SEBELUM PENGUNDI KAJANG KELUAR MENGUNDI DALAM
PRK KAJANG, MEREKA PERLU MEMBERI PERTIMBANGAN KEPADA BEBERAPA ISU PERUNDANGAN YANG
DIJANGKA AKAN MELANDA DISELANGOR KESAN GELORA DALAM KEPIMPINAN PARTI PKR.
Menurut Shad Faruqi, seorang
pakar perlembagaan dan perundangan, Negeri Selangor dijangka akan melanda
krisis perundangan sejurus selesainya PRK Kajang. Agenda politik DS Anwar
Ibrahim tidak mudah tercapai dengan pelan
menolak TS Khalid daripada jawatan MB
Selangor.
Ramai pakar-pakar undang-undang
dan perlembagaan bersetuju dengan pandan Prof.Shad Faruqi berdasarkan landskap
dan pemikiran malah trend politik diSelangor.
Rakyat Selangor dijangka akan
menghadapi krisis Perlembagaan atau Perundangan sekiranya DS Anwar Ibrahim
terus kejar agenda politiknya untuk mengganti TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar
Selangor.
Keputusan PRU13, dimana kerusi PKR,DAP dan PAS bertambah
sehingga menjadi 44 kerusi daripada jumlah 56, jelas menunjukkan rakyat ,
khususnya pengundi Selangor amat puas
hati dengan pimpinan dan pentadbiran TS Khalid. Namun, ada kumpulan dalam PKR
tidak suka melihat TS Khalid meningkat dengan mendadak popularitinya di Selangor. Ini menimbulkan usaha untuk menolak TS Khalid
daripada kerusi MB dengan alasan kononnya TS Khalid gagal urus politik dengan
cekapnya. DS Anwar secara terbuka mendakwa TS Khalid adalah seorang pandai urus
pentadbiran tetapi tidak cekap urus politik negeri Selangor!
Dengan latarbelakang ini, DS Anwar dilaporkan
rancang untuk mengadakan pilihan raya kecil Kajang untuk beliau menjadi calun DUN Kajng dan sekiranya menang terus menjadi MB Selangor , menolak TS Khalid
dari kerusi MB.
Apakah agenda politik Anwar mudah
tercapai dalam suasana politik,
perundangan , kuasa institusi Raja, dan
pendapat publik yang begitu kompleks dan luar jangkaan pada ketika ini? TS Khalid masih dapat
sokongan hebat daripada rakyat Selangor secara amnya dan ADUN-ADUN parti PAS
Ssecara khususnya.
Sekiranya DS Anwar menang dan
ingin menjadi MB Selangor, apakah ada kekosongan pada ketika ini jawatan MB
Selangor? Apakah TS Khalid akan meletak jawatan sebagai MB Selangor untuk beri
jalan kepada DS Anwar? Sekiranya TS Khalid enggan letak jawatan, apakah majoriti
ahli DUN Selangor akan lulus usul tidak percaya terhadap TS Khalid? Apakah Sultan Selangor akan pecat TS Khalid dari
jawatan MB dan lantik MB baru dengan
kuasa yang ada pada Tuanku seperti
tercatit dalam Perkara 55 (2)( a)
Perlembagaan Selangor? Apakah TS Khalid
akan nasihat Sultan Selangor untuk bubar DUN sekiranya beliau dipaksa oleh pimpinan
dan kumpulan yang menentang beliau dalam
PKR? Apakah Sultan Selangor akan menerima sebulat –bulat nasihat TS Khalid
untuk bubar DUN? Menurut Perlembagaan Selangor, Perkara 55(2)(b), Sultan Selangor
berkuasa untuk menerima atau menolak
nasihat yang disampaikan oleh MB Selangor untuk bubar DUN!