Saturday, June 4, 2011

RAKYAT TANGGUNGJAWAB BERLAKU ADIL

YAB Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Razak, yang mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan pada 3 April 2009, mengumumkan pendekatan transformasi untuk memperkasa dan melonjak ekonomi negara kepada peringkat yang lebih tinggi agar rakyat Malaysia menikmati berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.


Dalam konteks mempercepatkan proses transformasi negara, Najib meletakkan enam Bidang Berhasilan Utama Negara (NKRA) sebagai bidang tumpuan dan Petunjuk Keberhasilan Pencapaian Negara (KPI) sebagai kayu ukur bagi kerajaan dan rakyat mengukur prestasi kementerian-kementerian yang menjadi pelaksana, malah kerajaan kepimpinan beliau.


Pendekatan NKRA sebagai bidang tumpuan dan KPI sebagai kayu pengukur prestasi agensi pelaksana jarang sekali digunakan dalam sektor awam. Namun, YAB Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Razak memperkenalkan methodologi NKRA dan KPI pada pertamakalinya dalam pentadbiran kerajaan persekutuan agar rakyat diberi peluang untuk membuat penilaian dan keputusan terhadap prestasi penyampaian agensi-agensi kerajaan dalam melaksanakan program pembangunan dan penyampaian perkhidmatan berpaksikan kepentingan rakyat.


Enam Bidang NKRA yang dipertanggunjawabkan kepada menteri, kementerian, jabatan dan agensi-agensi kerajaan untuk dilaksanakan dalam menterjemahkan prinsip 1Malaysia: ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’, sejak bulan Januari 2010 adalah seperti berikut:


1.NKRA: Mengurangkan kadar jenayah (Dato’ Seri Hishamuddin, Kementerian Dalam Negeri).

KPI: Kerajaan menetapkan sasaran pengurangan kadar jenayah 5 petatus secara keseluruhan dan 20 % jenayah jalanan pada penghujung 2010.


2.NKRA: Mencegah amalan rasuah (Menteri di Jabatan Perdana Menteri- Dato’ Seri Nazri Aziz).


KPI: Sasaran diperingkat nasional untuk meningkatkan skor CPI daripada 4.5 kepada 4.9 menjelang 2012.


3.NKRA: Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan (YAB Tan Sri Muyuddin Yassin, Menteri Kementerian Pelajaran Malaysia)
KPI: Kerajaan menetapkan meningkatkan kadar kanak-kanak Malaysia yang terdiri daripada peringkat umur 4+ dan 5+ dapat akses pendidikan pra-sekolah daripada 60% kepada 80% menjelang 2012. Hampir 30,000 tenaga pengajar pra-sekolah akan dilantih dalam tempoh masa tiga tahun untuk menyapaikan pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak pra-sekolah.


Sebanyak 100 buah sekolah terdiri daripada sekolah bestari,kluster,trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi men jelang 2012.


4.NKRA: Meningkatkan kualiti hidup rakyat berpendapatan rendah (Kementerian Pembangunan wanita,keluarga dan masyarakat)


KPI:
i. Mencapai matlamat miskin tegar sifar menjelang tahun 2010 (Rekod menunjukkan terdapat 45,000 ketua isi rumah miskin tegar di seluruh negara).
ii. Mengurangkan kemiskinan daripada kadar 3.6 % kepada 2.8 % .
iii. Bantuan kebajikan untuk rakayat yang didaftar dibayar pada 1
haribulan Setiap bulan.
I iv. Menambah jumlah usahawan dikalangan wanita sejumlah 4,000
orang menjelang 2012.
· i program amanah ikhtiar Malaysia.


5.NKRA: Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman (Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah).


KPI:
Mi. Membina jalan baru sepanjang 7,000 km untuk kemudahan penduduk desa.
iii. Memastikan akses kepada air bersih dan akses kepda bekalan elektrik 24 jam. liputan rangkaian jalan luar bandar di semenanjung akan dipertingkatkan bagi memastikan kesemua rakyat tinggal paling jauh pun, 5km dari kemudahan jalan berturap. meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90% di sabah dan sarawak pada penghujung tahun 2012 supaya kemudahan air dapat dinikmati oleh 60,000 buah rumah.


iii. Meningkatkan liputan bekalan elektrik di sarawak dan sabah kepada 95% pada akhir tahun 2012 yang akan dinikmati oleh 80,000 buah rumah. kerajaan juga menyasarkan untuk memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000 rumah orang asli di semenanjung pada akhir tahun 2012. kerajaan akan membina dan membaik pulih sejumlah 50,000 unit rumah bagi keperluan golongan miskin menjelang 2012 di seluruh malaysia.



6.NKRA: Menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana (Kementerian Pengangkutan Malaysia)


KPI:
Meningkatkan peratusan penggunaan sistem pengangkutan awam daripada 16% Kepada 25 % dikalangan penduduk lembah Klang Pada penghujung tahun 2012.


PETUNJUK-PETUNJUK POSITIF NKRA


Petunjuk-petunjuk pencapaian yang dikecap sejak januari 2010 adalah seperti berikut:


NKRA 1 bagi mengurangkan jenayah memperlihatkan lebih daripada 14,000 anggota Polis bersama-sama dengan 3,000 anggota RELA dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) , ditugaskan semula (redeployed) di 50 kawasan yang sering berlaku kejadian jenayah atau “hot spots”. Peningkatan rondaan oleh agensi-agensi penguatkuasaan keselamatan awam termasuk skim rondaan sukarela (SRSs) untuk mencegah jenayah dalam kawasan tumpuan telah berjaya mengurangkan kadar jenayah seperti disasarkan. Kadar jenayah telah menurun 16 peratus pada keseluruhannya dan kadar jenayah jalanan yang merangkumi ragut dan rompakan tanpa senjata turun 38.2 peratus dalam masa 9 bulan iaitu sehingga bulan september 2010. Sejumlah 29 initiatif yang dilaksanakan oleh Polis untuk mengurangkan kadar jenayah dijangka akan berhasil seperti disasarkan dalam NKRA.


NKRA 2 bagi membanteras rasuah pula, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat telah diluluskan oleh Parlimen dan di kuatkuasakan mulai 15 Disember 2010. Usaha menangkap pegawai-pegawai sektor awam dan swasta yang terlibat dalam kes rasuah di pertingkatkan. Mata Indeks CPI Rasuah Malaysia pula mencatat 4.4 mata yang jelas menunjukkan persepsi rakyat meyakini terhadap usah-usaha SPRM menangani rasuah.

NKRA 3 yang ditetapkan untuk menyediakan akses prasekolah yang berkualiti dan kemampuan pula melihatkan seramai ramai 18,000 kanak-kanak menerima manfaat daripada 929 kelas prasekolah.

NKRA 4 bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat berpendapatan rendah memperlihatkan hampir 44,000 rumah kos rendah ditawarkan dengan harga RM 21,500–35,000 sebuah kepada penghuni masing-masing yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.


Sejumlah 6,639 keluarga dikenal pasti di Perak untuk di bantu mengatasi kemiskinan. Konsep program 1Azam diperkenalkan untuk melahirkan kumpulan wanita yang mencebur dalan perniagaan kecil termasuk pertanian, job-matching dan perkhidmatan. Semua keluarga yang disifatkan sebagai miskin tegar yang mendapat pendapatan kurang daripada RM1,500 didaftar dalam sistem e-Kasih dan bantuan wang kebajikan kepada kumpulan sasaran dibayar pada awal bulan. Jabatan Kebajikan Masyarakat juga mengiatkan usaha menangani kemiskinan tegar di kalangan penduduk bandar dan desa melalui program Welfare Assistance Model dan Socio-Economic Assistance Scheme dalam mencapai sasaran NKRA.


NKRA 5 bagi memperkasa prasana luar Bandar, RMK10 dan badjet 2011 telah mengariskan projek dan memperuntukan badjet untuk membina jalan baru, meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90% di Sabah dan Sarawak pada penghujung tahun 2012 supaya kemudahan air dapat dinikmati oleh 60,000 buah rumah, meningkatkan liputan bekalan elektrik di Sarawak dan Sabah kepada 95% pada akhir tahun 2012 yang akan dinikmati oleh 80,000 buah rumah. Kerajaan juga menyasarkan untuk memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000 rumah orang asli di Semenanjung pada akhir tahun 2012.


Laporan terakhir Kementerian pembangunan luar Bandar menunjukkan 7,249 km jalan baru dijangka siap menjelang 2012 termasuk 317.61 km di Semenanjung, 213.5 km di Sabah dan 60.59 km di Sarawak dan pencapaian ini merupakan pencapaian mencecah sasaran yang ditetapkan dalam NKRA.

Berhubung dengan bekalan letrik, sejumlah 19,401 rumah disediakan dengan bekalan tetap letrik. Ini menunjukkan hampir 99.6 % unit rumah di Semenanjung (705 unit), 81% di Sabah(10,694 unit) dan 73% di Sarawak (8002 unit) yang terletak di desa telah dibekalkan kemudahan letrik.


Sementara itu, sejumlah 8,858 unit rumah di Semenanjung, 688 unit di sabah dan 2597 unit di Sarawak telah disediakan bekalan air bersih yang dirawat. Sejumlah 360,000 unit rumah dijangka akan disediakan kemudahan bekalan air berish yang dirawat menjelang tahun 2012.


NKRA 6 untuk membaiki kemudahan pengangkutan awam memperlihatkan usaha-usaha penyelarasan laluan bas awam di bandar-bandar utama dapat dipertingkatkan dan berjaya menghasilkan peningkatan kadar pengguna bas awam bandar kepada 13 peratus.Kemudahan LRT di Lembah Kelang akan diperintingkatkan malah perjalanan ke Ampang ditambahkan sepanjang 17.7 km dan perjalanan ke Kelana Jaya ditambahkan sepanjang 17 km supaya jumlah pengguna pengangkutan awam di Lembah Kelang dapat di pertingkatkan kepada 96,000 pengguna sehari dalam perjalanan Kelana Jaya dan 66,000 pengguna sehari dalam perjalanan Ampang .

Sesungguhnya, pelaksanaan GTP dan ETP dengan pakej perangsang ekonomi serta beberapa tindakan perubahan dan pengenalan inovasi telah berjaya meningkatkan keberkesanan dan kecekapan jentera pentadbiran kerajaan malah meningkatkan prestasi pencapaian perkhidmatan agensi-agensi kerajaan. Hakikatnya, pertumbuhan ekonomi juga menunjukkan kejayaan yang menakjubkan dimana pembangunan ekonomi mencatit 9.5 peratus bagi separuh tahun pertama. Peningkatan ini merupakan kadar yang paling tinggi pencapaiannya dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.


Pendekatan baru yang dilaksanakan oleh kerajaan kepimpinan Najib telah memberi sumbangan yang amat menggalakan dalam bidang ekonomi. Mengikut World Competitiveness Yearbook (WCY), Malaysia telah melonjakkan kedudukannya ke tangga 10 dalam daya saing sedunia pada tahun 2010 berbanding dengan tangga ke 18 pada tahun 2009. Malah, Malaysia mencatatkan rekod cemerlang 2 kategori daripada empat kategori daya saing di persada dunia iaitu kecekapan kerajaan (government efficiency) dari tangga 19 ke tangga 9 dan kecekapan perniagaan (business efficiency) dari tangga 13 ke tangga 4.


Sesungguhnya, enam bidang NKRA boleh diibaratkan sebagai enam mata pelajaran dan KPI pula boleh diibaratkan sebagai markah pencapaian pelaksanaan NKRA. Najib menyeru rakyat menilai kerajaan kepimpinan beliau berdasarkan prestasi kerajaan beliau dan bukan berasaskan kepada rhetorik politik dan janji-janji yang yang tidak logik atau praktikal. Beliau berkata “Saya mahu segala rancangan pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat dimaklum dan diketahui agar mereka dapat memantau dan menilai pencapaian sasaran yang ditetapkan".


Sekirannya, guru-guru selaku pemeriksa diipertanggungjawabkan berlaku adil untuk menentukan markah yang memperolehi oleh pelajar-pelajar dalam mata pelajaran peperiksaan disekolah, maka Rakyat pula dipertanggungjawabkan untuk berlaku adil menilai prestasi pencapaian NKRA berdasarkan KPI yang diteapkan. Sekiranya kerajaan dapat mencapai KPI yang ditentukan untuk NKRA masing-masing, maka rakyat selaku pemeriksa bertanggungjawap menilai pelaksanaan NKRA oleh kementerian-kementerian, sekaligus kerajaan yang melakukannya.


Dalam konteks ini, rakyat yang mementingkan kebenaran dan keadilan terlaksana, bertanggunjawab berlaku adil agar kerajaan yang berjaya melaksanakan NKRA dengan cemerlang dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia dihargai malah disokong. Apakah rakyat menghargai keberanian Najib Tun Razak meletakkan agenda transformasi secara amnya dan NKRA dan KPI secara khususnya sebagai pertaruhan dalam medan politik Malaysia ? Rakyat berhak menentukannya.

No comments: