Sunday, December 3, 2017

UMNO TUNJANG KEKUATAN BN


Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2017  yang  akan berlangsung minggu  depan bukan sahaja akan menarik perhatian kaum Melayu    bahkan  juga kaum  bukan Melayu.  Kaum bukan Melayu secara amnya dan pengundi India secara khususnya dijangka akan memberi tumpuan dan perhatian  kepada berbahasan para perwakilan PAU2017.

PAU 2017 diadakan diambang negara menghadapi pilihan raya umum yang ke 14 (PRU14) . Jadi,  wajarlah para perwakilan merenung kembali kekuatan dan kelemahan jentera UMNO malah peluang-peluang terbaik   dalam menjamin kemenangan calon-calon BN dalam PRU14.

Sebahagiann besar  penganalisis  politik melihat PRU14 sebagai ibu kepada segala pilihan raya umum dalam kalender politik negara malah dijangka akan menyaksikan pertembungan hebat antara dua parti yang mewakili orang Melayu iaitu UMNO yang dipimpin oleh Mohd.Najib Tun Abdul Razak, yang memimpin UMNO selama  8 tahun  dan PPBM yang di bawah naungan Tun  Dr.Mahathir Mohamad, bekas  presiden UMNO  selama  22 tahun.  Jadi,, PRU14 dikatakan  pertempungan   antara dua pemimpin Melayu yang mewakili  kepentingan kaum Melayu sekaligus Bumiputra. Pertembungan antara  kedua-dua tokoh  politik Melayu tersebut  dilihat  lebih   sengit kerana PPBM dijangka  melawan  UMNO dikawasan-kawasan majoriti pengudi Melayu. Sambil  UMNO berharapkan sokongan daripada pengundi bukan Melayu  melalui  komponan BN seperti MCA dan MIC  di Semenanjung,  PPBM  pula akan mengharapkan sokongan pengundi Cina dan Melayu melalui DAP dan Amanah. 

Dalam pada itu, PRU 13 yang lalu diadakan ketika  Najib genap empat tahun  menjadi perdana menteri. Namun, beliau berjaya memimpin UMNO sekaligus BN menang majoriti tipis dan membentuk kerajaan  dengan majoriti mudah (simple majority) . Kepimpinan Najib  dilaporkan membawa kejayaan besar kepada UMNO kerana UMNO menambah  kerusi parlimen daripada 79 (PRU12) kepada 89 (PRU13). Malah BN merampas kembali Kedah daripada Pakatan Pembangkang yang dianggotai oleh DAP, PKR dan PAS.

Kejayaan BN  merampas  kedah malah memenangi  beberapa kawasan parlimen yang dimenangi oleh pembangkang sebelumnya, seperti parlimen Merbok, Sik, Baling, Padang Terap,Pendang, Kulim -Bandar Baru, Bagan Serai, Kuala Selangor  dan  Jerai jelas menunjukkan sokongan kaum Melayu dan India  yang merosot pada PRU12 sudah kembali menyokong  UMNO  (BN).

Malah, perkembangan terakhir dalam medan politik negara menunjukkan pengundi Melayu  kini sudah sedar strategi dan taktik DAP, sebuah parti yang lebih mewakili orang Cina berasaskan demokrasi sosial berpaksikan sekularisme. DAP dilaporkan  mengkudakan PAS dalam menambah 10 kerusi iaitu daripada 28 kepada 38 berbanding  dengan PAS  yang hilang 2 kerusi  iaitu daripada 23 kepada 21. Malah PKR juga hilang satu kerusi daripada 31 kepada 30 kerusi parlimen. kerusi parlimen. Keputusan PRU13 jelas menunjukkan DAP  berkerjasama dengan parti-parti politik Melayu khasnya PAS semata-mata untuk  memperoleh undi  Melayu.
 
Keputusan PRU13 harsus menjadi pengajaran malah buka mata para pengundi Melayu. Menyedari motif politik DAP, PAS sudah memutuskan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan  DAP. Para pemimpin-pemimpin dalam PKR juga sedar niat sebenar DAP dalam terus menjalinkan hubungan dan kerjasama politik dengan PKR. Jadi,  kesedaran untuk menolak DAP dan sekutunya malah momentum  pemikiran politik semasa  dikalangan  orang  Melayu  perlu  menjadi gelombang   dalam PRU14.

Selain itu, memandangkan undi Melayu dijangka  berpecah kepada lima parti  politik  iaitu UMNO,PAS,PKR, Amanah (Parti  Amanah Negara) dan  PPBM  (Parti Pribumi  Bersatu  Malaysia), kesan penularan pembohongan dan pelbagai dakwaan yang tidak  berasas secara  luas dalam media sosial, BN  secara amnya  dan UMNO secara khususnya perlu memikat hati pengundi bukan  Melayu, khususnya  pengundi India, dalam menjamin kemenangan  calon  UMNO.


Dalam hal ini, PAU2017 bukan sahaja boleh menyuntik semangat kekitaan dan perpaduan dikalangan ahli UMNO malah boleh mempengaruhi pengundi bukan Melayu bersama UMNO  dalam menjamin kemenangan BN dalam PRU14. Memandangkan parti-parti  komponan BN diSemenanjung kian  rapuh, maka UMNO terdesak meraiah sokongan pengundi  bukan Melayu terhadap BN.     Dalam hal ini, sekiranya konsep ‘wasatiayah’ dan dasar inklusif menyerlah dalam  berbahasan sepanjang perjalanan  PAU2017,   tidak menyinggung persaan bukan Melayu, maka PAU2017 bukan sahaja akan menjadi medan  terbaik untuk memikat pengundi bukan Melayu  malah boleh menonjol UMNO  sebagai sebuah parti politik yang unggul serta  tunjang kekuatan  BN.