Persidangan Tahunan ‘World Economic Forum (WEF) 2017
telah berlangsung di Davos, Switzerland pada 17 hingga 20 Januari 2017. WEF
adalah satu-satunya pentas antarabangsa yang mengumpulkan sebahagian besar
pemimpin politik, peneraju industri, ahli akademik, aktivis sosial, seniman
popular, pemimpin muda yang kian mentransformasikan dunia. Hampir 30 ketua
kerajaan termasuk Presiden negeri Cina, Timbalan Presiden US, perdana menteri
negara-negara Eropah termasuk Perdana Menteri United Kingdom. Malaysia diwakili
oleh Dato Seri Mustapha Mohamad, Dato Seri Madius Tangau , Dato Seri Dr. S. Subramaniam
dan beberapa orang peneraju industri dan sektor perbankan. Hampir 3000 perwakilan
dari seluruh dunia hadir untuk berkongsi pendapat dan pengalaman masing-masing
yang dijangka akan mencetuskan transformasi dunia.
Sehubungan ini, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan
Malaysia dijemput khas menghadiri WEF kali ini dan ini dilihat sebagai satu
penghargaan dan pengiktirafan bukan sahaja kepada beliau, selaku anggota jemaah menteri kerajaan,
bahkan kepada negara Malaysia. Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dijemput khas daripada
Malaysia atas kejayaan beliau ‘merakyatkan perkhidmatan kesihatan’ di kalangan
rakyat. WEF didapati terharu malah kagum dengan inisiatif Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
dalam meningkatkan akses rakyat kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti
di Malaysia berpandukan pendekatan ‘Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS)’.
Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dijemput untuk berkongsi
pandangan dan pengalaman beliau dalam usaha mendekatkan perkhidmatan kesihatan
kepada hati rakyat Malaysia malah menjadikan penjagaan kesihatan bukan lagi semata-mata
tanggungjawab pihak kerajaan tetapi tanggungjawab bersama rakyat. Pendek kata, beliau
‘mentransformasikan’ perkhidmatan Kesihatan dengan mengambil pelbagai inisiatif
dan kaedah yang inovatif, kreatif dan transformatif.
Strategy Blue Ocean atau Strategi Lautan Biru yang diilhamkan oleh Profesor W. Chan Kim dan
Profesor Renee Mauborgne telah menarik perhatian peneraju pelbagai industri malah
ketua–ketua kerajaan dalam ‘mentransformasikan cara pemikiran dan kaedah penyampaian
perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat dan kerajaan. Malah YAB Dato Seri
Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang tertarik dengan Strategi Lautan Biru (SLB)tersebut
telah menggesa agar agensi-agensi
kerajaan menerap dan mengamalkan strategi tersebut dalam menyediakan
perkhidmatan yang berkualiti, nilai tinggi dengan kos rendah atau mampu rakyat.
Kini, hampir 80 kementerian dan agensi berkolaborasi dalam merangka dan
melaksanakan inisiatif-inisiatif SLB yang kreatif dan bersifat transformatif kepada
negara. Dengan adaptasi SLB, agensi-agensi kerajaan disaran membantu masyarakat
dengan memberi tumpuan kepada tiga ciri utama NBOS iaitu: low cost; high impact and rapid execution.
Akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dengan
kos yang rendah dijangka akan menjamin keadilan sosial dan pembangunan sosial dan
ekonomi. Malah jaringan kerjasama bersinergi yang diwujudkan dalam pelbagai sektor
diharapkan akan meningkatkan lagi outcome
dan impak penyampaian perkhidmatan dalam
usaha mensejahterakan rakyat.
Sehubungan ini, Kementerian Kesihatan telah bekerjasama dengan
lain-lain kementerian dalam melaksanakan pelbagai inisiatif baru berteraskan
komuniti yang dikenali sebagai ‘Komuniti Sihat, Perkasa Negara’ atau KOSPEN iaitu memperkasakan komuniti, ke
arah meningkatkan kekuatan negara sekaligus menerapkan gaya hidup yang sihat di
kalangan rakyat. Komuniti Sihat Perkasa
Negara (KOSPEN) adalah satu inisiatif pemerkasaan komuniti dalam mencegah dan
mengawal penyakit tidak berjangkit di negara ini. Menurut laporan media, lebih
5,900 lokaliti KOSPEN telah dibentuk, 35,000 sukarelawan dilatih dan 380,000
dewasa telah disaring. Malah, inisiatif ini
adalah merupakan satu inisiatif bersifat
revolutionary yang pertama kali
diperkenalkan dunia dalam sektor penjagaan
kesihatan. Dengan
ini, rakyat Malaysia berpeluang menikmati gaya hidup yang sihat di tempat kerja,
maklumat-maklumat terkini mengenai kesihatan disebar luas agar mencetuskan perubahan dalam tingkah laku rakyat ke arah menikmati gaya hidup
yang sihat.
Inisiatif yang diambil oleh Kementerian Kesihatan dalam memastikan
rakyat mampu akses kepada kemudahan penjagaan kesihatan yang berkualiti,
selamat, perubatan yang berkesan melalui menambah baik sistem peraturan dan perolehan
perubatan secara adil dan transparen telah mendapat sanjungan daripada rakyat
Malaysia malah menarik perhatian pihak luar. Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian
Kesihatan adalah program ‘Health For
Malaysia (HFM)’. Program ini merupakan program kesedaran mengenai
kepentingan penjagaan kesihatan melalui aktiviti pemeriksaan kesihatan secara
bercuma khusus kepada masyarakat luar Bandar. Selain daripada pegawai-pegawai
perubatan berdaftar, penglibatan pelajar-pelajar perubatan pergigian dan sains
kesihatan dari universiti berserta pensyarah sebagai mentor digunakan untuk
menyampai perkhidmatan kepada masyarakat. Usaha kerjasama universiti dan
Kementerian Kesihatan iaitu satu usaha kolaborasi dan sinergi, dalam memberi
sumbangan bakti kepada masyarakat luar Bandar dalam menyediakan perkhidmatan
bercorak penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap ,sesuai dan berkesan
kepada masyarakat kurang mampu di badar dan di luar badar dijangka akan mempertingkatkan
kemahiran soft skill pelajar-pelajar yang
terlibat. Malah membantu mencapai sepenuhnya
potensi rakyat dalam kesihatan, menghargai kesihatan sebagai aset yang paling
berharga dan mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka.
Usaha seperti ini telah meletakkan Malaysia, di antara negara teratas dalam
ranking menyediakan
perkhidmatan penjagaan kesihatan terbaik di dunia.
Agensi–agensi antarabangsa memuji pencapaian Malaysia malah
melaporkan Malaysia mampu menghadapi cabaran-cabaran global dalam bidang ekonomi
dan kewangan bagi mencapai status negara maju. Sehubungan ini, rakyat Malaysia turut
merasa bangga melihat Menteri Kesihatan,
Datuk Seri Dr. S. Subramaniam melakar Malaysia di peta dunia sebagai sebuah
negara yang boleh dicontohi dalam usaha menyediakan perkhidmatan penjagaan
kesihatan yang mudah akses, berkualiti dan kos yang rendah.