Wednesday, November 3, 2010

KEPUTUSAN PRK GALAS DAN BATU SAPI YANG DIJANGKAKAN

Pengundi N. 45 Galas dan P. 185 Batu Sapi akan keluar mengundi esok untuk menentukan wakil rakyat mereka di Dewan Undang Negeri dan Parlimen masing-masing. Adalah dijangka seramai 95 peratus pengundi telah menetapkan pilihan masing-masing dan hanya menunggukan saatnya untuk mengundi parti yang mereka yakin akan membantu meningkatkan kualiti hidup mereka dan bukan parti yang ghairah berteriak dengan slogan-slogan politik hanya untuk memancing undi.

BN menguasai DUN Galas sehingga PRK12 yang berlangsung pada tahun 2008. Namun, PAS pada pertama kalinya menguasai kerusi Galas, yang terletak dalam bahagian Parlimen Gua Musang pada tahun 2008 dengan menerima undi sebanyak 4399 undi berbanding dengan BN 3753 undi.PAS menang hanya dengan majority 646 undi berbanding dengan BN menang dengan majority 1729 pada tahun 2004.

Namun, menjelang pilihan raya kecil pada 4 November, BN telah cuba memulihkan sokongannya dikalangan pengundi di Galas dengan menunjukkan kesungguhan untuk membantu penduduk Galas mengatasi masalah-masalah yang tertekan mereka selama ini khususnya masalah yang menyebabkan oleh pentadbiran PAS.

Walaupun parti PAS menggunakan imej Tuan Guru sebagai banteng atau “front- line “ dalam memujuk pengundi termasuk pengundi Ciana dan India, namun akhir-akhir ini didapati pengundi lebih cenderung kepada BN berbanding dengan PAS .

Seramai 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil kali ini iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.

Tinjauan saya tempoh hari jelas menunjukkan bahawa BN dan PAS masih hampir seimbang dalam mendapatkan sokongan pengundi Melayu.Namun, 2,317 atau 20.06 peratus pengundi Cina dan 185 pengundi India dijangka akan menentukan keputusan PRK Galas.

Jadi, pada keseluruhannya BN dijangka memenagi PRK Galas kali ini dengan majoriti tidak kurang daripada 1,000 undi.

Berhubung denga pilihan raya kecil Batu Sapi pula, BN dijangka akan mengekalkan kerusi Batu Sapi. Memandangkan BN memenangi 24 kerusi daripada 25 kerusi Parlimen di negeri itu pada tahun 2008 dan kerajaan pusat serta negeri dijangka akan meneruskan projek-projek pembangunan tambahan seperti membaiki 12 jalan raya di Sandakan dengan kos RM 2.3 juta dan pembinaan jalan SiBuga sepanjang 2.7 km dengan kos rm 16 juta, BN dijangka akan terus mendapat sokongan pengundi Batu Sapi.

Walaupun media ghairah melaporkan bahawa pengundi Cina dijangka akan memihak SAPP , dalam konteks realitinya, pengundi Cina di Batu Sapi dilihat berlainan perspektif politiknya kerana mereka lebih mementingkan pembangunan , keamanan dan keharmoniaan hidup bersama daripada retorik politik yang sia-sia yang dibawa oleh SAPP dan PKR .

Slogan SAPP yang berjuangkan ‘Sabah untuk Orang Sabah’ dan PKR memperjuangkan ‘Menuju ke Putrajaya’ dilihat tidak mempengaruhi pemikiran politik pengundi Batu Sapi.

Justeru itu, penganalisaan terakhir sokongan pengundi Batu Sapi jelas menunjukkan BN dijangka akan memenangi kerusi Batu Sapi dengan memperolehi tidak kurang daripada 8,280 undi ( 52 % ) .