Debat diantara Menteri Penerangan dengan DSAI dilihat sebagai satu lembaran baru dalam amalan demokrasi di Malaysia , malah merupakan satu usaha keterbukaan kerajaan di bawah kepimpinan Dato`Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.
Debat yang bertajuk `hari ini memerintah , esok harga minyak turun` didapati sungguh menarik dan boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia menontonya semalam dan meneliti hujah-hujah yang disampaikan oleh kedua-dua pendebat tersebut serta dapat membuat penilaian yang tersendiri mengikut perspektif masing-masing.
Bagi pendapat saya Menteri Penerangan berjaya membentangkan hujah-hujahnya mempertahankan pendirian kerajaan dalam penstrukturan subsidi secara amnya dan subsidi bahan api secara khususnya.Beliau juga berjaya mendedahkan kepura-puraan parti pembangkang dalam menimbulkan isu subsidi bagan api untuk meraihkan sokongan politik. Namun , hujah-hujah beliau banyak menyentuh tentang sumbangan Petronas terhadap pertumbuhan ekonomi dan kemajuan negara .
Manakala DSAI pula didapati tetap mempertahankan pendirian beliau untuk menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen dari harga sekarang sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara. Hujah–hujah beliau banyak menumpukan kepada perolehan sumber-sumber subsidi dalam membantu menangani isu kenaikan harga barang api di peringkat global.
DSAI meminta kerajaan menilai semula syarat-syarat perjanjian dan subsidi yang ditawarkan kepada IPP supaya penjimatan daripada bantuan kepada IPP dapat di salurkan dalam dana subsidi negara dengan langkah ini harga petrol dapat di kurangkan dan meringankan beban golongan yang berpendapatan rendah .
Persoalannya disini DSAI berjanji mengurangkan harga minyak sebelum pilihanraya baru-baru ini dengan harga seliter petrol adalah RM 1.92 . tetapi dalam debat tersebut DSAI berhujah akan turunkan harga 50 sen dari harga sekarang . Nampaknya ada percanggahan dalam persoalan pokok debat tersebut.
Walaubagaimanapun kalah dan menang bukan menjadi persoalannya dalam debat semalam tetapi yang pentingnya rakyat dapat peluang mendengar pendapat pihak kerajaan dan Parti Pembangkang dalam isu kenaikan harga minyak yang masih menjadi bualan rakyat.Debat tersebut juga membuka tirai dalam pertembungan intelektualisme supaya pelbagai idea-idea ditimbulkan dalam pasaran maklumat. Dengan bekalan pelbagai maklumat, rakyat dapat membuat penilaian yang matang.
Syabas diucapkan kepada Dato` Ahmad Shabery Cheek kerana berani bersemuka dengan Dato Seri Anwar Ibrahim yang merupakan pemidato hebat malah bekas TPM Malaysia yang pernah memegang jawatan Menteri Kewangan satu ketika dahulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
memang betul debat antara dsai dan menteri penerangan menunjukkan kerajaan membuka ruang untuk rakyat membicarakan sesuatu isu yang secara langsung melibatkan mereka.dasar terbuka kerajaan ini hendaklah digunakan secara yang paling berhemah dan jangan anggap ia suatu kelemahan dan mengambil kesempatan melemparkan tuduhan2 yang tidak berasas dan membicarakan isu2 yang sensitif secara terbuka yang mana akan membawa lebih mudarat dari kebaikan.
Post a Comment