25.4.2010 jelas menujukkan
rakyat berbilang kaum dan keturunan tidak lagi sanggup percaya pada dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat terhadap BN. Malah, sebahagian besar pengundi Hulu Selangor tidak yakin terhadap kebolehan kepimpinan Pakatan Rakyat kerana kerajaan PR tidak mampu deliver atau menyampai perkhidmatan yang dijanjikan kepada rakyat. dalamm PRU12. Di sebaliknya, rakyat lebih percaya, dan yakin ,malah menerima kepimpinan YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak yang memajukan Gagasan 1 Malaysia.

Dalam menghadapi PRK Hulu Selangor, Najib turun padang melawan calon Pakatan Rakyat, Dato’ Zaid Ibrahim, hanya dengan
baju besi Gagasn 1Malaysia. Manakala, Pakatan Rakyat masuk gelanggang dengan seorang calon yang umumnya dianggap sebagai gergasi politik atau heavy weight. Akhirnya, calon gergasi politik daripada Pakatan Rakyat tewas di tangan calon BN yang umumnya di anggap sebagai light weight. Apakah rahsia kemenangan BN dalam PRK Hulu Selangor?


Pelbagai faktor disebut-sebut sebagai faktor-faktor yang menyumbang kepada kemenangan BN dalam PRK Hulu Selangor. Antara faktor utama yang menyumbangkankan kepada kemenangan calon BN dalam PRK Hulu Selangor adalah faktor ‘
penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Najib yang bersandarkan 1Malaysia’’. Ramai pundit politik bersetuju bahawa nilai keiklasan, kejujuran dan komitmen yang menyerlah dalam ucapan dan tindakan PM Najib pada akhir-akhir ini t didapati berjaya memikat hati sebahagian besar pengundi di Hulu Selangor. Pendirian tegas PM Najib untuk membantu rakyat tanpa mengira kaum, terutamanya rakyat yang menganggap mereka telah tertinggal belakang atau terpinggir dalam arus perdana pembangunan negara dikesan memujuk sebahagian besar pengundi tua dan muda, lelaki dan wanita yang bertabur di kebanyakan Daerah Mengundi parlimen Hulu Selangor . Prinsip ‘ 'mengkotakan apa yang di katakan’ yang di amalkan oleh pentadbiran Najib sejak Najib mengambil alih teraju kepimpinan negara telah menjadi mantra bagi memukau dan memikat hati dan minda sebahagian besar pengundi Hulu Selangor menyokong BN.

TREND PENINGKATAN

SOKONGAN BN

Daerah Mengundi

PRU12

PRK2010


Hulu Selangor

Hulu Selangor

Ldg.Kerling

259

270

Tmn.Bunga Raya

423

608

Sg.Choh

591

722

Bandar K.K.Baru

638

766

Ladang Kerling

799

742

Ladang Nigel Gardener

379

368

Felda Gedangsa

865

957

Tmn.Bukit Terai

591

722

Batang Kali

901

1274

Ladang Escot

145

485


Di samping itu, faktor kekecewaan rakyat terhadap kerajaan
Pakatan Rakyat juga dilihat sebagai faktor yang menyebabkan mereka menyokong BN. Rakyat dilaporkan kecewa kerana hampir 22 janji-janji yang terkandung dalam Manifesto Pilihan Raya PRU12 gagal ditunaikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang terbentuk selepas PRU12 di negeri Selangor. Malah, kegagalan menunaikan janji-janji kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Pulau Pinang, terutamanya kepimpinan DAP kepada rakyat Pulau Pinang, juga di katakan mendotrong pengundi India menyokong BN. Pengundi India yang menyokong Pakatan Rakyat dalam PRU12 kerana dipengaruhi oleh gelombang HINDRAF juga di dapati kecewa dengan kerajaan DAP kepimpinan Lim Guan Eng . Lim Guan Eng selaku pemimpin utama DAP gagal menunaikan janji-janji kepada penduduk Kampong Buah Pala di Pulau Pinang , malah mengusir penduduk Kampong Buah Pala dari kampong halaman mereka dengan kejam.

Walaupun calon PKR, Zaid Ibrahim, mendapat sambutan hebat di kalangan pengundi Hulu Selangor pada peringkat awalnya kempen politik PRK Hulu Selangor, pada saat-saat akhir pengundi mula memesong dan menumpukan perhatiannya kepada PM Najib apabila beliau mengadakan
lawatan mesra pada hari-hari akhir kempen di Hulu Selangor.

Pengundi di Hulu Selangor juga dilaporkan menyambut baik lawatan mesra Najib dan juga tokoh-tokoh politik Pakatan Rakyat, termasuk Tok Guru Nik Aziz, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang ke kawasan kediaman mereka. Namun, tinjauan menunjukkan pengundi lebih tertarik dengan ucapan Najib berbanding dengan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang atau Nik Aziz kerana ucapan pemimpin-pemimpin parti PKR didapati kurang
substance malah PR didapati masih mengulangi dakwaan –dakwaan lama terhadap Najib dan pentadbirannya.

Di sebaliknya, ucapan PM Najib di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung yang majoritinya pengundi Melayu dan Pekan Kalumpang yang majoritinya pengundi Cina dilaporkan mendapat sambutan yang memperangsangkan.

Begitu juga, ucapan YB Dato’ Seri Utama Dr.Rais Yatim, jaguh Gagasan 1Malaysia, menerima sambutan hebat daripada pengundi India. Kehadiran dan tepukan gemuruh oleh beribu-ribu orang yang hadiri dalam perhimpunan-perhimpunan yang disertai oleh PM Najib dikesan telah diterjemahkan dalam undi yang dibuangkan pada hari mengundi di kebanyakan Daerah Mengundi pada 25 April 2010 .

Memandangkan Parlimen Hulu Selangor merupakan satu kawasan pengundi campuran yang terdiri daripada 53.9% pengundi Melayu, 26.7% pengundi Cina dan 19% pengundi India, kemenangan BN dalam PRK Hulu Selangor ini adalah dianggap signifikan dan sangat penting kerana ianya dianggap sebagai kayu ukuran dalam mengambarkan penerimaan rakyat pelbagai kaum terhadap Gagasan 1Malaysia.

Kedudukan majoriti pengundi Melayu telah mendorong UMNO menuntut kerusi parlimen tersebut pada awalnya. Sebahagian besar pengundi Melayu juga berpendapat bahawa kerusi Hulu Selangor patut ditandingi oleh seorang calon BN dari kaum Melayu. Namun, PM Najib yang mendukung prinsip menghormati kesefahaman terdahulu antara parti-parti komponan BN, termasuk MIC, sanggup meletakkan seorang keturuan India daripada MIC sebagai calon BN. Faktor ini juga dikesan mempengaruhi pemikiran sebahagain besar pengundi India menyokong BN.

Faktor PM Najib menolak tuntutan –tuntutan yang bersandarkan kepada fenomena kaum juga dilihat telah memenangi hati para pengundi bukan Melayu. Disebaliknya, Pakatan Rakyat, yang dilihat sebagai sebuah parti politik yang menjaguhkan prinsip politik ‘multi racial’ tidak berani meletakkan seorang calon daripada kaum bukan Melayu (India ataupun Cina ) kerana bimbang akan kehilangan undi Melayu yang merupakan majoriti di Hulu Selangor. Malah, PR meletakkan seorang calon Melayu bertanding di Hulu Selangor. Pakatan Rakyat tidak berani meletak seorang warga bukan Melayu sebagai calon.dalam kawasan ini. Sikap perkauman Pakatan Rakyat terhadap kaum bukan Melayu didapati amat ketara dalam pemilihan calon PRK Hulu Selangor.

Di sebaliknya, PM Najib berani meletak seorang calon yang datangnya dari Kaum India (MIC) , Seorang calon yang disyorkan oleh BN adalah di pilih daripada kumpulan pengundi yang berperatusan kecil berbanding dengan kaum Melayu dan Cina atas prinsip hormat-menghormati prinsip setia kawan malah menghormati hak kaum minoriti. PM Najib bukan sahaja mencalonkan seorang calon India malah turun padang dan berkerja keras untuk memujuk kaum Melayu terutamnya penyokong tradisi UMNO menyokong calon daripada MIC untuk membuktikan bahawa BN adalah sebuah gabungan parti-parti politik yang benar-benar mewakili kepentingan pelbagai kaum di Malaysia pada setiap masa dan setiap zaman-1Malaysia. Kefahaman rakyat terhadap hasrat murni PM Najib dilihat sebagai salah satu faktor yang mendatangkan kemenenagan kepada calon BN dalam PRK Hulu Selangor.

Sokongan pengundi pelbagai kaum, terutamanya pengundi Melayu dan India di Hulu Selangor kepada calon BN jelas menandakan rakyat semakin bersedia bersama PM Najib untuk bukan sahaja menerima malah menjayakan Gagasan 1Malaysia. Semangat menyokong BN yang membara di Bagan Pinang telah merebak ke Hulu Selangor dan dijangka akan menyemarakkan seluruh negara termasuk Parlimen Sibu, Sarawak.

Pengundi Parlimen Sibu yang menghadapi pilihan raya kecil pada 16 Mei 2010 adalah dianggap sebagai pengundi yang bijak dan mampu mencorak masa depan mereka. dan generasi muda pada kemudian hari. Pengundi Sibu yang terdiri daripada pelbagai kaum, keturunan dan etnik, terutamnya pengundi Cina, dilaporkan sudah sedia memilih BN berdasarkan track rekod BN dan perkhidmatan cemerlang mendiang wakil rakyat Sibu, Datuk Robert Lau Hoi Chew.

Penggundi Sibu juga dilaporkan tidak sedia menggadai masa depan mereka dan generasi mereka dengan menyokong calon PR yang terdiri daripada DAP. Laporan yang diterima pada akhir-akhir ini menunjukkan bahawa walaupun pada zahirnya pengundi Cina di Sibu menyokong DAP, pada hakikatnya mereka lebih yakin terhadap kepimpinan PM Najib, malah percaya bahawa hanya Gagasan 1Malaysia yang dimajukan oleh Najib mampu memudi negara Malaysia ke satu destinasi yang lebih maju, selamat dan sejahtera.