Monday, September 13, 2010

SEJAHRAH MALAYSIA MENYERLAH ETIKA BERMUAFAKATAN ANTARA KAUM

Tradisi umat Islam menyambut Hari Raya Idilfitri Al-Mubarak bersama-sama dengan rakan-rakan yang bukan agama Islam telah menjadi satu amalan yang membanggakan rakyat Malaysia. Sambutan Hari Raya Idilfitri mengajak umat Islam mengamalkan sikap bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi rumah sanak-saudara dan sahabat untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim.

Dalam konteks ini, rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama perlu mengambil iktibar dalam menerap nilai bermaaf-maafan supaya hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipertingkatkan,terutamnya dikalangan golongan muda.

Golongan muda pada hari tidak harus menepikan sejahrah yang penuh dengan semangat perjuangan dan pengkorbanan. Masyarakat terdahulu, terutamanya pemimpin-pemimpin kaum, banyak mengamal nilai kemanusiaan dalam membina negara ini mengikut acuan politik tersendiri supaya generasi paska kemerdekaan dapat hidup aman dan damai.

Sehubungan ini, pemimpin-pemimpin terdahulu telah membincang hati ke hati dan persetujui ,malah memasukkan beberapa perkara penting sebagai benteng dalam Perlembagaan Persekutuan untuk melindungi kepentingann kaum masing-masing dalam membina sebuah negara bangsa .

Selain daripada agama Islam dan bahasa Melayu dipersetujui sebagai agama Persekutuan dan bahasa rasmi , pelbagai perkara kepentingan kaum juga dibincang dan dipersetujui antara kaum. Antaranya , kedudukan Raja-Raja Melayu membela dan melindungi kepentingan kaum Melayu dalam hal-hal tertentu dalam sektor ekonomi dan sosial, hak kerakyatan kepada kaum bukan Melayu yang memberi kuasa untuk memilih, membentuk dan menyertai dalam kerajaan, malah bebas mengamal agama yang dipilih, meneruskan pendidikan dalam bahasa ibunda merupakan perkar-perkara kepntingan kaum yang telah dipersetujui dan dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Persetujuan antara kaum tersebut dapat restu daripada pemerintah Brtish yang mengambil alih kuasa mentadbiran negara ini daripada Raja-Raja Melayu secara beransur- ansur sejak tahun 1824, dan Raja-Raja Melayu,malah dimuatkan dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 atau umum dikenali sebagai Perlembagaan Kemerdekaan.

Sebelum pentadbiran British diperkenalkan,undang-undang dan adat Melayu yang diperkenalkan oleh Raja-Raja dan pemerintah –pemerintah Melayu menjadi asas dan garis panduan pentadbiran pentadbiran kerajaan Melayu ketika itu.

Perlembagaan Persekutuan yang disediakan sebagai undang-undang tertinggi bagi negara ini dimasukkan segala persetujuan antara kaum dalam melahir dan membina sebuah negara bangsa yang berdaulat dan merdeka .

Sesungguhnya, Perlembagaan Persekutuan dilihat sebagai titik permulaan Tanah Melayu dijadikan sebagai sebuah negara majmuk (multi racial) yang sah berteraskan struktur kerajaan demokrasi berparlimen Raja berperlembagaan daripada negara Tanah Melayu. Kaum Melayu ketika itu dilihat amat besar hati dalam menerima tuntutan kaum bukan Melayu untuk dijadikan warga negara Persekutuan Tanah Melayu.Walaupun persetujuan ini boleh mendatangkan implikasi politik kemudian hari kerana jumlah penduduk warga negara yang terdiri daripada bukan Melayu akan meningkat dan mencabar kuasa politik yang di miliki oleh kaum Melayu, pemimpin-pemimpin Melayu pada ketika itu besar hati ,bertolak ansur dan sedia berkongsi kuasa politik negara ini dengan warga bukan Melayu.
Ini merupakan satu pengkorbanan besar kaum Melayu terhadap kaum bukan Melayu . Malah, kerajaan dibawah kepimpinan kaum Melayu pada ketika itu bukan sahaja sanggup berkongsi kuasa memerintah negara ini dengan bukan Melayu, malah membuat dasar-dasar tertentu untuk menghormati , memelihara dan melindungi kepentingan –kepentingan absah kaum bukan Melayu dalam Perlembagaan supaya mereka dapat meneruskan cara hidup,tradisi dan budaya mereka dalam bidan agama,bahasa , ekonomi dan sebagainya.

Kaum Melayu yang membangkit protes dasar pengurangan kuasa Raja-Raja Melayu dan sistem kewarganegaraan yang terbuka yang diperkenalkan oleh penjajah British,(Malayan Union) telah besar hati dan sanggup menerima kaum bukan Melayu sebagai rakan sejiwa dalam negara ini untuk melahirkan sebuah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum, Melayu,Cina, India dan lain-lain. Begitu juga, kaum bukan Melayu bersedia menerima syarat kedudukan istimewa kaum Melayu dalam bidang-bidang tertentu dikekalkan dalam Perlembagaan, kedudukan yang mereka mewarisi dari zaman dahulu, terutamanya sejak Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang diperkenalkan dalam tahun 1948.
Kemuafakatan, pengorbanan, sikap tolak ansur dan toleransi yang terserlah dikalangan pelopor-pelopor kemerdekaan kaum Melayu,Cina dan India , terutamanya pemimpin-pemimpin UMNO pimpinan YTM Tunku Abdul Rahman pada ketika itu telah mendatangkan satu identiti baru bagi negara ini dipersada dunia .

Kemuafakatan dan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin yang berjaya menukar negara ini daripada status negara pertanian kepada negara industri, mengurangkan kadar kemiskinan daripada 51 % pada tahun 1970 kepada 5.7 % (2004) , meningkatkan pendapatan rakyat, meningkatkan kadar pendidikan, malah meningkatkan taraf kesihatan sehingga mencecah kadar dunia. Malah, kerajaan yang memerintah sejak merdeka tidak menghalang sebarang warga negara Malaysia untuk majukan diri atas alasan kaum,agama atau bahasa. Perbezaan kaum dan agama tidak pernah menjadi batu penghalang kepada seorang rakyat Malaysia seperti berlaku di lain-lain negara.

Justeru, generasi muda pada dewasa ini harus menjelajah lembaran sejarah tanah air supaya menghayati ,malah menjadikan pengorbanan dan kemufakatan antara kaum sebagai tradisi dan warisan generasi akan datang. Tradisi kemuafakatan antara kaum harus didukung oleh anak-anak muda masa kini supaya Malaysia terus aman, bahagia dan maju.

No comments: