Sunday, March 7, 2010

POPULARARITI NAJIB SEMAKIN MENINGKAT DI KALANGAN KAUM INDIA

Baru-baru Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Razak, selaku pengerusi BN umum BN sedang menimbang cadangan keahlian terus pihak individu,NGO atau parti politik yang menyokong perjuangan BN. Cadangan ini disambut baik oleh kebanyakan pihak, termasuk ahli-ahli komponen BN yang sedia ada yang berhasrat memulihkan sokongan rakyat yang padu kepada BN.

Sesungguhnya sejak Najib Tun Razak mengambil alih teraju kepimpinan negara, beliau kian menumpukan perhatian yang serious kepada usaha memulihkan sokongan kaum bukan Melayu kepada BN , terutamanya sokongan kaum India. Dengan pelancaran Gagasan 1 Malaysia,Najib menyeru rakyat mengubah minda supaya mengakui dan menerima kepelbagaian atau kemajmukan rakyat sebagai satu realiti dan cara hidup rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi, Najib menekankan kerajaan mempastikan tidak ada mana-mana kumpulan rakyat Malaysia beranggapan bahawa mereka telah tertinggal dalam menikmati kekayaan negara.

Dakwaan pembangkang bahawa kaum India telah tertinggal malah ‘marginalised’ oleh kerajaan BN yang dipimpin oleh UMNO selama 52 tahun sejak merdeka telah menimbulkan tanggapan bahawa BN kurang memberi tumpuan yang sewajarnya terhadap pembangunan masyarakat India. Malah, MIC yang dipertanggungjawabkan untuk mempertahan dan membela kepentingan kaum India turut didakwa gagal memenuhi hasrat dan keperluan hak –hak sah (legitimate rights) yang diperuntukkan kepada mereka, terutamanya mengenai perkar-perkara yang berkaitan dengan agama Hindu. Malah, BN yang dikuasai oleh UMNO di dakwa mengamalkan dasar ‘ ethnic cleansing’.

Dakwaan parti pembangkang tersebut itu adalah tidak benar samsekali. Namun, kempen yang dijalankan oleh parti pembangkang melalui media alternatif (media sosial) secara bertubi-tubi dalam mememesongkan pemikiran kaum India telah menimbulkan persepsi ,terutamanya dikalangan golongan muda, bahawa BN mememang tidak laku adil terhadap kaum India dan dengan itu pengundi India seharusnya menolak BN dalam pilihan raya umum ke 12 (PRU12).
Kesannya, rakyat Malaysia, malah seluruh dunia menyaksikan kejutan tsunami politik pada PRU12.BN hilang majority dua pertiga dalam parlimen.

Tetapi, landskap politik selepas PRU12 kian berubah. Najib yang mengambil alih teraju kepimpinan negara dan BN merancang strategi-strategi tertentu dalam memenagi hati dan minda keseluruhan rakyat Malaysia. Parti-parti komponen BN, terutamanya UMNO di minta mengamalkan dasar inclusive iaitu berjuang untuk semua kaum sambil mempertahankan kepentingan kaum masing-masing. Malah, keadilan sosial bagi semua kaum menjadi teras perjuangan BN.

Dengan perubahan minda yang dibawa oleh Najib Tun Razak dikalangan pemimpin-pemimpin politik dan diringi oleh pengumuman beberapa program pembangunan khas untuk meningkatkan kualiti hidup kaum India dalam bidang social dan ekonomi kaum India dengan ikhlas, maka perasaan marah yang ditimbulkan oleh parti –parti pembangkang di kalangan kaum India terhadap BN kian redah,malah tanda-tanda kaum India mendampingi BN kian kelihatan di seluruh negara, terutamanya di negeri-negeri yang di tadbir oleh Pakatan Rakyat.
Perubahan minda yang mendatangkan kemerosotan sokongan kaum India tehadap Pakatan Rakyat turut dirasai oleh ketua pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.Beliau mengaku bahawa akhir-akhir ini sokongan kaum India terhadap Pakatan Rakyat merosot!

Selain itu, kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Penang dan Kedah dalam memenuhi janji-janj PRU12 juga dikatakan menimbulkan tanggapan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat tidak boleh menyampai atau deliver malah tidak boleh dipercayai atau trusted, kerana semakin hari semakin pemimpin PKR keluar parti. Kegagalan Pakatan Rakyat untuk memenuhi janji-janji PRU12 kepada kaum India menimbulkan tanggapan bahawa Pakatan Rakyat lebih pandai retorik daripada bertindak menyelesai masalah-masalah kaum India .

Sehubungan ini, kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang di bawah kepimpinan saudara Lim Guan Eng didakwa lebih mementingkan kepentingan kaum China daripada kepentingan kaum India atau Melayu kerana beliau menganggap undi Cina sebagai undi simpanan tetap ( fix deposit dalam bank undi parti DAP (vote bank). Kerajaan Selangor juga didakwa tidak cekap mengurus pentadbiran kerajaan malah lebih sibuk mencari kesalahan kerajaan BN yang tadbir sebelumnya. Kerajaan Kedah juga didakwa kurang cekap dalam mengurus hal ehwal pembangunan kaum India.

Begitu juga, kaum India melihat perlantikan beberapa orang India sebagai ahli EXCO dalam kerajaan Pakatan Rakyat di lihat sebagai satu perlantikan kosmetik yang tidak berkuasa untuk membuat keputusan-keputusan penting dalam membantu kaum India.

Jadi, pada keseluruhannya , dasar keadilan sosial yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim dibawah kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat dilihat tidak dilaksankan secara adil malah dilihat Pakatan Rakyat, terutamnya DAP, lebih perkauman atau tidak laku adil kepada kaum India.

Dasar-dasar kerajaan BN semasa dibawah kepimpinan Najib dilihat lebih merapatkan kaum India kepada BN. Keseluruhan kaum India tanpa mengira perbezaan fahaman politik sambut baik dasar-dasar kerajaan yang diumumkan oleh Najib. Kaum India juga beranggapan bahawa Najib berniat baik dan ikhlas dalam membantu kaum India.

Sekiranya pemimpin-pemimpin kerajaan di semua sektor dan peringkat, baik pemimpin politik UMNO atau ketua jabatan kerajaan memahamai dan menterjemahkan Gagasan 1Malaysia dalam tindakan (walk the talk) seperti dilakukan oleh Najib Tun Razak dengan ikhlas, jujur dan komitmen, maka pengundi India sudah pasti memihak BN dan menolak Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke 13. YB Dato' Seri Utama Dr.Rais Yatim dilihat sebagai seorang menteri kabinet Najib yang benar-benar membawa Gagasan 1Malaysia kepada rakyat diseluruh pelusuk negara dari Perlis ke Johor dan ke Sabah dan Sarawak.

Dengan perubahan dalam landskap politik Malaysia iaitu landanya kemelut politik di kalangan pemimpin-pemimpin PKR di seluruh negara ia itu ramai pemimpin-pemimpin berpengaruh keluar PKR, sebahagian besar pengundi India dan Melayu menolak Lim Guan Eng (DAP) di Pulau Pinang, sebahagian besar pengundi India dan Melayu di Selangor menolak Pakatan Rakyat, perselisihan faham di kalangan tokoh-tokoh parti yang menyertai Pakatan Rakyat seperti konflik antara PAS-PKR-PAS, kekecewahan dan penolakan hubungan kerjasama antara bekas penyokong HINDRAF kepada kerajaan Pakatan Rakyat, kejadian cabar-mencabar antara pemimpin-pemimpin Parti Makkal Sakthi dan Human Rights Party ( yang dipimpin oleh bekas pemimpin kumpulan HINDRAF) dengan Pakatan Rakyat, seperti P.Uthayakumar (Human Rights Party) mencabar Prof. P.Ramasamy (DAP) supaya bertanding di kerusi Prai dan lain-lain perkembangan politik terbaru dengan jelas mengundang kemerosotan Pakatan Rakyat.

Justeru, Paktan Rakyat dijangka akan menghadapi masalah besar dalam mempertahankan kerusi-kerusi yang dimenangi dalam PRU12 dengan sokongan besar pengundi India,malah akan hilang beberapa kerusi yang dimenangi dengan sokongan pengundi Melayu. Perubahan yang drastik dalam pemikiran politik pengundi India pada ketika ini dijangka akan menghasilkan tsunami politik yang boleh memadamkan Pakatan Rakyat dalam senario politik Malaysia dalam PRU13.