Thursday, June 4, 2009

KONSEP 1 MALAYSIA-SATU PENILAIAN DARI PERSPEKTIF AGAMA HINDU :

YAB Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Razak, sejurus mengambil alih teraju kepimpinan negara mengumumkan konsep 1 Malaysia, berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara, sebagai hala tuju negara menghadapi cabaran-cabaran abad 21.

Dato’ Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa pengakuan dan penerimaan kemajmukan rakyat Malaysia sebagai realiti adalah teras kepada konsep satu Malaysia. Malah kemajmukan rakyat harus dijadikan sebagai sumber kekuatan bagi Malaysia mencapai kejayaan demi kejayaan.

Sehubungan ini, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengutarakan lapan cirri-ciri utama yang boleh di terapkan sebagai budaya rakyat Malaysia dalam menjayakan konsep Satu Malaysia. Antaranya adalah budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

Antara ciri penting yang harus diberi tumpuan dalam konsep Satu Malaysia adalah ciri meritokrasi dan kesaksamaan. Meritokrasi yang dimaksudkan dalam konsep ini bukan bermakna kesaksamaan yang membuta. Malah kesaksamaan bermaksud setiap rakyat yang memerlukan bantuan serta pertolongan diberi perhatian oleh kerajaan secara adil dan saksama dan tidak perlu mana-mana pihak merasa mereka akan dicicirkan atau dipinggirkan .

Dengan itu,konsep Satu Malaysia menganjurkan prinsip dan niali-nilai persaudaran dikalangan rakyat Malaysia yang bersifat majmuk. Mana-mana kumpulan masyarakat dalam Malaysia tidak perlu menganggap bahawa mereka adalah warga negara kelas dua dalam negara. Malah setiap anak Malaysia adalah potensi modal insan yang penting kepada negara.

Namun, setiap warga negara mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pendek kata, Prinsip –prinsip utama yang mendasari Satu Malaysia adalah kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) . Rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik perlu hidup sebagai satu keluarga besar. Nilai-nilai mulia ini dijangka akan diterapkan malah menjadi cara hidup rakyat Malaysia secara satu evolusi dalam jangka masa yang panjang menjelang abad 21.


Sehubungan ini, perkhidmatan awam adalah merupakan rakan kongsi utama kepada kerajaan dalam menjayakan konsep Satu Malaysia. Penjawat awam bertanggungjawb untuk menunaikan komitmen kerajaan kepada rakyat. Justeru, Dato Seri Najib Tun Razak mengutarakan empat initiatif anjakan paradigma utama saperti berikut yang harus diterapkan dikalangan penjawat awam dalam memodenisasikan perkhidmatan awam.

4 Anjakan paradigma:

1.Anjakan daripada ketegaran kepada keanjalan –mengubah sikap kekerasan ,sombong tidak menghirau kepada sikap mengambil tahu ,tolak ansur dan berkerjasama dalam menjalankan tugas resmi masing-masing. Ini bermakna penjawat awam perlu mengubah kerangka minda ,strategi dan kaedah bekerja lama kepada yang baru bersesuaian dengan peredaran masa dan permintaan global.

2. Beralih daripada budaya output dan perbelanjaan atau kesan nyata semata-mata kepada mementingkan aspek outcome atau dampak keberhasilan secara holistik. Kaedah menilai kejayaan harus berubah dari kuantiti kepada kualiti serta impak kepuasan hati pelanggan atau rakyat.

3.Anjakan daripada birokrasi yang menyukarkan kepada birokrasi yang memudah cara dan menyenangkan rakyat . Rakyat harus melihat dan menganggap birokrasi diwujudkan untuk memudahkan rakyat mendapat perkhidmatan dab bukan sebaliknya iaitu menyusahkan orang awam mendapat perkhidmatan awam.

4. Anjakan daripada produktiviti semata-mata kepada gabungan produktiviti, kreativiti dan inovasi – penambahbaikan daripada bertokok (incremental ) kepada anjakan berganda ( quantum leap).Kaedah bekerja yang kurang mendatangkan munafaat dirombak sekaligus dengan inovasi-inovasi baru dalam mempertingkatkan prestasi penjawat perkhidmatan awam.

Ini bermakna , penjawat awam harus keluar mengubah kerangka minda, strategi dan kaedah bekerja secara holistik dalam menghadapi cabaran-cabaran baru bagi memenuhi kehendak rakyat supaya kepuasan rakyat dapat terjamin malah dapat dipertingkatkan.

Penjawat awam harus berfikir adakah berpulu-puluh juta ringgit yang dibelanjakan oleh kerajaan mendatangkan kepuasan rakyat ataupun “Are the rakyat getting value for their tax dollars??”. Rakyat adalah stakeholders atau pemilik kerajaan .Malah kepuasan hati rakyat adalah tanda aras utama kepada kejayaan sektor awam.

Dalam memenuhi matlamat tersebut , Dato’ Seri Najib Tun Razak menyeru sektor awam menampilkan penjawat awam yang berintegriti,berkebolehan,setia dan berdedikasi untuk berkhidmat demi rakyat dalam mencapai kepuasan hati rakyat malah membantu kerajaan dalam menjayakan konsep satu Malaysia.

PERSPEKTIF AGAMA HINDU

Prinsip-prinsip asas yang dimajukan dalam Konsep Satu Malaysia adalah didapati sejajar dengan nilai-nilai kemanusiaan yang terdapat dalam semua agama terutamanya dalam agama Hindu. Agama Hindu menganjurkan nilai kemesraan di kalangan sesama manusia dengan ayat bermaksud “May all beings look on me with friendly eyes; may I look on all beings with friendly eyes; may we look on each other with friendly eyes” (Yajur Veda 36.18)

Secara umumnya, antara doa-doa umum yang terdapat dalam sembayang seorang penganut agama Hindu adalah seperti berikut:

1. “‘Om, sarve bhavantu sukhinah, sarve santu niramaya-ah, sarve bhadrani pashyantuma-kaschit duhkhabhag bhavet, Om shanti, shanti,”
(Terjemahan)

“ Oh, Almighty, may all (entire mankind) be happy, may all be healthy, may all experience prosperity, may none (in the world) suffer. May peace, peace, peace be unto us and all the beings of the world”

Berdoa agara seluruh umat manusia sejahtera selalu dan hidup sebagai satu keluarga besar

2. “Sarva bhuta hite ratah”

(Terjemahan)

“Work continuously for the welfare of every living being”
Berusaha untuk kebajikan seluruh umat manusia


3. “Loka samsthah sukhino bhavanto”

(Terjemahan)

“Let all be happy”
Berdoa agar seluruh umat manusia gembira selalu.

Kesimpulannya, huraian doa-doa tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa prinsip-prinsip utama yang dimajukan dalam konsep Satu Malaysia adalah sejajar dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip kemanusiaan yang dianjurkan dalam agama Hindu. Dengan ini,jelas bahawa kaum India tidak harus keberatan untuk menerima konsep Satu Malaysia malah harus menyokong menjayakan konsep tersebut sebab ianya sejajar dengan rukun-rukun asas dalam agama Hindu.