Sunday, May 9, 2010

PILIHAN RAYA KECIL P. 212 SIBU MENGHADAPI PERTANDINGAN TIGA PENJURU

Pilihan Raya Kecil P. 212 Sibu menghadapi pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional, Robert Lau (SUPP), calon Pakatan Rakyat,Wong Ho Leng (DAP ) dan Narawi Haron (Bebas). Jumlah daftar pengundi yang layak mengundi bagi kerusi parlimen Sibu adalah seramai 54,695 pengundi .Mereka terdiri daripada 36,389 ( 66.7%) pengundi Cina, 12,050 (22.1%) pengundi Iban dan 5,740 (10.5%) pengundi Melayu. Peratusan pengundi ini jelas menunjukkan majoriti pengundi di sini adalah pengundi Cina. Faktor ini mungkin menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) meletakkan seorang calon keturunan Cina sebagai calon untuk menawan kerusi parlimen Sibu.

Kawasan parlimen Sibu adalah merupakan sebuah kubu Barisan Nasional (BN) sejak lima penggal yang lepas.Pengundi Sibu juga dikatakan amat berpuas hati dengan perkhidmatan Datuk Robert Lau yang bersungguh-sungguh dalam membawa pembangunan kepada kawasan parlimen Sibu. Datukl Robert Lau memang merancang untuk menjalankan pelbagai projek dan program untuk membangunakan bandar Sibu malah meningkatkan lagi kualiti hidup masyarakat berbilang keturunan dan etnik di kawasan parlimen Sibu. Pelaksanaan program dan projek pembangunan yang dirancang oleh Datuk Robert Lau memerlukan peruntukan besar yang hanya mampu disediakan oleh Kerajaan Persekutuan.

Namun, Datuk Robert Lau yang mewakili BN dan memegang jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan dalam kerajaan Persekutuan telah meninggal dunia tiba-tiba dan segala perancangan pembangunan Sibu oleh Datuk Rober Lau Sibu perlu ditanggung oleh bakal wakil Rakyat yang akan dipilih dalam PRK pada 16 Mei 2010 nanti.

Sehubungan ini, pengundi Sibu perlu bijak dalam membuat keputusan memilih calon dalam PRK nanti kerana wakil rakyat yang dipilih nanti perlu meneruskan segala perancangan pembangunan yang ditinggalkan oleh mendiang Datul Robert Lau. Sekiranya tidak, maka penduduk Sibu lah akan mengalami kerugian dalam konteks pembangunan.

Persoalannya siapakah yang lebih mampu untuk melaksanakan projek-projek dan program pembangunan yang dirancang oleh mendiang Datuk Robert Lau? Siapakah mampu mendapat bantuan dan peruntukan berjuta-juta ringgit daripada kerajaan negeri dan persekutuan untuk menjalankan projek-projek pembangunan di kawasan Sibu? Pengundi P.212 Sibu perlu mengambilkira dua persoalan tersebut sebelum membuat keputusan pada hari mengundi pada 16 Mei 2010.

Tinjauan dikalangan pengundi Sibu menunjukkan bahawa mereka inginkan segala program dan perancangan pembangunan yang diusahakan oleh Datuk Robert Lau diteruskan. Mereka juga kelihatan tidak mudah dipengaruhi oleh sentimen perkauman Cina yang dibawa oleh DAP dan slogan-slogan politik yang didendangkan oleh pihak Pakatan Rakyat terutamanya PKR dan DAP.

Pemimpin DAP mengutarakan slogan 'A Greater Malaysia'. Manakala, DAP mengutarakan dua slogan iaitu, Saudara Lim Kit Siang mengutarakan slogan ' Save Malaysia ' dan anaknya Lim Guan Eng mengutarakan slogan ' Middle Malaysia'. Pengundi Sibu dicurahkan dengan pelbagai slogan -slogan politik oleh Pakatan Rakyat yang disertai oleh 3 parti iaitu DAP,PKR dan PAS.

Manakala, BN yang terdiri daripada 14 buah parti didapati bersatu dalam mengutarakan hanya satu slogan sahaja iaitu ' 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Dalam konteks ini, pengundi Sibu yang majoritinya pengundi Cina kurang memberi perhatian kepada slogan-slogan politik yang dimajukan oleh PR ataupun BN. Mereka lebih mementingkan cara hidup mereka di Bandar Sibu. Mereka dilihat kurang ambil tahu atau kisah tentang perkembangan dan pergolakan politik di semenanjung. Pengundi Sibu yang tetap bersama BN bagi lima penggal yang lepas juga kelihatan masih kuat sokongannya terhadap BN. Pengundi Sibu kelihatan tidak dipengaruhi dengan slogan-slogan atau dakwaan -dakwaan politik yang diajukan oleh PR,malah kelihatan tidak tergoyah kepercayaan mereka terhadap kemampuan BN membawa pembangunan kepada Bandar dan penduduk Sibu.

Pengundi Sibu juga didapati bersama BN semasa gelombang tsumani politik menukar corak landskap politik di semenanjung Malaysia pada Pilihan Raya Umum Ke 12 tahun 2008.

Dalam pada itu, satu persoalan yang mungkin menjadi tanda tanya kepada pengundi Sibu adalah kenapa DAP yang berkali-kali gagal memenangi Pulau Pinang dengan sokongan majoriti pengundi Cina di situ tidak menunaikan janji-janji kepada pengundi bukan Cina yang banyak membantu DAP memenangi dan membentuk kerajaan negeri menguasai Pulau Pinang apabila pengundi India memihak parti PKR,DAP dan PAS dalam PRU 12. Namun, DAP yang menjaguhkan slogan-slogan seperti 'Greater Malaysia dan Keadilan Untuk Semua' menepikan kepentingan masyarakat bukan Cina di Pulau Pinang.
Kerajaan Pakatan Rakyat Nnegeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP tidak melantik seorang bukan Cina sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang? Janji-janji Anwar Ibrahim selaku Pemimpin PR kepada penduduk India Kampong Buah Pala tidak ditunaikan oleh Lim Guan Eng selaku ketua Menteri Pulau Pinang mewakili DAP.Malah penduduk Kampong Buah Pala diusir dengan kejam daripada kampong halamnya di bawah pentadbiran DAP!

Memandangkan pergolakan politik semasa di Bumi Kenyalang Sarawak, terutamnya di kawasan Sibu, ramai penganalisis politik menjangka BN akan menjuarai PRK Sibu dengan majoriti lebih kurang 2,000 undi pada 16 Mei 2010.

3 comments:

raveendran nair said...

1) Berdasarkan rekod PRU12, P212 di menangi oleh mendiang Datuk Robert dengan majoriti 3235 undi manakala undi rosak adalah 334. Sekiranya anlisa tuan di mana BN akan menang dengan majoriti 2000 undi adalah tepat bermakna BN hilang sebanyak 1235 undi (bergantung kepada peratusan keluar mengundi). Sekiranya perkara ini berlaku, walaupun menang tetapi dalam konteks realiti politik adalah sesuatu yang mencemaskan bagi BN. Seperti mana yang kita tahu, Sabah/Sarawak memainkan peranan utama untuk menstabilkan kuasa politik BN di peringkat persekutuan dan penghijarahan jumlah undi dalam bilangan yang besar hendaklah tidak dipandang ringan.

2) Sukacita sekiranya tuan dapat menganalisa isu-isu diperingkat tempatan yang boleh mempengaruhi trend mengundi.

3) Satu persoalan yang sangat mustahak untuk dikaji dalam PRK P.212 adalah apakah trend mengundi masyarakat cina semenanjung akan mempengaruhi pengundi cina di P212.

sumandak bayu said...

Sejahtera Bro,

Sememangnya senario politik di Semenanjung dan kawasan Borneo (Sabah & Sarawak) tak jauh beza cuma keadaan politik tertentu yang mampu memberi gambaran positif atau sebaliknya.

Sumandak ingin melontar sedikit pandangan yang lebih melihat kepada keadaan sosiologi kehidupan orang Sabah dan Sarawak...


Calon yang sentiasa memberi keutamaan kepada rakyat akan sentiasa disanjung, dihormati dan dipilih bagi mewakili suara mereka untuk disampaikan kepada kerajaan yang memerintah...

Bagi penduduk di Sarawak, pemimpin yang sentiasa peka akan kebajikan rakyat maka beliaulah akan dipilih... Dan menjadi satu gambaran jelas bila sahaja kawasan BANDAR ia akan dikuasai oleh PEMBANGKANG... maka tidak terkecuali kononnya SIBU bakal ditawan oleh DAP... jika benar maka DAP yang sendiri hanya meletakkan 40% peluang untuk tawan SIBU akan rasa BANGGA kerana berjaya tawan SIBU yang telah dipegang 5 penggal oleh BN.

Sumandak pernah ke Sibu dan ternyata mendiang ROBERT berjaya membawa suara SIBU ke arus PEMBANGUNAN yang tidak keterlaluan dikatakan mampu menyaingi MIRI...

Trend masyarakat CINA di SIBU tidak boleh sekali-kali disamakan dengan trend CINA di kawasan Semenanjung kerana kehidupan mereka amat bersangkut paut dengan perkembangan yang dibawah oleh BN... dan mereka lebih konsisten dalam membuat keputusan kerana LEBIH YAKIN dengan pilihan BN... jika tidak takkan 5 penggal di pegang oleh BN...

M.Perry said...

Terimakasih atas pandangan sdra.r.nair.Bagi saya skor BN dalam PRK Sibu tidak akan mencemaskan BN kerana BN kini rasa amat selesa dengan kejayaannya. Rakyat kelihatan semakin menyokong BN atas dasar inclusive Najib. Pandangan Sumandak bayu jelas menunjukkan landskap politik Sarawak khususnya Sibu.T.KASIH.