a. Cukai Barang
dan Perkhidmatan atau GST (Goods & Service
Tax) adalah cukai kepenggunaan barang dan Perkhidmatan.
b. GST diumumkan
oleh YAB Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet 2014 pada 25 Oktober 2013.
c. GST akan dikuatkuasakan
pada 1 April 2015.
2. ADAKAH GST ITU SATU CUKAI BARU YANG AKAN MEMBEBANKAN RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH?
a. TIDAK. GST adalah cukai menggantikan cukai Jualan Dan Perkhidmatan (SST) yang sedia ada
sejak tahun 1972 dan 1975.
b. Rakyat
Malaysia telah bayar cukai SST yang merangkumi cukai Jualan (Sales) pada kadar 5-10% dan cukai Perkhidmatan (Service) pada kadar 6% tanpa
disedari sejak beberapa tahun lepas.
c. Cukai Jualan
dilaksanakan pada tahun 1972 dan cukai Perkhidmaan pada tahun 1975.
d. Jumlah Cukai
SST yang pengguna bayar selama ini adalah
16%.
e. GST telah
menetapkan kadar 6% sebagai cukai untuk keseluruhan Jualan dan Perkhidmatan.
f.
GST (6%) akan menggantikan sistem
cukai SST (16%).
3. KENAPA SST PERLU DIGANTI DENGAN GST?
GST diperkenalkan untuk menangani kelemahan dan
keburukkan yang terdapat dalam sistem SST:
a. Sistem SST
dikesan banyak membebankan rakyat malah membuka ruang untuk pihak yang tidak
bertanggungjawap mengambil kesempatan mengutip cukai yang tidak diserahkan
kepada kerajaan.
b. SST dikesan
merugikan pengguna dan kerajaan.
c.
Kelemahan SST:
i.
Cukai
seperingkat dan berganda.
ii.
Cukai
bertindih.
iii.
Cukai
bertingkat.
iv.
SST
mudah berlaku ketirisan.
v.
SST
mudah berlaku pemindahan harga.
vi.
SST
memberi ruang peniaga mengelakkan cukai.
d. Kelebihan
GST:
GST dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan
sistem SST malah mengurangkan kebebanan rakyat.
i.
Cukai
berperingkat.
ii. GST
Mengurangkan kadar harga barang dalam pasaran.
iii. Pengguna perlu bayar cukai dalam
beberapa tahap.
iv.
GST
Lebih komprehensif, telus, efisyen, mesra perniagan.
v.
Tahap
pematuhan cukai meningkat.
vi.
GST
mudah ditadbir oleh Agensi Pemungut Cukai.
vii.
Peniaga
boleh mengurus sendiri cukai yang perlu dikutip dan diserah kepada Kerajaan.
viii.
GST
mampu menjana dan meningkatkan kutipan cukai.
ix.
Punca
cukai menjadi lebih stabil.
4. ADAKAH SEMUA BARANG DAN PERKHIDMATAN
DIKENAKAN CUKAI GST?
a. Rakyat
perlu sedar bahawa apabila GST dilaksanakan, SST yang dilaksanakan sejak tahun
1972 dan 1975 akan dimansuhkan . ini bermakna
pengguna hanya perlu bayar cukai pada kadar 6 % bagi barangan dan perkhidmatan tertentu mengikut kadar penggunaannya dibawah sistem
GST. Perubhan sistem ini dijangka akan
mengurangkan harga barang dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam pasaran.
b. Tidak semua barang dan perkhidmatan dikenakan
GST. Beberapa barang makanan utama dan kemudahan asas seperti beras ,ayam, ikan
daging, sayur-sayuran,gula,tepung dan minyak masak dalah bebas daripada cukai
GST.
c. Jual beli dan penyewaan hartanah pertanian
dan rumah kediaman dan perkhidmatan sdeperti perkhidmatan kesihatan dan
pendidikan swasta serta pengangkutan awam adalah dikecualaikan daripada GST.
5. BAGAIMANAKAH GST BEROPERASI?
a. GST
dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan bercukai termasuk yang diimpot.
b. GST dipungut
oleh peniaga yang berdaftar dengan GST.
c. GST yang
dipungut oleh peniaga akan diremitkan kepada Kerajaan dalam tempoh yang
ditetapkan.
d. Peniaga
boleh menuntut semula cukai input perniagaan.
6. APAKAH DIA CUKAI INPUT?
a. GST yang
dikenakan ke atas pembelian barang dan perkhidmatan yang digunakan dalam
aktiviti perniagaan. (contohnya: GST yang dibayar kerana membeli peralatan
dapur dan dapur).
7. APAKAH DIA CUKAI OUTPUT?
a. GST yang
dicaj atau dipungut ke atas penjualan barang dan perkhidmatan.
8. APAKAH DIA KREDIT CUKAI INPUT?
a. Cukai input
yang boleh dituntut oleh peniaga yang berdaftar dengan GST.
9. SIAPAKAH DIA YANG BOLEH MEMUNGUT GST?
a. Peniaga atau
mereka yang berdaftar dengan Unit GST.
b. Peniga yang membuat
jualan tah unan pembekalan barang dan perkhidmatan bernilai RM500,000 dan atas.
10. ADAKAH SEMUA PERNIAGAAN PERLU
DIDAFTARKAN?
a. Perniagaan
yang mempunyai nilai jualan tahunan barang atau perkhidmatan bercukai yang
melebihi nilai ambang (threshold) RM500,000 dikehendaki mendaftar secara
mandatori.
b. Perniagaan
yang tidak mencapai nilai ambang RM500,000 masih boleh mendaftar secara
sukarela.
11. APAKAH DIA PEMBEKALAN STANDARD?
a. Barang dan
perkhidmatan yang dikenakan GST pada kadar yang ditetapkan. Seperti yang
dicadangkan ialah 6%.
12. APAKAH DIA PEMBEKALAN SIFAR?
a. Barang dan
perkhidmatan yang tidak dikenakan GST di peringkat output atau input.
b. CONTOH2 BARANG DIKENAKAN CUKAI 5% DALAM SISTEM SST (barang makanan):
14.
CONTOH2
BEKALAN KADAR GST
STANDARD
16.
CONTOH2
BEKALAN DIKECUALIKAN GST:
17.
BAGAIMANAKAH
CUKAI JUALAN BERFUNGSI?
a. Tidak benar.
b. Rakyat pada
ketika ini telah pun membayar cukat SST – cukai jualan (5%-10%) dan cukai
perkhidmatan (6%).
c. GST akan
dilaksanakan sebagai menggantikan cukai SST (cukai jualan dan cukai
perkhidmatan) dengan hanya satu kadar iaitu 6% sahaja.
d. GST tidak
akan dikenakan atas makanan asas seperti beras, tepung, minyak masak,
sayur-sayuran, ikan, daging, ayam, gula, barang2 & perkhidmatan yang
diekspot.
e. GST
dikecualikan ke atas perkhidmatan kesihatan, pendidikan, bayaran tol,
pengangkutan darat dan laut.
19. ADAKAH BENAR INDIVIDU BERPENDAPATAN KURANG
RM3,000 DAN TIDAK MEMBAYAR CUKAI PENDAPATAN AKAN MEMBAYAR CUKAI DI BAWAH GST?
a. Sebenarnya
mereka telah pun membayar cukai SST ke atas pembelian barang dan perkhidmatan
di bawah system cukai SST sekarang.
b. Di bawah GST
mereka hanya akan membayar GST ke atas barang dan perkhidmatan yang dikenakan
cukai GST sahaja.
20. APAKAH KESAN GST KPD RAKYAT
BERPENDAPATAN RENDAH?
a. Kadar GST
telah ditetapkan 6% berbanding SST (cukai jualan 5% - 10% dan cukai perkhidmatan
6%)
b. Bahan
makanan asas, air dikenakan pada kadar sifar.
c. Tiada GST
dikenakan ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan.
d. Pengangkutan
awam, pendidikan, perkhidmatan kesihatan, sewaan harta awam, bayaran tol, perkhidmatan
kewangan dikecualikan GST.
e. Batas hasil
jualan melebihi RM500,000 setahun, sebenarnya akan mengecualikan perniagaan
kecil dari berdaftar dengann GST.
21. ADAKAH GST AKAN MENAIKAN KADAR
INFLASI?
a. Berdasarkan
satu kajian oleh Kementerian Kewangan berkaitan kesan perlaksanaan GST
melibatkan 729 jenis barang dan perkhidmatan dari 95 industri menunjukkan pada
kadar GST 6% Petunjuk Harga Pengguna diunjurkan menurun sebanyak 0.10%.
b. Kajian ini
menunjukkan GST tidak akan memberi kesan yang ketara yang boleh menyebabkan
kadar inflasi akan meningkat secara mendadak.
c. Ini
bermakna, GST dijangka tidak akan memberi kesan kepada harga barang dalam
pasaran pengguna.
22. BENARKAH GST AKAN MENAIKKAN HARGA
BARANG ?
a. Turun naik
harga barang makanan adalah dipengaruhi dan banyak bergantung dengan permintaan
dan penawaran.
b. Dengan
perlaksanaan GST barang-barang keperluan
di dapur seperti beras, bawang, ikan bilis, garam, gula, minyak masak,
sayuran, daging, ayam dijangka tidak akan mengalami kenaikan yang ketara atau
mungkin akan jadi lebih murah disebabkan barang-barang ini termasuk di dalam
kumpulan barang-barang yang tidak akan dikenakan GST.
c. Orang ramai
perlu lebih bijak dan berhemah apabila berbelanja
23. ADAKAH BENAR MALAYSIA PERLU TERLEBIH
DAHULU MENCAPAI STATUS NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI SEBELUM MELAKSANAKAN GST?
Tidak perlu. Negara-negara yang masih dalam proses membangunpun sudah gunakan sistem GST . Sejumlah 160 negara menggunakan GST di seluruh dunia.
a.
160 NEGARA
YANG TELAH MELAKSANAKAN GST/VAT:
1.
ASEAN
- 7 NEGARA
2.
ASIA - 19 NEGARA
3.
EROPAH -53 NEGARA
4.
OCEANIA -7 NEGARA
5.
AFRIKA -44 NEGARA
6.
SOUTH
AFRIKA -11 NEGARA
7.
CARIBBEAN,AMERIKA
TENGAH
SEPERTI YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN
SINGAPURA?
b. Berdasarkan
rekod percukaian yang dilaksanakan Negara ini, kadar SST hanya naik sekali
sejak dilaksanakan pada 1972, sementara Cukai Perkhidmatan tidak pernah naik
sejak dilaksanakann pada tahun 1975.
a. Negara
memerlukan peruntukan kewangan yang besar untuk mentadbir negara.
b. Antara punca
pendapatan Negara adalah melalui kutipan cukai.
c. GST adalah
satu sistem cukai yang terbaik pernah dan sedang digunakan di 160 buah Negara
di seluruh dunia.
d. Perlaksanaan
GST di Negara ini dijangka akan menyumbang dalam meningkatkan pendapatan Negara
melalui cukai sebanyak 15%.
e. Bajet
Mengurus Negara meningkat setiap tahun, justeru Negara perlu meningkatkan
pendapatan samada melalui kutipan cukai atau pelaburan.
26. APAKAH FAKTOR PENINGKATAN BELANJAWAN
a. Pertambahan
jumlah penduduk setiap tahun menyebabkan peningkatan perbelanjaan penyediaan
prasarana di seluruh Negara.
b. Peningkatan
perbelanjaan mengurus disebabkan emolumen anggota perkhidmatan awam.
c. Peningkatan
jumlah pesara dan pencen pesara-pesara perkhidmatan awam.
d. Peningkatan
perbelanjaan Subsidi dan Insentif Kerajaan.
e. Peningkatan
perbelanjaan mengurus asset-aset kerajaan seperti Bangunan-bangunan Kerajaan,
Hospital, sekolah, jalan raya.
f.
Peningkatan
perbelanjaan pembangunan.
·
Rakyat
tidak dikenakan cukai yang tidak munasabah. Rakyat hanya perlu bayar cukai
untuk barang yang di beli dan
perkhidmatan yang diperolehi tertentu sahaja kerana GST adalah cukai penggunaan.
·
Malah
GST dijangka akan kurangkan harga barang dan perkhidmatan dalam pasaran kerana
pengilang boleh metuntut kembali cukai GST yang telah dibayar daripada kerajaan
untuk barang-barang (input) yang digunakan dalam menyediakan barang-barang.
KESIMPULAN
· GST akan
membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dalam mengurangkan beban bayar cukai jualan
dan perkhidmatan kerana cukai yang dikenakan pada kadar 15% dimansuhkan dan digantikan dengar cukai GST pada kadar 6 %.
· Pengguna
hanya bayar cukai jualan dan perkhidmatan pada kadar 6% bagai barang-barang
tertentu sahaja dan untuk membeli barang dan perkhidmatan yang digunakan
sahaja.
· Pada
umumnya hampir 85 % barang-barang keperluan asas telah dikecualikan cukai dalam sistem GST. Ini bermakna, rakyat
golongan pendapatan rendah tidak dibebankan dengan cukai berlebih-lebihhan .
· Malah
GST ringankan beban pengguna dalam
membayar cukai bagi membeli barang-barang dan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu.
· Pada
masa yang sama GST membantu kerajaan mengutip hasil dana untuk menanggung
perbelanjaan mengurus Negara yang kian meningkat dan untuk melaksanakan dengan
berkesan projek dan program pembangunan
sosial dan ekonomi untuk mensejahterakan rakyat.