Amat membimbangkqn. Itulah
kata-kata yang mampu diucap dengan keadaan keluk pandemik COVID-19 yang semakin
naik sehingga mencecah angka lima digit.  Memandangkan kes COVID-19 semakin meningkat,
maka kerajaan menyambung PKP 2.0 sehingga 18 Februari 2021. Meskipun pihak kerajaan
 berusaha untuk melandaikan keluk
pandemik dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dengan
ditambahkan lagi pengisytiharan perintah darurat, namun  kes COVID-19  masih terus melonjak.     
Banyak persoalan ditimbulkan  dalam kalangan rakyat terutamanya  dalam media sosial tentang isu ini. Antaranya
ialah apakah punca sebenarnya yang menyebabkan pandemik COVID-19  terus meningkat   tanpa
adanya sebarang titik noktah? Dimanakah kita telah terlepas pandang? Apakah
ruang yang harus  teliti kembali dan
diperbaiki semula demi menyekat penularan pandemik ini? 
Rata-ratanya menyuarakan
bahawa rakyat Malaysia mempunyai kesedaran dan tanggungjawab dalam pematuhan
PKP  dan SOP.  Ini dapat dilihat dengan sambutan Hari
Thaipusam yang dilakukan secara sederhana oleh penganut Hindu. Sebelum
ini,  upacara sembahyang secara
besar-besaran dilakukan pada hari  Thaipusam di semua Kuil Murugan di seluruh negara.
Antara kuil yang terkemuka ialah Kuil Batu Caves yang dikunjungi oleh  ribuan penganut Hindu. Pada kali ini, penganut
Hindu tidak menyambut hari Thaipusam seperti yang dilakukan sebelum ini  kerana komuniti India mematuhi arahan MKN
supaya menggelakkan perhimpunan secara beramai-ramai. Sebagai sebuah agensi
kerajaan, MKN amat memahami dan menghormati sentimen komuniti India terhadap
agama mereka dengan membenarkan perarakan pedati. Perarakan ini telah menjadi
amalan sambutan   perayaan Thaipusam di
Kuala Lumpur  lebih 100 tahun. Namun
perarakan ini dijalankan dengan SOP yang ketat dimana hanya sepuluh orang
sahaja dibenarkan semasa  perarakan
pedati pada pertama kali dalam sejarah perayaan sambutan di Batu Caves.  Bahkan pihak pengurusan Kuil Batu Caves juga
menepati syarat-syarat kelulusan MKN dan SOP  dengan tidak  membenarkan penganut Hindu mengikuti  perarakan pedati. Tahun 2021 menyaksikan perayaan
Thaipusam disambut dengan Normal Baru!
Sehubungan ini, timbul
beberapa isu  yang mengaitkan dengan
penguatkuasaan PKP dan lanjutan PKP sehingga 18 Februari 2021. Langkah
penguatkuasaan PKP secara  keseluruhan di
seluruh negara kecuali Sarawak dikatakan 
akan terus  menjejaskan  kelangsungan hidup buat  sebahagian besar rakyat Malaysia, terutamanya
kumpulan B40. Golongan rakyat  marhaen
yang masih hidup ‘kais pagi makan pagi kais petang makan petang’ berdepan
dengan kesulitan bagi mencari  pendapatan
untuk menampung keperluas asas  harian.  
Meskipun pihak kerajaan
menyalurkan pelbagai bantuan, namun golongan rakyat yang bergantung kepada mata
pencarian secara harian masih menghadapi masalah untuk memenuhi keperluan asas
mereka.  Dalam pada itu, ramai  pekerja kilang kehilangan pekerjaan dan  perniaga kecil 
kehilangan sumber pendapatan setelah PKP dikuatkuasakan.  
Sehubungan itu,  sebahagian besar rakyat Malaysia yang
terkesan akibat penguatkuasaan PKP  meluahkan kebimbangan mereka terutama terhadap
keberkesanan PKP yang nampaknya tidak begitu menyakinkan.  Walaupun rakyat tetap patuh terhadap strategi
kerajaan, namun  mereka melihat perlu
adanya  pelan tindakan alternatif lain. 
Dalam pada itu,  rakyat amat berpuashati terhadap urus tadbir
kerajaan  kepimpinan Tan Sri Muhyiddin
Yassin yang amat prihatin terhadap kebajikan rakat yang terkesan pandemik
Covid-19. Namun, mereka berharap kerajaan kepimpinan beliau perlu merangka satu
strategi baharu terhadap penguatkuasaan PKP yang berbentuk mesra ekonomi   golongan B40, kumpulan masyarakat terbesar
yang terkesan COVID-19,  dalam menyekat
penularan COVID-19 pada masa akan datang. 


