Perlembagaan Persekutuan adalah Undang-undang teragung, Supreme Law, di Malaysia (Perkara 4) dan Perlembagaan Persekutuan pula memberi kuasa kepada Mahkamah untuk membuat keputusan terhadap kes-kes yang dihadapkan untuk bicara dan menentukan keputusan dalam menjamin keadilan (Perkara 121).
Yang Di Pertuan Agong pula dipertanggungjawabkan untuk memelihara dan menjamin proses keadilan dan perjalanan pentadbiran negara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
Kes yang dibicarakan di mahkamah yang melibatkan Anwar Ibrahim dan Saiful adalah satu kes yang dibicara oleh mahkamah untuk menjamin keadilan kepada Saiful. Saiful menuntut keadilan daripada mahkamah kerana beliau mendakwa Anwar telah meliwat beliau. Jadi, Mahkamah yang membicarakan kes Anwar-Saiful dijadualkan akan mengumumkan keputusannya pada 9.1.2012.
Dalam kes ini rakyat perlu sedar bahawa Saiful adalah pendakwa (plaintiff) dan Anwar adalah orang yang terdakwa (defendant).Kes ini bukanlah antara Kerajaan BN dan Parti PKR atau Anwar Ibrahim, pemimpin defacto PKR seperti digempar-gempurkan oleh pihak parti-parti pembangkang.
Pelbagai media sosial saban hari melaporkan malah menghebohkan berita bahawa PKR akan mengadakan demonstrasi perjalanan ‘BEBASKAN ANWAR’ pada 9.1.2012 atau 901. Parti PAS yang berlandaskan agama Islam didapati menyokong rancangan demonstrasi perjalanan 901 tersebut.
Apa yang menjadi persoalan dalam pembicaraaan kes tersebut yang rakyat perlu tahu adalah bahawa kes tersebut bukan mensabitkan Anwar Ibrahim sebagai seorang tahanan salah laku politik. Anwar Ibrahim bukalah seorang tahanan politik seperti Pemimpin Aang Su Ki yang ditahn kerana memperjuangkan menegak demokrasi di Burma atau Nelson Mandela yang ditahan kerana memperjuangkan mengapuskan dasar ‘apartheid’ di Afrika Selatan.
Jadi, demonstarsi perjalanan 901 yang dirancang oleh PKR tidak boleh dianggap sebagai satu usaha membebaskan seorang tahanan politik. Malah satu dakyah yang bermotifkan politik mengajak rakyat menentang Perlembagaan Persekutuan yang boleh menimbulkan hura-hara dalam negara.
Seorang citizen yang tidak puas hati terhadap keputusan mahkamah berhak buat rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh mahkamah tetapi apakah peraturan dan undang-undang membenarkan rakyat mengadakan demonstrasi perjalanan secara beramai-ramai untuk menentang keputusan Mahkama?
Budaya menentang keputusan Mahkamah melalui demonstrasi perjalanan akan menolak Malaysia dalam kancah politik kehancuran dan kebinasaan malah mencelakakan usaha kerajaan PM Najib Tun Razak dalam melahirkan demokrasi matang di Malaysia yang menjadi impian sebahagian besar generasi muda ketika ini.
No comments:
Post a Comment