Friday, October 12, 2007

Syabas Malaysia!

Saya turut merasa bangga dengan kejayaan Malaysia merealisasikan impian meneroka angkasa lepas apabila Soyuz 15-S yang membawa angkasawan kebanggaan negata kita, Dr.Sheik Muszaphar Shukor Sheik Mustapha, selamat dilancarkan dari Baikonur Cosmodrome di Kazakhstan ke destinasi Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Peristiwa tersebut telah menyinarkan imej Malaysia di persada dunia.Syabas Malaysia!

Detik bersejarah dan gemilang ini harus menjadi pemangkin kepada peningkatan minat dan kecenderungan dikalangan generasi muda rakyat Malaysia terhadap bidang sains dan teknologi. Cacatan rekod dalam sejarah penerokaan angkasa lepasa oleh seorang warga Malaysia itu harus disanjung dan hayati oleh setiap warga Malaysia tanpa mengira keturunan, agama dan warna kulit. Walaupun dalam konteks lahiriahnya Dr. Sheik Muszaphar merupakan seorang Islam dan terdiri daripada kaum Melayu, beliau merupakan anak emas kebanggaan seluruh rakyat Malaysia!

Peristiwa penerokaan angkasa lepas oleh seorang warga Malaysia membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu mencipta rekod dunia. Malah , kebelakangan ini, rakyat Malaysia pernah mencatatkan sejarah yang gemilang dalam beberapa perkara yang menjadi kebangaan seluruh rakyat Malaysia.Kejayaan demi kejayaan yang dicipta oleh Malaysia membantu memperkenalkan dan meningkatkan imej negara kita di peringkat anatarabangsa. Seluruh dunia melihat kejayaan yang menakjubkan diciptakan oleh rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, kita harus ingat bahawa kemajuan teknologi seharusnya berjalan seiring dengan keluhuran budaya dan ketinggian akhlak masyarakat. Sesuatu bangsa itu akan menjadi bangsa yang terhormat dan diseganai bukan hanya dengan kejayaan dalam bidang ekonomi dan sains semata-mata, malah dengan kejayaan yang dicatatkan dalam mengurangkan kadar gejala sosial yang memudaratkan kemajuan bangsa seperti amalan rasuah, jenayah, keruntuhan moral dan sebagainya dikalangan rakyat .


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.