Friday, November 24, 2017

HARAPAN MENJATUHKAN LDP, PARTI BERUSIA 62 TAHUN, TERKECAI

Meskin pun Shinze Abe didakwa  oleh pihak pembangkang kononnya Abe salah guna kuasa malah amal dasar kronisme dalam pentadbirannya,  keputusan pilihan raya umum yang terlangsung pada 22 Oktober 2017,  jelas menunjukkan sebahagian  besar  rakyat  Jepun bersama parti Parti Demokratik Liberal atau Liberal Democratic Party (LDP), parti yang dipimpin  Abe sejak tahun 2012.  

Sebelum tarikh pilihan raya umum di umumkan, beberapa parti  politik baru serpihan   ditubuhkan untuk menjadi parti alternatif kepada LDP, terutamanya parti Kibo No To  ( ‘The Party of Hope’ ) atau Parti Harapan  yang  dipimpin oleh bekas Gabenor  Bandar Tokyo, Yuriko Koike. Yuriko adalah bekas ahli kabinet LDP  yang disebut-sebut  sebagai Perdana Menteri  menunggu sekiranya LDP gagal menguasai majoriti dalam parlimen. Parti LDP dilaporkan menang 284 kerusi daripada 332 kerusi yang bertanding.  Manakala, parti pembangkang utama iaiaitu Parti Harapan hanya memenangi 50 kerusi sambil  parti Constitutional Democratic Party  (CDPJ) kepimpinan Yukio Edano, menang 55 kerusi. Memandangkan jumlah kerusi parlimen Jepun adalah 465, Kemenangan 284 kerusi oleh Abe adalah lebih daripada 233 kerusi yang memerlukan untuk membentuk kerajaan. Harapan pihak pembangkang untuk jatuhkan kerajaan Abe  hanya tinggal impian kerana sebahagian rakyat Jepun menolak dakwaan dan tohmahan  pihak pembangkang  terhadap kepimpinan Abe sebagai tidak berasas malah hanya merupakan retorik politik bermotif politik.

Sehubungan dengan peranan dan kuasa pengundi muda dalam menentukan pilihan raya umum  Jepun, media sosial melaporkan  bahawa   golongan muda akan  memberi impak kepada  keputusan pilihan raya Jepun kerana  umur kelayakan pengundi  di Jepun telah diturunkan daripada 20 tahun kepada 18 tahun pada kali pertama dalam sejarah pilihn raya Jepun. Ada yang meramal penurunan had umur  pengundi membantu parti-parti alternatif yang ingin menjatuhkan LDP. Namun,  keputusan pilihan raya umum  menunjukkan pola pengundian yang  disebaliknya. LDP dapat sokongan hebat daripada semua kumpulan dan golongan pengundi meliputi kumpulan pengundi tua, muda dan wanita  dalam menjamin kemenangan yang gemilang.
Meskipun pelbagai faktor yang  disenarikan yang menyebabkan kemenangan LDP dan kekalahan teruk parti pembangkang, antara faktor utama yang menyebabkan LDP menang besar adalah rekod cemerlang LDP mengurus ekonomi negera dan lebih-lebih lagi kebijaksanaan Abe mengurus dasar luar Negara. Selain itu,  faktor perpecahan di kalangan parti Democratic Party, parti utama  pembangkang, yang  menyebabkan  ahli-ahlinya menyertai   parti serpihan seperti Constitutional Democratic Party dan The Party Of Hope,  sebagai parti alternatif menentang LDP. Malah rakyat tidak dapat menerima dakwaan pembangkang kononya  parti pembangkang akan naikkan kadar  cukai GST  sekiranya menang dalam pilihan raya.

Namun, rakyat Jepun didapati  lebih mementingkan dan utamakan kepentingan negara dan masa depan warga Jepun daripada politik retorik  yang berpaksikan emosi dan persepsi. Memandangkan suasana politik global kini  semakin mencabar dan tidak stabil,  malah Korea Utara kian mengancam  keselamatan  dan ekonomi Jepun, ekonomi Jepun  disaingi oleh kuasa baru ekonomi dunia, maka  timbul  keperluan dan kewajipan bagi rakyat  Jepun membuat keputusan bijak  untuk bersama LDP, parti yang memerintah Jepun secara hampir berterusan sejak penubuhannya pada tahun 1955.  Rakyat Jepun  yakin LDP  mampu   malah terbukti  membela kepentingan negara dan rakyat Jepun. Dengan itu, Harapan parti-parti pembangkang, terutamanya parti Kibo No To  ( The Party of Hope ) atau Harapan untuk menjatuhkan LDP  kepimpinan Abe  dalam PRU 2017 Jepun  terkecai.


Sehubungan ini,  rakyat Malaysia secara amnya dan pengundi, terutamanya pengundi muda dan  baru, boleh  mengambil iktibar daripada keputusan pilihan raya umum Jepun tahun 2017. Pola pemikiran rakyat  Jepun  jelas menunjukkan mereka memihak parti LDP yang dianggap boleh menjamin masa depan yang cemerlang  bagi rakyat Jepun. Rakyat Jepun menolak parti-parti politik serpihan, yang dianggap kurang berpengalaman dalam mengurus negara tetapi  lebih ghairah retorik politik  untuk memancing  undi. 

No comments: