Monday, December 13, 2010

GTP,ETP, NKRA dan KPI: SATU PENJELASAN


PENGENALAN
Malaysia adalah sebuah negara rakyatnya berbilang kaum dan etnik yang mengamal pelbagai kepercayaan agama, budaya, bahasa dan cara hidup. Namun, kerajaan yang mentadbir negara ini sejak merdeka secara terus menerus berjaya mengurus kepelbagaian di Malaysia dengan berkesan agar rakyat pelbagai kaum dapat menikmati kemajuan dan pembangunan negara dengan adil dan sak sama.

Pembangunan dan kejayaan yang dicapai oleh Malaysia amat menakjubkan malah menjadi contoh kepada negar-negara lain yang sedang membangun di persada dunia. Selain itu, kerajaan juga didapati berjaya mengurangkan kadar kemiskinan, terutamanya kemiskinan tegar,menyediakan kemudahan –kemudahan awam yang bertaraf kelas pertama, mengubah ekonomi negara yang berteraskan pertanian kepada ekonomi industri berat dan meningkatkan kualiti hidup sebahagian besar rakyat Malaysia dalam jangka masa 53 tahun yang lepas.
Malah, kebanyakan negara-negara luar termasuk USA menganggap Malaysia sebagai contoh negara Islam yang moden, progresif dan saling hormat-menghormati hak pelbagai agama.
Namun, ombak globalisasi dan liberalisasi yang melanda dunia akibat kemunculan teknologi maklumat menghasilkan impak yang boleh dirasai oleh segenap lapisan rakyat Malaysia, merentasi kaum dan lokasi tempat tinggal. Malah, perkembangan dan kemajuan dalam bidang teknologi maklumat telah menimbulkan pelbagai cabaran kepada kerajaan untuk meneruskan agenda mencapai Wawasan negara iaitu mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Perdana menteri-perdana menteri terdahulu seperti perdana menteri pertama YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, yang diikuti oleh Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr.Mahathir Mohamed dan Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi telah meletakkan asas-asas pembangunan negara agar rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup bersatu padu sambil menikmati kualiti hidup yang memuaskan.

Sehubungan ini, YAB Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Razak, yang mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan pada 3 April 2009 berhasrat meneruskan agenda pembangunan negara yang diasaskan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu supaya agenda pembangunan mencapai wawasan negara dapat diteruskan agar rakyat terus menikmati hasil pembangunan dan kemajuan yang negara tercapai sejak merdeka.

YAB Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak yang mengambilkira perkembangan terbaru dalam landskap politik dalam negeri dan geo-politik di persada dunia, mengumumkan pendekatan transformasi untuk menangani cabaran-cabaran terkini malah memperkasa dan melonjak ekonomi negara kepada peringkat yang lebih tinggi agar matlamat Wawasan Negara tercapai dan rakyat menikmati berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Sesungguhnya, YAB Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak memilih pendekatan transformasi untuk memperkasakan ekonomi negara dalam menempa sebuah zaman baru berteraskan empat tonggak utama iaitu (i) Gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, (ii) Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Ke 10 (2011-2015), (iii) Program Tranformasi Kerajaan atau Government Transformation Plan (GTP) dan (iv) Program Tranformasi Ekonomi atau Economic Transformation Plan (ETP).

Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) diumumkan sebagai pemangkin proses menjayakan keseluruhan hasrat “Gagasan 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan Dan Pencapaian Diutamakan”. kedua –dua program tersebut, GTP dan ETP adalah bertujuan untuk meningkatkan pendapatan rakyat malah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Agenda transformasi kerajaan dan ekonomi akan dilaksanakan mendukung falsafah Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara. Malah, prinsip dan semangat ‘Gagasan 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ akan mendasari semua program pembangunan dan usaha-usaha kerajaan dalam melahirkan sebuah negara bangsa Malaysia.

Malah, kerajaan mengumumkan satu pendekatan baru dalam merealisasikan ‘Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, malah memperkasakan ekonomi negara dan mempertingkatkan keberkesanan bidang penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.


GTP dan ETP

Program Transformasi Kerajaan atau Government Transformation Programme (GTP) yang dilancar pada 20 Januari 2009 dan Program Transformasi Ekonomi atau Economic Transformation Programme (ETP) dirangka untuk mengaasi segala halangan bagi mencapai WAWASAN 2020 sambil menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berdaya saing diperingkat global.

GTP dan ETP menjadi pemangkin untuk menggerakkan keseluruhan proses transformasi supaya matlamat rakyat berpendapatan tinggi serta kaedah penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat dapat dibaharui, malah dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi dan baik dalam memenuhi hasrat rakyat.

Selain itu, GTP dan ETP adalah merupakan hala tuju atau ‘road map’ yang mengariskan objektif, berhasilan, initiatif-initiatif yang harus dilaksanakan dalam bidang NKRA yang dikenalpasti dan MKRA kementerian masing-masing. GTP dan ETP pula didukung secara serampang oleh Model Ekonomi Baru (MBE) atau New Economic Model dan Rancangan Malaysia Ke 10.

Program GTP dan ETP melibatkan semua kementerian dan agensi-agensi kerajaan serta penjawat awam dalam semua peringat menumpukan perhatian mereka dalam memenuhi keperluan –keperluan yang menjadi keutamaan rakyat (Rakyat Didahulukan) . Pada masa yang sama, melaksanakan inititif-initiatif bagi mengubah asas-asas untuk menyampaikan perkhidmatan kerajaan dengan berkesan seperti diharapkan oleh rakyat( Pencapaian Diutamakan).

NNKEA, NKRA dan KPI

Dalam usaha melaksanakan GTP dan ETP, keraajaan mengumumkan Aktiviti Utama Ekonomi Nasional atau Nasional Key Economi Area (NKEA) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara atau National Key Results Area (NKRA) serta Petunjuk Keberhasilan Pencapaian Negara atau Key Performance Index (KPI).

Saya mahu segala rancangan pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat dimaklum dan diketahui agar mereka dapat memantau dan menilai pencapaian sasaran yang ditetapkan"-NAJIB TUN RAZAK

NKEA dan NKRA adalah dirujuk kepada penumpuan serta pelaksanaan projek dan program-program pembangunan tertentu oleh agensi-agensi kerajaan berdasarkan keperluan, harapan dan keutamaan rakyat. Hasil yang diperolehi daripada pelaksanaan projek dan program-program pembangunan dalam bidang-bidang tertentu ini dijangka akan mengatasi masalah utama yang dihadapi oleh rakyat malah memenuhi harapan mereka dan keutamaan rakyat. Usaha-usaha khusus ini juga dijangka akan mempercepatkan proses transformasi kerajaan dan memperkasakan keseluruhan ekonomi negara.

NKEA adalah bidang –bidang pembangunan ekonomi yang dikenalpasti berpotensi untuk terus maju. Sebagai permulaanya , kerajaan telah menetapkan 12 bidang utama ekonomi Negara (NKEA). Antara bidang yang dikenal pasti adalah sektor Perkhidmatan dan sektor Pertaniamn yang bernilai tinggi termasuk sektor Minyak dan gas, Minyak sawit dan produk berkaitan, Pemborongan dan peruncitan, Pelancongan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Perkhidmatan pendidikan, Elektrik dan elektronik, Perkhidmatan perniagaan, Penjagaan kesihatan swasta, Pertanian dan Greater Kuala Lumpur.

Manakala, Bidang Keberhasilan Utama Negara atau National Key Results Area (NKRA) adalah bidang –bidang khusus yang akan diberi tumpuan oleh agensi pelaksana kerajaan, malah sasaran bagi setiap NKRA ditetapkan lebih awal supaya agensi pelaksana mencapai sasarannya dalam satu waktu tertentu yang di tetapkan.
Dalam pada itu, kerajaan juga memperkenalkan kaedah Petunjuk Keberhasilan Pencapaian Negara atau National Key Performance Index (KPI) pada 27 Julai 2009 untuk menilai pencapaian sasaran yang ditetapkan bagi setiap NKRA.

Pendekatan NKRA sebagai bidang tumpuan dan KPI sebagai kayu pengukur prestasi agensi pelaksana umumnya digunakan sebagai radas timbangan kerja dalam sektor korporat dan jarang sekali digunakan dalam sektor awam. Namun, YAB Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Razak memperkenalkan methodologi NKRA dan KPI pada pertamakalinya dalam pentadbiran kerajaan persekutuan agar rakyat diberi peluang untuk membuat penilaian dan keputusan terhadap prestasi penyampaian agensi-agensi kerajaan dalam melaksanakan program pembangunan dan penyampaian perkhidmatan berpaksikan kepentingan rakyat.


Berhubungan dengan NKRA, enam (6) bidang tertentu yang meliputi sektor sosial dan ekonomi telah dikenalpasti untuk dijadikan Bidang Berhasilan Utama Negara (NKRA) yang boleh di ukur pencapaiannya. Enam menteri kabinet di beri tanggungjawab menerajui NKRA bagi mencapai matlamat KPI kementerian masing-masing dalam menterjemahkan prinsip ‘Pencapaian Diutamakan’.

Enam Bidang NKRA yang dipertanggunjawabkan kepada menteri, kementerian, jabatan dan agensi-agensi kerajaan untuk dilaksanakan sejak bulan Januari 2010 dan KPI yang telah ditetapkan bagi NKRA masing-masing adalah seperti berikut:

1.NKRA: Mengurangkan kadar jenayah (Dato’ Seri Hishamuddin, Kementerian Dalam Negeri)
KPI: Kerajaan menetapkan sasaran pengurangan kadar jenayah 5 petatus secara keseluruhan dan 20 % jenayah jalanan pada penghujung 2010.
2.NKRA: Mencegah amalan rasuah (Menteri di Jabatan Perdana Menteri- Dato’ Seri Nazri Aziz)
KPI: Sasaran diperingkat nasional untuk meningkatkan skor CPI daripada 4.5 kepada 4.9 menjelang 2012.
3.NKRA: Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan (YAB Tan Sri Muyuddin Yassin, Menteri Kementerian Pelajaran Malaysia)
KPI: Kerajaan menetapkan meningkatkan kadar kanak-kanak Malaysia yang terdiri daripada peringkat umur 4+ dan 5+ dapat akses pendidikan pra-sekolah daripada 60% kepada 80% menjelang 2012. Hampir 30,000 tenaga pengajar pra-sekolah akan dilantih dalam tempoh masa tiga tahun untuk menyapaikan pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak pra-sekolah.
Sebanyak 100 buah sekolah terdiri daripada sekolah bestari,kluster,trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi men jelang 2012.
4.NKRA: Meningkatkan kualiti hidup rakyat berpendapatan rendah (Kementerian Pembangunan wanita,keluarga dan masyarakat)
KPI:
i. Mencapai matlamat miskin tegar sifar menjelang tahun 2010 (Rekod menunjukkan terdapat 45,000 ketua isi rumah miskin tegar di seluruh negara).
ii. Mengurangkan kemiskinan daripada kadar 3.6 % kepada 2.8 % .
iii. Bantuan kebajikan untuk rakayat yang didaftar dibayar pada 1
haribulan Setiap bulan.
I iv.Menambah jumlah usahawan dikalangan wanita sejumlah 4,000
orang menjelang 2012.
· i program amanah ikhtiar Malaysia.
5.NKRA: Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman (Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah).
KPI:
Mi.Membina jalan baru sepanjang 7,000 km untuk kemudahan penduduk desa.
iii.Memastikan akses kepada air bersih dan akses kepda bekalan elektrik 24 jam. liputan rangkaian jalan luar bandar di semenanjung akan dipertingkatkan bagi memastikan kesemua rakyat tinggal paling jauh pun, 5km dari kemudahan jalan berturap. meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90% di sabah dan sarawak pada penghujung tahun 2012 supaya kemudahan air dapat dinikmati oleh 60,000 buah rumah.
miii.Meningkatkan liputan bekalan elektrik di sarawak dan sabah kepada 95% pada akhir tahun 2012 yang akan dinikmati oleh 80,000 buah rumah. kerajaan juga menyasarkan untuk memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000 rumah orang asli di semenanjung pada akhir tahun 2012. kerajaan akan membina dan membaik pulih sejumlah 50,000 unit rumah bagi keperluan golongan miskin menjelang 2012 di seluruh malaysia.

6.NKRA: Menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana (Kementerian Pengangkutan Malaysia)
KPI:
Meningkatkan peratusan penggunaan sistem pengangkutan awam daripada 16% Kepada 25 % dikalangan penduduk lembah Klang Pada penghujung tahun 2012.
JANGKA WAKTU PELAKSANAAN PROGRAN TRANSFORMASI

Program transformasi GTP dan ETP akan dijalankan dan dinilai pencapaiannya mengikut tiga (3) jadual waktu tertentu yang ditetapkan iaitu Horizon-1( 2010-2012),Horizon 2( 2012-2015) dan Horozon 3 (2015-2020). Horizon 1 melibatkan permulaan pelaksanaan initiatif-initiatif tertentu dalam bidangp-bidang yang telah dikenalpasti ( NKRA), Horizon 2 dijangka akan melihat berhasilan NKRA dan malah mengubah suai kaedah pelaksanaan jika perlu dan Horizon 3 dijangka akan melihat pencapaian wawasan negara tercapai iaitu matlamat negara maju serta rakyat berpendapatan tinggi.

Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dibentuk dalam Jabatan Perdana Menteri untuk mainkan peranan sebagai penyelaras induk, mengurus dan memantau program transformasi negara. Manakala, Perdana Menteri bertanggungjawab terhadap pencapaian KPI NKRA yang telah ditetapkan.

PPETUNJUK-PETUNJUK POSITIF NKRA

Pelaksanaan GTP dan ETP, terutamnya 6 bidang NKRA, yang giat dilaksanakan dengan penuh komitmen oleh agensi-agensi kerajaan telah menunjukkan kesan positif yang dapat diukur prestasinya menggunakan KPI yang telah ditetapkan bagi NKRA masing-masing. Malah, menteri peneraju atau pegawai yang dibertanggungjawabkan terhadap NKRA agensinya dilihat melaporkan pencapaian NKRA yang ditetapkan dalam media massa untuk makluman dan penelitian rakyat. Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, kesemua enam NKRA telah mencapai KPI yang ditetapkan. Petunjuk-petunjuk pencapaian yang dikecap sejak januari 2010 adalah seperti berikut:

i.NKRA 1 bagi mengurangkan jenayah memperlihatkan lebih daripada 14,000 anggota Polis bersama-sama dengan 3,000 anggota RELA dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) , ditugaskan semula (redeployed) di 50 kawasan yang sering berlaku kejadian jenayah atau “hot spots”. Peningkatan rondaan oleh agensi-agensi penguatkuasaan keselamatan awam termasuk skim rondaan sukarela (SRSs) untuk mencegah jenayah dalam kawasan tumpuan telah berjaya mengurangkan kadar jenayah seperti disasarkan. Kadar jenayah telah menurun 16 peratus pada keseluruhannya dan kadar jenayah jalanan yang merangkumi ragut dan rompakan tanpa senjata turun 38.2 peratus dalam masa 9 bulan iaitu sehingga bulan september 2010. Sejumlah 29 initiatif yang dilaksanakan oleh Polis untuk mengurangkan kadar jenayah dijangka akan berhasil seperti disasarkan dalam NKRA.

• NNKRA 2 bagi membanteras rasuah pula, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat telah diluluskan oleh Parlimen dan akan kuatkuasakan mulai 15 Disember 2010.Mata Indeks CPI Rasuah Malaysia pula mencatat 4.4 mata yang jelas menunjukkan persepsi rakyat meyakini terhadap usah-usaha MACC menangani rasuah.

• NNKRA 3 yang ditetapkan untuk menyediakan akses prasekolah yang berkualiti dan kemampuan pula melihatkan seramai ramai 18,000 kanak-kanak menerima manfaat daripada 929 kelas prasekolah.

NKRA 4 bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat berpendapatan rendah memperlihatkan hampir 44,000 rumah kos rendah ditawarkan dengan harga RM 21,500–35,000 sebuah kepada penghuni masing-masing yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.
Sejumlah 6,639 keluarga dikenal pasti di Perak untuk di bantu mengatasi kemiskinan. Konsep program 1Azam diperkenalkan untuk melahirkan kumpulan wanita yang mencebur dalan perniagaan kecil termasuk pertanian, job-matching dan perkhidmatan. Semua keluarga yang disifatkan sebagai miskin tegar yang mendapat pendapatan kurang daripada RM1,500 didaftar dalam sistem e-Kasih dan bantuan wang kebajikan kepada kumpulan sasaran dibayar pada awal bulan. Jabatan Kebajikan Masyarakat juga mengiatkan usaha menangani kemiskinan tegar di kalangan penduduk bandar dan desa melalui program Welfare Assistance Model dan Socio-Ekonomic Assistance Scheme dalam mencapai sasaran NKRA.
NKRA 5 bagi memperkasa prasana luar Bandar, RMK10 dan badjet 2011 telah mengariskan projek dan memperuntukan badjet untuk membina jalan baru, meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90% di Sabah dan Sarawak pada penghujung tahun 2012 supaya kemudahan air dapat dinikmati oleh 60,000 buah rumah, meningkatkan liputan bekalan elektrik di Sarawak dan Sabah kepada 95% pada akhir tahun 2012 yang akan dinikmati oleh 80,000 buah rumah. Kerajaan juga menyasarkan untuk memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000 rumah orang asli di Semenanjung pada akhir tahun 2012.

Laporan terakhir Kementerian pembangunan luar Bandar menunjukkan 7,249 km jalan baru dijangka siap menjelang 2012 termasuk 317.61 km di Semenanjung, 213.5 km di Sabah dan 60.59 km di Sarawak dan pencapaian ini merupakan pencapaian mencecah sasaran yang ditetapkan dalam NKRA.

1.Berhubung dengan bekalan letrik, sejumlah 19,401 rumah disediakan dengan bekalan tetap letrik. Ini menunjukkan hampir 99.6 % unit rumah di Semenanjung (705 unit), 81% di Sabah(10,694 unit) dan 73% di Sarawak (8002 unit) yang terletak di desa telah dibekalkan kemudahan letrik.

Sementara itu, sejumlah 8,858 unit rumah di Semenanjung, 688 unit di sabah dan 2597 unit di Sarawak telah disediakan bekalan air bersih yang dirawat. Sejumlah 360,000 unit rumah dijangka akan disediakan kemudahan bekalan air berish yang dirawat menjelang tahun 2012.

NKRA 6 untuk membaiki kemudahan pengangkutan awam memperlihatkan usaha-usaha penyelarasan laluan bas awam di bandar-bandar utama dapat dipertingkatkan dan berjaya menghasilkan peningkatan kadar pengguna bas awam bandar kepada 13 peratus.Kemudahan LRT di Lembah Kelang akan diperintingkatkan malah perjalanan ke Ampang ditambahkan sepanjang 17.7 km dan perjalanan ke Kelana Jaya ditambahkan sepanjang 17 km supaya jumlah pengguna pengangkutan awam di Lembah Kelang dapat di pertingkatkan kepada 96,000 pengguna sehari dalam perjalanan Kelana Jaya dan 66,000 pengguna sehari dalam perjalanan Ampang .

Sesungguhnya, pelaksanaan GTP dan ETP dengan pakej perangsang ekonomi serta beberapa tindakan perubahan dan pengenalan inovasi telah berjaya meningkatkan keberkesanan dan kecekapan jentera pentadbiran kerajaan malah meningkatkan prestasi pencapaian perkhidmatan agensi-agensi kerajaan. Hakikatnya, pertumbuhan ekonomi juga menunjukkan kejayaan yang menakjubkan dimana pembangunan ekonomi mencatit 9.5 peratus bagi separuh tahun pertama. Peningkatan ini merupakan kadar yang paling tinggi pencapaiannya dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

Pendekatan baru ini yang didukung oleh kombinasi pelbagai inisiatif kerajaan bersama sektor swasta telah memberi sumbangan yang amat menggalakan dalam bidang ekonomi. Mengikut World Competitiveness Yearbook (WCY), Malaysia telah melonjakkan kedudukannya ke tangga 10 dalam daya saing sedunia pada tahun 2010 berbanding dengan tangga ke 18 pada tahun 2009. Malah, Malaysia mencatatkan rekod cemerlang (2) daripada empat (4) kategori daya saing di persada dunia iaitu kecekapan kerajaan (government efficiency) dari tangga 19 ke tangga 9 dan kecekapan perniagaan (business efficiency) dari tangga 13 ke tangga 4.

PENDEKATAN BARU KERAJAAN KEPIMPINAN NAJIB

Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Razak memilih pendekatan baru dalam mengurus pentadbiran negara kerana beliau inginkan transformasi atau perubahan radikal dalam kaedah penjawat awam mengurus program pembangunan yang dipertanggungjawabkan agar rakyat dapat menikmati hasil kemajuan negara dengan cepat sambil Malaysia dapat meningkatkan keupayaan daya saing negara dalam menangani cabaran-cabaran globalisasi dan liberalisasi yang melanda dunia.
“Jelas sekali kita tidak mempunyai pilihan, sama ada kita bergerak maju dengan penuh yakin atau mengambil risiko untuk ditinggalkan dalam perlumbaan global yang sengit ini."
pSesungguhnya, pentadbiran kerajaan kepimpinan YAB Dato’ Seri Mohd.Najib menggunakan pendekatan dan kaedah baru ini supaya bukan sahaja kerajaan dapat menilai sejauh mana agensi-agensi kerajaan dapat memenuhi hasrat rakyat, malah rakyat itu sendiri dapat menilai sejauhmana program pembangunan dan penyampaian perkhidmatan kerajaan yang dipertanggunjawabkan kepada agensi-agensi kerajaan dapat dilaksanakan dalam jangka waktu tertentu.

Usaha memperkenalkan NKRA sebagai tumpuan pelaksanaan dan KPI sebagai kayu ukur prestasi kerajaan jelas menunjukkan YAB Dato Seri Mohd.Najib Tun Razak lebih mendahului kepentingan rakyat dan mengutamakan pencapaian agensi kerajaan, malah sanggup memikul risiko politik demi membela dan memelihara kepentingan rakyat. Langkah tersebut juga jelas menunjukkan kerajaan kepimpinan YAB Dato Seri Mohd.Najib Tun Razak lebih tertarik dengan pendekatan transformasi kerajaan daripada pendekatan populist yang hanya mementingkan kepentingan politik semata-mata.
Pendekatan menilai keupayaan pencapaian kerajaan merupakan satu pendekatan terbuka dalam menterjemahkan prinsip Rakyat Didahulukan ,Pencapaian Diutamakan.Program Transformasi Kerajaan dan Ekonomi dijangka akan menggerakkan Malaysia kearah mencapai status negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi serta pendapatan Negara Kasar Per Kapita (KDNK) meningkat kepada RM 48,000 (a high income, developed nation) menjelang tahun 2020.

Dengan menumpukan usaha transformasi (transformational) atau melaksanakan pendekatn GTP dan ETP, Kerajaan dijangka akan meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah. Malah rakyat berbilang kaum dijangka akan menikmati kehidupan yang lebih baik serta dapat merasai keterangkuman (inclusiveness) yang dimajukan oleh kerajaan dalam semua bidang, termasuk sosial, politik dan ekonomi seperti ternyata dalam Gagasan 1 Malaysia.

KESIMPULAN

Pendekatan baru yang diamalkan oleh kerajaan jelas menghasilkan perubahan yang ternyata dalam pemikiran, malah meningkatkan kemahiran,keupayaan dan kecekapan pengurusan dikalangan penjawat awam, terutamanya dalam konteks sikap, komitmen, motivasi dan perasaan yakin diri. Pendekatan baru ini juga didapati menyemarakkan semangat penjawat awam dari peringkat pengurusan tinggi ke peringkat akar umbi atau “rank and file” di agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk mencapai sasaran NKRA yang ditetapkan.
Sekiranya GTP dan ETP berjalan lancar dan berhasil seperti dijangkakan maka rakyat Malaysia, tanpa mengira perbezaan kaum dan golongan akan menikmati hasil pembangunan dan kemajuan yang dikecapi oleh kerajaan seperti dimajukan dalam Gagasan 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan, yang diilhamkan oleh YAB Dato Seri Mohd.Najib Tun Razak.