Friday, September 17, 2010

SOKONGAN RAKYAT TERHADAP GAGASAN 1MALAYSIA KIAN MENINGKAT


Sokongan rakyat terhadap Gagasan 1Malaysia kian meningkat. Populariti PM Najib Tun Razak dikalangan rakyat juga turut meningkat saban hari. Memandangkan perkembangan ini, tertimbul satu kumpulan yang tidak bertanggungjawab mengelirukan rakyat dengan pelbagai tafsiran terhadap matlamat Gagasan 1Malaysia.
Ada pihak yang mentafsirakan 1Malaysia supaya memberi gambaran bahawa 1 Malaysia adalah satu dasar liberalisasi atau 'samarata' dimana peluang kemasukan pelajar-pelajar ke pusat pengajian awam, biasiswa dan perjawatan dalam sektor awam termasuk sektor perbadanan dan syarikat-syarikat kerajaan (GLC) dibuka kepada semua kaum berdasarkan meritokrasi.

Malah, ada yang mendakwa bahawa penerusan dasar-dasar afirmatif untuk membela dan melindungi kepentingan kaum bumiputra dilihat sebagai satu usaha yang bertentangan dengan Gagasan 1 Malaysia kerana Gagasan 1Malaysia kononnya menganjurkan konsep ‘kesamarataan" antara kaum.

Sehubungan ini perlu di jelaskan bahawa Gagasan 1 Malaysia adalah satu wawasan negara ke arah melahirkan negara bangsa Malaysia berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Gagasan 1Malaysia yang berteraskan Pelan Tansformasi adalah dimajukan untuk mencapai matlamat Negara Maju menjelang tahun 2020 dimana negara dan rakyatnya berpendapatan tinggi.
Oleh kerana Gagasan 1Malaysia adalah berlandaskan Perlembagaan Persekutuan, maka pemahaman terhadap Perlembagaan Persekutuan adalah penting supaya rakyat berbilang kaum dapat menghayati Gagasan 1Malaysia dari perspektif yang betul.
Persoalan yang sering timbul terhadap Gagasan 1 Malaysia di kalangan rakyat bukan Melayu adalah bukan dalam konteks matlamat Gagasan 1 Malaysia, tetapi dalam konteks hasrat kerajaan meneruskan dasar afirmatif atau memberi pertimbangan khas kepada keperluan kaum Bumiputra.
Sehubungan ini, rakyat perlu menerima hakikat bahawa bantuan dan pertimbangan khas kepada kaum bumiputra dan membela hak-hak sah kaum bukan bumiputa adalah sesuatu prinsip yang selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas kepada pentadbiran kerajaan Malaysia.
Perlembagaan Malaysia atau umumnya dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan adalah satu dokumen undang-undang tertinggi di Malaysia dalam bentuk tertulis (grundnorm). Perkara-perkara yang terkandung dalam dokumen ini pula adalah disediakan berpandukan kepada unsur-unsur tradisi yang telah wujud sebelum merdeka serta dua dokumen iaiatu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan Tahun 1957. Perlembagaan Malaysia mengariskan peranan dan tanggungjawab rakyat dan kerajaan.

Dokumen ini mencerminkan kemufakatan pelbagai kaum mengenai-perkara-perkara yang berkepentingan kaum masing-masing dalam mencapai kemerdekaan, malah terus menjadi garis panduan pentadbiran kerajaan yang merdeka. Perlembagaan ini juga dikatakan mengandungi pelbagai perkara termasuk perkara kedudukan keistimewaan kaum bumiputra dan hak kepentingan kaum-kaum bukan bumiputra ,khasnya hak kewarganegaraan.

Perkara-perkara tersebut yang berkaitan dengan berkepentingan kaum masing-masing telah dibincang secara terbuka dengan semangat kemuafakatan oleh pelopor-pelopor kemerdekaan mewakili kaum-kaum utama (Melayu,Cina dan India dan lain-lain). Satu persetujuan telah dicapai antara kaum agar kepentingan kaum masing-masing terus mendapat jaminan, perlinduangan dan pembelaan daripada kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi. Persetujuan kemuafakatn antara kaum itu umumnya dikenali sebagai satu ikatan sosial dalam konteks sejarah Malaysia.

Berhubung dengan kemuafakatan antara kaum di Malaysia, Mavis Puthucheary, seorang penulis politik Malaysia menjelaskan bahawa “the main compromise worked out between the different communities and the basis on which the British government agreed to transfer political power was that the non-Malays would accept constitution in which Islam would be the state religion,the Malay language the sole official language after 1967,and the certain privileges given to the Malays during the colonial period would be continued. In return the citizenship laws would be relaxed in accordance with the principle of jus soli so that in future all those in the country would automatically become citizens.” (dalam buku " Indian Communities in South East Asia , Institute of Southeast Asia Studies, Singapore, m.s. 348)

Justeru, tidaklah keterlaluan sekirannya membuat kesimpulan bahawa Perlembagaan Malaysia adalah dibentuk berteraskan ikatan sosial antara kaum untuk menyubur tunas-tunas perpaduan dikalangan rakyat Malaysia, malah mengelakan konflik politik kerana wujudnya dikotomi perjuangan politik antara kaum.

MENGINGAT SEMULA SEJARAH MALAYSIA

Pada asalnya negara ini dikenli sebagai ‘Tanah Melayu’. Apabila empayar British meluaskan pengaruhnya di Asia untuk memenuhi kepentingan ekonomi mereka, Penjajah Inggeris menakluki pentadbiran Tanah Melayu secara beransur ansur sehinga Tanah Melayu dijadikan ‘Tanah Jajahan British’ atau ‘British Malaya’. Dalam usaha mengkayakan dana negara asal mereka, kaum Cina dan India di masukkan ke ‘British Malaya’ dari negara asalnya dibawah pelbagai undang-undang yang mereka cipta dalam pentadbirannya.

Penjajah Inggeris mengenalkan pelbagai dasar untuk mengkukuhkan pemerintahan mereka di British Malaya . Namun, Perang Dunia Ke 2 yang tercetus pada tahun 1941-45 an telah melihat tentera Jepun menguasai British Malaya untuk satu jangka waktu pendek. Kekalahan tentera British dan pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu telah membangkitkan kesederan politik dikalangan kaum pribumi iaitu kaum Melayu untuk menuntut kemerdekaan. Dalam tahun 1946’ an, Tan Cheng Lock yang memimpin masyarakat Cina, dilaporkan menuntut pihak British menyediakan undang-undang agar rakyat Malaya menikmati hak ‘sama rata ’ iaitu kaum Cina, Melayu dan India diberikan hak dan status sama rata (Tjoa Hock Guan, " The Social and Political Ideas of Tun Datuk Sir Tan Cheng Lock”, in Kernial Singh Sandhu and Paul Wheatley (eds), Melaka: The Transformation of a Malay Capital, 1400-1980 Singapore: Institute of Southeast Asian Studies/Oxford University Press, 1983, pp. 299-323) .

Namun, Gagasan Malayan Union yang diperkenalkan oleh penjajah British pada 1 April 1946, selepas perang dunia kedua, telah mencetuskan semangat nasionalisme dikalangan kaum Melayu selaku anak pribumi untuk memprotes terhadap Malayan Union dalam mempertahankan hak politik dan ekonomi mereka.

Malayan Union memberi hak sama rata kepada semua yang menjadi warga negara Tanah Melayu tanpa mengira keturunan asal mereka, malah Raja-Raja Melayu hilang kuasa memerintah dalam negeri masing-masing. Kaum Melayu di bawah kepimpinan Dato’ Onn Jaffar menentang keras malah memprotes terhadap pengenalan Gagasan Malayan Union kerana Gagasan itu dilihat satu cabulan hak kaum Melayu dalam Negara asal usul moyang mereka malah menghapuskan kuasa institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi kebanggaan dan warisan mereka dalam negara ini.

Kemarahan dan kebangkitan semangat nasionalisme yang tercetus dikalangan kaum Melayu selaku anak pribumi telah mengugat kuasa penjajah Inggeris untuk meneruskan Gagasn Malayan Union yang mendapat sokongan hebat daripada penduduk bukan Melayu iaitu kaum Cina dan India. Akhirnya, Gagasan Malayan Union digugurkan dan digantikan dengan satu pentadbiran baru yang mendapat persetujuan dan sokongan kaum Melayu yang dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 1948. Pentadbiran kerajaan berdasarkan Perjanjian Pesekutuan Tanah Melayu dilihat sebagai satu usaha kearah kemerdekaan. Pihak penjajah Inggeris juga didapati menggalak membentuk parti-parti politik masing-masing kaum supaya mengambil alih pentadbiran kerajaan (self-rule).

Dalam pada itu, masyarakat Cina dan India melahirkan perasaan tidak puashati dengan syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang dimeterikan pada tahun 1948. Malah, Tan Cheng Lock pada 7 Disember 1946 telah menubuhkan All Malayan Council for Joint Action (AMCJA) dengan kerjasama parti Malayan Democratic Union (MDU). MDU adalah sebuah parti politik yang disertai oleh pelbagai kaum. Pada tahun 1947, gabungan AMCJA berkerjasama dengan Malay National Party (MNP) memprotes Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.MNP adalah gabungan parti-parti politik yang dipimpin oleh pemimpin-pemimpin muda Melayu seperti Musa Ahmad, Ahmad Boestamam, Aziz Ishak dan Dr Burhannuddin Al-Helmy. Oleh kerana pemimpin-pemimpin MNP dianggap radikal pada ketika itu, penjajah Inggeris mengharamkan Gabungan MNP.

Namun, Tan Cheng Lock (MCA) dan Dato’ Onn Jaafar (UMNO) sedar perlunya meningkatkan kerjasama dan kemuafakatan antara kaum dalam membina sebauah negara yang aman,damai dan maju. Tan Cheng Lock juga menyedari kepentingan kerjasama dan kemuafakatan dengan Inggeris dan kaum Melayu dalam terus menjamin malah melindungi dan membela kepentingan kaum Cina di Malaya pada masa hadapan ( K.G. Tregonning, ‘Tan Cheng Lock: A Malayan Nationalist”, Journal of Southeast Asian Studies, Vol.X No.1, March 1979, pp.25-76)

Dato’ Onn Jaafar yang menyedari perubahan pemikiran politik ketika itu minta kaum Melayu lebih terbuka dalam pendekatannya mengurus politik Tanah Melayu. Malah menukar slogan UMNO daripada Hidup Melayu kepada Merdeka (Joseph Fernando, “The Rebel in Onn Jaafar”, The Star, 18 June 2007).

Pada tahun 1949, Sir Malcolm MacDonald (British Commissioner General for Southeast Asia) menubuhkan Badan Hubungan Kaum (Communities Liaison Committee (CLC) untuk mencari penyelesaian dan persetujuan mengenai dua perkara penting yang dijangka akan menimbulkan konflik antara kaum dalam negara ini di masa hadapan antara Melayu dan bukan Melayu (Cina) iaitu hak kewarganegaraan dan kedudukan istimewa kaum Melayu.

Dato’ Onn Jaafar bersetuju dengan dasar kewarganegaraan bagi bukan Melayu dan Tan Cheng Lock pula bersetuju dengan dasar kedudukan keistimewaan kaum Melayu. Malah, Dato’ Onn Jaafar mencadang UMNO buka keahliannya kepada bukan Melayu menjelang negara mencapai kemerdekaan. Cadangan Dato’ Onn Jaafar ditolak oleh sebahagian besar ahli UMNO dan Dato’ Onn Jaafar keluar UMNO dan menubuhkan parti Independence of Malaya Party (IMP) yang disertai oleh pelbagai kaum.

Pada ketika itu, dua bentuk kerjasama politik atau gabungan diwujudkan dikalangan penduduk Tanah Melayu. Yang pertamanya adalah parti politik Indpendence of Malaya Party (IMP), sebuah parti politik yang disertai oleh pelbagai kaum. IMP ditaja oleh pemimpin-pemimpin utama MCA dan MIC. Yang keduanya adalah penubuhan PERIKATAN , iaitu satu gabungan kerjasama antara parti-parti politik yang mewakili pelbagai kaum seperti United Malay National Organisation (UMNO), Malaysian Chinese Association (MCA) and Malaysian Indian Congress (MIC).

Namun, gabungan PERIKATAN yang mewakili parti-parti politik pelbagai kaum mencatat kemenangan besar dalam pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955, malah menghilangkan IMP daripada landskap politik Malaya. Dengan itu, pemikiran parti politik ‘multi-racial’ terus lenyap dalam landskap politik Tanah Melayu. Parti PERIKATAN yang mendapat mandat besar daripada rakyat berbilang kaum diminta oleh penjajah British menyediakan rangka Perlembagaan Kemerdekaan.

Suruhanjaya Perlembagaan yang diketuai oleh Lord Reid telah ditubuhkan dan mengadakan perbincangan serta rundingan dengan pemimpin-pemimpin kaum yang mewakili pelbagai kaum. Memorundum-memorundum yang dikemukakan oleh pelbagai kumpulan politik dan pertubuhan yang mewakili kepentingan pelbagai kaum diteliti oleh Suruhanjaya Reid. Suruhanjaya Reid dan Pemimpin-pemimpin kaum dilaporkan menghadapi masalah dan tekanan dalam melayani segala tuntutan-tuntutan yang dikemukan oleh pelbagai kaum, terutamanya tuntutan –tuntutan yang berkaitan dengan kepentinagan sesuatu kaum tertentu .

Kumpulan pendesak yang mewakili kepentingan kaum Melayu mendesak penjajah Inggeris meneruskan dasar hak keistimewaan mereka kerana mereka masih tertinggal belakang dalam bidang ekonomi berbanding dengan kaum Cina.

Pada ketika itu, penjajah Inggeris melihat kaum Cina lebih mencondong kepada ideologi komunis yang berkembang pantas dan luas dari negara Cina. Manakala, kaum India pula lebih memfokuskan tumpuannya kepada perjuangan kemerdekaan negara asalnya, India, daripada Empayar British. Pergolakan dan pemikiran politik ini dijangka mempengaruhi pemikiran pihak penjajah dalam menyedia rangka Perlembagaan Kemerdekaan.

Namun, Suruhanjaya Reid meneliti dan menghalusi segala tuntututan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak dengan semangat muhibbah, kerjasama dan sikap tolak ansur, malah adil agar kepentingan semua kaum terus dilindungi dan dibela dalam negara yang bakal merdeka. Segala persetujuan kemuafakatan antara pelbagai kaum itu dimuatkan dalam Perlembagaan Kemerdekaan 1957,yang kini dikenali sebagai Perlembagaan Malaysia.

Suruhanjaya Reid gunapakai perkara-perkara penting yang terkandung dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 sebagai asas merangka Perlembagaan Persekutuan. Antara perkara-perkara yang dianggap penting malah dilihat sebagai tonggak Perlembagaan Kemerdekaan 1957 adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan kedudukan keistimewaan kaum bumiputra dan hak kewarganegaraan dan kepentingan sah warga bukan bumiputra.

Segala usaha untuk mempastikan perkar-perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan adalah disediakan untuk menjamin keadilan sosial kepada semua kaum. Namun, tafsiran dan penerimaan semangat perlembagaan yang dipelopori oleh pemimpin-pemimpin dan pejuang-pejuang kemerdekaan pelbagai kaum terdahulu itu masih belum dilestarikan malah memerlukan kefahaman, penghayatan malah pengkorbanan besar daripada semua pihak yang mencintakan perpaduan nasional.

TONGGAK PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Antara Perkara-Perkara yang dianggap tonggak Perlembagaan Malaysia adalah seperti berikut:
Perkara 3- Islam ialah agama rasmi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan .

Perkara 11- (4)- Undang-undang negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan ,undang-undang Pwersekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.

Perkara 152- Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan dan tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain untuk maksud rasmi) atau belajar apa-apa bahasa lain.

Perkara 153- Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, biasiswa dan sebagainya bagi orang Melayu dan bumiputera Sabah serta Sarawak.Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak di samping kepentingan sah bagi kaum-kaum lain.

Perkara 89- Mana-mana tanah di sesuatu negeri yang merupakan tanah rizab Melayu sebelum merdeka akan terus dikekalkan statusnya.

Perkara 153-Perezapan quota mengenai perkhidmatan,permit dsb.untuk orang Melayu.(1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang di Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

PINDAAN KEPADA PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Pindaan kepada Perlembagaan Malaysia boleh dilakukan 5. Perkara 159 (3) membenarkan pindaan kepada Perlembagaan Malaysia. Namun, pindaan beberapa perkara-perkara penting dalam Perlembagaan Malaysia adalah tidak mudah seperti dijangkakan. Menurut 159-(3), sesuatu rang undang-undang bagi membuat pindaan kepada Perlembagaan boleh diluluskan dalam mana-mana Majlis Parlimen dengan undi sebanyak tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu (Shad Saleem Faruqi, ‘Document of Destiny-The Constitution of the Federation of Malaysia’, Star Publications (Malaysia) Berhad, 2008).

Perkara 159 (5) pula menetapkan bahawa sesuatu undang-undang yang membuat sesuatu pindaan kepada Perkara 10 (4), undang-undang yang diluluskan dibawahnya, Peruntukan Bahagian 3, Perkara 38, 63 (4),70,71, (1) 72, (4) ,152, atau 153 atau kepada Fasal I ini tidak boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis-Raja-Raja.
KESIMPULAN

Justeru, rakyat Malayasia harus elak mempertikaikan hal-hal berkaitan dengan kedudukan keistimewaan kaum bumiputra dan hal-hal yang berkepentingan sah kaum bukan Melayu seperti kewarganegaraan agar dikotomi persepsi terhadap kepentingan antara pelbagai kaum dapat diuruskan dengan hemah dan bijak oleh kerajaan dalam usaha menyuburkan semangat 1 Malaysia. Perlembagaan Persekutuan tidak memajukan konsep satu ras atau kaum lebih tinggi atau ‘superior’ daripada lain-lain kaum seperti didakwa oleh setengah-tengah pihak yang tidak bertanggungjawap. Tidak wujud kaum kelas ‘satu’ atau dua (second class) dikalangan rakyat Malaysia.Malah, Gagasan 1 Malaysia menekankan pendekatan keadilan sosial yang menyerlah dalam keseluruhan Perlembagaan Persekutuan.Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan ideologi politik hendaklah berusaha melestarikan Perlembagaan Persekutuan agar rakyat dapat hidup aman,sejahtera dan maju.

Monday, September 13, 2010

SEJAHRAH MALAYSIA MENYERLAH ETIKA BERMUAFAKATAN ANTARA KAUM

Tradisi umat Islam menyambut Hari Raya Idilfitri Al-Mubarak bersama-sama dengan rakan-rakan yang bukan agama Islam telah menjadi satu amalan yang membanggakan rakyat Malaysia. Sambutan Hari Raya Idilfitri mengajak umat Islam mengamalkan sikap bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi rumah sanak-saudara dan sahabat untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim.

Dalam konteks ini, rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama perlu mengambil iktibar dalam menerap nilai bermaaf-maafan supaya hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipertingkatkan,terutamnya dikalangan golongan muda.

Golongan muda pada hari tidak harus menepikan sejahrah yang penuh dengan semangat perjuangan dan pengkorbanan. Masyarakat terdahulu, terutamanya pemimpin-pemimpin kaum, banyak mengamal nilai kemanusiaan dalam membina negara ini mengikut acuan politik tersendiri supaya generasi paska kemerdekaan dapat hidup aman dan damai.

Sehubungan ini, pemimpin-pemimpin terdahulu telah membincang hati ke hati dan persetujui ,malah memasukkan beberapa perkara penting sebagai benteng dalam Perlembagaan Persekutuan untuk melindungi kepentingann kaum masing-masing dalam membina sebuah negara bangsa .

Selain daripada agama Islam dan bahasa Melayu dipersetujui sebagai agama Persekutuan dan bahasa rasmi , pelbagai perkara kepentingan kaum juga dibincang dan dipersetujui antara kaum. Antaranya , kedudukan Raja-Raja Melayu membela dan melindungi kepentingan kaum Melayu dalam hal-hal tertentu dalam sektor ekonomi dan sosial, hak kerakyatan kepada kaum bukan Melayu yang memberi kuasa untuk memilih, membentuk dan menyertai dalam kerajaan, malah bebas mengamal agama yang dipilih, meneruskan pendidikan dalam bahasa ibunda merupakan perkar-perkara kepntingan kaum yang telah dipersetujui dan dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Persetujuan antara kaum tersebut dapat restu daripada pemerintah Brtish yang mengambil alih kuasa mentadbiran negara ini daripada Raja-Raja Melayu secara beransur- ansur sejak tahun 1824, dan Raja-Raja Melayu,malah dimuatkan dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 atau umum dikenali sebagai Perlembagaan Kemerdekaan.

Sebelum pentadbiran British diperkenalkan,undang-undang dan adat Melayu yang diperkenalkan oleh Raja-Raja dan pemerintah –pemerintah Melayu menjadi asas dan garis panduan pentadbiran pentadbiran kerajaan Melayu ketika itu.

Perlembagaan Persekutuan yang disediakan sebagai undang-undang tertinggi bagi negara ini dimasukkan segala persetujuan antara kaum dalam melahir dan membina sebuah negara bangsa yang berdaulat dan merdeka .

Sesungguhnya, Perlembagaan Persekutuan dilihat sebagai titik permulaan Tanah Melayu dijadikan sebagai sebuah negara majmuk (multi racial) yang sah berteraskan struktur kerajaan demokrasi berparlimen Raja berperlembagaan daripada negara Tanah Melayu. Kaum Melayu ketika itu dilihat amat besar hati dalam menerima tuntutan kaum bukan Melayu untuk dijadikan warga negara Persekutuan Tanah Melayu.Walaupun persetujuan ini boleh mendatangkan implikasi politik kemudian hari kerana jumlah penduduk warga negara yang terdiri daripada bukan Melayu akan meningkat dan mencabar kuasa politik yang di miliki oleh kaum Melayu, pemimpin-pemimpin Melayu pada ketika itu besar hati ,bertolak ansur dan sedia berkongsi kuasa politik negara ini dengan warga bukan Melayu.
Ini merupakan satu pengkorbanan besar kaum Melayu terhadap kaum bukan Melayu . Malah, kerajaan dibawah kepimpinan kaum Melayu pada ketika itu bukan sahaja sanggup berkongsi kuasa memerintah negara ini dengan bukan Melayu, malah membuat dasar-dasar tertentu untuk menghormati , memelihara dan melindungi kepentingan –kepentingan absah kaum bukan Melayu dalam Perlembagaan supaya mereka dapat meneruskan cara hidup,tradisi dan budaya mereka dalam bidan agama,bahasa , ekonomi dan sebagainya.

Kaum Melayu yang membangkit protes dasar pengurangan kuasa Raja-Raja Melayu dan sistem kewarganegaraan yang terbuka yang diperkenalkan oleh penjajah British,(Malayan Union) telah besar hati dan sanggup menerima kaum bukan Melayu sebagai rakan sejiwa dalam negara ini untuk melahirkan sebuah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum, Melayu,Cina, India dan lain-lain. Begitu juga, kaum bukan Melayu bersedia menerima syarat kedudukan istimewa kaum Melayu dalam bidang-bidang tertentu dikekalkan dalam Perlembagaan, kedudukan yang mereka mewarisi dari zaman dahulu, terutamanya sejak Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang diperkenalkan dalam tahun 1948.
Kemuafakatan, pengorbanan, sikap tolak ansur dan toleransi yang terserlah dikalangan pelopor-pelopor kemerdekaan kaum Melayu,Cina dan India , terutamanya pemimpin-pemimpin UMNO pimpinan YTM Tunku Abdul Rahman pada ketika itu telah mendatangkan satu identiti baru bagi negara ini dipersada dunia .

Kemuafakatan dan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin yang berjaya menukar negara ini daripada status negara pertanian kepada negara industri, mengurangkan kadar kemiskinan daripada 51 % pada tahun 1970 kepada 5.7 % (2004) , meningkatkan pendapatan rakyat, meningkatkan kadar pendidikan, malah meningkatkan taraf kesihatan sehingga mencecah kadar dunia. Malah, kerajaan yang memerintah sejak merdeka tidak menghalang sebarang warga negara Malaysia untuk majukan diri atas alasan kaum,agama atau bahasa. Perbezaan kaum dan agama tidak pernah menjadi batu penghalang kepada seorang rakyat Malaysia seperti berlaku di lain-lain negara.

Justeru, generasi muda pada dewasa ini harus menjelajah lembaran sejarah tanah air supaya menghayati ,malah menjadikan pengorbanan dan kemufakatan antara kaum sebagai tradisi dan warisan generasi akan datang. Tradisi kemuafakatan antara kaum harus didukung oleh anak-anak muda masa kini supaya Malaysia terus aman, bahagia dan maju.