Thursday, September 25, 2014

IS COLD WAR HAS BEGUN IN PKR TO TOPPLE AZMIN ALI?

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan of Selangor state   has executed his discretion wisely in appointing   Azmin Ali as the new MB od Selangor as provided by the  Selangor State constitution. With the swearing in ceremony of Azmin Ali, the state assembly man for Bukit Antarabangsa constituency,  as the 15th Menteri Besar of Selangor on 23.9.2014 , replacing Tan Sri Khalid Ibrahim,  the   political drama  plotted and staged by  Dato Seri Anwar Ibrahim  and his learned political strategist  to put DS Dr.Wan Azizah Wan Ismail  as the Selangor MB has resulted in avail.  

Eventhough  the  political imbroglio  which has plagued the Selangor government for the last nine months  has come to end, but Azmin Ali, being elevated above all the  as the new MB of Selangor has angered many PKR party members including  the PKR President  Dr.Wan Azizah,  and the PKR defacto leader DS Anwar Ibrahim  and their hard core supporters.
  
The political crisis  in  Selangor was not between the  two opposing  sides of the political divide, BN vs Pakatan, but it was within the Pakatan ranks or among the opposition front members. It started  when the Kajang assembly man vacated his seat to give way for DS Anwar Ibrahim to contest to become the MB of Selangor. But unfortunately, DS Anwar was disqualified  to contest and his wife Dr.Wan Azizah replaced him to  contest in Kajang seat and won the state seat in order to become the MB of Selangor. 

Now, it is no more a secret that  the   ‘Kajang move’ crafted by some PKR strategists was not  a wise move but has failed and frustrated not only DS Anwar Ibrahim and his supporters but also has created an irreparable  rift between PKR and its coalition  partner PAS. Even the bye election in Kelantan, PKR has to give away their  Pengkalan Kubor seat to PAS in order to win the PAS leaders's heart. 

With this background , many are expressing views that the  Azmin Ali’s appointment  as the new MB of Selangor has sparked off another round of political war within the PKR  ranks. Can Azmin Ali withstand a coup d’etat like attempts  against him in the Selangor state assembly to end his tenure as the 15th MB of Selangor when the assembly convene  soon ?


Wednesday, September 24, 2014

REFERENDUM SABAH & SARAWAK ADALAH BERMOTIF POLITIK

Kita kini dilaporkan ada pihak yang cuba  menghasut rakyat Sabah dan Sarawak keluar daripada Persekutuan Malaysia malah mengadakan referendum untuk mengetahui sama ada rakyat Sabah dan Sarawak ingin keluar daripada Persekutuan Malaysia.  Adalah wajar kita  mengimbas  kembali sejarah pembentukan Malaysia sebelum membincang hal-hal  yang berkaitan dengan isu ini.
Menurut Perkara 1(2) dalam Perlembagaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak  adalah merupakan negeri-negeri  yang sah dalam Persekutuan dan dengan itu tidak boleh keluar dari Persekutuan . Malah  langkah memisah Sabah daripada Malaysia adalah bertentangan  dengan  Perkara 7 dalam senarai  Perjanjian 20  perkara yang menjadi asas pembentukan Malaysia.

Kumpulan yang mendakwa bahawa  Semenanjung Malaysia (Malaya) telah menakluki Sabah dan Sarawak  perlu megimbas kembali  senario  geo-politik paska Perang Dunia kedua dan  perkembangan politik seterusnya yang    mendorong  rakyat  Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) ,Sabah dan Sarawak bersetuju untuk   bersama  -sama  membentuk  Malaysia berteraskan konsep federalisme.
 
Tamatnya Perang Dunia Kedua, Empayar British yang menguasai Singapura, Brunei , Borneo Utara dan Sarawak bercadang untuk lakukan sesuatu  dalam  menentukan hala tuju masa depan negeri-negeri tersebut. Pegawai-Pegawai British yang pernah berkhidmat di Sabah dan Sarawak mengeluarkan kenyataan bahawa keunduran kuasa British dari rantau ini  akan mendedahkan Sabah dan Sarawak kepada ancaman dari Cina, Indonesia dan Filipina malah akan menjadi mangsa kepada ideologi komunisme yang sebar luas  ketika itu. Seorang pentadbir British pernah menyatakan bahawa “If the British moved out, it was likely that both North Borneo and Sarawak would not survive as viable states on their own and the political vacuum would inevitably invite intervention for these neighbouring powers”.

Dengan laterbelakang geo-politik inilah Tunku Abdul Rahman pada  27 Mei 1961, selaku Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu ,membayangkan bahawa ada kemungkinan  besar Persekutuan Tanah Melayu,  Singapura, Brunei , Borneo Utara dan Sarawak  akan bersatu dalam satu Gagasan yang lebih besar untuk menjamin keselamatan dan pembangunan ekonomi  rantau ini.

Pihak British, yang menjajah negeri-negeri  seperti Singapura , Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak sambut baik   ide Tunku dan seterusnya  bersetuju menubuhkan  Suruhanjaya Cobbold pada 16.1.1962 , yang diketuai oleh bekas Gabenor Bank England, Lord Cobbold, untuk  mengkaji  pendapat awam  rakyat Sabah dan Sarawak  mengenai sama ada  rakyat di kedua-dua negeri tersebut bersetuju atau tidak untuk  bersama Persekutuan Tanah Melayu menubuhkan Malaysia. 

Suruhanjaya Cobbold dilaporkan bertemu  hampir 4,000 orang rakyat Sabah dan Sarawak secara langsung dan menerima   2,200 surat dan memorandum  daripada parti-parti politik, ahli-ahli mesyuarat kerajaan dan undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin-pemimpin  kaum, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai .  Hasil kajian menunjukkan hampir  80% penduduk Sabah dan Sarawak  bersetuju dan menyokong  cadangan untuk bersama  Persekutuan Tanah Melayu menubuh Malaysia.

Namun, pemimpin-pemimpin yang mewakili  rakyat Sabah dan Sarawak mencadang agar Kerajaan Persekutuan Malaysia  yang bakal ditubuhkan  perlu mengambil kira  hak dan kepentingan-kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak, terutamanya kaum pribumi Sabah dan Sarawak  dalam merangka Perlembagaan yang akan menjadi asas dan teras pembentukan Malaysia.  Maka dengan itu,  Suruhanjaya Cobbold yang dipertanggungjawabkan oleh British terhadap  pembentukan Malaysia engesyorkan  agar  Perlembagaan Persekjutuan Tanah Melayu yang disediakan pada tahun 1957 dijadikan sebagai asas bagi membentuk Perlembagaan Malaysia   dengan beberapa pindaan dan memasukkan beberapa perkara yang melibatkan kepentingan  rakyat negeri Sabah dan Sarawak.                                                    .

Cadangan Suruhanjaya Cobbold diatas diterima baik oleh pemimpin-pemimpin yang mewakili rakyat Sabah dan Sarawak dan dengan itu mereka bersetuju menyediakan  satu laporan khas yang mengandungi  beberapa  tuntutan untuk  dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia agar kepen tingan rakyat Sabah dan Sarawak terjamin.  Beberapa kumpulan yang  mewakili rakyat Sabah dan Sarawak , termasuk  parti-parti politik seperti USNO, UNKO United Party, Demokratik Parti dan United Pasok Momogun Organisation telah menyediakan beberapa memorandam  dan sebahagian besar tuntutannya  berkisar  kepada hal-hal kebebasan ugama, Bahasa,  migrasi dan lain-lain kepentingan khas kaum pribumi Sabah dan Sarawak.
Sehubungan ini, Sabah menyediakan  20 usul dan  Sarawak pula menyediakan  18 usul untuk dipertimbangkan oleh satu Jawatankuasa antara Kerajaan atau  Inter Governmental Committee atau Lansdowne Committee,1963 ( IGC) yang ditubuh khas untuk mengkaji usul-usul daripada  negeri Sabah dan Sarawk.  Usul –usul tersebut dengan jelas menyatakan rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju  bersama  dengan Persekutuan Tanah Melayu dalam membentuk  sebuah negara  yang dirujuk sebagai ‘Malaysia’. Usul-usul rakyat Sabah dan Sarawak kini dirujuk sebagai Tuntutan 20 Perkara bagi Sabah dan 18 Perkara bagi Sarawak. Dengan penerimaan dan persetujuan tuntutan rakyat Sabah dan Sarawak, maka terbentuklah Persekutuan  Malaysia  pada 16  September 1963.

Perlu ditegaskan bahawa Malaysia ditubuhkan berdasarkan kepada sistem pentadbiran federalism. Umumnya, ‘Federalisme’ membawa maksud  beberapa negeri bergabung dibawah sebuah kerajaan pusat. Federalisme membawa pengertian bahawa beberapa negeri yang berautonomi bersatu dibawah sebuah kerajaan pusat dan kuasa pentadbiranya berdasarkan kepada  satu Perlembagaan.  Jadi, Malaysia ditubuhkan sebagai sebuah negera yang bertunjangkan prinsip federalisme dimana ahli-ahlinya dapat mengekalkan  jati diri, identiti dan autonomi  kerajaan negeri masing-masing. 

Sebahagian besar perkara-perkara  yang terkandung dalam  perjanjian 20 perkara telahpun dimasukkan atau diterapkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan sebahagian nya sedang dilaksanakan  oleh kerajaan Persekutuan dengan kerjasama Kerajaan Negeri masing-masing mengikut kemampuannya.  Hak dan kuasa Negeri Sabah dan Sarawak juga didapati  dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan agar menjadi asas pentadbiran kerajaan Persekutuan Malaysia.

Salah satu tuntutan yang penting yang menjadi asas untuk rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju membentuk Malaysia adalah tuntutan menjamin hak istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak. Tuntutan penting ini  didapati  termaktub dalam Perkara 153 (1) Perlembagaan Persekutuan.  Perkara 153(1) menyebut “Menjadi tanggung jawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak”. Dengan ini jelas bahawa hak kaum pribumi Sabah dan Sarawak terjamin dalam Perlembagaan. Pada masa yang sama, lain-lain tuntutan dan harapan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai hak dan kuasa negeri pula dimasukkan dalam beberapa Perkara, Bahagian dan Jadual dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Perkara 110 dan Jadual 10 Perlembagaan Persekutuan membenarkan  negeri  Sabah dan Sarawak kutip hasil  untuk negeri . Perkara 112 B, 112 C,112 D ,Jadual  10, PT.V  meletakkan Sabah dan Sarawak dalam  satu kedudukan istimewa  dalam konteks dasar  fiscal  (kewangan) . Sabah dan Sarawak, tidak seperti lain-lain negeri dalam Persekutuan Malaysia,  dibenarkan  kutip  hasil untuk khazanah negeri masing-masing  seperti hasi  Impot and excise duty  atas prodak  petroleum, hasil  hutan dan kayu balak dan  hasil daripada pelabuhan  dan beberapa prodak sumber asli.  Pada  keseluruhannya,  Perlembagaan Persekutuan Malaysia didapati tidak abaikan tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh rakyat Sabah dan Sarawak semasa Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963.

Dalam pada itu, rakyat Sarawak didapati amat puas hati dengan pelaksanaan tuntutan –tuntutan mereka. Disebaliknya, terdapat beberapa kumpulan di Sabah melontarkan pelbagai dakwaan bahawa kerajaan pusat abaikan 20 perkara yang dikemukakan oleh rakyat Sabah sebagai syarat untuk   bersama Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia. Apabila kita meneliti Perlembagaan Persekutuan, didapati roh dan semangat 20 Perkara  menyerlah dalam pelbagai Perkara, Bahagian dan Jadual dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Tuntutan 20 Perkara rakyat Sabah adalah seperti berikut:

PERJANJIAN DUA PULUH (20) PERKARA :

Perkara 1:  Agama

Tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia.
Perkara 2: Bahasa
Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan.
Perkara 3: Perlembagaan
Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk Perlembagaan Malaysia,
Perkara 4: Ketua Persekutuan
Ketua (Yang Di Pertua Negara) Borneo Utara tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan.
Perkara 5: Nama Persekutuan
"Malaysia"
Perkara 6: Imigresen
Kawalan ke atas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak di bawah kuasa kerajaan Persekutuan tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri.
Perkara 7: Hak Menarik Diri
Hak untuk memisah atau menarik diri dari Persekutuan seharusnya tidak ada.
Perkara 8: Borneonisasi
Proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam negeri Borneo Utara seharusnya diwujudkan secepat mungkin.
Perkara 9: Pegawai-pegawai British
Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan pegawai-pegawai Birtish untuk meneruskan perkhidmatan mereka dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti dengan orang  tempatan yang berkelayakan.
Perkara 10: Kewarganegaraan
Tertakluk kepada pindaan berikut, Perenggan 148(k) cadangan dalam Laporan Cobbold seharusnya menentukan hak kewarganegaraan penduduk Borneo Utara di dalam Persekutuan :
Perkara 11: Cukai dan kewangan
Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan, dan cukai sendiri.
Perkara 12: Kedudukan khas bangsa asli/bumiputera Borneo Utara
Pada prinsipnya bangsa asli Borneo Utara seharusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang diberikan kepada bangsa Melayu di Malaya,
Perkara 13: Kerajaan Negeri
Ketua Menteri harus dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan. Borneo Utara seharusnya mempunyai suatu sistem kementerian yang sesuai.
Perkara 14: Jangkamasa Peralihan
Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti diberikan kepada Kerajaan Borneo Utara mengikut perlembagaan dan tidak dipengaruhi oleh kerajaan persekutuan.
Perkara 15: Pelajaran
Sistem pelajaran Borneo Utara yang wujud sekarang harus diteruskan dan dengan itu ia harus diletakkan di bawah kawalan kerajaan negeri.
Perkara 16: Perlindungan kepada Perlembagaan
Tidak ada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan dapat dilakukan oleh Kerajaan Pusat kepada perlindungan-perlindungan yang diberikan khas kepada Borneo Utara tanpa persetujuan kerajaan Borneo Utara. .
Perkara 17: Perwakilan dalam Parlimen Persekutuan
Ini sepatutnya bukan hanya bergantung kepada jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga kepada keluasan dan keupayaannya.
Perkara 18: Nama Ketua Negeri
Perkara 19: Nama Negeri
Sabah.
Perkara 20: Tanah, hutan, kerajaan tempatan dan lain-lain
Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai kuasa Majlis Tanah Persekutuan tidak harus melibatkan Borneo Utara. Seperti itu juga, Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan tidak harus melibatkan Borneo Utara.

Sejak terbentuknya Malaysia, khususnya sejak Rancangan Malaysia ke dua dilancarkan pada tahun 1971, banyak program pembangunan telah dijalankan untuk meningkatkan kualiti hidup Rakyat  Sabah dan Sarawak.Tidak dapat dinafikan bahawa dalam masa lima puluh satu tahun yang lepas,  kualiti hidup rakyat Sabah dan Sarawak berjaya  dipertingkatkan ke tahap yang hampir sama dengan kualiti hidup rakyat di Semenanjung. Walaupun kedudukan demografi dan geografi Sabah dan Sarawak yang unik serta   rakyatnya tinggal bertabur berselerak di kawasan pendalaman menjadi satu cabaran kepada kerajaan dalam merancang pelan pembangunan, program-program pembangunan yang dilaksanakan dapat mengurangkan kadar  kemiskinan Sabah dan Sarawak. Kadar kemiskinan Sabah dapat diturunkan  daripada 70 % pada tahun 1970 kepada  paras  16 % pada tahun 2007 dan ke paras  8 .1 % pada tahun 2013. Kadar pengganguran pula dapat  diturunkan kepada  kadar 5.2 % (2013).

Dalam konteks pembangunan ekonominya,  KDNK atau GDP Sabah telah meningkat daripada RM 602  juta pada awal tertubuhnya Malaysia (1967) kepada RM 44.4 bilion pada tahun 2013  iaitu peningkatan hampir 74 kali ganda. Pendapatan Per Kapita Sabah telah meningkat daripada RM 1,770 pada tahun 1970 kepada RM 19,,010 (2013). Jumlah rakyat yang berkerja juga telah meningkat dari 38,000 ribu pada tahun 1970 kepada 1.5 juta pada tahun 2013.

Menurut kajian Bah. Analisa Cukai, Bah.Pengurusan Belanjawan, Kementerian Kewangan Malaysia, kerajaan pusat memberi peruntukan besar kepada negeri Sabah (RM 4.376 bilion) berbanding dengan negeri-negeri lain. Anggaran pembangunan  Sabah bagi tahun 2014   adalah RM 1200.3 juta. Daripada jumlah ini, kerajaan negeri sedia RM 838.43 juta (69.8 %) dan kerajaan pusat pula menyedia RM361.87 juta (30.2 %) .  Sumbangan kerajaan pusat secara langsung kepada  jabatan –jabatan kerajaan persekutuan di Sabah pula didapati  mencecah RM 1,047 juta bagi  tahun 2013.  Kerajaan pusat juga di kesan  memperuntukkan RM 2.049 bilion dalam bajet 2014 untuk menjalankan program pembangunan dan kesejahteraan rakyat  Sabah dan Sarawak. Aliran  peruntukan sejumlah besar seperti  ini kepada Sabah dijangka akan berterusan termasuk bayaran tunai sebanyak 5%  daripada nilai petroleum yang dijumpai dalam negeri seperti termaktub dalam Perjanjian Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Berhubung dengan pembangunan sosial pula, Sabah diperuntukkan kuasa dan hak-hak tersendiri dalam Perlembagaan Persekutuan untuk membela dan melindungi kepentian rakyat Sabah terutamanya dalam memelihara adat resam, budaya  dan agama masyarakat Sabah. Sabah juga dibenarkan teruskan dengan mahkamah, undang-undang pribumi malah Mahkamah Persekutuan (Sivil)  yang berasingan daripada Mahkamah Persekutuan Malaya di Pusat. Perlantikan Ketua Hakim bagi Negeri Sabah dan Sarawak juga disyaratkan perlu dirunding dengan Ketua Menteri negeri masing-masing. 

Dengan demikian, rakyat Sabah tidak harus terpengaruh dengan slogan-sogan dan desakan –desakan yang mengesa Sabah keluar dari Persekutuan Malaysia atau terpengaruh dengan suara sumbang untuk adakan referendum. Dakyah mengesa  Sabah memisah daripada  Persekutuan Malaysia adalah satu tuntutan bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia dan Perjanjian 20 Perkara yang dipersetujui bersama untuk membentuk Malaysia.  


Rakyat Sabah perlu diingatkan agar jangan menggadai keselamatan, kemakmuran, kesejahteraan dan kualiti  hidup yang dinikmati sejak terbentuknya  Malaysia  untuk memenuhi agenda politik seseorang individu atau kumpulan yang lebih mementingkan kepentingan politik diri daripada kepentingan keseluruhan rakyat Sabah. Majoriti rakyat Sabah dan Sarawak  dengan nyatanya  menzahirkan rasa amat puas hati dan bershukur kerana dapat menganggotai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963  kerana Sabah dan Sarawak kini dilimpah dengan pembangunan dan kemajuan yang amat memperangsangkan.

Tuesday, September 23, 2014

USAHA PENINGKATAN KUALITI HIDUP ADALAH MERUPAKAN SATU TUNTUTAN AGAMA

Pilihan raya kecil DUN N.01 . Pengkalan Kubor , Kelantan akan diadakan  pada  25 September 2014 , berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar pada 24 Ogos 2014 akibat sakit canser.  Apabila sebut Pengkalan Kubur pastinya akan terlintas dalam ingatan kita terhadap seorang pahlawan Melayu yang termashor,Tok Janggut, yang gugur dalam pertempuran menentang penjajah British di Kampong Pupuh,Kelantan  pada 25 Mei 1915. Nama asal Tok Janggut adalah Haji Hassan Bin Panglima Mat Munas. Tok Janggut  dibumikan di Pasir Pekan dan makamnya masih berada di Tumpat, Kelantan.

Pilihan Raya kecil  kali ini adalah pertandingan tiga penjuru iaitu antara calon BN, PAS dan Bebas. Pertandingan ini lihat hebat dan genting kerana BN  bertemu dengan calon PAS, parti yang mengkuasai kerajaan Negeri Kelantan  dan bukan melawan calon PKR  seperti  pertandingan sebelumnya iaitu pada PRU13. PKR memberi laluan kepada PAS kerana  dilaporkan bimbang akan  menghadapi kekalahan teruk yang akan menjejaskan keseluruhan imej PKR yang kini didapati semakin merosot  dikalangan rakyat.

Walaupun Datuk Noor Zahid Omar, bekas wakil rakyat Pengkalan Kubor  mewakili  BN tetapi beliau  dianggap  sebagai  seorang   wakil rakyat yang bermesra  rakyat dan suka membantu penduduk  tanpa mengira perbezaan politik. Walau pun Datuk Noor sudah tiada lagi, sebahagian besar pengundi di DUN Pengalan Kubor masih ingat jasa-jasa beliau yang tiada bandingannya. Jasa-Jasa Datuk Noor masih dalam ingatan dan kenangan pengundi Pengkalan Kubor.

Dari segi lokasi strategiknya,  DUN N.01 .Pengkalan Kubor ,yang dikuasai  oleh BN  adalah terletak  dalam Kawasan Parlimen Tumpat dan DUN Pengkalan Kubor adalah salah satu DUN dalam  empat kerusi DUN yang terletak dibawah  Parlimen Tumpat.  Parlimen Tumpat  meliputi  4 DUN  yang semuanya ,kecuali DUN N.1.Pengkalan Kubor,  dikuasai oleh PAS.  Walaupun  DUN  Pengkalan Kubor dilihat  terkepung oleh kubu kuat PAS,  tetapi Datuk Noor Zahidi  berjaya memenangi DUN ini  untuk tempoh tiga penggal berturut-turut,  iaitu PRU tahun 2004,2008 dan 2013.
Kemenangan hebat Datuk Noor ini  jelas membuktikan kebolehan,  kemesraan  dan kebijaksanaan beliau , malah jiwa  rakyat  yang menyerlah dalam sanubari  Datuk Noor. Beliau mempertahankan kerusi Pengkalan Kubor dalam PRU12,  ketika medan politik negara dilanda dengan  tsunami  politik  yang mengubah  keseluruhan landskap politik Malaysia.

DUN N.01  Pengkalan Kubor  terletak dalam kawasan Parlimen Tumpat yang dimenangi oleh calon PAS, Kamaruddin Bin Jaafar, seorang pemimpin PAS yang berwibawa dan berpengaruh. Pada masa yang sama, dua kerusi DUN lain yang berhampiran dengan DUN Pengkalan Kubor yang terletak dalam parlimen Tumpat , iaitu N.03.Pasir Pekan , dikuasai oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob ,seorang pemimpin PAS yang  berpengaruh dikalangan masyarakat Kelantan  dan satu lagi DUN N.02 Kelaboran, juga dikuasai oleh PAS.  Manakala satu lagi DUN dalam parlimen Tumpat iaitu N.04 Wakaf Baru  dikuasai oleh PAS yang wakilnya  menyandang jawatan Ahli  Exco kerajaan Negeri PAS. 

Kedudukan geograpi politik jelas menunjukkan bahawa memenangi  kerusi  N.01 Pengkalan Kubor bukan lah sesuatu yang mudah  seperti  ramai menjangka. Sejak hari penamaam calon, pihak BN  dilihat  berjuang  bersunguh-sungguh untuk mempertahankan kerusi tersebut agar ianya tidak terlepas ke tangan PAS. PAS pula didapati menjalankan kempen habis-habisan untuk memenagi DUN ini untuk menjaga maruah PAS sebagai sebuah parti yang memerintah negeri dan pertandingannya dalam kawasan Parlimen yang menjadi kubu PAS. Malah untuk membuktikan PAS boleh menang  pilihanraya  tanpa  sokongan daripada PKR dan DAP yang kini kelihatan kurang  akrab hubungan dengan PAS sejak tercetusnya  kemelut politik diNegeri Selangor akibat  usaha PKR  untuk mejatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim(PKR) sebagai Menteri Besar Selangor.

Jumlah pengundi yang berdaftar bagi DUN Pengakalan Kubor adalah 24,039 pengundi termasuk Pengundi Melayu 91.9 %, Etnik Siam 7 % , Cina 0.97 % dan India 0.6 %. Sebahagian besar pengundi Pengkalan Kubor adalah kaum Melayu.Pola pengundian pilihan raya umum yang lepas bagi Parlimen Tumpat, dimana terletaknya DUN Pengkalan Kubor , menunjukkan sokongan pengundi untuk  parti PAS kian  meningkat. Pada masa yang sama, sokongan untuk BN juga didapati meningkat dalam kawasan DUN Pengkalan Kubor. Pada PRU13, majoriti BN di Pengkalan Kubor telah meningkat daripada 100 undi (2008) kepada 1,736 (2013). Pola pengundian ini jelas membayangkan bahawa pengundi Pengkalan Kubor adalah  pengundi yang matang, rasional dan  pragmatik   dan tidak sangat tertaksub kepada ideologi dan hujah-hujah politik sesuatu parti tertentu. Mereka kelihatan lebih mengutamakan  dan mementingkan kesejahteraan hidup penduduk Pengkalan Kubor daripada ideologi parti.

Dalam PRK kali ini, pengundi Pengkalan Kubor dijangka akan memilih Uztaz Mat Razi Mat Ali daripada BN kerana mereka percaya beliau boleh mainkan peranan sebagai  penegur yang sihat dan konstruktif  dalam Dewan Undangan negeri  yang dikuasai oleh PAS. Daripada 45 kerusi DUN di Kelantan, PAS menguasai 32 kerusi dan PKR 1 kerusi. Jadi,  sekiranya  keputusan PRK ini tidak memihak kepada PAS, maka ianya  tidak akan menggugat kuasa PAS mentadbir kerajaan Negeri Kelantan.  Pengundi Pengkalan Kubor juga dilaporkan berharap hubungan baik   Mat Razi  Mat Ali dengan pemimpin-pemimpin  kerajaan pusat  akan membantu membawa banyak projek-projek pembangunan kepada kawasan Pengkalan Kubor dalam usaha meningkatkan  kualiti hidup mereka. Sebagai contoh: Seramai 47,746  warga Kelantan telah menikmati bantuan daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang berjumlah RM1.56 bilion. 

Tinjauan tempoh hari di Pengkalan Kubor menunjukkan penduduk Pengkalan Kubor masih dahagakan program-program  pembangunan terutamanya dalam bidang sosial dan ekonomi seperti menambah baik kemudahan-kemudahan awam, menyediakan infrastruktur awam  seperti   pasar ,jalan raya, sekolah ,jambatan ,kemudahan kesihatan dan sebagainya yang melibatkan berpuluh-puluh juta ringgit yang boleh menampung oleh kerajaan Pusat.

Sehubungan ini, tinjauan terbaru dikawasan ini juga menunjukkan sebagian besar penduduk  Pengkalan Kubur, terutamanya  pengundi Melayu berhasrat   menyokong  calon BN berbanding dengan calon PAS  untuk mempastikan  legasi Datuk Noor Zahidi dalam mensejahterakan kualiti hidup penduduk Pengkalan Kubor dapat diteruskan . Masih ada projek dan program yang dirancang oleh Datuk Noor untuk kebaikan pendudukan Pengkalan Kubor belum dilaksanakan.   Kecenderungan pengundi Pengkalan Kubor untuk menyokong Mat Razi Mat Ali jelas menunjukkan sebahagian besar pengundi Pengkalan Kubor adalah pengundi yang berfikiran lebih rasional dalam membuat keputusan politik kerana mereka  ingin melihat demokrasi bersubur sambil tuntutan agama Islam terlaksana iaitu dalam hal-hal memenuhi tuntutan agama Islam yang menuntut  ‘memakmurkan dan membangunkan alam ini sesuai dengan potensi dan keupayaan mereka sebagai kejadian yang terbaik berbanding makhluk lain’ dapat terlaksana.

Sehubungan ini, pengundi Pengkalan Kubor kini berada dalam bersimpangan dan pelu memikir dengan mendalam  untuk memilih calon yang boleh mewakili mereka dalam memenuhi hasrat politik dan tuntutan agama dalam menjamin masa depan yang lebih cemerlang bagi mereka.                                                                                                                      
Dalam hal ini, calon BN dipercayai   mampu meneruskan legasi Datuk Noor Zahidi Omar dalam menyediakan pelbagai program pembangunan untuk penduduk DUN Pengkalan Kubor. Malah dapat membantu kerajaan negeri yang dikuasai oleh PAS dalam hal-hal bukan sahaja pembangunan jasmaniah  malah pembangunan bidang rohaniah atau pembangunan syiar Islam di DUN Pengkalan Kubor ke tahap yang lebih tinggi. Sebahagian besar pengundi dikawasan ini percaya calon BN , selaku seorang uztaz yang disegani dan dihormati rakyat mampu menjalankan peranan dalam membela kepentingan ekonomi dan agama penduduk Pengkalan Kubor. Sebahagian besarnya  bercadang  menolak pendekatan ketaksuban dalam memilih seorang calon untuk mewakili mereka malah lebih cenderong  kepada realiti dan keperluan semasa.  

Memandangkan perkembangan politik terbaru dalam medan politik di Pengkalan Kubor seperti tersebut diatas, ramai penganalisis politik menjangka keputusan PRU12 akan mengulangi dan ini bermakna BN dijangka akan menang PRK Pengkalan Kubor dengan majoriti kecil. Keputusan pengundi Pengkalan Kubor untuk terus memilih calon BN adalah keputusan yang bijak kerana mereka hendakkan program pembangunan yang berterusan  tanpa menjejaskan kuasa PAS mentadbir kerajaan negeri Kelantan.

Saturday, September 20, 2014

MALAYSIA HAILED TO BE ON THE RIGHT TRACK!

The New Economi Model (NEM) launched by government has improved  the quality of life of many Malaysian  throughout the country. The rural population, particularly people in Sabah dan Sarawak has benefitted much from the gobernment rural development programme. Between 2010 and 2013, 4.5 million people have come out of poverty.

The mean income level of a household has increased tremendously, hitting RM 2007 in year 2013 and expected to exceed RM 2,300 by 2015. Many lower income Malaysias from all communities has been empowered to increase their earning capacity  by getting assistance from the Low Income Household (LIH)  program and Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Initiatives  under the National Key Results (NKRA). According to Datuk Seri Idris Jala, the CEO of Pemandu, 145,630 households has benefitted from LIH and 24,200 people benefitted from AIM initiatives.


The government also has plans to create 3.3 million high income jobs  under the Economic  Transformation  Programme  and RM3.61 bilion has already spent  last year  to provide technical and Vocational Education to meet the above said target. With this, one can say  convincingly that Malaysia is on the right track to reach the goal of higher income nation by 2020. Let us work together with gumption to achieve the noble goal set by our government.       

Thursday, September 18, 2014

THE RIFT BETWEEN PAS AND OTHER COALITION MEMBERS IS IRREPARABLE

The religious scholars from the Islamist Party PAS all over Malaysia  who gathered in Kulai, Johor Bahru  today has clearly  voiced   their opinion  against  the ‘Kajang Move’,  initiated by Dato’ Seri Anwar Ibrahim, the opposition leader,  to   take over the Menteri Besar’s post of  Selangor government, replacing Tan Sri Khalid Ibrahim. The ulamas  has admitted that the move to replace Khalid Ibrahim , who has not committed  any offence , but has given an  good governance,  has created a crack in the opposition front. With this, the senior and experienced Islamic scholars or   ulamas  from PAS opined that their break up with the opposition front, particularly DAP,  is imminent in the near future. They called the top leadership  to  review  their  cooperation pact   or  thaluf siyasi  with the other  partners,  particularly the  DAP, the non -Islamic  party which is against  PAS  initiating a motion   in parliament to legislate  Hudud law   in Malaysia.   Many  political  observers  claim that the  rift between PAS and the other opposition party members in the  front is   irreparable.  

Wednesday, September 17, 2014

RAKYAT KELIRU DENGAN KENYATAAN AHLI POLITIK YANG BERTOPENGKAN PEGUAM PEMBELA?

Malaysia kini dilanda dengan satu fenomena yang aneh di mana pemimpin-pemimpin parti pembangkang juga merupakan peguam-peguam yang membela  pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli politik yang didakwa di mahkamah. Kumpulan peguam ini, selaku pemimpin parti politik pembangkang sering keluarkan kenyataan yang mengkritik  pemimpin-pemimpin kerajaan dan sistem perundanagan termasuk Akta-Akta perundangan di Malaysia. 

Apakah peguam-peguam  yang diharapkan oleh rakyat untuk  membela keadilan dalam medan perundangan  menggunakan jawatan politiknya mengelaurkan kenyataan-kenyataan untuk memajukan kerjaya mereka sebagai ahli politik dalam medan politik? Kedudukan seperti ini  jarang kita lihat di luar negara.

Rakyat kini keliru dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh peguam-pegum,terutamanya peguam yang membela seseorang pemimpin utama parti politik  dimahkamah, khususnya pemimpin-pemimpin yang dituduh melakukan kesalahan jenayah  seperti kes liwat.

Rakyat kini keliru untuk membezakan sama ada sesuatu kenyataan yang dibuat oleh seorang peguam yang mewakili untuk membela seorang pemimpin politik dalam mahkamah itu kenyataan politik atau kenyataan pembelaan?   

Tuesday, September 16, 2014

SELAMAT HARI MALAYSIA


SELAMAT HARI MALAYSIA diucapkan kepada semua warga Malaysia khususnya kepada saudara-saudarI di Sabah dan Sarawak. Sempena menyambut Hari Malaysia adalah baiknya kita mengimbas kembali sejarah penubuhan Malaysia agar kita sebagai rakyat Malaysia dapat memperkasakan lagi hubungan dan kemuafakatan antara rakyat Malaysia Barat (Semenanjung) dan Malaysia Timur (Sabah & Sarawak)ke tahap yang lebih tinggi dalam mengecapi kesejahteran dan kemakmuran yang berterusan.
· Perjanjaian Malaysia ditandatangani  pada 9 Julai 1963. PM Tunku Abdul Rahman, Tan Siew Sin, V.T.Sambanthan, Ong Yoke Lin, Dr.Lim Swee Aun hadir dan menyaksikan upacara majlis tanda tangan tersebut.
  •  DYMM SPB Yang DiPertuan Agong  luluskan  Akta Malaysia  pada 26 Ogos 1963.
  • Sarawak dapat kemerdekaan pada 22 Julai 1963 dan Sabah pada 31 Ogos 1963.
  • Deklarasi Pembentukan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka,Kuala Lumpur pada 16 September 1963. 

Wednesday, September 10, 2014

KEBEBASAN BERSUARA ADALAH HAK BERSYARAT BUKAN HAK MUTLAK

Dewasa ini kebebasan bersuara hangat dibincangankan dikalangan ahli-ahli politik dan dikalangan golongan muda,  malah suara sumbang kedengaran disana- sini mendakwa kononnya kerajaan  menggunakan Akta Hasutan 1948 untuk mendiamkan atau melenyapkan suara rakyat yang dianggap tidak selaras dengan pemikiran politik pemerintah atau kerajaan. Malah badan-badan yang mengaku dirinya sebagai badan yang bertauliah dan arif dalam bidang perundangan juga didapati berlumba-lumba mempertahankan seseorang individu atau kumpulan yang didakwa dimahkamah kerana gagal menghormati undang-undang negara iaitu undang-undang yang disediakan oleh kerajaan untuk menjamin keamanan dan keseselamatan rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama.

Persoalannya apakah kumpulan yang mendakwa kerajaan menghadkan kebebasan rakyat bersuara benar-benar ikhlas dalam menengahkan pendirian mereka atau mempertopengkan dan menggunakan sesuatu institusi ikhtisas untuk memperjuangkan agenda politik  sesuatu kumpulan atau parti politik tertentu?

Sebelum mencari jawapan untuk permasalahan tersebut, adalah wajar kita meneliti matlamat  dan kepentingan Akta Hasutan 1948 yang dikuatkuasakan di Malaysia dan langkah-langkah  yang telah diambil oleh kerajaan kepimpinan YAB  Dato Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak, dalam meluaskan skop kebebasan rakyat bersuara agar  demokrasi matang dapat  dipelihara dan disuburkan di Malaysia.

Kebebasan bersuara,  berkumpul dan  mempernyatakan pendapat dalam bentuk lisan dan cetak adalah hak asas seseorang individu dalam sistem politik demokrasi tulin. Menyedari kebenaran ini, kerajaan umumkan Program Transformasi Politik (PTP) diumumkan   pada 16 September 2011 yang melibatkan  penggubalan, pindaan dan pemansuhan malah  pembatalan  beberapa undang-undang yang dianggap tidak relevan dengan peredaran zaman atau yang dianggap  sebagai  songsang oleh ahli-ahli politik, terutamanya masyarakat sivil yang mengharapkan pembaharuan dalam bidang perundangan agar sura rakyat dapat diluaskan.

Sehubungan ini, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kian di cemuh oleh kumpulan  yang memperjuangkan dan dipengaruh oleh aliran Hak Asasi Manusia,  dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA. 

Selain itu, beberapa undang-undang seperti Akta  Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri juga dibatalkan. Akta untuk membenarkan dan memudahkan orang ramai berkumpul untuk mempernyatakan sesuatu pandangan atau hasrat kepada kerajaan  juga digubal dan diluluskan. Kebebasan untuk cetak dan menerbit bahan-bahan cetak  dalam menyebarkan fahaman sesuatu ideologi atau pendapat di perluaskan dengan membuat pindaan dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.  Akta Universiti dan Kolej Universiti  yang didakwa mengkongkong kebebasan pelajar-pelajar Universti dan Kolej dipinda dalam menjamin kebebasan kepada pelajar-pelajar institusi tinggi bergerak, menyertai politik didalam dan diluar kampus dalam menunaskan bakal pemimpin-pemimpin negara.

Perlu ditegaskan bahawa Program Transformasi politik dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan ruang demokratik diperluaskan untuk melayan dan menampung perbezaan pendapat serta persaingan idea dalam era globalisasi yang kian menuntut kebebasan individu ke tahap yang lebih tinggi.  Pelaksanaan program tersebut jelas menunjukkan kerajaan dewasa ini     berhasrat untuk  mencipta sebuah negara  dimana prinsip-prinsip  hak asasi manusia dijunjung sambil kepentingan individu dan komuniti diimbangi.

Kepimpinan kerajaan  merasa  Malaysia telah memasuki era demokrasi yang lebih matang dimana peranan kerajaan berubah daripada menjadi penentu dan pengukur  tahap kematangan  rakyat kepada pelindung  kebebasan rakyat agar rakyat  dapat menikmati hak-hak asasi yang sepatutnya. Walaupun ISA telah banyak membantu memastikan demokrasi dan hak asasi manusia dilindungi,  kerajaan berpendapat  masanya  telah tiba untuk beralih dari zaman ISA kepada satu perundangan yang lebih progresif dan kini  keselamatan negara adalah terletak atas  kematangan  politik rakyat.

Berteraskan fahaman ini, kerajaan telah menggubal undang-undang Akta Kesalahan Keselamatan(Langkah-Langkah Khas) 2012  untuk terus menjamin keselamatan dan keamanan rakyat Malaysia. Kerajaan tidak menggubal undang-undang tersebut dengan sewenang-wenangnya tetapi berlandaskan kepada kuasa yang ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia. Perkara 149 (1)  Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Parlimen untuk  membuat undang-undang bagi  menangani ancaman  yang dilakukan  oleh seorang individu atau sesuatu kumpulan seperti berikut:  

(a) Menyebabkan kekerasan yang dirancang terhadap orang atau harta, atau menyebabkan sebilangan besar warga Negara takut akan kekerasan itu
(b) Membangkitkan perasaan tidak suka terhadap Yang di Pertuan Agong atau mana-mana kerajaan dalam Persekutuan
(c) Mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan antara beberapa kaum atau golongan penduduk
(d) Mengubah dengan apa-apa cara lain daripada cara yang sah , apa-apa jua yang tertubuh menurut undang-undang
(e) Mendatangkan mudarat kepada penyelenggaran atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang ramai atau mana-mana golongan orang ramai dalam Persekutuan
(f)    Mendatangkan mudarat kepada ketenteramaan awam dalam atau keselamatan Persekutan atau mana-mana bahagianya.

Namun ada pihak yang mengelirukan rakyat malah mengeluh bahawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 bertentangan dengan hal-hal yang berkaitan dengan kebebasan seorang individu seperti terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebenarnya, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 tidak bercanggah  dengan kebebasan seseorang individu seperti  termaktub dalam Perlembagaan terutamanya dalam Perkara 5 (kebebasan diri) Perkara 9 (kebebasan bergerak) , Perkara 10 (Kebebasan bercakap,berhimpun dan menubuh persatuan)  dan Perkara 13 ( Hak terhadap harta).

Akta Kesalahan Keselamatan(Langkah-Langkah Khas) 2012 didapati  memperluaskan lagi kebebasan seseorang individu kerana tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan semata-mata atas kepercayaan politik atau aktiviti politiknya. Kuasa Menteri Dalam Negeri untuk menahan tanpa perbicaraan mana-mana individu yang terkandung dalam ISA  dimansuhkan. Polis pula hanya diberi kuasa menahan seseorang  tidak melebihi  daripada 28 hari untuk maksud penyiasatan. Selain itu, Akta tersebut juga  membenarkan orang yang ditangkap bebas untuk membuat permohonan habeas corpus di mahkamah dan boleh mencabar alasan tahanan dan tatacara tahanan. Perkara-perkara yang terkandung dalam SOSMA jelas dilihat memperluaskan hak kebebasan seorang individu bersuara dan berpolitik di Malaysia.

Kebanyakan negara-negara dalam persada dunia yang dianggap  sebagai peneraju dan pelindung demokrasi berparlimen dewasa ini didapati mengetatkan undang-undang dalam negara mereka  masing-masing untuk mempastikan keselamatan negara mereka. Sebagai contoh: Amerika Syarikat melaksanakan Patriot Act 2001 dan Homeland Security Act 2002, Australia melaksanakan  Terrorism Act 2005, negara jiran kita Singapura yang selalui dicontohi oleh setengah pihak sebagai negara mengamal kebebasan rakyat bersuara melaksana Internal Security Act, United Kingdomm melaksana Terrorism Act 2000, Sri Lanka melaksana Prevention of terrorism Act 1982, Ghana melaksanakan Preventive Detention Act 1958 dan Brunei melaksana Internal Security Act.

Walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai pembaharuan dalam bidang undang-undang untuk meluaskan kebebasan rakyat bersuara, ada pula pihak yang mendakwa kerajaan kini menggunakan Akta Hasutan 1948 dalam melenyapkan suara yang menentang kerajaan. Ada akhbar tempatan yang menyiar berita bahawa Perdana Menteri Mohd.Najib Tun Abdul Razak merasa gentar menghadapi kritikan daripada rakyat dan dengan itu cuba menggunakan Akta Hasutan 1948 untuk senyapkan suara  lantang yang mengkritik kerajaan  kepimpinan beliau . 

Apakah kumpulan yang mendakwa kononnya Najib Tun Razak tidak berani bersemuka dengan kumpulan yang mengkritik kepimpinan beliau menghidap penyakit myopic atau rabun jauh?  Apakah kumpulan ini  tidak  melihat betapa berani dan hebatnya Najib dalam merunding secara terus menerus dengan Alexander Borodai,  ketua kumpulan pemberontak yang menguasai lokasi  MAS
MH17  yang terhempas di Ukraine, untuk  mendapat kerjasama beliau  agar  pasukan penyelamat dan penyiasat Malaysia dan antarabangsa dapat akses ke lokasi  MH17 terhempas,  membawa balik ke Malaysia jenazah  krew dan penumpang yang menjadi mangsa dalam trajedi  MH17 malah berjaya memujuk kumpulan pemberontak menyerahkan  kotak hitam penerbangan MH17 kepada  Malaysia  untuk membantu dalam siasatan   punca nahas  MH17.  

Tidak dapat dinafikan sistem politik demokrasi memberi hak kepada rakyat bersuara. Kesuburan system demokrasi memerlukan penyertaan rakyat dalam memilih pemimpin atau wakil-wakil mereka melalui proses pilihan raya. Rakyat bukan sahaja berhak menyuarakan pendapat mereka malah menyatakan pendirian mereka secara terbuka  terhadap sesuatu dasar yang di umumkan oleh kerajaan atau sebelum sesuatan dasar di umumkan. Rakyat juga diberi kebebasan untuk memberi pandangan semasa sesuatu dasar berada dalam peringkat penggubalan. Perbincangan dan perdebatan mengenai sesuatu dasar kerajaan sebelum dilaksanakan atau di kuatkuasakan adalah asas  atau sine qua non  perjalannan sebuah sistem politik yang berlandaskan  kepada falsafah politik demokrasi.

Rakyat di benarkan  menyuarakan pendapat mereka dalam mencari kebenaran. Tetapi terdapat juga kumpulan dan golongan yang sering menyalahgunakan  hak atau kebebasan yang  dinobatkan  kepada rakyat oleh perlembagaan sesebuah negara. Menyedari lumrah manusia untuk menyalahgunakan  kelonggaran  yang terdapat dalam undang-undang yang disediakan untuk mengawal tingkahlaku warga sesebuah negara,  kerajaan yang mementingkan keamanan, keselamatan, moral dan hubungan  antara rakyat  secara amnya dan hubungan antara berbilang kaum dan agama, sediakan undang-undang khusus untuk menghadkan kebebasan rakyat mengeluarkan pendapat yang boleh menimbulkan keresahan, permusuhan malah  anarki  dalam sesebuah masyarakat dan negara.

DiMalaysia, rakyat diberi peluang yang luas untuk bersuara atau mengeluarkan  pendapat mereka dengan bebas.  Nilai masyarakat Malaysia adalah berasaskan kepada kebebasan dan bertanggungjawapan. Malaysia lebih mementingkan keharmonian  antara kaum berteraskan sejarah politik negara.  Rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama diharapkan menghormati perkara-perkara yang  telah dipersetujui bersama. Sebahagian besar rakyat Malaysia percaya dan yakin demokrasi  tulin memerlukan amalan  budaya  rakyat  memahami dan bergerak dalam  ruang sempadan kebebasan yang digariskan oleh Perlembagaan Malaysia  dan Undang-Undang yang diluluskan oleh Parlimen. Parlimen berkuasa mententukan kebebasan seseorang demi kepentingan rakyat umum.

Akta Hasutan 1948 dikuatkuasakan bukan untuk merencatkan kebebasan bersuara tetapi untuk menjamin tidak sesiapa menyentuh perkara-perkara yang sensitif yang boleh menimbulkan tegangan dan permusuhan antara kaum di Malaysia. Namun, baru-baru ini rakyat Malaysia menyaksikan ada pihak yang melanggar Akta Hasutan 1948  terutamanya Seksyen  (4) (1)(b) and Seksyen  4(1)c), Akta Hasutan 1948.  Ada pihak yang menyoal institusi Raja-Raja dan adapula pihak yang mengeluarkan kenyataan yang boleh menyemai benih  pemikiran dikalangan rakyat Sabah untuk memisah daripada Malaysia.

Sehubungan ini, rakyat Malaysia perlu sedar apakah maksud dan tafsiran ‘hasutan’ yang disebut dalam Akta Hasutan 1948 agar tidak ada pihak yang cuba  mengelirukan rakyat yang kurang arif  dalam hal-hal perundangan?  
Menurut Seksyen 3(1) (a) hingga Seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan 1948, hasutan adalah dirujuk kepada ‘kecenderungan’ menghasut meliputi pelbagai keadaan termasuk membangkitkan perasaan benci terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan, pentadbiran keadilan,menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat,membangkitkan permusuhan antara kaum.
Manakala Seksyen 4 (1) (c) pula memperuntukkan kesalahan mencetak,menjual ,mengedar,atau mengeluarulang apa-apa penerbitan yang mengandungi bahan berunsur hasutan.
Namun, ada pihak yang mendakwa Akta Hasutan 1948 rencatkan hak bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan malah bertentangan dengan semangat dan roh Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan dikatakan memberi kebebasan kepada rakyat Malaysia mengeluarkan pendapat atau buah fikiran.

Perkara  10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kebebasan bersuara. Namun Perkara  10 ( 1) ( a ) hendaklah ditafsir bersamaan dengan lain-lain perkara dalam Perlembagaan yang menghadkan kebebasan tersebut.
Perkara 10(2) (a)  Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan had atau sekatan ke atas kebebasan bersuara  jika ia diperlukan atau mustahak untuk melindungi tujuh perkara seperti berikut:
1.      Kepentingankeselamatan negara
2.      Perhubungan kerajaan dengan negara-negara lain
3.      Ketenteraman awam
4.       Melindungi keistimewaan Parlimen/Dewan Undangan Negeri
5.      Penghinaan terhadap mahkamah
6.      Fitnah
7.      Perbuatan mengapi-apikan supaya melakukan kesalahan

    Dengan ini jelas bahawa kebebasan bersuara bukanlah satu hak atau kebebasan yang mutlak. Lebih-lebih lagi, Malaysia selaku sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum,agama dan budaya tidak mampu membenarkan sesiapa mengeluarkan kenyataan, pendapat, pandangan atau buah fikiran dengan  bebas  kerana bimbang ianya akan mempunyai elemen menghasut yang boleh menimbulkan permusuhan dikalangan masyarakat berbilang bangsa malah menggugat keamanan negara yang terbina sejak negara mencapai merdeka.Kesimpulannya rakyat Malaysia bebas untuk bergerak, berkumpul  dan bersuara dengan bertanggunjawapan. Rakyat Malaysia harus elak suara yang bersifat kekerasan, ekstrem dan berat sebelah. Disebaliknya lebih utamakan suara yang bersifat jalan tengah,keseimbangan dan kebijaksanaan. Rakyat yang menyokong suara sederhana perlu bangkit untuk menenggelamkam suara lantang yang dibangkitkan oleh sesuatu kumpulan kecil dalam masyarakt yang cuba membelakangkan kepentingan majoriti rakyat Malaysia. Perlu ditegaskan bahawa kebebasan beruara bukan bermakna  seseorang warga berhak menghina dan membangkit perkara-perkara yang boleh mempecahbelakan masyarakat berbilang kaum. Undang-undang perlu dikuatkuasakan dalam menjamin keseimbangan terbaik diantara kebebasan bersuara selaras dengan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekjutuan dan kompleksiti kemajmukan rakyat Malaysia agar perpaduan antara kaum, harmoni antara berbilang dan stabiliti politik sentiasa terjamin.