Sunday, January 2, 2011

PENGGANTUNGAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM MENGHADIRI PERSIDANGAN PARLIMEN SELAMA 6 BULAN

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM (KETUA PEMBANGKANG-WAKIL PERMATANG PAUH) DIGANTUNG DARI MENGHADIRI PERSIDANGAN PARLIMEN SELAMA 6 BULAN KERANA BELIAU DIDAPATI MELAKUKAN KESALAHAN MELANGGAR PERATURAN HAK DAN KEBEBASAN PARLIMEN. ANWAR IBARAHIM DIDAPATI TIDAK MEMBUKTIKAN DAKWAAN BELIAU MENGAITKAN APCO WORLDWIDE DENGAN KONSEP 1 MALAYSIA.

PERSOALAN-SOALAN UMUM YANG BERKAITAN DENGAN KEPUTUSAN PARLIMEN MENGGANTUNG ANWAR IBRAHIM SELAMA 6 BULAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1. Apakah tuduhan Anwar Ibrahim yang menyebabkan beliau digantung daripada parlimen selama 6 bulan?

· Anwar Ibrahim menuduh konsep 1 Malaysia bukanlah dilihamkan oleh YAB Dato Seri Mohd.Najib Tun Razak malah dicipta oleh APCO Worldwide, sebuah syarikat perunding komunikasi yang dimikili oleh kaum Yahudi berpengkalan di Israel.
· Anwar Ibrahim memberi gambaran diparlimen bahawa Konsep 1 Malaysia adalah diceduk daripada slogan ‘One Israel’ di bawah Perdana Menteri Ehud Barak pada tahun 1991.

2. Apakah APCO Worldwide dan kenapa Apco dikaitkan dengan 1Malaysia oleh Anwar Ibrahim?

· APCO Worldwide adalah sebuah syarikat (consultancy) yang menjalankan perusahaan perunding komunikasi global dengan hampir 29 lokasi diseluruh dunia, termasuk Malaysia .
· Syarikat ini pernah menjuarai hadiah-hadih berprestij dalam bidang perhubungan awam kerana melaksanakan projek dan program-program komunikasi dan pengiklanan dengan cemerlang diperingkat antarabangsa.
· Pelanggan Apco adalah termasuk Bangsa-Bangasa Bersatu,Bank Dunia, ASEAN, Suruhanjaya Europah dan banyak lagi Syarikat korporat antarabangsa. Syarikat ini mempunyai lebih daripada 50 orang profesional sebagai penasihatnya yang datangnya daripada pelbagai negara termasuk Canada, Cina, Germany, Hong Kong, India, Israel, Jakarta, Japan Mexico, Poland, Russia, Sri Lanka,The Netherlands, United Kingdom, USA dan Malaysia.
3.Bila Apco Worldwide Sdn.Bhd. dilantik oleh kerajaan Malaysia?
· Kerajaan Malaysia melantik Apco Worldwide Sdn.Bhd pada bulan Jun 2009 untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi kepada kerajaan Persekutuan secara menyeluruh.

3. Kenapa kerajaan memilih syarikat APCO Worldwide dan bukan Syarikat Tempatan?

· Adalah menjadi kebiasaan bagi kerajaan melantik syarikat perunding bertaraf antarabngsa untuk menjalankan program perhubungan awam dalam membantu meningkatkan imej dan jentera perkhidmatannya agar matlamat kerajaan menyediakan perkhidmatan kepada rakyat dapat dipertingkatkan.
· Kerajaan Malaysia melantik syarikat APCO Worldwide untuk menjalankan peranan sebagai perunding komunikasi untuk meningkatkan lagi kapasiti kerajaan dalam bidang komunikasi kerajaan agar pendekatan dan amalan jentera kerajaan Malaysia terbaik didunia.
· Promosi Malaysia diluar negara adalah sangat penting dan genting kerana Malaysia, sebagai sebuah negara yang berwawasan untuk menjadi negara maju serta berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 , memerlukan hubungan baik serta sokongan negara-negara maju dalam mengkukuhkan dan mempertingkatkan ekonomi Malaysia.
· Apco Worldwide juga disarankan menjayakan program untuk mempromosi dan meningkatkan imej Malaysia di luar Negara dalam meyakinkan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil dan kukuh untuk tujuan destinasi pelaburan, perdagangan dan pelancongan.
· Selain dari Apco Worldwide, pihak kementerian dan agensi-agensi kerajaan juga melantik syarikat-syarikat tempatan dan asing yang lain samada secara jangka masa panjang atau pendek untuk memberi perkhidmatan komunikasi.

4. Kenapa Anwar Ibrahim dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen(JHHKP)?

· Anwar Ibrahim dirujuk kepada JHKP kerana sebahagian besar ahli-ahli parlimen yang menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada 30 Mac 2010 merasa Anwar Ibrahim cuba mengelirukan parlimen dengan hujah-hujah menyeleweng fakta.
· Anwar Ibrahim cuba memberi gambaran dan tanggapan bahawa konsep 1 Malaysia adalah dicipta oleh Syarikat perunding Apco Worldwide yang menicipta Slogan ‘One Israel’ pada Tahun 1999.
· Anwar Ibrahim turut mendakawa Apco Worldwide menasihati perdana menteri YAB Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Razak pada tahun 2009 dalam mencipta konsep 1 Malaysia.

5. Adakah Anwar Ibrahim membuktikan tuduhan beliau mengaitkan APCO dengan konsep 1Malaysia?

· Tidak. Dewan Rakyat memberi tempoh masa seminggu kepada Anwar Ibrahim untuk memberi penjelasan serta membuktikan dakwaan beliau di Parlimen ( Rujuk hansard 30 Mac 2010).
· Tetapi beliau gagal mengemukakan bukti yang kukuh terhadap tuduhan beliau.
· Beliau hanya menghabiskan masa berbahasan yang diperuntukan kepada beliau mengungkitkan lain-lain isu yang tidak relevan dengan tuduhan asalnya.
· Pada 22 April 2010, Dewan Rakyat memutuskan untuk merujuk Anwar Ibrahim kepada JHKP.

6. Siapakah anggota Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen (JHKP) dan apakah peranannya ?

· Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen (JHKP) adalah merupakan satu jawatankuasa yang terdiri daripada ahli-ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih mengikut Peraturan Mesyuarat 80 (1).
· Jumlah anggota JHKP adalah mengikut nisbah terdekat jumlah kerusi parti-parti politik dalam Dewan Rakyat.
· Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menimbang perkara yang dirujuk kepadanya untuk membuat keputusan (mengeluarkan penyata) tentang isu yang dirujukkan kepada Majlis.
· JHKP ini diberi kuasa mutlak, hak dan keistimewaan seperti yang dinikmati oleh Dewan Rakyat.
· Jawatankusa ini berkuasa memanggil saksi-saksi untuk memberi keterangan dalam menyediakan penyata.
· Bagi tempoh Parlimen Kedua Belas, jumlah ahli JHKP adalah 6 orang yang terdiri daripada 4 orang mewakili BN dan 2 orang mewakili Pakatan Pembangkang. Pengerusi JHKP adalah Speaker Dewan Rakyat.
Ahli-ahli JHKP adalah seperti berikut:

YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia ( Yang Di Pertua Dewan Rakyat) - Pengerusi
1. YB Datuk Ronald Kiandee ( Timbalan Yang di-Pertua/Ahli bagi kawasan Beluran)
2. YB Datuk Razali bin Haji Ibrahim (Ahli bagi kawasan Muar)

3. YB Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn (Ahli bagi kawasan Alor Gajah)

4. YB Puan Hajah Nancy ( Ahli bagi kawasan Batang Sadong)

5. YB Tuan Sivarasa a/l K. Rasiah (Ahli bagi kawasan Subang)

6. YB Tuan Karpal Singh a/l Ram Singh (Ahli bagi kawasan Bukit Gelugor)

7. Apakah usul yang dikemukakan kepada JHKP oleh Dewan Rakyat terhadap Anwar Ibrahim?

Usul Dewan Rakyat : Dewan Rakyat luluskan usul pada 22 April 2010 untuk merujuk Anwar Ibrahim kepada JHKP.
‘Pada 17 Mac 2010, Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika mengambil bahagian dalam Perbahasan Usul menjunjung kasih atas titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, telah mengeluarkan kenyataan “ 1999 Satu Israel.2009 Apco menasihati Perdana Menteri Dato Seri Mohd. Najib 1Malaysia”.
· Usul tersebut diluluskan dalam parlimen kerana Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan serta membuat dakwaan yang sangat serious dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai ahli parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.

8. Berapa kalikah mesyuarat JHKP diadakan untuk meneliti tuduhan Anwar Ibrahim?

· JHKP bermesyuarat pada 22 April 2010 untuk membincang dan membuat ketetapan terhadap prosiding dakwaan Anwar Ibrahim.

Mesyuarat JHKP telah diadakan sebanyak 4 kali seperti berikut di Bangunan Parlimen:
1. Mesyuarat Pertama pada 17 Mei 2010(Isnin).
2. Mesyuarat Kedua pada 8 Jun 2010 (Selasa).
3. Mesyuarat ketiga pada 9 Jun 2010 (Rabu).
4. Mesyuarat Yang KeEmpat pada 3 Disember 2010 (Jumaat).

9. Bilakah Anwar Ibrahim dipanggil oleh JHKP untuk menjelaskan tuduhan beliau?

· Anwar Ibrahim dipanggil pada 8 Jun 2010 untuk menjelaskan dan membuktikan tuduhan beliau kepada JHKP.
10. Adakah Anwar Ibrahim membuktikan tuduhan beliau ?

Tidak. Anwar Ibrahim tidak membuktikan tuduhan beliau malah menghabiskan masa menyoal peraturan dan tatacara prosiding dan membangkitkan isu-isu yang tidak relevan dengan tuduhan beliau.

11. Bolehkah jelaskan keputusan yang dibuat dalam prosiding diadakan mengenai tuduhan Anwar Ibrahim?

Mesyuarat Pertama pada 17 Mei 2010:
Tarikh mesyuarat ditetapkan. Saksi sperti berikut dikenalpasti untuk dipanggil mengadiri prosiding:
i) Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh) pada 8 Jun 2010 (Selasa).
ii) Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) pada 9 Jun 2010 (Rabu).
iii) Wakil Apco Worldwide Sdn.Bhd pada 9 Jun 2010 ( Mr.Barad Staples, CEO Apco Worldwide Sektor Europah, Timur Tengah dan Zon Afrika).
Mesyuarat Kedua pada 8 Jun 2010 (Selasa):

Anwar Ibrahim hadir dan mengemukan 3 permintaan kepada pengerusi JHKP seperti berikut:
i) Anwar Ibrahim diwakili oleh seorang peguam pilihannya.
ii) Meshyuarat JHKP dijalankan secara terbuka
iii) Anwar Ibrahim dibenrkan untuk menyediakan senarai saksi-saksi.
Keputusan Mesyuarat:

Pengerusi mempertimbangkan permintaan Anwar Ibrahim dan membuat ketetapan seperti berikut:
i) Mengikut Peraturan Mesyuarat 83 (7A), kehadiran peguam adalah hanya dengan izin jawatankuasa.
ii) Permintaan Anwar Ibrahim untuk mesyuarat berjalan secara terbuka dan dihadiri oleh lain-lain ahli parlimen dan orang awam adalah melanggar peraturan Mesyuarat 85 kerana keterangan dalam prosiding tidak boleh diedarkan kepada pengetahuan umum sebelum melaporkan kepada majlis.
iii) Mengikut Peraturan Mesyuarat 83( 2) hanya Jawatankuasa pilihan berkuasa memanggil orang(saksi) untuk hadir didadapannya.

Mesyuarat ketiga pada 9 Jun 2010 (Rabu) di Parlimen:

· Anwar Ibrahim dan beberapa ahli parlimen memasuki bilik mesyuarat dan mendesak beliau diberi keutamaan sebelum lain-lain saksi dipanggil.
· Anwar Ibrahim beredar dari bilik mesyuarat apabila pengerusi tidak membenarkan beliau diwakili oleh seorang peguam.
· Karpal Singh (wakil Bukit Gelugor) secara berterusan menghina serta mendakwa Pengerusi JHKP tidak tetap pendirian dalam mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa .
· Karpal Singh melemparkan ungkapan –ungkapan kesat dan kurang tertib terhadap pengerusi .
Antaranya:
i. “You have been throwing tantrums”,
ii. "You are indecisive”,
iii. "You are suffering from phobia that I called you a dictator,you got it last time. It .goes on and on”
iv. “You make it clear I called you a dictator, no one will..”

Mesyuarat terpaksa ditangguhkan beberapakali oleh Pengerusi kerana Karpal Singh menghina pengerusi.

Kekecohan yang ditimbulkan oleh Karpal Singh telah menyebabkan kedua-dua saksi yang dipanggil ( Dato’ Seri Mohd.Nazri dan Wakil Apco) tidak dapat memberi keterangan pada hari yang dipanggil.
Mesyuarat Yang Keempat pada 3 Disember 2010 (Jumaat) di Parlimen:

YB R.Sivarasa dan YB Karpal Singh menarik diri daripada menyertai prosiding JHKP mulai jam 10.48 pagi hari Jumaat 3 Disember 2010.

Jawatankuasa menerima surat daripada Apco Worldwide Sdn.Bhd. bertarikh 19 Ogos 2010 yang menjelaskan peranan dan tugas mereka dengan kerajaan Malaysia.

Surat Apco mengandungi penjelasan seperti berikut:

‘We were engaged in June 2009 to provide communication support to the government of Malaysia.We have been honoured to do so. We had nothing whatsoever to do with One Israel.We were not involved in the creation of 1Malaysia. The current engagement is to share best practices through the provision of government –wide advice,gtraining and capacity building. Apco was not and not involved in assisting the government of Malaysia with formulating policies.’

Penjelasan tersebut jelas menunjukkan Apco Worldwide Sdn.Bhd. tidak ada kaitan dengan ciptaan 1Malaysia seperti didakwa oleh Anwar Ibrahim.

Apco tidak langsung terlibat dengan tugas yang berkaitan dengan dasar atau yang boleh menjejaskan keselamatan Negara.

12. Apakah keputusan yang dibuat oleh JHKP terhadap Anwar Ibrahim?

Berdasarkan peraturan mesyurat 83(2), 83(4) dan 83 (11) dan dokumen-dokumen seperti berikut, Jawatankuasa membuat keputusan bahawa tuduhan Anwar Ibrahim adalah tidak benar dan beliau telah menyalahi hak dan keistimewaan sebagai ahli parlimen pada 3 Disember 2010.

Memandangkan dakwaan Anwar Ibrahim boleh menjejaskan pandangan masyarakat terhadap Gagasan 1 Malaysia, maka pengerusi JHKP mengemukakan usul bahawa Anwar Ibrahim digantung tugas sebagai ahli parlimen selama 6 bulan. Usul ini dipersetujui.

13. Apakah asas-asas bagi JHKP membuat keputusan tersebut?
JHKP membuat keputusan berdasarkan dokumen-dokumen seperti berikut:

i. Kenyataan Anwar Ibrahim pada 17 Mac 2010.
ii. Penjelasan Anwar Ibrahim pada 30 Mac 2010.
iii. Perbahasan usul menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 22 April 2010.
iv. Pendirian kerajaan terhadap Apco melalui jawapan –jawapan bertulis kepada persoalan-persolan ahli parlimen seperti YB Serdang pada 22 Oktober 2010, YB Tanah Merah pada 18 Mac 2010 dan YB Seputeh pada 29 Mac 2010.
v. Surat Penjelasan daripada Apco .

Mesyuarat juga memutuskan Karpal Singh dikenakan pencelaan oleh Speaker atas kata-kata yang menghina pengerusi (Speaker )

14.Adakah Anwar Ibrahim dibenarkan mempertahankan diri?

Anwar Ibrahim dibenarkan mempertahan diri di Parlimen dan dalam prosiding JHKP.

· Anwar Ibrahim dibenarkan membawa bersama peguam pilihan beliau untuk menasihati beliau.
· Menurut peraturan prosiding JHKP, Anwar Ibrahim perlu mengemukkan penjelasanan dalam prosiding dengan sendiri dan tidak boleh diwakilkan kepada pihak lain.
· Karpal Singh, yang merupakan seorang ahli JHKP, tidak setuju dengan peraturan prosiding tersebut malah mendesak peguam yang hadir bersama Anwar Ibrahim diberi kuasa penuh (full representation) untuk berhujah mewakili Anwar Ibrahim.
· Ini bermakna, Karpal Singh cuba menukar mesyuarat JHKP kepada Mahkamah Civil.
· Pengerusi (Speaker) memaklumkan Karpal Singh bahawa peraturan prosiding JHKP tidak membenarkan seorang peguam mewakili seorang ahli parlimen yang kena siasat oleh JHKP.
· Menurut tafsiran Karpal Singh), peraturan 83 (7A) membenarkan Anwar Ibrahim diwakili oleh seorang peguam.
· Pengerusi yang tidak ingin membuang masa bertengkar dengan Karpal Singh minta ahli-ahli JHKP memutuskan dengan cara mengundi sama ada peguam dibenarkan mewakili Anwar Ibrahim seperti didesak oleh Karpal Singh.
· Keputusannya, 4 ahli mengundi menolak dan 2 ahli mengundi menyokong tuntutan Karpal Singh.
· Keputusan ini jelas menolak kehadiran seorang peguam mewakili Anwar Ibrahim sama sekali dalam prosiding JHKP.
15. Adakah Pengerusi JHKP (Speaker) berlaku adil terhadap Anwar Ibrahim sepanjang prosiding JHKP?

Ya. Speaker berlaku adil terhadap Anwar Ibrahim. Speaker selaku pengerusi prosiding tuduhan Anwar Ibrahim sentiasa mempastikan fungsi JHKP berjalan lancar, adil, bertanggungjawab, berintegriti dan tidak pilih kasih, malah tertib terhadap Pakatan Pembangkang.

16. Adakah hak Anwar Ibrahim dinafikan oleh JHKP?

· Hak Anwar Ibrahim tidak dinafikan oleh JHKP.
· Anwar Ibrahim diberikan tempoh masa dan peluang yang mencukupi untuk menjelaskan dan membuktikan tudahan beliau mengaitkan Apco dengan 1Malaysia.
· Semua saksi yang berkaitan di panggil, termasuk wakil Apco Worldwide, Dato’ Seri Nazri, Anwar Ibrahim, untuk mengemukakan keterangan yang berkaitan dengan dakwaan Anwar Ibrahim.
· Karpal Singh (yang mewakili kepentingan Anwar Ibrahim) menimbulkan banyak masalah dan melengah-lengahkan prosiding dengan taktik tersendiri .
· Taktik yang sering digunakan oleh Karpal Singh adalah berulangkali mentafsir peraturan mesyuarat mengiku fahaman beliau.
· Karpal Singh sering membantah keputusan pengerusi dan minta penyiasatan lanjut.
· Kekacauan yang ditimbulkan oleh Karpal Singh telah menjejas usaha memanggil saksi-saksi yang ditetapkan untuk memberi keterangan.
· Prosiding JHKP dilaporkan sering tergendala dan umumnya mengakhiri dengan pertengkaran dan kekacauan.
· Karpal Singh sentisa inginkan kemenangan berpihak kepada dirinya dan melawan keputusan dan tafsiran yang dibuat oleh pengerusi.
· Karpal Singh sentiasa mendesak tafsiran beliau adalah betul dan tafsiran orang lain selalu salah.

17. Adakah wajar Pakatan Pembangkang menuduh Speaker Dewan Rakyat menyalahguna kuasa dalam kes ini?

· Speaker tidak menyertai dalam perbahasan malah tidak mengundi dalam menentukan keputusan Dewan Rakyat dalam isu Anwar Ibrahim ini.
· Speaker berkali-kali menjemput Anwar Ibrahim dan ahli-ahli parlimen yang berkaitan berbahas dan memberikan penjelasan mengenai isu yang dibangkitkan.
· Anwar Ibrahim dan ahli-ahli parlimen yang berkaitan bersikap degil malah tidak mempedulikan peluang yang diberikan oleh Speaker.
· Pakatan Pembangkang lebih ghairah menimbulkan kekecohan untuk mencari alasan menuduk Speaker kononnya tidak adil dan berat sebelah.
· Tidak ada kebenaran dalam dakwaan Pakatan Pembangkang bahawa Speaker menyalahgunakan kuasanya ketika persidangan pada 16 Disember 2010.

18. Apkah motif Anwar Ibrahim mengaitkan Israel dengan Konsep 1 Malaysia?

Konsep 1 Malaysia adalah pendekatan baru kerajaan kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk mengukuhkan perpaduan dan semangat inklusif dalam pentadbiran kerajaan dan dikalangan rakyat Malaysia. Malah pendekatan ini mendasari semua dasar dan program pembangunan dimana setiap kumpulan masyarakat yang memerlukan bantuan kerajaan disediakan bantuan yang sewajarnya tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik.

· Pendekatan Konsep 1Malaysia didapati diterima dengan bergaya oleh setiap lapisan dan golongan masyarakat berbilang kaum.
· Anwar Ibrahim yang tidak sabar melihat 85 % rakyat Malaysia berbilang kaum menerima konsep 1 Malaysia.
· Anwar Ibrahim dilihat melontarkan dakwaan mengaitkan konsep 1 Malaysia dengan Israel untuk memujuk umat Islam menolak konsep 1 Malaysia.

KESIMPULAN

Berdasarkan huraian penjelasan tersebut adalah dapat membuat kesimpulan bahawa JHKP dan Dewan Rakyat melaku adil dalam membuat keputusan Anwar Ibrahim digantung daripada menghadiri persidangan parlimen selama 6 bulan.

Menggantung wakil rakyat daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat sekiranya mereka didapati mengeliru dan menyeleweng fakta dalam parlimen bukan lah kali pertama dalam sejarah parlimen Malaysia.

Parlimen pernah menggantung beberapa ahli parlimen sabelum ini tanpa mengira parti politik dan jawatan dalam kerajaan.Contohnya, Parlimen pernah menggantung Dato’ S.Sothinathan (Wakil BN Teluk Kemang yang menjawat jawatan Timbalan Menteri) selama 3 bulan pada 23 Jun 2005 kerana JHKP mendapati beliau menyeleweng fakta dalam parlimen.

Dengan itu, dakwaan Anwar Ibrahim bahawa usul penggantungan beliau dan rakan-rakannya diluluskan tanpa perbahasan adalah satu pembohongan besar.
Anwar Ibrahim cuba memperbodohkan kebijaksaan rakyat yang sentiasa mendapat maklumat melalui pelbagai saluran media pada ketika ini.

Rakyat menyaksikan kekecohan dan kerakusan yang ditimbulkan oleh Anwar Ibrahim dan rakan-rakan nya ala reformasi di Parlimen pada 16 Disember 2010.

Rakyat Malaysia benci budaya menimbulkan kekacauan dan rioh rendah dalam Dewan Rakyat kerana Parlimen bukanlah pentas untuk mempersembahkan sandiwara politik.

Speaker dan prosiding JHKP berjalan mengikut lunas-lunas perundangan dan peraturan (rule of law) yang telah ditetapkan oleh Peraturan Mesyuarat.

Anwar Ibrahim dilihat menjadikan perkara penggantungan beliau daripada menghadiri persidangan parlimen selama 6 bulan sebagai modal politik untuk meraih sokongan politik terhadap beliau dan partinya yang semakin merosot dikalangan rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu.